Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Pewarna Kuku Halal di Malaysia 2024 (Peel Off Nail, Inai)

Kuku nampak lebih cantik dan kemas sepanjang hari!

Bagi wanita, menjaga kecantikan secara menyeluruh adalah penting dan kuku juga tidak ketinggalan untuk dihiasi.

Ini terutama bagi wanita yang gemarkan kuku cantik berwarna atau tambah aksesori yang lebih dikenali sebagai nail art. 

Cara pakai pewarna kuku juga agak senang dan kalau anda nak lebih menarik lagi boleh dapatkan pewarna kuku peel off kerana mudah dibersihkan. 

Terdapat banyak jenis pewarna kuku di pasaran seperti pewarna kuku telus air, pewarna kuku halal dan pewarna kuku muslimah.

Jom lihat senarai pewarna kuku terbaik atau cat kuku yang tahan lama di bawah.


Penyunting

Senarai 12 Pewarna Kuku Terbaik

Pewarna kuku terbaik secara keseluruhan
3 BOTOL INAI RM 13 + FREE 3 ITEM- Inai Kuku Ruby Jari Cantik - Warna Cantik, Mesra Wudhuk & Solat
3 BOTOL INAI RM 13 + FREE 3 ITEM- Inai Kuku Ruby Jari Cantik - Warna Cantik, Mesra Wudhuk & Solat
From
RM5.88
Check 3 BOTOL INAI RM 13 + FREE 3 ITEM- Inai Kuku Ruby Jari Cantik - Warna Cantik, Mesra Wudhuk & Solat price below:
add_circle Tahan 1-2 minggu di kuku
add_circle Warna cantik
add_circle Bau wangi
remove_circle Kena pakai banyak layer

Sebab menjadi pilihan:

Inai ini akan memberi warna yang cantik pada kuku dalam masa 10 minit dan anda tidak perlu ragu kerana produk ini halal serta tahan air.

Ciri-ciri:

Warna inai ini akan bertahan sehingga hujung kuku kerana diperbuat daripada serbuk inai asli.

Ciri ini sangat sesuai untuk wanita muslimah kerana anda boleh memakai inai ini semasa beribadah. 

Oleh sebab inai ini mengandungi inai daun asli, warna inai kuku Ruby ini secara perlahan akan pudar menjadi warna oren.

Selain itu, pewarna kuku ini tidak mengandungi sebarang bahan yang menghalang penyerapan air seperti cutex

Inai kuku Ruby ini tahan sehingga 1-2 minggu pada kuku anda dan satu botol 15 ml pula tahan lama sehinggakan anda boleh gunakannya berulang kali. 

Tapi anda perlu tahu yang inai kuku Ruby ini mempunyai tempoh luput iaitu 6 bulan dari tarikh pembelian. 

Menariknya, inai ini juga berbau wangi seperti bau bunga ros.

Review:

“Colour cantik.. mix maroon + coco.. buffer dlu.. tp kalut² dekat area bawah tu dpt kaler gelap.. suka sgt cantikk..”

Pewarna kuku untuk nail art
LILY'CUTE 8ml Gel Nail Polish Colorful Uv Art Semi Permanent Base Top Coat Manicure
LILY'CUTE 8ml Gel Nail Polish Colorful Uv Art Semi Permanent Base Top Coat Manicure
From
RM9.00
Check LILY'CUTE 8ml Gel Nail Polish Colorful Uv Art Semi Permanent Base Top Coat Manicure price below:
add_circle Bahan tidak beracun
add_circle Mesra alam
add_circle Cepat kering dengan lampu UV
remove_circle Tekstur cair

Pewarna kuku ini menggunakan bahan bebas kima, mesra alam, tidak beracun dan tiada bau yang menyengat. 

Menariknya, cat kuku ini cepat kering dengan penggunaan lampu UV selepas selepas selepas warna kuku anda.

Anda tidak perlu kerap menggunakan pewarna kuku ini kerana warnanya tahan lama dan kuku anda akan nampak cantik dan berkilat. 

Paling penting, cat kuku gel ini mudah digunakan dan mudah dicuci jadi anda bebas berkarya seperti profesional di rumah sahaja.

Cara gunakannya mudah anda perlu bersihkan kuku dan potong permukaan kuku, kemudian sapukan lapisan base terlebih dahulu dan keringkan dengan lampu UV atau lampu LED.

Seterusnya, sapukan lapisan kedua, keringkan dengan lampu UV selama 2 minit atau keringkan dengan lampu LED selama 60 saat.

Anda perlu ulang proses ini sehingga dapat warna yang diidamkan. Selamat mencuba!

Pewarna kuku untuk kanak-kanak
100% Safe Nail Polish Set for Kids No Toxic Pretend Play
100% Safe Nail Polish Set for Kids No Toxic Pretend Play
From
RM3.90
Check 100% Safe Nail Polish Set for Kids No Toxic Pretend Play price below:
add_circle Mudah tanggal
add_circle Selamat untuk kanak-kanak
add_circle Bau tidak kuat
add_circle Senang kering
remove_circle Pilihan warna terhad

Produk kuku ini diperbuat daripada bahan berasaskan air dan bebas kimia menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak.

Selain itu, ciri bebas kimi ini tidak akan menimbulkan reaksi yang kuat pada kulit jika anda miliki kulit sensitif. 

Pewarna kuku ini cepat kering, mudah untuk ditanggalkan dan paling penting baunya tidak terlalu kuat. 

Cara penggunaannya sangat mudah, anda hanya ambil sedikit produk dan ratakan keseluruh kuku anda.

Untuk menanggalkannya, anda hanya perlu kupas pewarna kuku tersebut seperti stiker, tanpa perlu menggunakan pencuci kuku atau aseton. 

Kami perlu ingatkan bahawa produk ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun ke atas.

Pewarna kuku yang dipakai artis korea
THE FACE SHOP fmgt Style Nail (7ml)
THE FACE SHOP fmgt Style Nail (7ml)
From
RM11.93
Check THE FACE SHOP fmgt Style Nail (7ml) price below:
add_circle Warna cantik
add_circle Tahan lama
add_circle Bau tidak kuat
remove_circle Perlu sapukan 2-3 lapisan

Jenama kosmetik terkenal di Korea, The Face Shop ini pasti menjadi pilihan peminat setia barangan Korea. 

Pewarna kuku ini mempunyai pelbagai rona menarik yang pasti akan menjadi pilihan anda dan membolehkan anda jadi lebih kreatif untuk berkarya atas kuku.

Berusnya direka khas untuk disesuaikan dengan bentuk kuku anda melalui sentuhan yang lembut dan menyeluruh. 

Anda tidak perlu risau kerana pewarna kuku ini tidak mengandungi bahan yang berbahaya dan sangat selamat untuk kegunaan kuku anda. 

Cara penggunaan yang mudah, anda hanya sapukan sahaja produk pada kuku dan apabila sudah kering anda sudah bersedia untuk menjalani rutin harian!

Pewarna kuku yang tahan lama
2 in 1 Peel Off Nail Polish Water Base Dual Color/Pengilat Kuku halal/Perwarna Kuku
2 in 1 Peel Off Nail Polish Water Base Dual ColorPengilat Kuku halalPerwarna Kuku
From
RM1.59
Check 2 in 1 Peel Off Nail Polish Water Base Dual Color/Pengilat Kuku halal/Perwarna Kuku price below:
add_circle Kering dengan cepat
add_circle Kalis air
add_circle Tahan lama
remove_circle Tekstur sedikit cair

Produk ini kering dengan cepat selepas dicalit pada kuku, tahan lama, tidak mudah pudar dan tidak berbau.

Bukan sahaja kering dalam masa 45 saat sahaja, malah pewarna kuku ini kalis air jadi anda boleh gunakan dalam tempoh yang lama.

Anda boleh pilih antara dua warna dalam satu bekas atau sekali dengan ‘shimmer’.

Cara penggunaannya, anda ambil sedikit produk untuk disapukan pada kuku, lapisan pertama perlu nipis dan kemudian sapukan 2-3 lapisan selepas kering.

Gilap dan bersihkan permukaan kuku dengan minyak berkilat atau minyak asas untuk kesan yang tahan lebih lama.

Bagaimanapun, anda tidak disarankan untuk merendam kuku dalam air beberapa jam selepas memakai pewaran kuku ini.

Pewarna kuku untuk kulit gelap
OULISI® 8ml MAGIC NAIL POLISH PEEL OFF Nail Manicure Pewarna Kuku
OULISI® 8ml MAGIC NAIL POLISH PEEL OFF Nail Manicure Pewarna Kuku
From
RM1.25
Check OULISI® 8ml MAGIC NAIL POLISH PEEL OFF Nail Manicure Pewarna Kuku price below:
add_circle Banyak pilihan warna
add_circle Berasaskan air
add_circle Tidak berbau
add_circle Selamat untuk kanak-kanak
remove_circle Tekstur sedikit cair
remove_circle Lambat kering

Warna cat kuku yang terdiri dari rona-rona natural seperti warna nude sangat sesuai bagi semua tona kulit

Kami sarankan bagi mereka yang kulit bertona gelap untuk pilih warna nude dengan undertone dari rona brown shades.

Bahan yang terkandung dalam cat kuku ini sangat ringan serta tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. 

Teksturnya terdiri daripada bahan semula jadi bertujuan untuk melindungi kesihatan kuku anda. 

Kuku anda akan tampak lebih panjang dan ramping, sesuai untuk semua jenis majlis atau acara yang anda akan hadiri.

Walaupun teksturnya sedikit cair, tapi mudah untuk anda sapukan keseluruh kuku dengan baik dan kemas.

Pewarna kuku untuk kulit kuning langsat
VINS Peelable Nail Color Peel Off (#43 Mint Blue)
VINS Peelable Nail Color Peel Off (#43 Mint Blue)
From
RM2.99
Check VINS Peelable Nail Color Peel Off (#43 Mint Blue) price below:
add_circle Banyak pilihan warna
add_circle Murah
add_circle Cepat kering
remove_circle Botol kecil
remove_circle Sedikit sukar untuk ditanggalkan

Untuk wanita berkulit kuning langsat, pemilihan sesuatu warna amatlah penting dan harus cari yang bersesuaian dengan tona kulit. 

Bagi anda yang medium fair skin atau kuning langsat, lebih sesuai memilih rona dari rangkaian semi-medium dark shades dan rona yang terang. 

Warna ‘mint blue’ dari Vins ini pasti sesuai untuk anda yang berkulit kuning langsat. 

Selain murah dan cepat kering, pewarna kuku ini mudah digunakan pada kuku jadi sesuai untuk mereka yang baru mula minat lakukan nail art

Walaupun botolnya bersaiz kecil, tapi pewarna kuku ini tahan lama dan anda tidak perlu menggunakan produk dengan kerap untuk cantikkan kuku anda. 

Pewarna kuku untuk pengantin
Inai Kuku Botol Cantik Pekat Merah Tak Cair Qaulity A Plus Wholesale
Inai Kuku Botol Cantik Pekat Merah Tak Cair Qaulity A Plus Wholesale
From
RM2.99
Check Inai Kuku Botol Cantik Pekat Merah Tak Cair Qaulity A Plus Wholesale price below:
add_circle Pekat
add_circle Hasil warna merah cantik
add_circle Tahan lama
remove_circle Perlu 2-3 lapisan

Cat kuku ini halal bagi anda yang ingin mewarnai kuku dengan bahan yang boleh dibawa untuk beribadah. 

Sangat mudah untuk dipakai dan warna cat kuku ini akan cepat kering jadi anda boleh sambung buat aktiviti lain tanpa buatkan inai comot. 

Bagi kaum muslimah yang tidak pasti akan bahan yang terkandung, jangan risau kerana cat kuku ini selamat untuk dipakai dan telus air. 

Inai ini cukup pekat sehinggakan anda tidak perlu beli banyak, cukup hanya satu botol saja boleh diulang pakai beberapa kali. 

Ini antara inai pilihan yang sesuai untuk pengantin untuk memberikan kesan yang cantik dan berseri pada hari bahagia mereka.

Pewarna kuku yang halal untuk muslimah
Inai Che Ta Maroon Rose And Red Velvet
Inai Che Ta Maroon Rose And Red Velvet
From
RM7.40
Check Inai Che Ta Maroon Rose And Red Velvet price below:
add_circle Mesra wuduk
add_circle Tahan lama
add_circle Boleh pakai dekat rambut
add_circle Boleh pakai 5 ke 10 org
remove_circle Tekstur sedikit cair

Pewarna kuku dalam bentuk inai ini hadir dalam botol bersaiz 10ml yang sesuai digunakan secara berulang-ulang. 

Satu botol inai Che Ta ini boleh bertahan sehingga 3 bulan tau!

Bukan sahaja warnanya cantik, inai ini juga mesra wuduk, tahan lama dan tanpa bau serta boleh digunakan pada rambut.

Warna inai Che Ta memberikan sentuhan yang anggun dan elegan kepada kuku anda, sesuai untuk pelbagai acara dan majlis. 

Cara menggunakannya cukup mudah, anda hanya perlu menggosok kuku dengan lembut, kemudian bersihkan permukaan kuku dan sapukan inai. 

Selepas inai kering anda boleh kupas kulit inai dan boleh sapukan satu lagi lapisan inai jika anda mahukan warna yang lebih pekat.

Pewarna kuku peel off
MUNGIL Inai Kuku Peel Off Multi Balm Sunscreen Maroon Senang Tanggal
MUNGIL Inai Kuku Peel Off Multi Balm Sunscreen Maroon Senang Tanggal
From
RM5.88
Check MUNGIL Inai Kuku Peel Off Multi Balm Sunscreen Maroon Senang Tanggal price below:
add_circle Berkilat
add_circle Bau wangi
add_circle Sesuai warna kulit
add_circle Tekstur pekat
remove_circle Perlu 2-3 lapisan untuk warna yang cantik

Pewarna kuku jenama Mungil ini sesuai untuk anda yang nak cepat kerana  mudah dipakai dan dibersihkan.

Cara penggunaan pewarna kuku ini sangat mudah, anda hanya perlu ambil sedikit produk pada berus dan tarik dengan lembut di atas kuku.

Pewarna kuku ini mempunyai tekstur yang pekat, cepat kering, mudah diaplikasikan dan warnanya juga sesuai dengan warna kulit, sama ada anda berkulit cerah atau gelap. 

Menariknya lagi, memberikan kilauan pada kuku untuk berikan anda finishing look yang cantik dan manis.

Tersedia dalam 5 pilihan warna yang cantik iaitu sexy, gojes, sweet, cute dan love.

Pewarna kuku telus air
10ML HANAA HENNA Inai Kuku Tahan Lama Telus Air
10ML HANAA HENNA Inai Kuku Tahan Lama Telus Air
From
RM6.00
Check 10ML HANAA HENNA Inai Kuku Tahan Lama Telus Air price below:
add_circle Sesuai untuk semua lapisan umur
add_circle Halal
add_circle Mesra wuduk
add_circle Reka bentuk yang travel-friendly
remove_circle Perlu pakai 2-3 lapisan

Hanaa Henna adalah pewarna kuku yang halal dan mesra wuduk, jadi anda boleh menggunakan inai ini dengan penuh yakin dan selesa semasa solat. 

Selain itu, produk ini telah diuji dan disahkan selamat digunakan serta tidak akan luntur dengan mudah. 

Inai ini menggunakan bahan asli dan selamat, tanpa kapur dan sesuai untuk semua lapisan umur. 

Bukan itu sahaja, Hanaa Henna ini hadir dengan reka bentuk yang travel-friendly dan hujung jarum yang tajam untuk memudahkan anda meratakan inai. 

Terdapat juga varian warna pink yang sangat istimewa, tidak akan meninggalkan kesan warna oren inai pada kuku sekiranya warna pudar. 

Tapi, pastikan kuku anda berwarna putih sebelum menggunakan inai ini untuk mengelakkan daripada warna inai tercampur dengan warna lain.

Pewarna kuku sah solat
Innai Neelofa Nunha
innai nunha
From
RM7.90
Check Innai Neelofa Nunha price below:
add_circle 100% Guna inai asli
add_circle Lambat pudar
add_circle Sah solat
remove_circle Perlu bancuh sendiri

Terdapat tiga pilihan inai yang anda boleh pilih iaitu innai Nunha Neelofa, innai red, dan combo Nunha merah mahal.

Setiap kotak Innai Nunha mengandungi 5 sachet serbuk inai daun asli yang boleh dipakai pada 30 kuku.

Inai ini menjadikan kuku anda cokat gelap kehitaman dan ingin diingatkan, hanya boleh digunakan pada kuku sahaja, bukan pada kulit.

Selain itu, terdapat juga pilihan Innai Merah yang merupakan inai kuku instant dan setiap tube 10ml. Bezanya boleh digunakan pada kuku dan kulit. 

Jika anda ingin mencipta kombinasi yang menarik, pilihlah combo Nunha merah mahal.

Dengan menggabungkan innai merah dan innai Nunha 1 sachet serbuk, ia akan menghasilkan warna maroon yang menawan. 

Cuma, pastikan anda bancuh dan pakai innai Nunha selama 10 minit serta basuh. 

Kemudian, gunakan Nunha merah sehingga kering dan peel off. Disarankan untuk melakukan buff pada kuku terlebih dahulu agar warna menjadi sekata.


Adakah Pewarna Kuku Halal Atau Haram?

Hukum halal atau haram sesuatu produk dalam islam ditentukan oleh bahan-bahannya.

Pewarna kuku yang halal harus bebas dari bahan-bahan yang haram seperti babi, alkohol dan bahan-bahan berbahaya lainnya. 

Oleh itu, penting untuk anda baca label dan ambil tahu bahan yang terkandung dalam pewarna kuku sebelum menggunakannya.

Ramai orang yang menggunakan pewarna kuku juga tidak menyedari bahawa bahan-bahan tertentu di dalamnya boleh dianggap haram dalam Islam. 

Salah satu contoh ialah penggunaan pewarna yang diperoleh daripada serangga, seperti Cochineal atau Carmine, yang digunakan untuk menambah warna merah pada kosmetik. 

Segelintir ulama Islam berpendapat pewarna ini adalah haram kerana berasal daripada serangga yang tidak halal dimakan mengikut ajaran Islam. 

Pengguna Islam harus sedar akan perkara ini dan elakkan menggunakan produk yang mengandungi pewarna ini. 

Kini, terdapat banyak pewarna kuku yang dipasarkan sebagai “halal” dan mereka telah mengesahkannya dengan pihak berkuasa. 

Pengguna Muslim juga boleh merujuk kepada sijil halal ini sebagai panduan dalam memilih produk pewarna kuku yang halal. 

Selain itu, pengguna Muslim juga perlu memastikan produk pewarna kuku yang mereka gunakan dihasilkan dan diproses dalam persekitaran yang bersih dan bebas pencemaran. 

Walaupun pensijilan halal tersedia, anda dinasihatkan untuk melakukan penyelidikan bebas mengenai bahan yang digunakan dalam warna kuku untuk lebih selamat. 

Ini boleh dilakukan dengan menyemak laman web rasmi badan pensijilan, membaca ulasan pengguna atau bertanya kepada mereka yang lebih arif dalam hal agama.

Jika anda masih keliru, anda boleh cuba tonton video di bawah. 


Apa Cara Hilangkan Pewarna Kuku?

Daripada merah terang hingga biru gelap, ramai orang mengungkapkan personaliti mereka melalui pewarnaan kuku yang kreatif. 

Tapi, terdapat masa di mana kita ingin menghapuskan pewarna kuku yang sedia ada agar kuku kembali ke keadaan asal atau bersedia untuk dihias dengan warna yang berbeza. 

Berikut beberapa cara yang berkesan untuk menghilangkan pewarna kuku dengan mudah di rumah.

1. Gunakan cuka putih atau cuka epal

Caranya, anda rendamkan kapas dengan cuka, kemudian tampalkan pada kuku yang anda inginkan selama beberapa minit. 

Selepas itu, gosok perlahan kuku dengan kapas yang telah direndam cuka sehingga pewarna mula hilang. 

2. Gunakan air panas dengan sabun lembut

Kaedah yang mudah dan berkesan untuk menghilangkan pewarna kuku adalah dengan menggunakan air panas dan sabun lembut. 

Mulakan dengan merendam kuku dalam air panas selama beberapa minit untuk melunturkan pewarna. 

Kemudian, gunakan sabun lembut pada kuku dan gosok perlahan dengan berus gigi lembut atau kapas. 

Gosok kuku dengan gerakan membulat agar pewarna hilang. 

Setelah selesai, bilas tangan dengan air bersih dan keringkan dengan lembut.

3. Nail polish remover

Jika pewarna kuku yang ingin dihilangkan adalah jenis kalis air atau tidak terlalu kuat, gunakan nail polish remover

Ambil kapas dan sapukan sedikit produk ini, kemudian gosok perlahan pada kuku sehingga warna pewarna terangkat. 

Pastikan untuk menggunakan produk yang tidak mengandungi aseton agar lebih lembut pada kuku.

4. Gunakan lemon

Lemon adalah bahan semula jadi yang juga sangat berkesan dalam menghilangkan pewarna kuku. 

Anda ambil setengah biji lemon dan gosokkan pada kuku yang ingin dibersihkan. 

Biarkan jus lemon meresap selama beberapa minit sebelum anda membersihkannya dengan kapas atau tisu. 

Jika warna cat kuku masih kelihatan, ulangi proses ini sehingga pewarna benar-benar hilang.

5. Minyak Zaitun

Rendamkan kuku dalam minyak zaitun selama kira-kira 10-15 minit. 

Minyak zaitun akan membantu melunturkan pewarna kuku, memudahkan proses pembersihan. 

Selepas rendam, anda gosok perlahan kuku dengan kapas atau berus gigi lembut. 

Kemudian, bilas tangan dengan air dan keringkan. Siap!


Artikel Berkaitan

End of Article