Teknologi

Pantau Rumah Anda dengan Mudah Menggunakan 7 Kamera CCTV Ini

Kamera CCTV kini menjadi inisiatif dalam menjaga keselamatan. Ini senarai kamera CCTV terbaik dan murah untuk rumah tidak kira outdoor atau indoor.


Editor · Updated 18 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Pantau Rumah Anda dengan Mudah Menggunakan 7 Kamera CCTV Ini

Kejadian pecah rumah serta rompakan seolah-olah tidak asing lagi dalam masyarakat. Setelah berlaku, usaha mengesan suspek pula tergendala kerana tiada maklumat yang jelas mengenainya. Namun syukur, kamera CCTV kini menjadi inisiatif pemilik rumah atau premis dalam menjaga keselamatan pada tahap yang standard.

Setiap produk dibawah telah disaring dengan sekurang-kurangnya mempunyai resolusi 720p HD dan hampir kesemuanya mampu ditonton atau dikawal secara jauh oleh peranti pintar.

Kandungan
Kamera CCTV murah pasang sendiri
Kamera CCTV murah pasang sendiri 1 daripada 4
Vono HD Fish Eye IP Camera
Partnership with
Dari RM125
Lihat harga di Shopee Malaysia

Pandangan 360° atau satu bulatan lengkap menjadi tarikan utama produk ini. Saiznya yang mini dan kecil menjadi pelengkap pakej malahan model yang satu ini semudah Plug and Play, iaitu tidak memerlukan pemasangan yang rumit atau menyusahkan. Bahkan operasinya juga tidak seperti kamera cctv konservatif seperti dalam cerita perisikan.

Buat pengguna telefon pintar iPhone dan Android, anda boleh menonton dari jauh melalui aplikasi sedia ada menjadikan pengawasan keselamatan lebih mudah dan berbaloi. Paras harganya pula tidaklah membebankan malahan mampu milik berdasarkan ciri-ciri yang ditawarkan. Hey, keselamatan tidak bermakna perlu berkorban wang ringgit, bukan?

Kamera CCTV termurah di pasaran, dengan saiz yang mini/kecil
Kamera CCTV termurah di pasaran, dengan saiz yang mini/kecil 2 daripada 4
Xiaomi Xiao Fang Smart
Partnership with Xiaomi
Dari RM61
Lihat harga di Shopee Malaysia

Model CCTV yang comel mulus daripada XIAOMI ini sangat berpegang pada konsep 'mini' nya. Manakan tidak, anda boleh semudah melekatkannya di dinding pada mana-mana permukaan logam kerana model ini mempunyai plat magnetik. Resolusi kameranya juga tinggi iaitu setinggi Full HD dan penglihatan waktu malam termasuk dalam skop.

Untuk menonton, anda perlu memuat turun aplikasi 'Mi Home' yang boleh didapati di Google Play Store atau di Apps Store. Komunikasi dua hala menggunakan mikrofon dan speaker juga tersedia dan paling penting, anda boleh bawa ke mana sahaja model ini kerana terdapat slot USB untuk disambung ke Powerbank!

CCTV mini untuk rumah
CCTV mini terbaik untuk rumah 3 daripada 4
Aztech BLINK BCM001 Home Security & HD Video Monitoring System
Partnership with
Dari RM433
Lihat harga di Shopee Malaysia

Kamera CCTV mini ini memiliki rekaan yang kompak dan tidak terlalu menonjol, sesuai untuk kegunaan di kediaman anda. Dengan rakaman imej berkualiti HD dan dilengkapi mikrofon untuk merakam bunyi, kamera mini ini boleh disambungkan terus ke telefon pintar serta imej rakaman boleh ditonton secara langsung. Produk juga memiliki sensor suhu dan pergerakan untuk perlindungan keselamatan yang unggul.

CCTV untuk bilik bayi
CCTV terbaik untuk bilik bayi 4 daripada 4
YI Home Camera (1080p)
Partnership with
Dari RM120
Lihat harga di Shopee Malaysia

Kamera litar tertutup boleh juga digunakan untuk mengawasi bilik tidur anak dan bayi kecil. CCTV ini ditampilkan khusus dengan sistem pengesanan bunyi bayi menangis (baby crying detection), membolehkan anda mengawasi bayi anda ketika waktu malam.

Imej yang dirakam mempunyai resolusi 1080p Full HD dan boleh zoom-in sehingga 4 kali lebih besar dan disimpan pada memory card atau penyimpanan Yi Cloud (Yi Cloud Storage).

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation