Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Model Kereta Dipanggil Balik? Jangan Panik, Baca Ini Dulu.

Pengeluar jenama kereta anda memanggil balik kereta keluaran mereka, dan kereta anda turut dipanggil balik?

Terkini, pasaran automotif global digemparkan dengan berita panggilan balik kereta jenama
antarabangsa yang memiliki kerosakkan pada alat keselamatan beg udara, sehingga telah
menyebabkan kematian. Sebagai pengguna kereta, anda haruslah mengetahui tentang panggilan balik produk dengan tips dari SAFETY Insider.

Apa itu Panggilan Balik Produk?

Ia merupakan sebuah proses dimana pengeluar sesebuah produk memanggil balik produk keluaran mereka berikutan berlaku sesuatu kerosakan atau produk membawa risiko bahaya yang boleh menjejaskan keselamatan atau kesihatan pengguna.

Panggilan balik produk bukanlah merupakan sesuatu yang baru, dan telah dilakukan dalam pasaran tempatan dan pasaran dunia sejak bertahun yang lalu. Pelbagai kes melibatkan pengeluar antarabangsa seperti Johnson&Johnson, Dell dan Toyota telah dilaporkan.

Perlu Membayar untuk Proses Penggantian?

Tidak!

Lazimnya, syarikat pengeluar produk harus menanggung sebarang kos melibatkan proses pembaikan / penggantian produk. Oleh kerana syarikat pengeluar sedar akan risiko kos tinggi yang harus mereka tanggung, kebiasaannya syarikat pengeluar telahpun mengambil perlindungan insurans yang melindungi mereka dari risiko panggilan balik produk. Oleh itu, syarikat insurans yang melindungi mereka akan menanggung semua kos yang telibat.

Bagaimana Mengetahui Model Kenderaan Dipanggil Balik?

Hebahan akan dibuat oleh syarikat pengeluar kenderaan bagi memaklumkan pengguna bahawa model kenderaan yang mereka gunakan sedang dipanggil balik. Hebahan biasanya akan dilakukan di media massa seperti akhbar, laporan berita di TV ataupun iklan yang disiarkan di internet.

Selain hebahan, syarikat pengeluar kenderaan akan memaklumkan kepada anda secara peribadi melalui panggilan telefon atau surat yang dihantar ke alamat rumah anda.

Mengapa Tiada Berita Tentang Panggilan Balik Produk?

Anda membaca atau mendengar berita tentang panggilan balik kenderaan keluaran sama dengan kereta anda, namun tiada sebarang panggilan atau surat yang anda terima dari syarikan pengeluar kenderaan?

Jika anda tidak dihubungi oleh syarikat pengeluar kenderaan dan anda ragu-ragu mengenai status panggilan balik kereta, usah risau.

Anda boleh terus menghubungi syarikat pengeluar kenderaan anda dan menyemak status kereta anda.

Anda juga boleh menyemak di laman web rasmi syarikat pengeluar kenderaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status panggilan balik kereta anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat semakkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kereta Telah Dipanggil Balik, Apa Langkah Seterusnya?

Setelah menyemak dengan syarikat pengeluar kenderaan, kini anda telah pasti bahawa model kereta anda sedang dipanggil balik.

Jika anda menerima panggilan telefon atau surat dari syarikat pengeluar kenderaan, memaklumkan mengenai panggilan balik model kereta anda, lazimnya mereka juga akan memaklumkan tentang langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil.

Namun jika anda masih kurang pasti dan ragu-ragu, anda boleh menghubungi syarikat pengeluar kenderaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jangan gunakan produk yang telah dipanggil balik

Adalah penting untuk anda tidak terus menggunakan kereta anda jika model kereta tersebut sedang dipanggil balik. Ini adalah bagi mengelak sebarang kemalangan atau risiko berbahaya daripada berlaku.

Segera menghantar kereta untuk proses pembaikan/penggantian

Jika syarikat pengeluar kenderaan telah menasihati anda membuat temujanji untuk proses pembaikan atau penggantian alat pada kereta, anda haruslah segera melakukannya.

Ingat, sebarang hal berkaitan keselamatan tidak boleh ditangguh, atau nyawa menjadi taruhan.

Hebahkan kepada rakan dan saudara

Jika model kereta anda telah dipanggil balik, hebahkan maklumat mengenai panggilan balik itu kepada rakan dan saudara yang menggunakan model kereta yang sama. Ini dapat membantu mereka untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Secara tidak langsung, keselamatan mereka juga akan terjamin.

Adalah amat penting untuk mengutamakan keselamatan, terutama memastikan kereta anda menepati ciri-ciri keselamatan yang betul. SAFETY Insider menyalurkan pelbagai maklumat berkenaan pembatalan produk dan isu-isu melibatkan keselamatan pengguna supaya anda boleh lindungi diri anda dan yang tersayang.

Jom tingkatkan keselamatan kereta anda dengan produk berikut.

End of Article