Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
makanan sahur

14 Makanan Sahur yang Sihat & Berkhasiat (Tahan Lama) 2024

Makan makanan yang seimbang dan sihat.

Macam biasa, kalau puasa mesti kita inginkan makanan sahur mengenyangkan dan bertenaga supaya badan tak lesu.

Nak sediakan makanan untuk sahur buat seisi keluarga juga memerlukan masa dan tenaga, jadi kadang-kadang kita pilih untuk sahur menu simple asalkan menu sahur sihat.

Untuk yang sedang diet pula tentu mahukan menu sahur diet serta makanan yang mengenyangkan agar dapat bertahan sepanjang berpuasa.

Tapi apa makanan sahur terbaik atau minuman yang mengenyangkan sewaktu bersahur, dan adakah ia makanan sunnah Nabi ketika sahur?

Kami yakin, nasi akan menjadi menu sahur utama tapi bayangkan kalau terbangun lewat, sempat ke nak kunyah nasi? Jadi apa menu sahur selain nasi?

Ha, jom kita lihat menu sahur terbaik atau makanan tahan lapar yang berkhasiat kami sediakan.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Makanan & Minuman Sahur Untuk Tenaga

Makanan sahur untuk diet
Highland Grown Chia Seed
chia seed
From
RM8.99
Check Highland Grown Chia Seed price below:

Antara kerisauan orang yang sedang diet semasa berpuasa adalah pelan diet mereka yang perlu disesuaikan pada bulan Ramadan. 

Usah kuatir, anda masih boleh teruskan pelan diet anda tapi perlu bahagikan antara waktu sahur dan berbuka puasa, dan chia seed antara yang paling sesuai diambil sewaktu sahur untuk menjaga diet anda.

Antara kelebihan chia seed adalah ia kaya dengan lemak asid Omega-3, kalsium, fiber dan juga protein. 

Anda akan tetap dapat nutrisi yang mencukup melalui pengambilan chia seed untuk tempuhi hari siang sepanjang Ramadan, dan paling penting diet anda masih terjaga.

Makanan sahur mengenyangkan
NESTLE Nestum® AFC Original (450g x 2 packs)
Nestle
NESTLE Nestum® AFC Original (450g x 2 packs)
From
RM8.80
Check NESTLE Nestum® AFC Original (450g x 2 packs) price below:

Sebenarnya ramai juga yang tidak mempunyai selera makan ketika waktu sahur, jadi makanan yang diambil mungkin tidak banyak dan sekadar alas perut.

Tapi anda sebenarnya boleh ambil Nestum sebagai menu sahur anda kerana ia mudah disediakan dan mengenyangkan perut anda.

Sesuai juga buat anda yang mahu berjimat sewaktu sahur kerana harga nestum ini tidak terlalu mahal.

Kalau anda bujan atau student yang sedang belajar, inilah menu sahur paling simple dan mengenyangkan serta mempunyai nutrisi yang diperlukan seperti Vitamin C & D, Iron, Kalsium dan Protein.

Makanan sahur untuk ibu hamil
Kurma Ajwa Mardinah
Kurma Ajwa Mardinah
From
RM45.00
Check Kurma Ajwa Mardinah price below:

Kurma Ajwa mempunyai tekstur yang lembut, bercirikan warna hitam yang manis dengan rasa buah yang segar.

Sekali pandang, kurma Ajwa ini kelihatan seperti kurma yang lain tapi jika diletakkan dengan jenis kurma yang lain pasti akan dapat melihat perbezaannya.

Kurma ini memiliki kandungan khasiat yang unik dimana kaya dengan nutrisi semulajadi, mampu meningkatkan kandungan protein, mineral dan vitamin  A, B1, B2, and BB.

Kandungan gizi ini dapat membantu membaik pulih semula tisu badan dan otot yang rosak.

Kurma ini juga dapat membantu ibu mengandung bersalin dengan mudah dimana akan mengaktifkan otot rahim pada bulan kehamilan.

Selain itu, dapat membantu pergerakan rahim semasa bersalin serta meminimumkan pendarahan selepas bersalin.

Makanan sahur untuk orang gastrik
Susu Tepung Enersure (Vanilla) - immune booster
[JH NUTRITION] Enersure (Vanilla) 850g Milk Powder - immune booster
From
RM87.90
Check Susu Tepung Enersure (Vanilla) - immune booster price below:
add_circle Bagus untuk gastrik
add_circle Dapat bekalkan tenaga
add_circle Mampu menguatkan tulang
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
remove_circle Kurang sesuai untuk sakit sendi

Susu jenama Enersure sangat sesuai untuk mereka yang kerap mengalami gastrik kerana mengandungi Prebiotic & Probiotic.

Bukan itu saja, susu ini mengandungi gabungan kandungan yang unik antaranya Omega 3 & 6, kolostrum, Lutein dan Zeaxanthin, kalsium, Vitamin D dan tinggi protein.

Dengan gabungan semua bahan ini susu Enersure dapat menyelesaikan masalah kesihatan gastrik, osteoporosis serta membekalkan tenaga di bulan puasa.

Sesuai untuk remaja, dewasa dan orang tua tapi bagi golongan dewasa amat disarankan amalkan susu ini sepanjang bulan puasa.

Makanan sahur untuk ibu menyusu
LAZZ Susu Kambing (Perisa Kurma)
From
RM41.00
Check LAZZ Susu Kambing (Perisa Kurma) price below:

Gabungan susu dan kurma adalah yang terbaik untuk diambil oleh ibu-ibu yang sedang hamil atau menyusu badan sepanjang bulan puasa.

Ini kerana kandungan dalam susu Lazz memberi tenaga buat si ibu bagi menjalani rutin harian tanpa rasa letih atau lesu.

Walaupun anda tidak dapat rasa buah kurma kerana produk ini tidak menggunakan sirap kurma sebaliknya, menggunakan pati ekstrak kurma jenis serbuk.

Menurut mereka, ekstrak kurma jenis serbuk dapat menghasilkan 10x ganda kepekatan kurma lebih tinggi berbanding sirap yang mempunyai rasa manis yang kuat.

Cara bancuhan sangat mudah:

  1. Buka bungkusan.
  2. Tuang ke dalam cawan.
  3. Campurkan dengan air suam.
  4. Ratakan dengan sudu kecil.
  5. Minum.
Makanan sahur simple
Nestle CornFlakes Cereal 500g
Nestle
Nestle CornFlakes Cereal 500g
From
RM12.00
Check Nestle CornFlakes Cereal 500g price below:

Bijirin klasik dari Nestle Cornflakes mampu membuat anda rasa kenyang dalam tempoh lama, dan ia adalah menu sahur paling simple.

Ini kerana empingan jagung dari bijirin penuh ini padat dengan protein dan serat sekaligus dapat bantu anda menahan dari rasa lapar lebih awal.

Rasanya bertambah sedap apabila dihidangkan bersama susu atau coklat ketika bersahur.

Makanan sahur tinggi serat
HEALTH PARADISE Organic Muesli 400g
From
RM9.60
Check HEALTH PARADISE Organic Muesli 400g price below:

Jika anda mencari sebuah hidangan yang unik dan mengenyangkan untuk Sahur, cubalah Monster High Fibre Muesli.

Makanan sahur ini mempunyai kandungan serat dan protein yang tinggi.

Malah, bukan saja penuh dengan bijirin tapi penuh dengan pelbagai kekacang dan buah-buahan kering yang dicampurkan.

Cara makan Organic Muesli Mixed Fruit ini boleh dengan bermacam cara.

Antaranya campur dengan susu putih, susu berperisa, jus buah atau makan begitu saja.

Boleh juga dicampur dengan yougurt, makan bersama salad atau digunakan untuk membuat baking.

Makanan sahur buah
Fresh Green Apple
epal hijau
From
RM4.80
Check Fresh Green Apple price below:

Pengambilan epal pada waktu sahur tidak menjadi masalah walaupun buah bukan dalam kelompok jenis makanan yang mengenyangkan.

Tapi, merupakan pilihan snek yang sihat kerana dapat membekalkan pelbagai khasiat jika diamalkan setiap hari.

Epal kaya nutrisi dan baik untuk kulit dan tubuh malah kandungan tinggi serat, kaya antioksida dan Vitamin C.

Menurut laporan kajian kesihatan dari Amerika Syarikat, sebiji epal hijau mengandungi 14 gram (g) karbohidrat manakala epal merah pula 15 g karbohidrat.

Makanan sahur untuk kencing manis
DASTO Granola Oat
From
RM14.40
Check DASTO Granola Oat price below:

Granola Oat sesuai untuk para ibu yang baru sahaja menjalani fasa mengandung atau menyusu kerana dapat memberikan tenaga sepanjang hari. 

Dasto telah menggabungkan rolled oats, kepingan badam, biji labu, mangga Kering, kismis, sirap nipah dan gula perang.

Jadi, bijirin ini haruslah diambil dengan susu rendah lemak (low fat milk) supaya dapat mengelakkan daripada terkena penyakit kencing manis (diabetes).

Cara makan bijirin ini mempunyai pelbagai cara.

Antaranya, makan bersama susu dan buah atau dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama yogurt.

Makanan sahur untuk kanak-kanak
CAMPBELL’S Cream of Chicken
From
RM6.20
Check CAMPBELL’S Cream of Chicken price below:

Makan makanan yang sama sahaja setiap hari, pasti membosankan terutamanya bagi kanak-kanak.

Apa kata cuba berikan si kecil sahur dengan sup ayam yang terkenal dari jenama Campbell’s ini.

Kemudian, dihidangkan bersama roti bakar, pasti mereka lebih berselera apabila makan ketika sahur.

Tip untuk tingkatkan selera si kecil semasa bersahur; hidangkannya secara panas dan berkuah. 

Tapi sebelum tu sebaiknya tanya dahulu apa yang si kecil ingin makan ketika bersahur. 

Makanan sahur yang ringkas
YOGOOD Blueberry Cranberry Muesli Bars
From
RM11.75
Check YOGOOD Blueberry Cranberry Muesli Bars price below:

Bagi mengelakkan perut anda mengalami gastrik, sebaiknya makan oat tapi mungkin ada yang rasa tekstur oat kosong dan bosan.

Jadi, jenama Yogood mencampurkan buah yang mengandungi tinggi Vitamin C yang bagus untuk tenaga dan imunisasi.

Bukan itu saja, kepingan oat dan bah tersebut disaluti dengn lapisan yogurt berkrim.

Tidak perlu susah-susah untuk membancuh. Hanya buka bungkusan dan boleh terus makan.

Minuman sahur untuk pesakit gastrik
PUREHARVEST Organic Activated Almond Milk (1L)
From
RM28.90
Check PUREHARVEST Organic Activated Almond Milk (1L) price below:

Khas buat anda yang mengalami penyakit gastrik, dinasihatkan untuk menjaga pemakanan sepanjang bulan puasa ini.

Amalkan mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan serat.

Jadi, produk daripada PureHarvest ini hasil gabungan susu dan badam yang diperkaya dengan protein dan serat sekaligus baik untuk menjaga kesihatan perut. 

Jangan risau, produk ini bebas tenusu, gluten dan carrageenan.

Tips untuk pesakit gastrik: lewatkan sahur, segerakan berbuka.

Makanan sahur untuk student
AMAZIN’GRAZE Banana Bread Ganola
From
RM19.20
Check AMAZIN’GRAZE Banana Bread Ganola price below:

Tampak seperti bijirin biasa tapi kebaikan granola dapat membekalkan tenaga kepada anda terutamanya yang masih belajar.

Ini kerana mampu untuk menstimulasi minda untuk berfikir dengan pantas semasa dalam bulan puasa tanpa rasa lemah dan letih. 

Dengan mengandungi serat oat, puri pisang, madu, minyak Canola, gula dari kelapa, Pecan, Walnut, Flax Seeds, kulit kayu manis dan garam laut sekaligus memberi kebaikan untuk kesihatan anda.

Amalkan di waktu sahur, perut anda tidak akan membuat hal semasa di dalam kelas!

Minuman untuk sahur yang sihat
V-SOY Multigrain Soy Milk (1L)
From
RM5.20
Check V-SOY Multigrain Soy Milk (1L) price below:

Biji kekacang soya disarankan oleh doktor dan pakar perubatan sebagai diet yang bersesuaian untuk mengurangkan paras gula dalam darah.

Sangat bagus untuk diambil ketika berpuasa kerana badan tak mudah letih dan lesu.

Dengan mengandungi Purple Brown Rice, Black Sesame Malt dan ekstrak barli, dapat membantu membina serta menguatkan lagi tulang. 

Minuman kurang gula ini boleh diminum oleh semua peringkat umur samada bayi yang dalam peringkat meminum susu formula sehinggalah orang tua.


Kelebihan Bersahur

Kalau anda jenis yang suka skip sahur, pastikan anda baca tentang kelebihan bersahur ini. Barulah tak rasa nak skip sebab dah tahu ada kelebihannya pada tubuh badan kita.

  • Menjaga Kesihatan Tubuh Badan

Sahur membantu menjaga kesihatan tubuh badan kita dengan memberikan tenaga dan nutrisi yang diperlukan untuk menjalani hari yang sibuk sepanjang bulan puasa.

Selain itu, ia juga juga membantu mencegah penurunan kadar gula dalam darah yang dapat menyebabkan rasa pening atau seakan-akan pitam.

  • Menjaga Kadar Metabolisme

Dengan bersahur, anda juga sebenarnya sedang mengekalkan tahap metabolisme tubuh anda ke tahap yang optimum.

Ini akan membantu menjaga kestabilan metabolisme sepanjang berpuasa dan tubuh badan juga dapat berfungsi dengan baik.

  • Mengekalkan Tahap Fokus

Daya fokus anda sepanjang bulan puasa juga dipengaruhi oleh tahap tenaga yang anda ada sepanjang berpuasa, dan jika tidak bersahur maka anda tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk kekal fokus.

Dengan bekalan nutrisi yang mencukupi sewaktu bersahur, anda akan dapat mengekalkan fokus pada pekerjaan atau ibadah waktu siang tanpa rasa lemah atau lapar.

  • Meningkatkan Kualiti Ibadah

Sahur memberikan kekuatan fizikal dan mental yang diperlukan untuk menjalankan ibadah dengan baik selama bulan Ramadan.

Dengan tubuh yang hydrated dan cukup nutrisi, seseorang dapat melakukan solat, membaca Al-Quran, dan melakukan amal ibadah lainnya dengan lebih baik.

  • Meningkatkan Kesejahteraan Psikologi

Menikmati sahur bersama keluarga atau rakan-rakan dapat meningkatkan rasa kebersamaan dan harmoni, sekaligus memerikan kesan psikologi yang baik sepanjang hari.

Jadi lepas ni anda mempunyai sebab yang baik untuk bersahur, baik untuk kesihatan fizikal, mental dan juga rohani.


Adakah Puasa Baik Untuk Kesihatan?

Hikmah berpuasa boleh dijelaskan dari pelbagai sudut seperti kesihatan jasmani, kerohanian, sudut akhlak, sosial serta kemanusiaan.

Puasa juga memberi kesempatan bagi sistem gastrointestinal atau pencernaan untuk 'berhenti' seketika waktu siang hari.

Jadi, sistem pencernaan manusia ini yang lazimnya memerlukan 7 hingga 8 jam untuk memproses makanan yang dimakan akan berehat seketika.

Bukan apa, sebenarnya jika lebih banyak makanan atau minuman, maka lebih lama masa dan lebih tenaga diperlukan supaya pencernaan itu sempurna.

Buktinya , kita akan berasa letih dan mengantuk sekiranya makanan yang diambil lebih dari had sepatutnya. 

Jadi, makanan atau minuman boleh memberi kesan langsung kepada kadar penghadaman dan serapan nutrien yang sepatutnya.

Lantaran, puasa memberi peluang kepada kita untuk menjaga dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Apa pun, jom kita lihat manfaat melaksanakan ibadah berpuasa menerusi video ringkas ini.


Artikel Berkaitan

End of Article