Lebih kurang beberapa hari lagi kita akan menjalani ibadah puasa, confirm ramai yang sedang mencari baju raya trend terkini dari koleksi jenama baju raya terkenal di Malaysia.
Terutama golongan wanita pasti berkobar-kobar mencari fesyen baju terkini perempuan dan mungkin ada yang sedang meneliti senarai butik baju kurung online untuk dapatkan deisgn baju kurung dan baju raya terkini yang diidamkan.
Maklumlah, setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti biasa ramai yang teruja untuk dapatkan style baju raya perempuan untuk OOTD di hari raya pertama.
Memang ada banyak baju raya cantik dari jenis baju kurung berbeza, tinggal pilih warna baju raya yang cantik dan design baju raya yang lawa je dari brand baju kurung Malaysia.
Jadi bagi yang sedang mencari baju trend terkini perempuan dari jenama baju kurung terkenal, apa kata lihat senarai jenama pakaian wanita yang kami sediakan ni.
Kalau tak nak pening pergi ke semua website baju raya, boleh scroll ke bawah!
Mungkin salah satu jenis baju raya perempuan atau baju kurung cantik ini berkenan di hati anda.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 19 Baju Raya Terkini Untuk Wanita

Diperbuat daripada Shining Rayon, set ini menawarkan gabungan gaya kasual dan elegan yang sesuai untuk ke rumah terbuka.
Bahagian atas direka dengan potongan longgar, leher V, dan butang di bahagian depan, memberikan sentuhan klasik yang selesa.
Lengan bergetah dengan butang di pergelangan menambah perincian feminin, manakala tali pinggang boleh laras membolehkan anda menyesuaikan bentuk mengikut keselesaan.
Bahagian seluar pula menampilkan pinggang separa getah, potongan relaxed-fit, dan rekaan kaki lebar untuk memberi keselesaan sepanjang hari.
Dengan zip hadapan yang kemas, ia menambah keanggunan pada keseluruhan penampilan.
Material Shining Rayon bukan sahaja memberikan sedikit kilauan lembut tetapi juga terasa ringan dan selesa dipakai.

Material Viscose Shimmer memberikan sentuhan mewah dengan kilauan halus yang elegan.
Namun, fabrik ini agak rapuh, terutama di kawasan sulaman, menjadikannya perlu dijaga dengan rapi.
Disarankan cucian tangan dalam air sejuk atau menggunakan mod cucian lembut untuk mengekalkan kualiti material.
Untuk memastikan fabrik tahan lama, elakkan bahan kimia keras seperti peluntur atau pelembut fabrik.
Jangan keringkan menggunakan mesin pengering; sebaliknya, jemur dengan cara gantung dan gosok pada suhu suam jika perlu.

Set kurung ini diperbuat daripada material cotton embroidery, yang memberikan sentuhan klasik dengan sulaman halus pada fabrik.
Direka dalam dua saiz, Free Size dan Plus Size, ia sesuai untuk pelbagai bentuk badan.
Bahagian atas menampilkan potongan longgar dengan leher V shape, memberikan keselesaan dan gaya yang lebih moden.
Hidden zip di bahagian hadapan memudahkan pemakaian serta menjadikannya mesra ibu menyusu.
Bahagian skirt pula direka dalam potongan pario semi-instant, membolehkan pemakai melaraskan ikatan mengikut keselesaan.
Dengan ukuran yang lebih luas terutama pada versi Plus Size, ia sesuai bagi mereka yang mengutamakan kebebasan bergerak tanpa mengorbankan gaya.

Kurung Saloma menampilkan potongan ala Riau, di mana bahagian bawah baju direka lebih kembang dan flowy, memberikan efek anggun dan klasik.
Dihasilkan daripada material cotton silk, fabrik ini memastikan pemakai berasa sejuk, selesa, tidak mudah renyuk, dan mudah digosok – sesuai untuk pemakaian sepanjang hari.
Zip di bahagian hadapan menjadikannya mesra ibu menyusu (BF friendly), manakala sulaman scallop yang kemas di lengan dan keliling baju menambah sentuhan eksklusif.
Bahagian kain pula direka dengan getah penuh di pinggang, serta zip dan cangkuk untuk keselesaan dan kemudahan pemakaian.
Dengan potongan lipat depan ala kain batik, ia mengekalkan unsur tradisional dalam gaya moden.

Baju kurung moden ini menampilkan gabungan elemen tradisional dan kontemporari dengan rekaan lengan puff serta perincian lace glitter di bahu dan lengan, memberikan sentuhan mewah.
Potongan flare di bahagian pinggang menambah keanggunan, manakala jahitan embroidery scallop sebagai kemasan akhir menyerlahkan kehalusan rekaannya.
Dengan zip tersembunyi di belakang dan hujung lengan, baju ini bukan sahaja bergaya tetapi juga praktikal, terutama bagi mereka yang mencari pakaian mesra wudhu.
Bahagian bawah direka dengan potongan skirt mermaid, yang menampilkan siluet feminin dan anggun.
Material premium chiffon berlining memastikan kain tidak jarang dan flowy, memberikan keselesaan sepanjang hari.
Dengan ciri zip tersembunyi di belakang skirt, pemakaiannya lebih mudah dan kemas, sesuai untuk hari raya, pelbagai majlis formal atau kasual.

Zalia Basics - Kalsom Kurung With Selendang Set menggabungkan elemen klasik dan moden dengan potongan kurung bertekstur ringkas dan elegan.
Bahagian atas menampilkan kolar mandarin, belahan sisi pada hem, serta butang keyhole di hadapan dengan zip di belakang untuk gaya yang kemas dan praktikal.
Lengan panjang memastikan keselesaan, manakala potongan regular fit menjadikannya sesuai untuk pelbagai bentuk badan.
Set ini juga hadir dengan selendang, menjadikannya pilihan lengkap untuk penampilan yang lebih bergaya.
Bahagian bawah pula terdiri daripada skirt maxi berpinggang tinggi, memberikan ilusi tubuh lebih langsing.
Ia direka dengan kancing zip dan hook di belakang untuk kemudahan pemakaian.
Dengan material polyester bertekstur, set ini tahan lasak serta mudah digayakan untuk acara formal mahupun kasual.

Lubna - Afrina Recycled Polyester Kebarung & Skirt Set menggabungkan elemen tradisional dengan material moden yang mesra alam.
Bahagian atas menampilkan kebarung bersulam floral dengan potongan regular fit, memberikan keselesaan sambil mengekalkan keanggunan klasik.
Dihiasi dengan leher V dan kancing hook & eye, ia sesuai untuk pelbagai acara, manakala lengan ¾ panjang menambah sentuhan feminin.
Bahagian bawah pula terdiri daripada skirt maxi bersulam floral, lengkap dengan butiran lipatan di belakang untuk efek jatuh yang lebih cantik.
Potongan mid-rise dan regular fit memastikan keselesaan sepanjang hari, dengan kancing zip dan hook yang memudahkan pemakaian.
Reka bentuk yang ringkas namun mewah ini menjadikannya pilihan ideal untuk sambutan hari raya atau acara formal.

Baju berkonsepkan batik ini menampilkan rekaan klasik dengan sentuhan moden, memberikan keseimbangan antara tradisi dan gaya kontemporari.
Dengan 10 pilihan warna menarik, potongan baju ini direka agar terletak kemas pada pemakai, memastikan keselesaan sepanjang hari.
Menggunakan material Cotton Osaka untuk baju dan Premium Cotton 100% untuk kain, fabrik ini lembut, sejuk, dan yang paling penting, mudah digosok, menjadikannya pilihan praktikal untuk pakai pada hari raya atau majlis istimewa.
Rekaannya menampilkan leher bulat dengan perincian butang, serta span di bahu untuk bentuk yang lebih kemas.
Bahagian lengan mesra wudhu, membolehkan ia diangkat dengan mudah tanpa rasa ketat.
Tersedia dalam saiz S (38) hingga XXL (48), Lana Kurung Kedah Batik Cotton Premium Osaka ini adalah pilihan sempurna bagi anda yang mengutamakan keselesaan dan gaya dalam satu rekaan.

Set pakaian dua lapis ini menggabungkan elemen klasik dan moden, menjadikannya pilihan ideal untuk pelbagai majlis.
Terdiri daripada dua bahagian berasingan—blouse berlengan panjang dan gaun maxi tanpa lengan—rekaan ini memberikan fleksibiliti dalam pemakaian.
Blouse berlengan belon menambah sentuhan anggun, manakala gaun maxi berpotongan duyung menyerlahkan bentuk badan dengan kemas.
Diperbuat daripada Premium Textured Satin dengan lapisan dalam rayon, fabrik ini mempunyai tekstur mewah yang tidak meregang tetapi tetap selesa dipakai.
Tersedia dalam warna Ungu, Champagne, dan Hijau Mint, set ini sesuai untuk di pakai pada hari raya.

Baju Kurung Kedah ini menampilkan gaya klasik dengan sentuhan moden, sesuai untuk mereka yang mengutamakan keselesaan tanpa mengabaikan keanggunan.
Diperbuat daripada Korean Crepe, fabrik ini terkenal dengan teksturnya yang lembut, ringan dan tidak melekat pada badan, menjadikannya pilihan ideal untuk cuaca panas.
Potongan Kurung Kedah yang longgar memberikan keselesaan sepanjang hari, manakala zip tersembunyi di bahagian belakang memudahkan pemakaian.
Rekaan ini turut dihiasi dengan lace halus pada lengan dan hujung baju, menambahkan elemen feminin yang elegan.
Dari segi penjagaan, material ini mudah digosok dengan suhu sederhana, hanya perlu dicuci dengan air sejuk, dan elakkan dari sinaran matahari langsung bagi mengekalkan kualiti fabrik.
Tersedia dalam saiz 36 hingga 44, baju ini sesuai untuk pelbagai bentuk badan dan memberikan gaya yang anggun serta praktikal.

Baju Kebarung Batik Moden menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari, menjadikannya pilihan yang elegan untuk pelbagai majlis.
Potongannya yang labuh dan berbentuk ‘A’ memberikan siluet yang anggun serta sesuai untuk semua bentuk badan.
Selain itu, baju ini dihiasi dengan sulaman yang kemas, menambahkan elemen mewah dan sofistikated tanpa kelihatan terlalu sarat.
Reka bentuknya yang longgar memberi keselesaan optimum, sesuai untuk dipakai sepanjang hari.
Dengan gabungan fabrik berkualiti dan perincian halus, Baju Kebarung Batik Moden ini menjadi pilihan yang versatil, sama ada untuk acara formal, perayaan atau majlis istimewa.

Baju untuk lebaran tahun ini dari Wanzar iaitu Fedora Kurung 3.0 menggabungkan rekaan tradisi dan juga moden yang sesuai dipakai gadis-gadis moden di luar sana.
Dengan butiran lace tangan yang rumit dan ciri-ciri kontemporari, ia menjadikan baju kurung ini sangat kemas untuk dipakai.
Baju kurung ini mempunyai lengan puff yang elegan dan leher bulat, menambah sentuhan keanggunan di pagi Syawal.
Dengan zip pada lengan dan belahan di belakang untuk kemudahan tambahan, pakaian ini direka untuk memenuhi keselesaan anda tanpa mengorbankan gaya.
Selain itu, baju kurung ini diperbuat daripada kain shantung berkualiti tinggi dengan lapisan muka, dan ia juga mesra wuduk bagi memudahkan anda menunaikan solat tanpa masalah.

Baju kurung Irdina dari Hijabistahub ini menampilkan gabungan unsur tradisional dengan sentuhan kontemporari.
Dihiasi dengan lengan puffed dan sulaman lace 3D pada kain net yang diperkemaskan dengan manik-manik besar, menonjolkan lagi keanggunan semasa pagi Syawal.
Selain itu, ia hadir dengan potongan longgar yang memberikan keselesaan semasa memakainya, menjadikannya pilihan terbaik untuk hari lebaran yang sibuk.
Dipadankan pula dengan skirt pensil yang menampilkan kain berpleat di bahagian belakang, gabungan ini menawarkan silhouette yang menawan dan menampilkan bentuk badan yang cantik.
Paling penting baju kurung Hijabistahub Irdina Kurung ini menampilkan zip di bahagian belakang untuk pemakaian yang mudah, dan ia juga mesra wuduk.

Diperbuat daripada como crepe yang lembut dan pinggang bergetah. Baju kurung yang membuatkan anda kelihatan elegant.
Terdapat dalam saiz 3XL, 4XL ,5XL, dan 6XL. Mempunyai butang dileher dengan cutting cantik.
Selain pakai semasa hari raya, anda boleh mengenakan baju kurung ini untuk bekerja, interview atau menghadiri kelas di universiti.

Siapa sangka kini kaftan atau baju kelawar boleh digayakan dalam majlis.
Mungkin disebabkan speksifikasi bagi baju kurung kaftan ini selesa, sesuai untuk semua saiz badan dan rekaannya mementingkan keselesaan si pemakai.
Sama seperti suri rumah yang memilih untuk memakai kaftan. Walaupun begitu, anda masih kelihatan cantik manis apabila memakai baju kurung kelawar ini.
Paling penting, sesuai digayakan dari semua jenis saiz bentuk badan.
Materials pula, untuk nampakkan kesan flowy yang cantik, anda perlu pilih materials jenis chiffon, silk, dan satin.
Jom bergaya dengan baju kurung kelawar!

Diperbuat dari Italian como crepe dengan 10 pilihan warna yang menarik. Skirt potongan duyung dengan pinggang bergetah.
Selain mudah digosok, baju kurung ini tidak jarang, tidak mudah luntur warna dan tak berbulu selepas dibasuh.
Sejuk dan selesa dipakai dan ada zip tersorok di baju belakang dengan harga di bawah RM50.

Fabrik songket telah menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini.
Tak salah rasanya jika kita gayakan songket lagi pada tahun ini kerana corak bunga taburnya tidak lekang dek zaman dan sangat manis jika dikenakan pada waktu perayaan.
Baju kurung songket Pahang berwarna putih benang emas ataupun silver juga telah menjadi trend pada para pengantin untuk digayakan pada hari bahagia mereka.
Koleksi songket terkini menggunakan fabrik songket tenunan asli dalam pelbagai warna, jadi anda boleh pilih mana yang anda suka.

Bagi anda yang gemar memakai baju raya bercorak bunga kecil, baju kurung Nayla jenama Zoe Arissa ini patut menjadi pilihan anda.
Bukan sahaja coraknya yang cantik, malah direka seperti baju kurung Pahang tapi dengan potongan moden. Membuatkan anda kelihatan lebih ayu dan manis.
Diperbuat daripada krep Korea berkualiti tinggi dan kainnya sangat lembut serta tidak panas.
Garis leher baju kurung yang bulat, bukaan zip tersembunyi di belakang, tidak jarang dan tidak mudah berbulu.
Mesra wuduk dengan zip bukaan di lengan, bahu empuk kedua-dua belah dan pinggang boleh renggang penuh.

Anda ingin memakai baju raya yang unik dan membuatkan anda tampil menonjol atau stylish?
Jangan risau, baju kurung moden dengan lace ini adalah pilihan yang tepat untuk anda!
Lace yang terdapat di bahagian bawah baju kurung dan tangan memberikan sentuhan yang elegan, manakala batu eksklusif yang terdapat di atas lace akan membuatkan anda tampil istimewa.
Material yang digunakan ialah Como Crepe, jadi baju anda lembut, selesa dan tahan lasak. Pelbagai saiz yang disediakan dari XS hingga XXL.
Dengan 11 pilihan warna yang tersedia, anda boleh memilih warna yang paling sesuai dengan citarasa anda.
Jenis Baju Kurung
Baju kurung adalah pakaian tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan Muslim di negara kita.
Ia terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu atas (top) dan bawah (bottom). Berikut adalah penjelasan ringkas tentang jenis-jenis baju kurung:
- Kurung Moden
Baju kurung moden mempunyai potongan yang lebih bersesuaian dengan gaya moden.
Bahagian atas mungkin mempunyai reka bentuk leher yang berbeza, seperti leher bulat, V-neck, atau reka bentuk yang lebih moden, manakala skirtnya mungkin mempunyai potongan yang lebih ramping dan moden.
- Kurung Tradisional
Kurung tradisional lebih mengekalkan reka bentuk asal baju kurung dengan top yang longgar dan skirt yang labuh.
Bahagian atas biasanya mempunyai reka bentuk leher bulat atau leher V, manakala skirtnya panjang dan longgar.
- Kurung Pahang
Salah satu jenis kurung tradisional yang popular adalah kurung Pahang.
Ia mempunyai ciri-ciri seperti bahagian atas yang longgar dengan kain yang jatuh di bahagian depan dan belakang, manakala skirtnya panjang dan longgar.
- Kurung Peplum
Kurung peplum adalah gabungan antara baju kurung tradisional dengan reka bentuk moden peplum.
Untuk top kurung peplum ini ia mempunyai potongan yang mengembang di pinggang, manakala skirtnya mungkin ramping atau labuh, bergantung kepada gaya.
- Kurung Mini
Kurung mini adalah versi yang lebih pendek dan moden dari baju kurung tradisional.
Bahagian atas dan skirtnya dipotong untuk menampakkan lebih banyak kaki, mencipta penampilan yang lebih santai dan moden.
Anda bebas memilih jenis baju kurung yang sesuai dengan cita rasa anda, dan pastikan anda mendapatkan ukuran yang betul mengikut saiz dan bentuk badan anda agar baju kelihatan kemas dipakai.