Kecantikan

Pastikan Tangan Selalu Kelihatan Muda dengan 8 Hand Cream Ini

Cuba amalkan memakai krim tangan dan kuku kerana ia membantu melembutkan tangan yang kasar dan juga melembapkan kulit. Untuk mereka yang inginkan krim tangan anti aging, bolehlah cari yang mempunyai retinol (Vitamin A). Berikut beberapa jenama krim tangan yang bagus dari The Body Shop, L'occitane, dan lebih lagi.


Editor · Updated 15 May 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Pastikan Tangan Selalu Kelihatan Muda dengan 8 Hand Cream Ini

Krim pemutih tangan terbaik

Selain dari mementingkan penjagaan rupa paras, kaum wanita pastinya mementingkan penjagaan kulit badan juga. Siapa yang ingin cantik dari segi rupa sahaja tetapi tangan kering dan kasar? Jadi cuba amalkan memakai krim tangan kerana ia membantu melembutkan tangan yang kasar, melembapkan kulit, mewangikan dan juga mengatasi masalah kulit yang teruk akibat mengelupas dan alahan.

Krim tangan ini mudah untuk anda dapati online dan juga di farmasi-farmasi berdekatan serta murah dari segi harganya. Berikut beberapa jenama yang sering digilai ramai.

Krim terbaik untuk tangan kering
Krim terbaik untuk tangan kering 1 daripada 7
L'OCCITANE Shea Butter Hand Cream 30ml
Partnership with L'OCCITANE
Dari RM45
Lihat harga di Shopee Malaysia

Krim tangan dari bahan shea butter, madu dan ekstrak badam manis ini dicampur dengan aroma ringan mampu menyerap ke dalam kulit anda untuk membantu menyembuhkan dan melindungi kulit yang kering. Selain itu, dengan kadar antioksidan yang tinggi, ia turut membantu melembapkan kulit tangan sepanjang hari. Kulit akan terasa lembab dan lembut sambil dapat mewangikan tangan anda sekaligus.

Krim pelembut tangan terbaik
Krim pelembut tangan terbaik 2 daripada 7
The Body Shop Almond Milk & Honey Calming & Protecting Hand Cream
Partnership with The Body Shop
Dari RM25
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Wangi
Krim mudah menyerap
Sedikit berminyak
2 lagi
Diperkaya dengan madu Perdagangan Komuniti
Mengandungi minyak badam organik

Jika anda mempunyai kulit jenis sensitif, krim ini mampu menenangkan dan sesuai untuk anda. Ia diperkaya dengan susu badam organik dan madu yang dapat melindungi kulit anda dari kering dan kasar. 

Krim ini dapat melembutkan kulit anda dengan khasiat susu badam yang membantu meresap jauh ke dalam kulit untuk memberi kelembapan pada kulit. Ia telah diuji secara dermatologi dan sesuai bagi hypoalergik.

Krim terbaik untuk tangan mengelupas
Krim terbaik untuk tangan mengelupas 3 daripada 7
Bioderma Atoderm Mains Repair Hand Cream 50ml
Partnership with Bioderma
Dari RM58.30
Lihat harga di Shopee Malaysia

Krim dengan formula yang wangi dan tidak melekit ini menawarkan pembaikan yang cepat untuk kulit yang mengalami kerosakan akibat mengelupas, kering dan alergik. Dengan fungsi pembaikan, ia membantu memperbaharui sel kulit anda untuk pemulihan. Penggunaan secara konsisten dapat membantu memperbaiki masalah kulit anda.

Krim tangan retinol
Krim tangan retinol 4 daripada 7
Palmer’s Concentrated Cream Cocoa Butter 60g
Partnership with Palmer's
Dari RM9.50
Lihat harga di Lazada Malaysia

Tiub bersaiz kecil ini sangat ringan dan mudah untuk dimuatkan ke beg tangan anda. Ia diperkaya dengan vitamin E yang membantu mengurangkan tanda dan parut. Bukan sahaja itu, ia juga turut memastikan agar kulit anda lembap dan licin daripada kekeringan.

Dan krim ini sememangnya  diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi dengan aroma koko yang membuatkan anda ingin memakannya.

Krim terbaik untuk tangan kasar
Krim terbaik untuk tangan kasar 5 daripada 7
Sephora Collection Almond Hand Balm
Partnership with Sephora Collection
Dari RM24
Lihat harga di Sephora Malaysia

Krim yang tidak berminyak dan memberikan anda rasa selesa selepas memakainya. Ia membantu dalam memberikan kelembapan yang berpanjangan dan juga melembutkan. Penggunaan krim ini juga disyorkan bagi yang berkulit kasar, kering dan sensitif. Tekstur kulit akan lebih cantik dan lembut dengan khasiat kacang almond yang terdapat di dalam krim ini.

Krim untuk tangan dan kuku 6 daripada 7
A'pieu Ugly Cuticle Cream 
Partnership with A'pieu
Dari RM8
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Krim ini membantu dalam memberikan nutrisi untuk kuku yang kurang cantik. Ia menjadikan kuku kelihatan sihat dan berseri sambil melembutkan tangan anda daripada kekeringan. Selain itu, ia membantu untuk menguatkan kuku anda dan melicinkan tangan yang kasar. Harga yang berbaloi dan kini anda boleh melakukannya sendiri di rumah seperti ke rawatan spa.

Krim pemutih tangan terbaik
Krim pemutih tangan terbaik 7 daripada 7
Bioaqua Horse Ointment Hand Cream Whitening Moisturizing Hand Lotions
Partnership with Bioaqua
Dari RM4.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Krim tangan minyak kuda ini mengandungi bahan semula jadi yang sangat baik untuk tangan anda. Ia membantu memperbaiki garis-garis halus, masalah kulit kering dan kulit kusam untuk memastikan tangan lebih lembut dan bebas parut. Selain dari menutup segala kedutan, ia juga membantu mencerahkan kulit tangan anda agar tampil lebih sekata dan gebu.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation