Kulit kering menyebabkan anda rasa kurang selesa dan menjadikan solekan anda tidak sempurna dan bertompok. Satu faktor menyebabkan kulit kering ialah kandungan alkohol yang tinggi di dalam pencuci muka tersebut.
Apakah cara mengatasi kulit kering?
Seeloknya cuba untuk memilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang lembut dan tidak kasar terhadap kulit. Berikut beberapa pencuci muka untuk mengatasi masalah kulit kering tersebut.
Bagi mereka yang menggemarkan produk kosmetik dan penjagaan diri Jepun, Hada Labo ini sememangnya merupakan antara jenama yang biasa didengar dan terkenal dengan produk yang berkualiti dan sesuai untuk masyarakat Malaysia. Kami mencadangkan pencuci muka mereka untuk melawan masalah kulit yang kering dan gatal.
Kebiasaannya, kulit yang kering sangat mudah mengalami masalah susulan seperti kegatalan, penggelupasan dan kemerahan pada kulit, terutamanya bagi mereka yang turut mengalami masalah kulit sensitif. Untuk pengguna yang sebegini, produk yng tidak mempunyai bahan kimia yang kasar pada kulit amatlah membantu. Ramai pelanggan telah memberi maklumbalas yang produk ini adalah ‘mild’ untuk kulit sekaligus tidak membahayakannya,
Pencuci muka ini juga tidak mengandungi sebarang pewangi, minyak mineral ataupun alkohol yang dapat menjejaskan keselesaan kulit anda. Cumanya, pencuci muka ini mengandungi stearic acid yang bagus unuk memberikn perlindungan kepada kulit, tetapi untuk sesetengah pengguna berkulit sesitif, reaksi yang tidak ketara mungkin boleh berlaku, tapi ini merupakan sesuatu yang jarang berlaku. Jadi sekiranya terdapat reaksi yang tidak baik, anda dinasihatkan untuk berhenti dari menggunakannya.
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering dan berjerawat, hal ini memang sangat menyerabutkan dan kadang-kadang menyakitkan. Produk pencuci muka keluaran Himalaya ini sangat terkenal dengan meletakkan bahan-bahan semulajadi yang bagus untuk anda. Didalam pencuci muka ini ada diletakkan ekstrak daun Neem yang terkenal dalam dunia perubatan untuk merawat masalah kulit seperti keradangan, melecur dan jangkitan kuman.
Daun Neem ini sebenarnya mempunyai ciri antibakteria yang sangat bagus untuk membersihhkan kulit anda dari kuman atau bakteria yang boleh menyebabkan keradangan atau jerawat. Ia juga dilengkapi dengan fungsi anti-keradangan yang dapat memelihara kulit anda dari tercedera akibat keradangan yang boleh menyeabkan parut dan sebagainya. Ia juga mampu melegakan dan menyegarkan kulit muka anda.
Pencuci muka ini mempunyai kunyit yang terkenal didalam dunia penjagaan kulit sebagai ejen antioksida dan anti-keradangan, dimana dengan adanya kunyit ini, kulit anda akan lebih sihat, kurang faktor penuaan dan lebih terpelihara dari masalah seperti iritasi dan sebagainya.
Cumanya, pencuci muka ini mempunyai pewangi, dimana ianya boleh menyebabkan iritasi pada mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Secara umumnya pengguna biasa tidak mengalami sebarang masalah dengan pewangi ini tetapi jika anda mempunyai kulit yang sensitif, anda dinasihatkan untuk melihat kesesuaiannya pada anda dahulu.
Kulit yang kering dan kusam pastinya mengganggu keselesaan anda, sebab itu kami cadangkan kepada anda pencuci muka keluaran Sebamed ini, ianya mengandungi Sodium Lactate yang merupakan faktor pelembap semuajadi untuk kulit anda. Sodium lactate ini kebiasaannya ada secara semulajadi pada kulit, tetapi akibat faktor stress dan pemakanan, ia akan berkurang mengakibatkan kulit muka anda menjadi kering dan kusam.
Pencuci muka ini juga mempunyai nilai pH sebanyak 5.5 dimana kebiasaannya kulit manusia yang normal mempunyai pH dari 4.7 sehingga 5.75, iaitu nilai yang sedikit asidik. Dengan pH tersebut, pH kulit muka anda dapat dikawal sekaligus memberikan suasana yang optimum untuk kulit yang sihat.
Pencuci muka Sebamed ini juga mengandungi Magnesium Sulfate yang mampu membersihkan kulit anda. Bahan ini kebiasaannya digunakan untuk merawat masalah kulit yang tidak ketara seperti keradangan dan sebagainya. Fungsi anti radangnya sangat bagus untuk kulit yang kusam kerana kadang-kadang iritasi pada muka boleh menjadi penyebab utama kekusaman kulit.
Pencuci muka ini juga mengandungi Hydrolised Silk yang bagus untuk mengimbangkan kelembapan pada kulit, keanjalan dan seri pada wajah. Ianya juga merupakan produk tanpa sabun dan alkali, sekaligus menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang mementingkan keselesaan kulit.
Cumanya, pencuci muka ini mengandungi pewangi dan Benzyl Alcohol yang tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit muka sensitif. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan iritasi pada muka dan boleh menyebabkan breakout dalam sesetengah keadaan.
Untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering dan jeragat, kami ada jalan penyelesaiannya untuk anda. Produk tempatan ini terkenal sebagai salah satu pembekal produk kosmetik dan penjagaan diri berkualiti tinggi dan memuaskan hati. Pencuci muka Safi Rani Gold ini menjadi pilihan kami.
Pencuci muka ini mengandungi bahan aktif utama iaitu emas nano 24K, dimana menurut kajian, emas mempunyai ciri antioksida yang dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel kulit anda, sekaligus memberikan anda kulit yang sihat dan tampak muda. Emas juga mempunyai fungsi anti-radang dan mampu memberikan perlindungan kepada kulit anda dari mengalami kerosakan akibat pendedahan kepada cahaya matahari.
Ia juga mengandungi Royal Jelly yang mempunyai 20 jenis asid amino, mineral dan kolagen yang dapat membantu dalam membaharui kolagen dalam kulit anda, sekaligus memberikan anda kulit yang tampak anjal, muda dan sihat. Ia juga mempunyai khasiat dalam pengawalan pembentukan melanin pada kulit, sekaligus mengurangkan jeragat pada kulit anda.
Ia juga mengandungi Beetox iaitu gabungan antara bahan utama Propolis dan bisa dari lebah yang mempunyai ciri seakan Botox yang bagus untuk menganjalkan dan mengurangkan kedutan pada kulit. Pengguna juga memberikan maklumbalas yang kulit mereka tampak lebih gebu dan sihat setelah penggunaan produk ini.
Cumanya, produk ini mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Keberkesanan produk ini sangat dipengaruhi oleh faktor jenis kulit anda.
Untuk lelaki yang ingin mencari pencuci muka yang sesuai dengan kulit yang kering dan kusam, kami menyarankan pencuci muka L’Oreal Paris ini dimana ianya agar sukar untuk mencari pencuci muka yang berfungsi untuk menghidratkan kulit wajah lelaki.
Pencuci muka ini mengandungi bahan yang dapat melembapkan kulit wajah, dan tidak cukup dengan itu, ia juga mempunyai fungsi dimana ia membina sistem lapisan perlindungan pada kulit ada, dimana ianya dapat memerangkap kelembapan pada kulit anda. Secara mudahnya, pencuci muka ini dapat melembapkan kulit dan dalam masa yang sama mengekalkan kelembapan tersebut pada kulit.
Pencuci muka ini juga mengandungi bahan aktif Ascorbyl Glucoside yang apabila ia diserap dengan baik kedalam kulit, ia akan diproses dan dileraikan menjadi vitamin C tulen yang bagus untuk kulit anda. Vitamin C ini dapat mencerahkan dan menyerikan kulit wajah. Ia juga mempunyai ciri yang dapat memerlahankan pembentukan melanin pada kulit wajah, sekaligus mengurangkan pigmentasi dan jeragat pada kulit. Dengan ini, kulit anda tidak akan tampak kusam lagi.
Ia juga mengandungi Salycylic Acid yang dapat melarutkan bahan-bahan penyebab pori muka anda tersumbat, sekaligus mmeberikan anda kulit yang bersih dan sihat. Penyumbatan liang pori inilah yang kebiasaannya menyebabkan iritasi dan breakout pada wajah.
Cumanya, bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, anda mungkin perlu ambilkira yang produk ini mengandungi pewangi Limonene dan Linalool yang sering dikaitkan dengan iritasi pada kulit, dimana sekiranya ianya tidak terkawal, akan menyeabkan breakout pada wajah anda. Ia juga mengandungi ekstrak peppermint yang membantu penyerapan bahan kedalam kulit, tetapi dalam masa yang sama boleh menyebabkan reaksi allergi kepada sesetengah jenis kulit.
Untuk remaja diluar sana yang mengalami masalah kulit yang kering, kami mencadangkan pembersih muka yang tidak mengandungi bahan kimia yang terlalu keras untuk kulit anda, kerana kulit wajah remaja kebiasaannya adalah dalam keadaan yang sihat walaupun ianya mengalami pelbagai jenis isu akibat perubahan hormon dan sebagainya.
Pembersih muka keluaran jenama Simple ini merupakan produk yang anda perlukan, dimana ianya merupakan pencuci muka yang mengandungi bahan asas sesebuah pencuci muka sahaja, tidak ditokok tambah dengan bahan-bahan asing yang tidak perlu. Sesetengah pengguna juga mengenengahkan yang produk ini tidak mengandungi sabun yang beralkali, dimana sekiranya ada alkali ini, pH kulit muka anda boleh menjadi tidak seimbang dan tidak sihat.
Ia diperkaya dengan vitamin B5 yang dapat melembutkan kulit wajah dan dapat menjadikan kulit anda mulus dan sihat. Ia juga mempunyai fungsi anti-keradangan dimana ini sangat penting kerna remaja kebiasaannya terdedah kepada aktiviti lasak dan bakteria yang dapat menyebabkan ketidakselesaan pada kulit. Dengan fungsi anti-keradangan ini, kulit anda dapat dibersihkan dan risiko kulit mengalami masalah akibat keradangan dapat dikurangkan.
Ia juga dilengkapkan lagi dengan Bisabolol yang dapat mencegah keradangan dari kulit dan berfungsi sebagai ajen yang dapat melegekan dan memulihkan kulit anda, supaya wajah anda sentiasa rasa segar dan sihat. Namun begitu, produk ini mengandungi parabens dimana sesetengah kajian mengaitkan penggunaan bahan ini dengan pembentukan kanser, tetapi ianya masih memerlukan kajian yang lebih lanjut.
Untuk anda yang mahukan produk berkualiti yang mudah didapati di drgstore berhampiran, anda mungkin mahu mencuba pencuci muka keluaran Neutrogena ini dimana ia mengandungi bahan yang sangat unik iaitu beeswax ataupun lilin lebah.
Beeswax ini dapat membentuk sebuah lapisan perlindungan pada kulit anda, dimana kulit anda akan mendapat perlindungan dari bahan asing yang boleh menyebabkan iritasi dan sebagainya. Beeswax ini juga mempunyai ciri yang memerangkap kelembapan, sekaligus mampu menghidrartkan kulit anda supaya sentiasa segar dan sihat. Ia juga terkenal sebagai ‘exfoliator semulajadi’ yang dapat membuang sel kulit yang mati sekaligus memberikan anda wajah yang berseri dan tidak kusam.
Ia mengandungi Oryza Sativa ataupun rice bran extract, dimana ian sering digunakan untuk melembutkan kulit. Ia juga mempunyai ajen pelembap kulit muka seperti omega-3 dan ia juga mempunyai mikronutrien seperti kalsium, selenium, fosforus, zat besi dan zinc. Kesesuaian kulit kepada bahan-bahan ini bergantung kepada kulit setiap pengguna.
Pencuci muka ini juga mempunyai bahan aktif Glycerin yang dapat melembapkan kulit wajah dimana ia dapat membawa kelembapan dari bahagian dalam kulit anda kepada bahagian luaran, sekaligus memberikan kepada anda kulit yang lembap secara sekata dan selesa.
Cumanya, satu faktor ketara yang anda perlu pertimbangkan pada produk ini ialah ia mengandungi Methylisothiazolinone dimana bahan ini seringkali digunakan sebagai pengawet tetapi ianya sering dikaitkan dengan reaksi toksik pada paru-paru, reaksi allergi dan dalam sesetengah kes, kemungkinan untuk neurotoxicity yang membahayakan saraf. Ia juga mengandungi pewangi yang boleh mengakibatkan iritasi pada pengguna dengan kulit sensitif.
Ekstra: 11 Pencuci Muka untuk Sempurnakan Rutin Penjagaan Wajah Anda
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!