Kecantikan

Bibir Kering Anda Pasti Lembap Selepas Menggunakan 10 Gincu Ini

Anda perlu tahu cara untuk menyelesaikan masalah bibir kering dengan mencari lipstick yang sesuai untuk bibir yang kering. Untuk memudahkan anda mencari lipstick sesuai, kami senaraikan pelbagai jenis gincu untuk bibir kering dari Silkygirl, Maybelline, Sephora, dan lebih lagi yang dapat menyelesaikan masalah anda.


Editor · 9 Jan 2019, 5:39pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Bibir Kering Anda Pasti Lembap Selepas Menggunakan 10 Gincu Ini

Mempunyai bibir yang kering adalah salah satu masalah pada wanita kerana bibir memainkan peranan ketika berkomunikasi dengan orang lain. Anda pasti tidak mahu rakan-rakan anda menegur bibir anda yang kelihatan kering dan pucat. Jadi, anda perlu tahu cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan mencari lipstick yang sesuai dipakai untuk bibir yang kering.

Selain dari warna lipstick yang sesuai dengan kulit anda, anda juga perlu mengetahui jenis lipstick yang sesuai dengan bibir anda supaya bibir anda nampak lebih menonjol. Untuk memudahkan anda mencari lipstick untuk bibir yang kering, kami senaraikan pelbagai jenis lipstick yang dapat menyelesaikan masalah anda.

Kandungan
1 daripada 10
SILKYGIRL Matte Junkie Lip Cream
Partnership with
Dari RM22.91
Lihat harga di Lazada Malaysia

Untuk anda yang sangat suka warna yang nampak lebih naturalatau tidak terlalu terang, anda perlu memiliki lipstick ini kerana ia mempunyai pelbagai warna lipstick yang boleh menampakkan warna bibir anda lebih menawan. Ia bukan sahaja melembapkan bibir anda yang kering, malah ia sangat mudah dipakai. Bibir anda pasti akan berasa sangat ringan ketika menggunakan lipstick ini..

Eyeshadow palette natural yang terbaik
Lipstick matte terbaik untuk bibir kering 2 daripada 10
Maybelline x Gigi Hadid Collection
Partnership with
Dari RM33.90
Lihat harga di Hermo Malaysia

Sekiranya anda peminat lipstick matte, anda harus dapatkan lipstick ini. Ia bukan sahaja mempunyai mempunyai pigment yang tinggi, malah ia boleh membantu melembapkan bibir anda yang kering. Untuk anda yang sangat suka menggunakan warna lipstick yang nampak natural, ini ialah lipstick yang sangat sesuai untuk bibir anda.

Lipstick Glossy
Lipstick Glossy 3 daripada 10
SEPHORA COLLECTION Rouge Shine Lipstick
Partnership with
Dari RM34
Lihat harga di Sephora Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Ia diperbuat dari satu formula yang dapat melembutkan bibir anda. Lipstick ini mudah digunakan dan mempunyai ketahanan yang agak lama. Jadi, anda tidak perlu takut atau risau warna lipstick anda hilang ketika makan. Lipstick ini juga mempunyai kilauan yang agak tinggi, jadi kawan anda pasti akan terpesona dengan warna bibir anda.

Liquid lipstick
Liquid lipstick 4 daripada 10
Breena Beauty VelvetCreme Liquid Lipstick
Partnership with
Dari RM39
Lihat harga di Hermo Malaysia

Anda mencari liquid lipstick yang sesuai untuk bibir kering anda? Ini ialah lipstick liquid yang terbaik untuk bibir anda. Walaupun lipstick ini ialah jenis liquid tetapi anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengeringkan lipstick ini kerana ia mengambil hanya beberapa saat sahaja untuk kering. Selain itu, lipstick jenis liquid ini memang sangat sesuai dipakai untuk anda yang mempunyai bibir kering.

Lipstick yang agak tahan lama
Lipstick yang agak tahan lama 5 daripada 10
L'Oreal Paris Infallible Le Rouge
Partnership with
Dari RM33.95
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Lipstick ini mempunyai pelbagai warna yang pasti akan membuat anda jadi tidak tentu arah. Ia bukan sahaja mempunyai pigment yang tinggi, malah anda boleh memakai lipstick ini selama 10 jam tanpa perlu risau warna lipstick pudar. Selain itu, ia diperbuat daripada Vitamin E yang dapat membantu memulihkan bibir kering anda.

Lipstick 2-in-1 6 daripada 10
BENEFIT COSMETICS They’re Real! Double The Lip Lipstick & Liner
Partnership with
Dari RM53
Lihat harga di Shopee Malaysia

Lipstick dual-performing ini mempunyai dua bahagian iaitu lip liner dan lip lipstick. Bagi anda yang mahukan bibir anda nampak sempurna, anda harus miliki lipstick ini sekarang. Ini kerana, ia sangat mudah untuk digunakan. Anda tidak perlu lagi mencari lip liner yang lain jika anda beli lipstick ini. Harga yang disediakan juga sangat berpatutan.

Lipstick crayon
Lipstick crayon 7 daripada 10
BUTTER LONDON Bloody Brilliant Lip Crayon
Partnership with
Dari RM68
Lihat harga di Sephora Malaysia

Lipstick crayon ini merupakan lipstick idaman bagi setiap wanita kerana ia bukan sahaja mempunyai lip liner, bahkan ia juga mempunyai built-in sharpener. Lipstick ini sangat berbeza daripada lipstick yang lain. Selain itu, ia juga mengandungi mango seed oil and marula oil yang dapat memberi kelembapan kepada bibir yang kering.

Lipstick vivid
Lipstick  vivid 8 daripada 10
Anna Sui Cosmetics Lipstick V
Partnership with
Dari RM69
Lihat harga di Hermo Malaysia

Anda sukakan warna lipstick yang terang? Lipstick ini pasti dapat menawan hati anda kerana ia mempunyai pelbagai warna yang sangat terang. Ia akan membuatkan bibir anda kelihatan lembap, jadi anda  dapat memakai lipstick berwarna terang dengan penuh keyakinan dan tanpa keraguan. Anda boleh mendapatkan lipstick ini dengan hanya menekan satu klik.

9 daripada 10
CLINIQUE Long Last Lipstick
Partnership with
Dari RM78
Lihat harga di Sephora Malaysia

Jika anda beli lipstick ini, bibir anda pasti tidak akan kelihatan kering. Lipstick ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit, jadi anda tidak perlu risau.  Selain itu, ia mempunyai ketahanan yang lama sehingga beberapa jam. Dengan adanya lipstick ini, anda tertinggal lipstick di rumah pun tiada masalah kerana warna lipstick anda pasti kekal.

Lipstick glitter 10 daripada 10
ESTÉE LAUDER Pure Color Love Lipstick
Partnership with
Dari RM90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika anda berminat lipstick yang jenis glitter, anda harus mempunyai lipstick ini kerana ia dihasilkan daripada mutiara. Selain itu, ia diperbuat daripada buah-buahan seperti buah delima, mangga dan acai yang dapat melembutkan lagi bibir anda. Bukan itu sahaja, warna lipstick ini tidak mudah pudar. Lipstick ini sangat sesuai untuk  dipakai ketika menghadiri majlis atau bekerja.

Artikel berkaitan 

Lagi daripada ProductNation