Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ketuhar malaysia

14 Jenama Oven Terbaik di Malaysia 2024 (Murah dan Berkualiti)

Kalau guna oven yang betul, masakan akan jadi lebih sedap!

Ketuhar atau oven merupakan perkakas dapur yang perlu ada dalam setiap ruangan dapur rumah.

Bukan apa, mudah untuk proses pemanasan semula makanan, bakar masakan, menghasilkan savory atau dessert menggunakan air tangan sendiri.

Erti kata lain, sebut sahaja resepi kek atau biskut memang akan guna oven atau pembakar kek yang sesuai untuk baking sebagai alat memasak. 

Jadi buat mereka yang sedang mencari jenama oven terbaik yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan harian anda, jangan risau!

Nah, kami senaraikan beberapa pilihan jenama oven yang paling bagus dengan harga oven yang berpatutan dan pelbagai saiz oven untuk anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Ketuhar/Oven Terbaik 

Oven terbaik secara keseluruhan
TJean Multifunctional Household Visual Steam Oven (10.5L)
TJean Multifunctional Household Visual Steam Oven
From
RM922.00
Check TJean Multifunctional Household Visual Steam Oven (10.5L) price below:
add_circle Sangat senyap berbanding yang lain
add_circle Masakan lebih sihat
add_circle Teknologi steam dan udara panas
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebab menjadi pilihan utama: 

Oven dengan fungsi air frying dan steam memudahkan proses memasak hidangan makan malam di dapur.

Ciri-ciri:

Reka bentuk moden dan tidak terlalu bising ketika menggoreng (berbanding jenama lain). Masakan yang disediakan juga lebih sihat kerana menggunakan kurang minyak.

Dengan kapasiti 10.5L yang luas, ketuhar ini menyediakan ruang yang mencukupi untuk memuatkan hidangan besar dan berbilang dulang sekaligus.

Reka bentuk pelbagai fungsi membolehkan anda mengukus, membakar, menggoreng, dan memanggang pelbagai hidangan dengan mudah.

Fungsi wap visual membolehkan anda memantau proses memasak melalui tingkap kaca, memastikan hidangan anda dimasak dengan sempurna.

Bukan itu sahaja, oven ini juga dilengkapi penapis air berkualiti tinggi, tangki air atas yang besar, dan kawalan suhu yang tepat.

Malah, ia juga mudah dibersihkan dengan fungsi pembersihan sendiri.

Review:

“Sangat mudah digunakan terutamanya dengan mod dwi mempunyai stim dan menggoreng udara. Reka bentuk ini membolehkan anda menggunakannya dengan mudah seperti ketuhar sebenar. Dengan hadiah percuma dulang, anda boleh melakukan banyak atau menggoreng pelbagai perkara.”

Oven 120 liter terbaik
Trio New Extra Large Electric Oven TEO-1203SS (120L)
Trio
Oven industri terbaik
From
RM657.00
Check Trio New Extra Large Electric Oven TEO-1203SS (120L) price below:
add_circle Tahan karat jangka masa panjang
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Mempunyai loceng pemasa
remove_circle Tidak sesuai ruang dapur kecil

Berita baik untuk peniaga yang menjual biskut, kek, pizza, lasagna atau makanan yang memerlukan pemanasan oven.

Anda boleh beli oven 120 liter terbaik dari TRIO yang boleh memuatkan lebih 50 biji biskut kecil atau 2 ekor ayam untuk dipanggang.

Badan oven ini diperbuat daripada material keluli tahan karat dan haba. Jadi, anda tidak perlu risau oven karat jika anda bersihkan dengan kain basah selepas menggunakannya.

Mempunyai empat knob butang kawalan dan 5 fungsi pemanas berbeza. Ciri ini membantu anda memasak makanan dengan sempurna tanpa over cooked.

Lagipun, oven ini mempunyai teknologi kipas yang boleh mengawal peredaran haba serta defrost makanan sejuk beku.

Terdapat dual temperature control yang boleh mengawal suhu oven di bahagian atas dan bawah.

Jadi, jika anda ingin masak masakan yang berbeza pada satu masa, anda boleh letakkan pada dulang yang berbeza.

Kemudian adjust suhu yang berbeza mengikut kesesuaian makanan. Jimat masa bukan?

Setiap pembelian, anda akan dapat aksesori termasuk kit rotisserie, alat pemegang, dulang pembakar dan rak dawai.

Oven gas terbaik
Butterfly B-2421 Gas Oven
Butterfly
From
RM165.00
Check Butterfly B-2421 Gas Oven price below:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Boleh guna atas dapur gas
add_circle Harga murah
add_circle Jaminan 12 bulan
remove_circle Tidak sesuai untuk kek yang besar

Bagi mereka yang suka masak kek, biskut atau apa-apa menu pemanis mulut yang menggunakan ketuhar, beli je Butterfly B-2421.

Reka bentuk oven ini sangat klasik dengan badan warna hitam sepenuhnya. Bahagian bukaan pintu oven ini lebih kecil berbanding badan.

Memang just nice untuk mereka yang mempunyai saiz dapur yang kecil dan tiada lagi masalah nak baking walaupun tak ada elektrik nanti.

Oven jimat elektrik ini mempunyai saiz lebih kurang kiub 13’ dan sesuai untuk mereka yang sukakan baking untuk kepuasan diri.

Walaupun saiznya kecil tapi tidak boleh dibawa kemana-mana kerana beratnya 8kg yang agak berat.

Jadi, pastikan bahagian dapur anda mempunyai tempat khas oven Butterfly B-2421 ni okay?

Malangnya, oven ini tidak mempunyai loceng pemasa jadi bila menggunakannya, anda perlu mengawal suhu dan masa dengan sendiri.

Jangan risau, terdapat penunjuk suhu dan anda boleh pantau keadaan masakan anda pada cermin.

Ketuhar elektrik
KONKA Authentic 12L Electric Oven Vertical Multi Purpose [KAO-L12]
KONKA
konka
From
RM138.50
Check KONKA Authentic 12L Electric Oven Vertical Multi Purpose [KAO-L12] price below:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Murah
add_circle Mempunyai loceng pemasa
add_circle Boleh capai 100-200 darjah celcius
add_circle Teknologi pemanasan dalam masa 3 saat
remove_circle Saiz kecil

Oven jenama Konka ini memiliki pintu cermin penuh dimana anda boleh melihat sendiri masakan anda sedang dimasak, best tau!

Jangan risau, kaca pada pintu oven tidak akan retak jika haba pada tahap maksimum lagipun kaca yang digunakan jenis tahan haba.

Selain itu, oven ini mempunyai teknologi double-tube photothermal untuk tiga dimensi yang berfungsi untuk pembakaran sama rata.

Bahagian tapak oven mempunyai anti-slip jadi jika anda buka pintu oven, badan ketuhar stabil dan tak akan bergerak.

Disebabkan pintu oven cermin penuh, jadi Konka menggunakan pemegang buka anti-scalding handle supaya tangan tidak melecur.

Bahagian dalam oven tak mudah berhabuk dengan serbuk makanan kerana oven Konka mempunyai pelapik tray khas untuk serbuk makanan yang jatuh.

Pembakaran makanan anda boleh guna apa saja bahan masakan kerana suhu panas dalam oven menggunakan sistem wide-area control.

Rekaan dari luar oven kelihatan sangat vintage dengan warna dan bentuk oven yang menegak ke atas. Sangat lain dari yang lain!

Oven ini direka menegak ke atas kerana makanan tidak mudah terbakar di bahagian atas, jimat ruang dapur dan ketinggian luas dalam oven.

Walaupun nak masak roti yang banyak kena susun rapat-rapat tapi tak apa, paling penting sangat mudah digunakan.

Oven jimat elektrik
SSODD Electric Oven 60L
SSODD
SSODD Electric Oven 60L
From
RM550.00
Check SSODD Electric Oven 60L price below:
add_circle Ada fungsi rotisserie
add_circle Pengatur suhu mudah tepat
add_circle Boleh muat loyang 16x8 seketul
remove_circle Suhu sehingga 250°C sahaja

Jenama SSODD semakin dikenali dalam kalangan wanita yang suka peralatan memasak.

Pelbagai jenama ini telah keluarkan peralatan rumah tapi SSODD Electric Oven 60L merupakan antara jenama oven terbaik.

Walaupun menggunakan kuasa elektrik yang tinggi iaitu 2200w tapi jika anda masak roti, potensi untuk jimat elektrik sangat tinggi.

Ini kerana oven ini mampu membakar dengan lebih cepat dan sempurna kerana haba panas yang dikeluarkan cepat.

Ciri lain pada ketuhar SSODD ini ialah terdapat lampu bahagian dalam yang membolehkan anda memantau keadaan makanan dan rak yang boleh adjust untuk mengalihkan makanan sama ada lebih dekat atau lebih jauh daripada pemanas.

Rak tersebut boleh dikeluarkan dengan selamat tanpa menyebabkan tangan melecur terkena dinding ketuhar.

Jangan risau, bahagian kawalan pula mudah dikendalikan dan anda tidak perlu manual untuk faham kegunaan setiap satu kawalan.

Turut dilengkapi rod rotisserie iaitu batang besi yang digunakan untuk memanggang ayam dan tekan sahaja butang fungsi rotisserie untuk buat ayam panggang. Sangat mudah!

Oven convection terbaik
SONER SCO-1A Convection Oven
SONER
Soner SCO-1A.jpg
From
RM2,800.00
Check SONER SCO-1A Convection Oven price below:
add_circle Double turbo fan
add_circle Jimat elektrik
add_circle Mencecah 300ºC dengan pemasa 60 minit
add_circle Berat tapi panas elok
remove_circle Harga mahal

Jenama ini dilengkapi dengan dua turbo fan yang akan buatkan oven tahan lama dan jimat elektrik kerana kipas tersebut buatkan suhunya mudah dikawal.

Pemanasan oven ini terdapat bahagian atas dan bawah dimana dapat mengeluarkan haba pemanasan yang sekata.

Bahagian pemanasan pula mudah mengawal suhu panas yang maksimum supaya masakan masak dengan sempurna.

Bahagian dalam oven pula terdapat empat bahagian lapisan untuk anda gunakan dalam satu masa ketika proses memasak. Jimat masa!

Seperti oven jenama lain, oven SONER juga mempunyai lampu bahagian dalam supaya mudah untuk anda memantau keadaan semasa masakan.

Berat oven ini ialah 38 kg, jadi pastikan anda sudah ada tempat yang dikhaskan untuk meletakkan oven ini.

Badan oven ini diperbuat daripada material tahan karat jadi tak perlu risau oven karat jika lap menggunakan kain basah selepas menggunakannya.

Bahagian cermin pintu oven ini tahan haba cuma apabila oven sedang digunakan, elakkan pegang bahagian cermin.

Memang mudah guna dan sesuai untuk kegunaan harian di rumah. 

Oven terbaik untuk bakar kek dan biskut
Cornell 40L Electric Oven CEO-E4140X
Cornell 40L Electric Oven with Inner Light | CEO-E4140X
From
RM342.00
Check Cornell 40L Electric Oven CEO-E4140X price below:
add_circle Pemegang oven tahan karat
add_circle Rod pemanas dari besi tahan karat
add_circle Bentuk rekaan sederhana
add_circle Fungsi convection dan rotisserie
remove_circle Tidak sesuai ruang kecil

Ketuhar terbaru dari jenama Cornell merupakan jenis ketuhar elektrik yang memiliki sehingga enam mod pemanasan.

Mod ini berfungsi untuk memudahkan anda untuk memasak atau membakar mengikut kesesuaian jenis makanan.

Selain itu, terdapat pilihan empat aliran udara panas bahagian atas dan bawah untuk memastikan makanan dimasak sekata dan sempurna.

Bagi yang tidak tahu sebesar mana saiz 40L ini, cuba bayangkan dua ekor ayam kecil dipanggang dalam satu kotak. Besar bukan?

Jangan risau, oven ini mempunyai lampu bahagian dalam untuk mudahkan anda memantau proses masakan sedang dimasak.

Bagi setiap pembelian, anda akan dapat beberapa aksesori. Antaranya bake trays, grill tray.
crumb tray dan tray handle.

Oven ini mampu mencapai ketinggian suhu sehingga 230ºC dengan 60 minit pemasa.

Jika dilihat dari luaran, badan oven ini bercirikan konsep moden dan ditambah pula warna silver kilat bahagian luar menjadikan oven ini kelihatan ‘mahal’.

Oven 100 liter terbaik
The Baker Electric Oven Digital (100 L) ESM-100DG
The Baker Electric Oven Digital (100 L) ESM-100DG
From
RM635.00
Check The Baker Electric Oven Digital (100 L) ESM-100DG price below:
add_circle Cermin kaca penutup, 2 kali ganda
add_circle Fungsi rotisserie dan convection
add_circle Pemasa sehingga 120 minit
add_circle 6 elemen pemanasan
add_circle 4 peringkat pemilihan kuasa
remove_circle Ruang besar untuk simpan

Kalau anda memang peminat aktiviti membakar kek, kuih dan sebagainya pasti kenal dengan jenama The Bakers ini.

Oven keluaran The Bakers memberi kelebihan dengan saiz kapasiti 100L, ketebalan penutup cermin kaca dua kali ganda dan fungsi kawalan suhu berasingan untuk bahagian bawah/atas oven.

Tidak dilupakan dengan pembaharuan sistem masa sehingga 120 minit membakar dan penetapan suhu dari serendah 90° hingga 250°.

Jadi anda boleh kawal teknik membakar, sebagai contoh untuk kerak atas roti atau kek lebih rangup dan gelap tanpa membuatkan bahagian bawah hangus.

Sama seperti jenama ketuhar yang lain, anda akan menerima dulang bakar, rak dawai, alat pembakar rotisserie dan pemegang dulang.

Oven murah dan berkualiti
Pensonic Electric Oven 25L (PEO-2511)
Pensonic Electric Oven 25L (PEO-2511)
From
RM199.00
Check Pensonic Electric Oven 25L (PEO-2511) price below:
add_circle Mudah digunakan untuk pemula
add_circle Timer 60 minit dengan pilihan ‘stay on’ dan loceng
add_circle Pemegang pintu keluli tahan karat
remove_circle Suhu sehingga 230ºC sahaja

Jenama Pensonic model terbaru berkapasiti 25 liter ini memang sesuai untuk kegunaan di rumah.

Oven ini mempunyai fungsi asas yang sangat berguna untuk masak, panggang, dan bake apa sahaja yang anda nak.

Selain tu, ia juga ada kawalan suhu sehingga 230ºC, jadi anda boleh masak makanan pada suhu yang diperlukan.

Timer 60 minit dengan pilihan ‘stay on’ dan ada loceng untuk bagi signal bila dah siap.

Ciri lainnya termasuk 4 elemen pemanas keluli tahan karat untuk masakkan makanan dengan sekata, pemegang pintu keluli tahan karat dan pintu kaca tunggal.

Accessories yang diberikan termasuk 1 dulang pembakar bersaiz 308*280*20mm, rak dawai 309*280*5mm, dan pemegang dulang.

Oven industri terbaik
MILUX French Door Oven MOT-120FD
MILUX French Door Oven MOT-120FD
From
RM999.00
Check MILUX French Door Oven MOT-120FD price below:
add_circle Ada lampu dalaman dan loceng pemasa
add_circle Mudah diletakkan atau keluarkan dulang
add_circle Boleh buat roti, kek, ayam panggang
add_circle Fungsi Rotisserie
add_circle Pemilih pemanas 4 peringkat
remove_circle Harga sedikit mahal

Model Milux Electric Oven MOT-120FD mempunyai kapasiti ruang yang besar iaitu 120L dan rekaan pintu oven jenis bersebelahan.

Jadi, anda boleh masak banyak-banyak makanan dalam satu masa je dan sangat berguna untuk baker yang ingin menjual kuih raya.

Pemegang, klik pintu dan badan ovennya pula diperbuat dari stainless steel yang tahan lasak.

Ada kawalan suhu dari 100°C sehingga 250°C, jadi boleh sesuaikan dengan pelbagai jenis hidangan. Pemilih pemanas 4 peringkat - atas, bawah, atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan lampu dalaman, timer 60 minit dengan automatic off dan loceng bagi memastikan makanan anda masak dengan sempurna.

Satu lagi ciri yang membuatkan oven ini istimewa ialah fungsi rotisserie dan konveksi yang boleh dikawal dengan hanya satu tombol.

Jadi, anda boleh menikmati ayam panggang yang rangup dan keemasan tanpa perlu bersusah payah membalikkannya!

Mini oven terbaik
Giselle Electric Multifunction Oven (12L) KEA0344
Giselle Electric Multifunction Oven (12L) KEA0344
From
RM299.99
Check Giselle Electric Multifunction Oven (12L) KEA0344 price below:
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Pilihan warna putih krim, hijau dan merah jambu
add_circle Pemegang tebal
add_circle Jaminan 1 tahun
add_circle Pemasa 60 minit dan suhu sehingga 230 darjah boleh laras
remove_circle Panjang kabel 75cm
remove_circle Kurang sesuai untuk keluarga besar

Nak bake macam-macam tapi dapur kecil? Dapatkan je Giselle Mini Oven berkapasiti 12L yang sesuai untuk dapur moden anda.

Walaupun kecil, oven ni boleh toast, bake, broil dan roast. Ada 3 aras ruang memasak untuk keluarga, dengan pemanasan sekata dari dual heating tubes atas dan bawah.

Pemegang tebal yang tahan haba dan anti melecur untuk keselamatan anda. Ruang pan gril 2 lapis untuk baking senang.

Dulang dan rak boleh tanggal dengan bahan tak melekat, manakala pintu kaca yang tahan panas memudahkan anda memantau proses membakar dan mempunyai cooling port untuk menyejukkan oven dengan cepat.

Tambahan pula, reka bentuk rotary button membolehkan anda laraskan masa dan suhu dengan tepat.

Senang nak bersihkan kerana sisa dan kesan minyak boleh dilap je.

Berkuasa 800 Watt, oven ini boleh bakar sehingga 8 keping biskut cranberry, 8 sayap ayam, 6 egg tart Portuguese atau 2 keping roti.

Oven air fryer terbaik
Dessini Italy 4.5L Electric Air Fryer Convection Oven AF-45B
Dessini Italy 4.5L Electric Air Fryer Convection Oven AF-45B
From
RM99.00
Check Dessini Italy 4.5L Electric Air Fryer Convection Oven AF-45B price below:
add_circle Memanaskan semula atau mencairkan makanan
add_circle Menjimatkan elektrik
add_circle Pemanasan udara panas 360 darjah
add_circle Bakul panggang tidak melekat dan saiz besar
remove_circle Kapasiti kecil

Dengan air fryer oven jenama Dessini anda boleh menyediakan hidangan dengan cepat, sihat dan mudah.

Dilengkapi teknologi pemanasan 360-darjah dan elemen pemanasan yang seragam serta cekap.

Hanya memerlukan masa kurang daripada 5 minit untuk pra-panas dan boleh memanaskan semula atau mencairkan makanan.

Selain itu, mempunyai suis hidup/mati dan lampu penunjuk untuk memudahkan penggunaan.

Penggunaan tenaga yang rendah juga boleh menjimatkan bil elektrik dan sistem penyejuk yang kukuh untuk melindungi mesin dan memanjangkan hayat perkhidmatannya.

Anda boleh memilih tetapan masa dan suhu yang ideal bergantung sama ada anda ingin membakar atau memanggang.

Tambah lagi, mempunyai pemasa matikan automatik 60 minit dan julat suhu 80°C-200°C.

Oven microwave terbaik
Panasonic Nn-St34 25l Solo Microwave Oven
Panasonic Nn-St34 25l Solo Microwave Oven
From
RM549.00
Check Panasonic Nn-St34 25l Solo Microwave Oven price below:
add_circle Fungsi "Quick 30"
add_circle 10 menu auto yang diprogramkan
add_circle Boleh defrost makanan
add_circle Mudah dilihat walaupun dapur gelap
remove_circle Tiada fungsi eko dan aqua clean

Ketuhar gelombang mikro Panasonic ini mempunyai 5 tahap kuasa yang boleh dilaraskan sehingga 900W.

10 menu auto yang diprogramkan sebelumnya juga membolehkan anda dengan mudah menikmati pelbagai resepi.

Ingin mencairkan makanan? Jangan risau, ketuhar ini boleh defrost makanan anda dengan cepat dan sekata tanpa merosakkan tekstur atau rasa makanan.

Dengan fungsi "Quick 30", anda boleh tetapkan masa memasak dalam peningkatan 30 saat sehingga 5 minit pada kuasa tinggi di mana ini memang sesuai untuk mereka yang sentiasa ingin cepat.

Reka bentuk ringkas dan mudah dibuka dengan butang tolak menjadikan ketuhar ini sesuai untuk dapur anda yang mungkin sempit.

Skrin LCD menggunakan lampu LED putih, jadi mudah dilihat walaupun dapur gelap.

Berkapasiti 25L, ketuhar ini cukup besar untuk seisi keluarga, tetapi tidak memakan banyak ruang di dapur anda. Sesuai untuk memasak setiap hari!

Oven terbaik untuk berniaga
ELBA 100L Electric Oven EEO-G1029(BK)
ELBA 100L Electric Oven EEO-G1029(BK)
From
RM1,199.00
Check ELBA 100L Electric Oven EEO-G1029(BK) price below:
add_circle Reka bentuk lampu dalaman
add_circle Dengan fungsi rotisseri dan convection
add_circle Elemen pemanas keluli tahan karat
add_circle 6 pilihan pemanasan
add_circle Pemasa 60 minit dengan bunyi loceng
remove_circle Harga sedikit mahal

Untuk anda yang mencari oven untuk kegunaan perniagaan, beli je oven jenama Elba.

Dengan kapasiti 100L dan kuasa 2800W, ketuhar ini sesuai untuk memasak hidangan besar untuk keluarga, majlis atau perniagaan.

Ia dilengkapi dengan lampu dalaman, fungsi pemanggang dan convection, serta dua dulang pembakar untuk kepelbagaian masakan.

Anda boleh mengawal suhu dari 100°C hingga 250°C dan menggunakan pemasa 60 minit yang berbunyi loceng apabila masakan siap.

Menariknya lagi, ketuhar ini menawarkan enam pilihan pemanasan. Antaranya pemanasan atas, bawah, atau kedua-duanya sekali, ditambah dengan convection, rotisserie dan ketiga-tiganya sekali.


Cara Pilih Oven Terbaik 

Mencari oven impian? Jangan risau, kami ada tips yang akan memudahkan anda memilih oven yang ideal.

  • Jenis oven

Sebelum beli oven, tentukan jenis oven yang anda mahukan. Sama ada built in oven, oven with fan atau microwave oven.

Oven elektrik lebih ramai gunakannya, sementara oven microwave pula dapat menjimatkan masa anda kerana boleh memanaskan makanan dengan cepat.

  • Saiz & reka bentuk oven

Ketuhar biasanya datang dalam saiz 20L, 28L, 50L dan 60L.

Jadi, sesuaikan saiz dengan ruang dapur anda dan jenis masakan yang anda suka buat.

Kalau anda suka masak dalam kuantiti banyak, pilih oven yang lebih besar untuk memudahkan kerja di dapur.

Reka bentuk ketuhar juga penting kerana bahagian dalam yang mudah dibersihkan menjadikan kerja penyelenggaraan lebih cepat dan pilihlah design yang boleh dilap dengan kain.

  • Penggunaan tenaga elektrik

Pilihlah oven yang menggunakan tenaga elektrik yang baik untuk penjimatan elektrik yang baik.

Macam mana nak tahu? Periksa rating bintang tenaga yang ditampal pada oven untuk menentukan level penggunaan elektriknya.

  • Fungsi

Pastikan oven memiliki fungsi yang anda perlukan seperti pemasa sehingga 60 minit, pengawalan suhu, fungsi pemanggang dan fungsi defrost.

  • Harga

Pastikan harga oven sesuai dengan spec dan saiz oven yang ditawarkan.

Caranya, bandingkan harga dan ciri daripada beberapa jenama oven terbaik sebelum membelinya.

Semak juga ulasan dari pengguna yang dah guna dan minta nasihat dari orang terdekat yang tahu pasal oven ni.


Kebaikan Menggunakan Oven

Oven antara alat memasak yang sangat popular di Malaysia. 

Dengan oven, anda boleh set timer dan suhunya mengikut jenis resepi. Tips penting, jangan lupa panaskan dulu oven anda sebelum penggunaan untuk masakan yang lebih sekata. 

Makanan yang disediakan juga lebih sihat kerana penggunaan minyak masak yang sedikit.

Tak kira sama ada anda newbie di dapur, oven boleh digunakan untuk membuat roti, kuih, biskut, pizza, daging panggang, ikan bakar dan sayuran panggang dengan mudah.

Selain itu, oven moden dilengkapi dengan banyak ciri tambahan seperti timer, pengatur suhu dan fungsi defrost untuk cairkan ayam, ikan atau bahan mentah anda.

Namun, jangan lupa oven juga perlu dijaga dengan baik supaya tahan lama.

Bagi anda yang suka masak dengan oven, perlu berhati-hati kerana ia boleh menaikkan suhu ruangan sehingga rumah terasa panas.


Jenis-Jenis Ketuhar di Pasaran

Ramai yang beranggapan ketuhar semua sama cuma yang membezakan adalah jenama dan kebesarannya.

Terutama bagi mereka yang baru saja yang menjinakkan diri dalam dunia baking.

Jadi, kami bantu anda senaraikan beberapa jenis ketuhar yang ada di pasaran supaya tidak salah beli untuk kegunaan masakan di dapur.

Ketuhar terdapat lima jenis dan semua jenis ini mempunyai fungsi yang berbeza. 

Anda perlu mengetahui fungsi setiap satu supaya pembelian tidak sia-sia.

Antara jenis ketuhar di pasaran adalah;

  • Ketuhar bina dalam (built-in oven)
  • Ketuhar dengan kipas (oven-fan)
  • Ketuhar gelombang mikro (microwave oven)
  • Conventional oven
  • Convection oven

Tapi kami nak ulas tiga jenis iaitu ketuhar konvensional, ketuhar dengan kipas dan microwave oven.

  • Ketuhar Konvensional

Bagi ketuhar konvensional, sangat sesuai untuk semua jenis pembakaran makanan seperti roti, kek, pastri dan biskut.

Namun, terdapat sesetengah jenama ketuhar konvensional mengeluarkan kepanasan yang tidak sekata.

Jadi, kalau anda ingin bakar sesuatu hidangan pada dua tingkat pada dalam satu masa, anda perlu kerap pusingkan loyang supaya setiap bahagian masak sama rata.

Cara ini selalunya apabila masak kek bagi mengelakkan bahagian dalam masih mentah. 

Tapi kalau nak elak cara ini, sebaiknya masak kek hanya guna satu tingkat saja, okay?

  • Oven with fan

Ketuhar kipas direka mempunyai kipas pada bahagian dalam dinding.

Ketuhar ini lebih sesuai untuk bakar biskut dan pastri kerana kipasnya akan pusingkan haba secara sekata jika anda membakar dua atau tiga tingkat pada satu masa.

Malangnya, ketuhar oven with fan ini tidak sesuai untuk membakar kek kerana angin kipas akan membuatkan tekstur kek menjadi sedikit kering.

Cuma, kalau ketuhar tersebut mempunyai pilihan untuk buka atau tutup kipas, pilihan terbaik adalah tutup penggunaan kipas apabila membakar kek.

  • Microwave oven

Ketuhar ini boleh berfungsi 2 dalam 1 kerana boleh digunakan sebagai microwave dan ketuhar.

Disebabkan fungsinya boleh digunakan dalam dua cara, jadi microwave oven ini boleh membakar biskut, brownies atau kek cawan.

Bagi pembakaran kek, roti, dan pastri kurang sesuai kerana kemungkinan besar pada bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.

Hasilnya masakan akan menjadi pucat, tidak gebu dan bertekstur padat.

Untuk mengetahui lebih lanjut microwave oven, jom tengok video pendek ini.


Apa Beza Microwave & Oven?

Secara amnya, kegunaan microwave bertujuan untuk memanaskan makanan.

Manakala oven pula perkakas dapur yang digunakan untuk memanas dan membakar makanan.

Jadi, bagi mereka yang selalu buat masakan baking di dapur ni dah tahu perbezaan dua peralatan dapur ni.

Tapi jangan terkejut kalau kami kata masih ada lagi yang tidak tahu perbezaan fungsi microwave dan oven.

Perbezaan dua perkakas ini adalah oven lebih kepada untuk kegunaan memanggang dan membakar.

Selalunya digunakan untuk tempoh masakan yang lama dan juga berat-berat.

Misalnya, memanggang ayam, membakar kek atau biskut.

Manakala, bagi fungsi microwave pula digunakan untuk masakan yang ringan atau masakan yang memerlukan tempoh masa yang sekejap.

Antara masakan yang boleh masak menggunakan microwave adalah memanaskan lauk, masa kek dalam cawan atau defrost.

Jangan salah faham pula ye ketuhar dan oven.


Yang Mana Lebih Jimat Elektrik?

Penggunaan microwave adalah lebih menjimatkan elektrik berbanding oven.

Tapi bergantung kepada cara dan kadar penggunaan. Jika kerap, pengunaan elektrik akan banyak.

Apa yang kami boleh sarankan, pilihlah berdasarkan kesesuaian ketuhar dengan jenis makanan yang sering dihasilkan supaya pembelian berbaloi.


Cara Guna Oven Dengan Betul

Mungkin ramai beranggapan guna oven hanya masukkan bekas baking, tekan-tekan butang setting dan tunggu makanan masak.

NO! Anda silap, sebenarnya terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan.

Antaranya cara cucian, penggunaan loyang, penggunaan bekas, bekas jenis apa yang haba oven sensitif, kesesuaian suhu dengan bekas masakan dan lain-lain lagi.

Begitu juga ketuhar. Tidak semua bekas atau loyang boleh masuk ke dalam ketuhar. 

Apa pun penerangan dari kami, apa kata dengarkan ringkasan ulasan tentang penggunaan ketuhar dengan betul.

Bukan apa, perkara ini sangat penting supaya tiada berlaku letupan sehingga berlaku kecederaan pada diri atau mengakibatkan kerosakan oven atau ketuhar.

Perkakas dapur ni bukan harga murah, tapi harganya cecah ratus. Jadi perlu jaga dengan baik.

Malah, menurut FDA (Food & Drug Administration), ketuhar moden tidak mengeluarkan radiasi semasa dipanaskan.

Jadi anda tidak perlu takut untuk berdiri berdekatan dengan ketuhar semasa memasak.


Cara Dapatkan Suhu Oven Yang Tepat

Pasti ada di antara kita pernah mengalami momen sedih dan kecewa apabila melihat hasil hujung penat lelah membancuh doh akhirnya kek hangus atau tak masak dengan sekata.

Sebenarnya bukan salah doh bancuhan tapi sebenarnya kita tak tahu suhu yang tepat.

Tapi bagi mereka yang baru saja membeli oven dan tidak tahu suhu oven macam mana, pertama sekali kenal pasti fungsi setiap butang yang ada pada oven.

Antara fungsi yang selalu ada pada badan oven adalah butang kawalan suhu, haba, kawalan kipas dan masa.

Semua fungsi ini anda perlu tahu kawalan yang tepat supaya masakan terhasil dengan sempurna.

Untuk penerangan lebih terperinci, jom kita dengarkan ulasan ringkas dari video berikut.

Harap perkongsian ni bermanfaat!


Artikel Berkaitan

End of Article