Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Palet Eyeshadow Bermutu Yang Harganya Dibawah RM 100

Memiliki eyeshadow palette terbaik merupakan idaman setiap wanita. Ramai wanita beranggapan bahawa jika mahal harga sesuatu barang makeup, maka kualitinya pasti tinggi. Justeru itu, kami ingin kongsikan eyeshadow palette yang terbaik dan murah dengan harga dibawah RM100 supaya selepas ini anda tidak perlu lagi membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan mata yang cantik.

Anda sebenarnya hanya perlu mengetahui cara penggunaan eyeshadow dimata anda untuk mendapatkan mata yang cantik, jadi dengan harga bawah RM100 sahaja anda boleh memiliki eyeshadow palette yang dapat membuatkan mata anda nampak lebih anggun. Terdapat pelbagai jenis eyeshadow palette yang terbaik dengan harga yang murah.

Untuk nampak lebih cantik, anda haruslah yakin dengan diri anda sendiri. Justeru itu, anda harus pandai memilih eyeshadow palette yang boleh anda digunakan untuk aktiviti harian. Untuk memiliki eyeshadow palette terbaik dan murah, anda boleh rujuk eyeshadow palette dibawah ini.

Eyeshadow palette natural yang terbaik
Maybelline x Gigi Hadid Collection
Eyeshadow palette natural yang terbaik
From
RM69.90
Check Maybelline x Gigi Hadid Collection price below:

Eyeshadow ini direka khas untuk mendapatkan cara penggunaan eyeshadow yang natural seperti Gigi Hadid. Ia mempunyai 5 warna yang berbeza yang sangat sesuai untuk anda yang ingin nampak makeup lebih natural. Eyeshadow ini boleh dipakai ke mana sahaja kerana warnanya yang sangat cantik.

Ia juga sesuai untuk pemula kerana ia mempunyai warna asas yang sangat mudah untuk digunakan dibahagian mata.

Eyeshadow palette terbaik yang mudah digunakan
Macaron Eye Shadow Kit
Eyeshadow palette terbaik yang mudah digunakan
From
RM69.90
Check Macaron Eye Shadow Kit price below:

Eyeshadow ini mempunyai 6 warna yang berbeza. Ia juga mempunyai saiz yang kecil, jadi mudah untuk anda bawa ke mana sahaja. Selain itu, eyeshadow palette ini mempunyai cermin kecil dan brush untuk memudahkan anda memakai eyeshadow dimana sahaja seperti didalam kereta. Ia juga mempunyai ketahanan makeup yang lama.

Eyeshadow palette shimmer yang terbaik untuk pemula
Kate Brown Shade Eyes
Eyeshadow palette shimmer yang terbaik untuk pemula
From
RM63.00
Check Kate Brown Shade Eyes price below:

Ia mengandungi 5 warna shimmer yang berbeza iaitu warna asas yang sesuai digunakan untuk pemula. Eyeshadow palette ini juga ada 6 jenis palette yang berbeza, jadi anda boleh pilih warna yang sesuai untuk bahagian mata anda kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Eyeshadow palette ini boleh digunakan dengan jari untuk mendapatkan hasil eyeshadow yang anda inginkan.

Eyeshadow palette matte yang terbaik
Canmake Perfect Multi Eyes
Eyeshadow palette matte yang terbaik
From
RM52.90
Check Canmake Perfect Multi Eyes price below:

Ia mempunyai 5 warna yang berbeza yang boleh anda gunakan ketika menjalani aktiviti harian anda. Selain itu, anda boleh menggunakan eyeshadow ini dibahagian kening anda. Jadi anda tidak perlu lagi membelanjakan wang untuk mendapatkan kening ‘on point’ yang anda inginkan. Jika anda seorang yang tidak ingin membelanjakan wang yang banyak untuk makeup, anda perlu dapatkan eyeshadow palette ini.

NYX PROFESSIONAL MAKEUP Ultimate Shadow Palette
From
RM75.00
Check NYX PROFESSIONAL MAKEUP Ultimate Shadow Palette price below:

Eyeshadow ini mempunyai 16 warna yang berbeza yang diidamkan oleh setiap wanita. Dengan adanya eyeshadow palette ini anda boleh menggunakannya ketika menjalani aktiviti harian anda atau majlis kerana ia sangat sesuai untuk dipakai ke mana sahaja. Mata anda pasti akan menjadi tumpuan rakan anda jika anda menggunakan eyeshadow ini.

Eyeshadow palette dual-ended brush yang terbaik
L'Oreal Paris La Palette Gold
Eyeshadow palette dual-ended brush yang terbaik
From
RM44.95
Check L'Oreal Paris La Palette Gold price below:

Eyeshadow palette ini mengandungi 10 warna berbeza yang cantik dan pigmented. Eyeshadow palette ini mempunyai cermin dan dual-ended brush yang terbaik untuk memudahkan anda memakai eyeshadow dibahagian mata. Ia amat sesuai digunakan ketika menghadiri majlis. Kalau anda menggunakan eyeshadow ini ketika menghadiri majlis, anda pasti akan menjadi tumpuan ramai kerana eyeshadow mata anda yang menonjol.

Eyeshadow palette terbaik yang tahan lama
BeautyMaker Duo Texture Eyeshadow Palette
Eyeshadow palette terbaik yang tahan lama
From
RM88.00
Check BeautyMaker Duo Texture Eyeshadow Palette price below:

Eyeshadow palette ini mempunyai dua jenis eyeshadow iaitu shimmer dan matte. Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan shimmer eyeshadow sahaja atau matte eyeshadow ketika pergi bekerja atau majlis. Selain itu, eyeshadow ini merupakan eyeshadow yang tahan lama. Anda tidak perlu risau untuk menjalani aktiviti harian dan anda tidak perlu mencuri masa untuk betulkan eyeshadow anda lagi.

Eyeshadow palette yang terbaik untuk semua jenis kulit
Solone Classic Eyeshadow Kit
Eyeshadow palette yang terbaik untuk semua jenis kulit
From
RM48.65
Check Solone Classic Eyeshadow Kit price below:

Eyeshadow ini diperbuat daripada matte, satin dan velvet light. Eyeshadow yang diperbuat daripada velvet light ini mengandungi kilauan mutiara yang membuatkan mata anda nampak lain daripada yang lain. Ia boleh digunakan untuk semua jenis kulit, jadi anda tidak perlu risau sama ada eyeshadow ini sesuai dengan anda atau pun tidak.

Dengan adanya eyeshadow ini, anda pasti akan lebih yakin berhadapan dengan orang lain.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!                                                          

End of Article