Memiliki mata yang cantik merupakan impian setiap wanita. Oleh sebab itu, terdapat ramai wanita yang menggunakan makeup di mata mereka untuk tampil lebih cantik. Justeru itu, eyeshadow sentiasa digunakan setiap wanita kerana ia mempunyai pelbagai warna yang membuatkan mata kelihatan lebih anggun. Walau bagaimanapun, adakah anda pasti bahawa eyeshadow yang digunakan sesuai dengan muka atau kulit anda?
Ini kerana terdapat variasi eyeshadow yang berada di pasaran sehingga pelanggan tidak mengetahui eyeshadow palette yang sesuai untuk kulit mereka. Untuk memilih sesuatu alat solek, anda perlu mencari alat solek yang sesuai dengan anda supaya anda berasa puas hati ketika menggunakannya. Untuk mengetahui eyeshadow palette yang mana sesuai untuk anda pakai, anda boleh melihat eyeshadow palette yang disyorkan oleh kami.
Terdapat 6 jenis warna eyeshadow yang berbeza dan berkilau. Selain itu, eyeshadow ini juga sangat mudah dipakai. Ia diperbuat daripada mineral dan bahan semula jadi yang baik untuk kulit anda. Eyeshadow ini juga mengandungi bahan anti-penuaan dan bahan antioxidan. Anda hanya perlu menggunakan jari sahaja untuk guna eyeshadow tersebut.
Rakan anda pasti terpesona melihat eyeshadow yang anda gunakan. Anda tidak perlu risau untuk menggunakannya ketika menjalani aktiviti harian anda kerana eyeshadow ini mempunyai ketahanan yang lama.
Mempunyai dua jenis kombinasi eyeshadow dalam satu palette iaitu eyeshadow matte dan metallic yang dihasilkan dengan serbuk koko serta emas yang sebenar. Emas tulen digunakan untuk mendapatkan eyeshadow metallic yang mempunyai kilauan yang tinggi. Eyeshadow ini sangat halus dan lembut, jadi ia senang digunakan dibahagian mata.
Mempunyai 12 warna yang berbeza di dalam satu palette. Selain itu, ia juga mempunyai 9 eyeshadow palette yang berbeza. Jadi anda tidak mempunyai masalah untuk memilih warna eyeshadow yang anda inginkan. Eyeshadow ini diperbuat daripada mineral. Ia juga sesuai untuk semua warna kulit dan mempunyai ketahanan yang lama.
Kepada wanita yang ingin dapatkan eyeshadow pertama kali, boleh dapatkan eyeshadow ini kerana ia memberi makeup yang natural kepada mata anda. Selain itu, palette ini juga mempunyai blusher, bronzer dan highlighter. Ini bermakna anda tidak perlu membelanjakan duit anda untuk membeli ketiga-tiga makeup tersebut. Ia mempunyai enam eyeshadow palette dengan warna yang berbeza.
Eyeshadow palette ini juga boleh dibawa ke mana sahaja kerana ia mempunyai saiz yang kecil.
Eyeshadow ini mengandungi 10 warna yang cantik iaitu warna merah jambu keemasan sehingga warna coklat gelap yang berkilau. Ia juga mempunyai ketahanan yang lama, jadi anda tidak perlu risau untuk membetulkan eyeshadow anda. Selain itu, eyeshadow palette ini senang digunakan dan mengandungi vitamin E yang baik untuk kulit anda.
Eyeshadow palette ini mengandungi 5 warna yang berbeza dan warnanya boleh bertahan selama 10 jam. Formula yang digunakan untuk membuat eyeshadow ini sangat unik, jadi ia sangat senang untuk digunaka dibahagian mata. Selain itu, ia juga mempunyai 70% pigment kombinasi dengan mutiara. Anda boleh memakai jari atau brush ketika menggunakannya.
Mengandungi 9 warna yang berbeza. Anda boleh menggunakan eyeshadow ini ketika menjalani aktiviti harian anda seperti ke shopping mall atau majlis. Warnanya yang natural membuat mata anda nampak lebih cantik dan eyeshadow yang digunakan juga tidak akan kelihatan berlebihan. Selain itu, eyeshadow ini sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai mata yang sensitif atau memakai kanta lekap.
Pallete ini disediakan untuk mendapatkan bentuk atau bayang yang anda inginkan, Selain itu, eyeshadow palette ini sangat sesuai untuk semua warna kulit kerana eyeshadow palette ini mempunyai pelbagai jenis warna mengikut tona kulit anda. Eyeshadow ini mempunyai ketahanan selama 24 jam iaitu boleh bertahan dari pagi hingga malam.
Bagi wanita di luar sana yang ingin mendapatkan eyeshadow palette yang murah dengan pelbagai warna yang cantik, anda boleh mendapatkan eyeshadow ini dengan enam jenis warna yang berbeza. Ia juga mempunyai ketahanan yang lama. Tekstur eyeshadow ini juga sangat licin dan lembut. Jadi senang untuk anda meletakkan ia di kelopak mata anda.
Eyeshadow palette ini dihasilkan dengan cermin didalam supaya senang untuk anda yang mahu mengenakan makeup dibahagian mata. Ia mempunyai 8 jenis warna yang sangat cantik dan berkilau. Selain itu, didalam palette ini juga terdapat dual-ended brush. Dengan adanya dual-ended brush, anda lebih senang untuk menggunakan eyeshadow ini.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!