Apabila jerawat muncul pasti membuatkan wanita merasai kurang selesa, apatah pula untuk memakai foundation. Foundation boleh dipakai ketika muka sedang berjerawat, tetapi pemilihan jenis foundation haruslah betul. Sebolehnya elakkan menggunakan foundation yang menutupi liang pori anda dan membuatkan wajah anda lebih berminyak.
Kesalahan dalam pemilihan foundation akan membuatkan muka boleh menjadi teruk. Pastikan anda memilih foundation yang mengikut keserasian dengan kulit anda.
Foundation ini sangat sesuai bagi yang memiliki kulit berminyak dan berjerawat. Ia mempunyai tekstur ringan yang memberi keselesaan kepada anda walaupun dipakai sepanjang hari. Anda boleh membeli mengikut jenis tona kulit yang bersesuaian dengan anda kerana ia datang dalam 20 warna yang cantik dan tahan lama. Foundation yang terbaik dan memberikan kemasan yang menyeluruh untuk solekan anda.
Foundation yang melindungi kulit anda dari sinaran matahari kerana ia mempunyai perlindungan Spf 24. Selain itu, ia memberi kekemasan pada wajah anda agar kelihatan licin dan tekstur yang memberikan kerataan sepenuhnya. Anda tidak perlu risau akan kekeringan pada kulit kerana foundation ini mampu melembapkan kulit wajah anda sepanjang hari dan memberi perlindungan untuk kulit yang mudah didatangi jerawat.
Foundation ini mempunyai kandungan formula dari nano seaweed plus (Vitamin E) yang bertindak sebagai anti-oksidan dan melindungi kulit dari kemunculan garis halus. Manakala Vitamin A di dalam foundation ini memberikan wajah anda nampak tidak lagi kusam. Ia juga mengandungi SPF 30 untuk melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB yang berbahaya.
Foundation bersaiz kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja untuk kegunaan harian anda.
Foundation yang mempunyai 9 warna mengikut keserasian tona kulit anda. Ia mempunyai tekstur ringan dan lembut untuk kulit wajah anda. Walaupun anda memakainya dalam kuantiti yang sedikit, ia cukup untuk meliputi seluruh wajah anda. Selain itu, ia memberi kekemasan yang sempurna dan muka tidak berminyak walaupun dipakai sepanjang hari.
Foundation dengan 9 tona warna ini sangat natural dan sesuai untuk solekan harian anda.
Foundation yang mempunyai 15 fungsi dalam 1 ini sangat ringan dan tidak berminyak. Ia mencantikkan kulit anda dengan memberikan tona pemutihan. Walaupun anda memakainya sepanjang hari ia kekal hidrat dan memberikan kawalan minyak untuk kulit wajah anda.
Foundation yang sesuai bagi yang berkulit sensatif atau berjerawat dan turut mempunyai perlindungan UV. Foundation yang menggabungkan penjagaan kulit dan kekal sempurna walaupun ketika dalam keadaan berpeluh.
Foundation yang diformulasikan dengan bahan utama iaitu jojoba untuk memberikan kelembapan pada kulit serta mencerahkan kulit dan memberikan rupa yang lebih berseri. Selain itu, Vitamin E pula yang terdapat di dalam foundation ini bertindak sebagai antioksidan. Sememangnya ia telah diuji secara klinikal untuk kulit alergi dan juga sesuai bagi yang berkulit sensitif.
Foundation yang terbaik adalah foundation yang tidak meninggalkan kulit anda berminyak dan memastikan kulit kelihatan sekata apabila memakainya. L’oreal adalah pilihan yang tepat. Ia memberi penyerapan semulajadi dan menampakkan wajah kelihatan segar sehingga 12 jam. Tambahan pula, parut atau kesan jerawat dapat ditutupi dengan sempurna dengan pemakaian krim ini.
Semestinya telah diuji oleh para dermatologi dan sesuai untuk kulit sensitif.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!