Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
software laptop baru 1

Software dan Aplikasi yang Wajib Ada untuk Laptop Baru

Pastikan laptop baru anda siap untuk kegunaan kerja, belajar dan hiburan dengan muat turun antivirus, office suite, backup tool dan lain-lain.

Membeli laptop baru semestinya satu pengalaman yang mengujakan, tetapi tanpa perisian asas yang betul, potensi sebenar peranti anda mungkin tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Daripada keselamatan siber hingga ke produktiviti harian, kami akan senaraikan software dan aplikasi penting yang perlu anda pasang sebaik sahaja menghidupkan laptop baru anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Kenapa Penting Install Awal

Langkah pertama selepas menghidupkan laptop baru bukanlah membuka YouTube atau download Game, tetapi menyediakan asas sistem yang kukuh.

Aplikasi yang betul boleh melindungi peranti daripada ancaman siber, memastikan kerja harian berjalan lancar, dan mengekalkan prestasi sistem dalam jangka panjang.


Sistem dan Driver

Pastikan sistem operasi anda dikemas kini ke versi terkini.

Ini penting untuk mendapatkan patch keselamatan terbaru serta kestabilan sistem.

  • Kemas kini OS: Gunakan Windows Update atau Software Update (untuk macOS).

  • Driver rasmi: Pasang driver daripada laman web pengeluar seperti Intel, AMD, NVIDIA, atau jenama laptop anda untuk prestasi optimum dalam grafik, audio dan sambungan rangkaian.


Keselamatan dan Perlindungan

Laptop baharu juga terdedah kepada risiko serangan siber.

Jangan tunggu hingga terlambat:

  • Antivirus: Windows Defender cukup baik, tetapi anda juga boleh pertimbangkan Bitdefender, Kaspersky atau ESET.

  • Firewall: Pastikan firewall aktif dalam tetapan Windows/macOS.

  • Password Manager: Gunakan aplikasi seperti Bitwarden atau 1Password untuk menyimpan kata laluan secara selamat.


Produktiviti dan Office Suite

Perisian pejabat dan storan awan adalah keperluan asas untuk pelajar, pekerja dan sesiapa sahaja yang kerap berurusan dengan dokumen:

  • Microsoft Office / LibreOffice: Pilih ikut bajet dan keperluan.

  • PDF Reader: Adobe Acrobat Reader atau Foxit PDF.

  • Cloud Storage: Google Drive, Dropbox atau OneDrive untuk backup automatik dan kolaborasi mudah.


Utiliti Sistem dan Pembersihan

Prestasi laptop boleh merosot jika sistem tidak diurus dengan baik:

  • Disk Cleaner: CCleaner atau BleachBit untuk hapus cache dan fail sementara.

  • Backup Tool: Macrium Reflect atau AOMEI Backupper.

  • Monitoring Suhu & Prestasi: HWMonitor, Speccy, atau MSI Afterburner (untuk pengguna Windows).


Multimedia dan Kreativiti

Bagi pengguna kreatif atau anda yang sukakan kerja kreatif, ini antara aplikasi berguna:

  • Pemain Media: VLC Media Player untuk semua format video/audio.

  • Editor Gambar: Paint.NET, Canva Desktop, atau GIMP.

  • Editor Video Ringkas: Clipchamp (Windows) atau iMovie (Mac).


Alat Komunikasi dan Kolaborasi

Komunikasi dalam talian kini menjadi sebahagian daripada gaya kerja moden, jadi anda memerlukan:

  • Video Conference: Zoom, Microsoft Teams, Google Meet.

  • VPN: ProtonVPN, NordVPN untuk perlindungan privasi semasa online.

  • Aplikasi Chat: WhatsApp Desktop, Telegram, Slack atau Discord.


Tips Susun dan Automasi

  • Gunakan software launcher seperti Microsoft PowerToys untuk kawalan pantas.

  • Susun desktop ikut kategori seperti kerja, hiburan, alat, fail sementara.

  • Aktifkan Sync Settings jika menggunakan akaun Microsoft untuk pengalaman konsisten antara peranti.


Kesimpulan dan Bonus Link Muat Turun

Perisian yang dipasang awal boleh membantu laptop anda berfungsi dengan lebih cekap, selamat dan produktif.

Jangan lupa untuk hanya memuat turun software daripada laman rasmi atau gedung aplikasi untuk elak sebarang malware.

Bonus:

  • Ninite – Untuk muat turun bulk aplikasi Windows.

  • AlternativeTo – Cari alternatif untuk sebarang software.

  • PortableApps – Aplikasi versi mudah alih tanpa perlu pemasangan.

Dengan senarai ini, laptop baru anda bukan sahaja siap digunakan, tetapi ia juga dapat dioptimumkan sepenuhnya.

Jika anda mencari laptop baru dengan harga yang berbaloi, boleh terus baca sini: 8 Laptop Bawah RM2000 Terbaik di Malaysia

End of Article