Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
midea feature

Nak Jimat Bil Elektrik Raya Ni? Midea Tampil dengan Teknologi Rumah Pintar Terkini

Perkakas rumah mampu milik kini lebih canggih.

Jenama Midea bukanlah jenama asing di Malaysia, di mana ia banyak digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, dan mungkin anda juga merupakan pengguna barangan Midea.

Sebagai antara jenama gergasi di Malaysia, Midea mencatat pertumbuhan dua angka, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap perkakas rumah pintar yang cekap tenaga.

Dalam sebuah acara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, syarikat itu memperkenalkan rangkaian produk baharu yang menampilkan teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan, serta reka bentuk yang lebih moden dan efisien.

Menurut Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam, pelancaran ini sejajar dengan perubahan gaya hidup pengguna yang semakin menekankan kecekapan tenaga dan kemudahan teknologi pintar.

"Pengguna hari ini lebih mengutamakan perkakas rumah yang bukan sahaja memudahkan kerja harian tetapi juga membantu menjimatkan tenaga. Ini sebagai satu peluang untuk terus memperkenalkan inovasi yang relevan dengan keperluan pasaran," katanya.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Tumpuan kepada Kecekapan Tenaga dan Integrasi Pintar

Midea memberi penekanan kepada reka bentuk inovatif dan kecekapan tenaga dalam barisan produknya.

Sebanyak 34 model pendingin hawa dan 13 model peti sejuk Midea menerima penarafan empat bintang atau lebih tinggi daripada Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA).

Penggunaan teknologi penyongsang dalam produk pendingin hawa Midea turut meningkat sebanyak 40% daripada jumlah jualan keseluruhan.

Selain itu, Midea memperkenalkan rangkaian perkakas rumah yang dilengkapi dengan sistem RFID dan sambungan Wi-Fi, membolehkan anda mengawal peralatan dari jauh melalui aplikasi SmartHome.

Ini bukan sahaja memberikan kemudahan, tetapi juga memastikan penggunaan tenaga yang lebih efisien.


Transformasi Pengalaman Membeli-belah

Bagi memperkukuh kehadirannya dalam sektor penyaman udara, Midea merancang untuk membuka lebih 50 Midea Pro Shops dalam tempoh dua tahun akan datang.

Kedai ini akan menyediakan perkhidmatan teknikal, perundingan pakar, serta pengalaman pembelian yang lebih menyeluruh.

Selain itu, Midea juga akan menaik taraf lebih 50 kedai Midea Brand Stores dengan menawarkan terminal jualan interaktif yang membolehkan anda mendapatkan maklumat produk dengan lebih mudah.

Sebagai sebahagian daripada strategi transformasi digitalnya, Midea memperkayakan pengalaman runcit dengan mengubah susun atur kedai untuk menawarkan persekitaran interaktif.

Anda kini boleh mencuba teknologi terkini dan mendapatkan maklumat produk secara lebih mendalam melalui pameran digital yang disediakan di kedai-kedai rasmi Midea.


Promosi Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Midea menawarkan promosi khas di mana anda berpeluang menerima ganjaran eksklusif Touch 'n Go sehingga RM500.

Promosi ini akan bermula pada 16 Mac 2025.

Dengan pelancaran inovasi perkakas rumah pintar yang cekap tenaga ini, Midea terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran, selari dengan keperluan pengguna yang semakin mengutamakan teknologi rumah pintar yang moden dan efisien.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi terkini Midea, layari laman sesawang rasmi di www.midea.com.

End of Article