
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Kini giliran ASUS Malaysia merasmikan siri baharu ASUS Vivobook 14 dan 16 bagi tahun 2025 yang dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI).

Model-model baharu ini dilengkapi pemproses berkuasa seperti Snapdragon® X, AMD Ryzen™ AI, dan Intel® Core™ Ultra (Siri 2) yang menjadikannya pilihan terbaik untuk kerja dan hiburan.
Anda yang plan nak beli laptop baru tahun ni, jom lihat apa yang ditawarkan oleh ASUS untuk tahun 2025 ni.
Revolusi Kecerdasan Buatan
Siri baharu ASUS Vivobook 14/16 direka sebagai komputer riba Copilot+ PC yang mampu melaksanakan tugasan berasaskan AI dengan cekap.
Dengan keupayaan sehingga 50 TOPS NPU, pengguna boleh menikmati pengalaman AI yang pantas dan responsif.

Komputer riba ini turut menampilkan butang Copilot khas untuk akses pantas ke ciri AI terkini, membolehkan anda melaksanakan tugas secara automatik, mencipta kandungan, dan meningkatkan produktiviti dengan lebih mudah.
Prestasi Produktiviti Luar Biasa
Model-model baharu ASUS Vivobook ini menampilkan jangka hayat bateri sehingga 29 jam, membolehkan anda bekerja sepanjang hari tanpa risau jangka hayat bateri.

Ia juga menyokong pengecasan pantas, mencapai 60% dalam masa hanya 49 minit.
Dari segi sambungan, ia dilengkapi pelbagai port termasuk dua port USB-C, dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, HDMI®, serta bicu audio untuk keserasian luas dengan pelbagai peranti.
Ciri Keselamatan Dipertingkatkan
Bagi ciri keselamatan pula, ASUS Vivobook 14/16 menampilkan kamera AI dengan Windows Hello untuk log masuk pantas dan selamat.
Selain itu, pemproses keselamatan Microsoft Pluton memastikan data peribadi seperti kata laluan dan kunci penyulitan dilindungi dengan baik.
Reka Bentuk Elegan dan Kukuh
Dengan berat 1.46kg dan ketebalan hanya 1.79cm, siri Vivobook ini mudah dibawa ke mana-mana.
Skrin FHD+ dengan nisbah aspek 16:10 memberikan paparan luas dan lebih jelas untuk kerja atau hiburan.

Dari segi warna, model 16 inci hadir dalam pilihan Cool Silver dan Quiet Blue, manakala model 14 inci menawarkan tambahan warna Platinum Gold.
Reka bentuk ini turut memenuhi standard ketahanan tentera MIL-STD 810H, memberikan ketahanan optimum untuk kegunaan harian anda.
Ketersediaan dan Harga
ASUS Vivobook 14/16 kini boleh didapati di Malaysia melalui pengedar sah ASUS dengan harga seperti berikut:
- ASUS Vivobook 14/16 (A1407QA / A1607QA): RM2,999
- ASUS Vivobook 14/16 (M1407KA / M1607KA): RM3,499
- ASUS Vivobook 16 (A1607CA): RM3,399
Dengan gabungan teknologi AI, reka bentuk moden, dan ketahanan tinggi, siri ASUS Vivobook 14/16 2025 menawarkan siri laptop dengan prestasi terbaik untuk pengguna.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi ASUS Malaysia di www.asus.com/my.