Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
byd feature 2

Varian Baharu BYD SEAL Dan BYD ATTO 3 Yang Dipertingkatkan

Reka bentuk dan ciri-ciri canggih pada dua model kereta ini!

Semakin meriah dunia permotoran dengan pelbagai tawaran kereta elektrik di pasaran, tentunya memberikan pilihan yang lebih banyak buat pembeli.

Terbaharu, Sime Darby Motors yang juga merupakan pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia memperkenalkan varian baharu BYD SEAL Dynamic.

Pelancaran model baharu ini melengkapkan lagi pilihan varian Premium dan Performance yang sedia ada.

Dengan pelancaran model BYD SEAL Dynamic ini, ia menguatkan lagi komitmen Sime Darby Motors untuk memacu aspirasi EV negara dan menyediakan pengalaman EV yang luar biasa kepada pelanggan.

Tambahan lagi, pelancaran BYD SEAL Dynamic menyokong peralihan ke arah mobiliti yang lebih lestari dan dipacu oleh teknologi di Malaysia, menjadikannya pilihan yang menarik bagi pemandu yang mencari pengalaman pemanduan moden dan mesra alam.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Pakej BYD SEAL Dynamic RWD

BYD SEAL Dynamic RWD menawarkan dua pilihan warna, iaitu Cosmos Black dan Aurora White.

Harga bermula dari RM163,800 menjadikannya pilihan yang menarik dan boleh diakses bagi mereka yang mencari sedan elektrik yang bergaya dan berteknologi canggih.

Selain itu, kereta ini dilengkapi dengan pakej waranti yang komprehensif termasuk jaminan kenderaan selama 6 tahun atau 150,000km, jaminan bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000km, dan jaminan unit pemanduan selama 8 tahun atau 150,000km.

Dari segi reka bentuk, BYD SEAL Dynamic RWD mempunyai corak silhouette coupe yang menawan, menggabungkan kecekapan aerodinamik dengan daya tarikan estetik yang memukau.

Walaupun semua varian dalam barisan SEAL mempunyai reka bentuk yang serupa, varian Dynamic RWD mempunyai reka bentuk rim yang baru dan berbeza, menambah daya tarikan tambahan pada bahagian luarnya.

Tidak lengkap rasanya jika tidak meletakkan highlight pada penarafan keselamatan di mana model ini mendapat penarafan keselamatan lima bintang ANCAP, penarafan tertinggi dari ANCAP.

BYD SEAL Dynamic RWD mengutamakan perlindungan penumpang melalui teknologi Bateri Blade Ultra Safe, struktur Cell-To-Body (CTB), dan sembilan beg udara.

Selai itu, varian Dynamic ini juga menawarkan jarak pemanduan 510 km mengikut kitaran NEDC, menjadikannya pilihan sesuai untuk perjalanan harian mahupun perjalanan jauh.


BYD ATTO 3 Dipertingkatkan Untuk Keselesaan Pengguna

Dalam masa yang sama, model BYD ATTO 3 juga turut menerima varian baharu di mana ia dipertingkatkan dengan beberapa ciri tambahan.

Ini termasuk saiz bateri yang meningkat kepada 60.48 kWh, menambah jarak pemanduan kepada 480 km mengikut kitaran NEDC dan memperbaiki masa pecutan 0-100 km/j kepada hanya 7.3 saat.

Menurut Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, beliau menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk memastikan EV mudah diakses oleh semua orang, dan varian baharu ini merupakan sebuah lagi langkah ke arah itu.

Jika anda merupakan peminat kenderaan EV atau sudah lama memasang niat untuk memiliki sebuah kenderaan EV pada harga mampu milik, inilah masa yang sesuai.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari terus ke BYD Sime Darby Motors atau ikuti Facebook BYD Cars atau Instagram BYD Cars.

End of Article