Zaman sekarang ni kebanyakkan orang dah semakin sibuk dengan urusan kerja sampai tak sempat nak kemas atau bersihkan rumah.
Nak guna vakum konvensional tu pun rasa malas sebab nak kena plug in vakum tu nak sedut semua kotoran di lantai menggunakan tenaga sendiri.
Kalau wayar vakum tak sampai, dah kena tukar ke plug point yang lain sampailah semua sudut rumah siap divakum.
Nak hire orang gaji macam tak mampu pula… Memang leceh!
Tapi zaman sekarang semua benda dah canggih, sampaikan kerja bersihkan rumah pun dah tak menggunakan tenaga manusia.
Anda tentu tahu kewujudan robot vakum yang canggih sekarang ni di mana ia dapat menggantikan tugas vakum konvensional.
Kami berpeluang untuk menguji Xiaomi Robot Vacuum X20+ yang berharga RM1,999 ini.
Dengan harga yang masih lagi mampu milik itu, kami menguji fungsi-fungsinya yang canggih seperti sistem pemetaan, maklum balas segera terhadap arahan, pembuangan sampah automatik, dan juga fungsi mop.
Baca lanjut untuk ketahui fungsi vakum robot dari Xiaomi ini dan adakah ianya sesuai dengan anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Kenapa memilih Xiaomi Robot Vacuum X20+?
Sebelum beli, tentulah anda kena tahu kenapa anda perlu memilikinya dan adakah ia sesuai serta berbaloi untuk dimiliki.
Berikut adalah sebab-sebab yang valid untuk anda miliki Xiaomi Robot Vacuum X20+ ini.
- Respons yang baik terhadap arahan melalui butang kuasa fizikal dan aplikasi MiHome
- Pemetaan yang sangat pantas
- Sistem pengesanan yang hebat dan pergerakan yang lincah
- Ciri pembuangan sampah automatik yang jarang ditemui dalam robot vakum kelas pertengahan pada harga ini
- Kecekapan bateri robot vakum adalah tepat; ia kembali ke ‘rumahnya’ untuk pengecasan semula walaupun semasa sedang vakum.
Secara ringkasnya, Xiaomi Robot Vacuum X20+ ditawarkan berbaloi dengan harganya sebab beberapa ciri yang biasanya terdapat pada robot vakum kelas atasan ada pada robot vakum ini.
Setelah menggunakannya sekurang-kurangnya 10 kali untuk operasi vakum dan mop, apa yang kami boleh katakan robot vakum ini melakukan tugas pembersihan dengan baik dan tidak meninggalkan sebarang habuk di atas lantai.
Boleh dikatakan robot ini mudah dikendalikan, semuanya dengan hanya menekan satu butang pada vakum atau dari aplikasi di telefon anda.
Anda nak tetapkan jadual robot vakum ini mulakan tugasan vakum pun boleh, jadi dah tak perlu risau kalau terlupa untuk vakum rumah.
Selain itu, ia juga dapat mengesan persekitarannya dengan sangat cepat (proses pemetaan siap dalam masa hanya 10 minit).
Kami sangat suka hakikat bahawa robot ini boleh mengetahui bila masanya ia perlu kembali ke dock untuk pengecasan walaupun semasa sedang vakum, sesuatu yang biasanya tidak dilakukan dengan baik oleh robot vakum peringkat permulaan.
Bagaimanapun, satu kekurangan yang kami dapati ialah ia tidak dapat melakukan pembersihan edge-to-edge dengan baik.
Secara keseluruhan, ini adalah robot vakum berbaloi untuk kelas pertengahan, dengan beberapa ciri kelas atasan yang ada padanya.
Kami tidak mengatakan bahawa produk ini lebih baik daripada robot vakum kelas atasan dari segi kualiti atau ketahanan, tetapi ia memberikan gambaran bahawa robot vakum ini sememangnya sebuah produk yang berbaloi.
Apa yang kami boleh katakan, Robot Vakum Xiaomi X20+ ini akan memberikan anda pengalaman yang baik dalam spektrum robot vakum kelas pertengahan atau tahap permulaan dengan ciri-ciri robot vakum kelas atasan.
Mengenai Xiaomi Robot Vacuum X20+
Xiaomi Robot Vacuum X20+ terkenal dengan dock yang menyediakan fungsi pembuangan sampah selama 10 saat dan keperluan pengecasan.
Sementara itu, dengan adanya sistem navigasi LDS, robot vakum ini mampu mengelak sebarang halangan dengan sempurna.
Selain itu, ia turut mempunyai sistem mop automatik, tangki air besar 4 liter untuk mop, dan binaan yang kukuh secara keseluruhan dengan dulang habuk yang mudah ditanggalkan untuk pembersihan dan penyelenggaraan.
Untuk sistem pembuangan sampah automatiknya pula, robot ini akan mengosongkan habuk dari dalam robot ke dalam pangkalannya, di mana beg simpanan habuk ini boleh menyimpan sehingga 75 hari jumlah habuk terkumpul sebelum perlu dikosongkan.
Manakala untuk mop, ia akan secara automatik menetapkan kepada "vakum sahaja" jika anda mempunyai kawasan berkarpet.
Selepas mop, deck vakum ini akan merendam dan menyental pad mop dengan pancutan air yang kuat untuk mengeluarkan kotoran.
Selepas itu, pad mop akan dikeringkan secara automatik untuk menghalang pertumbuhan kulat dan bau hapak disebabkan oleh kelembapan.
Akhir sekali, robot vakum ini mudah dikawal melalui aplikasi Xiaomi Home/Mi Home dan anda boleh mengawalnya dari jauh seperti dari pejabat ke rumah anda.
Pemasangan
Proses pemasangan robot vakum dan dock vakum ini sangat mudah dan sangat tidak memeningkan kepala anda.
Sejurus anda membuka kotak ini, anda akan dapat satu kad manual pemasangan yang besar disediakan oleh Xiaomi, arahannya sangat mudah dan jelas.
Anda tidak perlu bergantung pada buku manual yang tebal untuk pemasangan seperti robot vakum lain.
Walaupun saiznya besar, kotaknya tidak terlalu berat dan mudah untuk diangkat seorang diri, dan jika anda seorang wanita dengan kekuatan normal pun boleh angkat kotak vakum robot ini.
Sementara itu, sambungan Wi-Fi untuk akses aplikasi Mi Home juga mudah.
Satu perbezaan yang kami nampak pada robot vakum model ini dengan model terdahulu atau model asas adalah pengesanan terhadap router atau internet rumah bertambah baik, jadi semakin smooth untuk sambungkannya pada Wi-Fi.
Selain itu, kami juga sangat suka dengan pemasangan wayar yang cukup mudah; hanya perlu pasangkan satu plug ke soket dinding dan robot vakum ini sedia untuk dipakai.
Ada apa dalam kotak Xiaomi Robot Vacuum X20+?
- Robot Vakum ×1
- Dock Serba Guna ×1 (beg boleh guna, tangki air bersih, tangki air kotor, penyambung asas papan pencuci, papan pencuci disertakan)
- Berus ×1
- Penutup Berus ×1
- Ruang Habuk ×1
- Penapis ×1 (Dipasang pada ruang habuk)
- Berus Sisi ×1
- Set Kord ×1
- Pemegang Pad Mop ×2
- Pad Mop ×2 (Dipasang pada pemegang pad mop)
- Manual Pengguna ×1
Reka Bentuk
Dimensi dock robot vakum ini tidak terlalu besar (586×427×340 mm) jadi anda tidak memerlukan ruang yang luas untuk meletakkannya di rumah.
Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan ruang yang tidak terhalang bagi membolehkan robot vakum ini pulang ke dock untuk pembersihan dan pengecasan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, dock robot vakum ini menempatkan beg pembuangan habuk automatik yang perlu dikosongkan dalam selepas 75 hari penggunaan, tangki takungan air untuk mop, ruang pembersihan dan pengeringan mop automatik, serta ruang pengecas automatik.
Reka bentuknya secara keseluruhan kelihatan simple, mempunyai pelbagai fungsi, dan minimalis, jadi tidak sukar untuk meletakkannya dan menggunakannya di rumah (atau pejabat jika anda mahu).
Maklumat Utama:
- Kuasa: 75W
- Kuasa sedutan: 6000Pa
- Kapasiti habuk: N/A
- Kapasiti tangki air: 4L
- Bunyi: N/A
- Masa bekerja: N/A
- Masa pengecasan: N/A
- Dimensi robot: 350×350×97 mm
- Dimensi dock: 586×427×340 mm