Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
printer canon MF469X

Ulasan Pencetak Canon MF469X: Printer Yang Pantas Dan Terbaik Untuk Pejabat Anda

Ini ulasan jujur kami!

Kebanyakan pencetak yang ada di pasaran kini tentulah menawarkan prestasi dengan kualiti yang tinggi, dan wajib beroperasi dengan pantas dan lancar.

Kualiti pencetak ini juga termasuklah mempunyai ciri sambungan tanpa wayar dan masa cetakan yang singkat, dalam masa yang sama memastikan kepekatan dakwat yang jelas pada cetakan. 

Kualiti yang dinyatakan ini sangat penting buat pemilik perniagaan atau pekerja pejabat bagi memastikan operasi harian kekal lancar. 

Dengan apa yang dinyatakan tadi, ini adalah pandangan dan ulasan kami tentang Pencetak Canon MF469X.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Kenapa Anda Perlu Pilih Pencetak Canon MF469X?

Perkara pertama yang kami nampak pada mesin pencetak ini adalah cetakan dan pengimbasannya yang pantas. 

Selepas memasukkan sekeping kertas ke dalam feeder pencetak ini, ia mengambil masa hanya 1 saat untuk salinannya keluar. Sangat pantas!

Pencetak ini bersaiz sederhana, jadi pemasangannya tidak rumit kerana hanya mempunyai satu kabel power dan satu kabel penyambung ke peranti anda.

Memang sesuai untuk pejabat kecil, tidak memerlukan ruang yang besar dan wayar yang banyak untuk pemasangan.

Pembinaan dan aksesori seperti feeder kertas dan ruang kartrij toner mudah diakses dan diisi semula.

User Interface (UI) pencetak ini juga kelihatan sangat ‘clean’ dengan navigasi yang mudah dan tanpa perlu sentiasa merujuk buku manual.

Jika anda mencari produk pencetak yang pantas untuk menghasilkan dan memproses dokumen, Pencetak Canon MF469X adalah pilihan yang baik.

Dengan pelbagai fungsi percetakan yang direka untuk mencetak dengan lancar, pencetak ini benar-benar sesuai digunakan dalam pejabat ataupun sekolah. 

Walaupun tiada cetakan berwarna, ciri-ciri printer Canon MF469X ini lebih terserlah dengan cetakan hitam dan putih atau monochrome.


Tentang Pencetak Canon MF469X

Selari dengan trend pejabat dan teknologi pintar terkini, Canon MF469X mampu mencetak dan mengimbas dokumen dengan pantas, sama ada melalui kabel atau tanpa wayar.

Pencetak ini boleh mencetak sehingga 40 helaian per minit (hitam & putih), atau mencetak sehingga 100 imej hitam dan putih per minit.

Selain itu, pencetak ini mampu menampung kapasiti kertas sebanyak 900 helaian dengan dulang kertas yang boleh dikembangkan, dan dengan jumlah cetakan yang disarankan sebanyak 750 - 4,000 helaian sebulan. 

Dari segi pengalaman antara muka pengguna, pencetak ini mempunyai skrin sentuh LCD berwarna 5-inci untuk navigasi yang mudah. 

Ia juga mempunyai fungsi Auto-Duplex untuk mencetak kedua-dua belah kertas dengan mudah tanpa perlu membalikkan kertas secara manual, dan ia boleh dilakukan sehingga 50 helaian sekali gus. 

Untuk ciri keselamatan, pencetak ini juga mempunyai sistem pemantauan integriti TLS 1.3. yang terpapar pada permulaan dan semasa operasi dengan fungsi Verify System at Startup

Tidak dilupakan, ia juga mempunyai Application Library yang terbina di dalam untuk membolehkan anda mengakses format yang kerap digunakan dengan cepat dari peranti anda, atau menghantarnya secara automatik ke destinasi yang telah ditetapkan.


Pemasangan

Selepas membuat pembelian, anda akan dapat Pencetak Canon MF469X yang dibungkus kemas dan selamat dalam kotak bersama manualnya. 

Kemudian anda boleh keluarkan pencetaknya dan membuat pemasangan denga mudah.

Oleh kerana ia dihidupkan dengan hanya satu kabel kuasa, anda hanya perlu menyambungkan satu kabel tersebut pada mana-mana soket yang berhampiran, atau perlu guna extension jika soket terlalu jauh.

Terdapat juga kabel penyambungan ke komputer atau peranti anda untuk cetakan berwayar. 

Bagaimanapun, jika mahu menggunakan pencetak ini secara nirwayar, anda perlu mengakses tetapan berkunci menggunakan System Manager ID dan nombor PIN pencetak ini, yang mana kedua-duanya tidak disertakan dalam buku manual.

Mujur carian Google yang pantas membolehkan kami mencari nombor PIN default tersebut. 

Jadi, ini mungkin mengganggu sedikit proses pemasangan yang sepatutnya mudah dilakukan tanpa perlu bersusah payah Google maklumat tambahan.


Reka Bentuk

Dengan reka bentuk segi empat, pencetak Canon MF469X kelihatan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, serta terasa kukuh apabila bahagian feeder kertas atau kartrij toner ditarik keluar. 

Disebabkan reka bentuknya dengan ciri yang mudah diakses dari atas, kami mengesyorkan untuk meletakkan pencetak ini di atas meja atau meja konsol yang lebih rendah daripada ketinggian biasa supaya ia mudah digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira ketinggian individu tersebut.

Sesiapa sahaja boleh mengakses pengimbas, faks, dan pencetak ini dengan mudah. 

Jadi pada pendapat kami, kedudukan terbaik untuk meletakkannya adalah di tempat yang tidak terlalu tinggi atau kecil. 

Dimensi printer ini kira-kira 420 (W) x 460 (D) x 375 (H) mm, jadi ia memerlukan meja yang kukuh untuk menampungnya. 

Meja kerja standard yang biasa pun sudah cukup baik untuk meletakkan pencetak ini, dan itulah meja yang kami guna semasa test pencetak ini.


Maklumat Utama

  • Cetak, Imbas, Salin, Faks
  • Kelajuan mencetak (A4): Sehingga 40 ppm
  • Kelajuan mengimbas (2-Muka A4): Sehingga 100/80 ipm (mono/warna)
  • Masa Cetakan Pertama (A4): Anggaran 5 saat
  • Kapasiti Maksimum Input Kertas: Sehingga 900 helaian
  • Gigabit Ethernet, Wi-Fi, Direct Connection
  • Jumlah Cetakan Bulanan Disyorkan: 750 - 4,000 muka surat
End of Article