Selain daripada pengumuman Samsung mengenai siri baharu Galaxy Z, fon telinga atau earbuds terbaharu mereka yang canggih juga hadir dengan generasi baru.
Buat pencinta muzik, rasai pengalaman audio tanpa wayar yang lancar dan jelas dalam bentuk Galaxy Buds3 & Buds3 Pro.
Siri Galaxy Buds3 Samsung membawakan pengalaman komunikasi baharu yang dikuasakan oleh Galaxy AI, sekaligus merevolusikan cara kita berhubung dan berinteraksi.

Siri Galaxy Buds3 dibina dengan reka bentuk pengkomputeran baharu yang memastikan keselesaan semasa memakainya.
Reka bentuk bilah premium yang cantik, dilengkapi dengan Lampu Bilah, memenuhi keperluan pengguna yang mementingkan gaya.
Reka bentuk ini membolehkan kawalan intuitif dengan mencubit bilah untuk mengawal main balik dan meleret ke atas atau ke bawah untuk melaraskan kelantangan.
Untuk keselesaan, Galaxy Buds3 Pro menawarkan reka bentuk Jenis Kanal untuk bunyi yang mendalam, manakala Buds3 menggunakan reka bentuk Jenis Terbuka, ideal untuk penggunaan yang lama dalam pelbagai situasi.
Galaxy Buds3 Pro juga menawarkan pengalaman audio premium dengan dilengkapi pembesar suara 2 hala yang dipertingkatkan dengan tweeter planar untuk penghasilan bunyi frekuensi tinggi yang tepat.

Selain itu, ia turut dilengkapi Penguat Dual untuk bunyi yang jelas semasa anda bergerak.
Dengan Audio Ultra Berkualiti Tinggi yang menyokong kadar sampel dua kali ganda dengan codec SSC, anda boleh menikmati audio resolusi tinggi dengan perincian yang hebat dan jelas.
Siri Galaxy Buds3 menggunakan model machine learning-based pre-trained untuk memulihkan suara asal anda dalam persekitaran yang bising, memastikan panggilan suara yang jelas dan rasa semula jadi dengan ciri Panggilan Super-Wideband.
Dengan siri Galaxy Buds3 yang secara mudah disambungkan ke Galaxy Z Fold6 atau Flip6, anda boleh mengaktifkan Interpreter dalam mod Mendengar untuk menterjemahkan sebarang input atau pembelajaran terus ke telinga anda.
Ciri ini memecahkan tembok halangan bahasa dan menjadikan pembelajaran lebih mudah diakses dan terasa lebih inklusif.

Arahan Suara pula menjadi ciri yang menambah kemudahan buat anda, membolehkan anda mengawal fungsi seperti memainkan atau menghentikan muzik dengan hanya dua perkataan yang diucapkan.
Ia secara tidak langsung menghapuskan keperluan untuk menyentuh fon telinga atau telefon pintar yang disambungkan secara manual.
Siri Galaxy Buds3 juga mengoptimumkan bunyi secara pintar.
Mikrofon dalam siri Buds3 menganalisis bunyi dalaman dan luaran secara real-time untuk meningkatkan kualiti bunyi dan Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) melalui EQ Adaptif dan ANC Adaptif.
Sama ada anda mendengar muzik atau berada dalam persekitaran yang bising, ciri Kawalan Bunyi Adaptif, Pengesanan Siren, dan Pengesanan Suara pada Buds3 Pro secara automatik menyesuaikan diri untuk memberikan pengalaman audio yang optimum.
Reka Bentuk & Warna Siri Samsung Buds3
Samsung Galaxy Buds3 dan Galaxy Buds3 Pro kedua-duanya hadir dalam dua warna:
- Silver
- White

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Harga & Promosi Pratempahan: Samsung Galaxy Buds3 & Buds3 Pro
Galaxy Buds3 dan Buds3 Pro kini sedia untuk dipratempah dengan masing-masing pada harga RM599 dan RM999.

