Dari segi luaran seperti warna dan saiz, setiap jenis biji kopi mungkin nampak sama.
Namun, tahukah anda ia sebenarnya berbeza? Sebab itulah jika anda salah pilih biji kopi, kopi yang anda hasilkan pun tidak jadi seperti diinginkan.
Beli kopi di kafe pula memang lebih mudah sebab dijamin sedap, tapi untuk penggemar kopi yang setiap pagi minum kopi sebelum ke tempat kerja, memang akan menelan perbelanjaan banyak.
Jalan paling terbaik dan jimat bajet adalah buat atau bancuh sendiri kopi di rumah.
Namun, bagi anda yang baru nak berjinak-jinak untuk buat kopi sendiri di rumah, tak kiralah kopi yang diperbuat dari mesin espresso, hand drip atau kopi moka pot, tak usah pening kepala.
Kali ini kami kongsikan senarai jenis biji kopi terbaik beserta harga biji kopi yang boleh anda pilih untuk memenuhi keperluan ‘booster’ harian anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Biji Kopi Terbaik Malaysia
Sebab Menjadi Pilihan Utama:
Biji kopi JB Espresso Blend ini memang dipanggang khas untuk peminum tegar espresso Arabika yang mahukan kopi yang telah disahkan halal oleh JAKIM.
Ciri-ciri:
Rasa pahit, pekat dan manis espresso yang diperbuat dari biji kopi keluaran jenama ini seimbang, memang mantap!
Selain itu, pelbagai jenis kopi lain boleh dibuat dengan biji kopi Blend Coffee Roasters seperti French Press, V60, dan drip coffee, bergantung kepada jenis kisaran biji kopi yang anda pilih.
Tapi ingat, jika nak buat kopi dengan mesin espresso, anda perlu pilih biji kopi yang dikisar halus.
Biji kopi yang dikisar halus ini sesuai untuk mesin espresso rumah yang menggunakan pressurised basket atau portafilter.
Review:
“Sedap sama ada untuk buat kopi latte dan Americano. Biji kopi ada rasa sedikit masam yang tidak terlalu ketara. Terbaik jika diminum bersama gula atau susu.”
Campuran biji kopi dari Guatemala, El Salvador dan Brazil ini telah dipanggang secara sederhana (medium roasted), menjadikannya ia sangat sedap jika anda buat kopi berasaskan espresso.
Selain itu, tiada masalah jika anda nak buat minuman kopi sejuk atau panas dengan biji kopi ini sebab keduanya-duanya sedap.
Biji kopi keluaran Sol Coffee Roastery ini juga mempunyai sedikit rasa seperti susu coklat dan kacang.
Kopi yang dibuat daripada biji kopi ini juga mempunyai nota rasa manis-manis seperti oren.
Paling bagus, anda boleh pilih sama ada nak biji kopi yang belum dikisar atau biji kopi yang telah dikisar halus (Extra Fine), dikisar sederhana (Medium) atau dikisar kasar (Coarse), bergantung kepada kaedah pembuatan kopi yang anda nak buat.
Bosan asyik minum kopi segera dan mahu berjinak-jinak buat kopi latte sendiri di rumah? Apa kata kali ini anda buat sendiri kopi latte dengan biji kopi Boss Blend dari jenama Zus.
Biji kopi yang telah dipanggang ini diperoleh dengan teliti dari rantau Brazil, Ethiopia dan Colombia.
Ia bukan sahaja mempunyai nota rasa seperti dark chocolate, malah rasa panggangnya juga kuat.
Memang sesuai untuk anda yang gemar kopi yang pekat, agak pahit dan tidak begitu manis kerana ia mempunyai nilai 2.5/5 dari segi tahap keasidan dan tahap kemanisan.
Lepas ni anda tak perlu lagi ke kafe untuk minum Zus Spanish Latte sebab boleh buat sendiri di rumah.
Biji kopi 100% Arabica keluaran BLKAC ini mempunyai campuran biji kopi yang berasal dari Ethiopia Yirgacheffe, Colombia Medellin dan Sumatera Mandhelling.
Menariknya, ia diperkaya dengan aroma rempah.
Bukan sahaja ada rasa pahit-pahit manis yang seimbang, malah lidah anda dapat merasai rasa seakan berry kering selepas minum.
Selain itu, rasa biji kopi yang dipanggang secara sederhana (medium roasted) ini juga seperti gula perang dan ada rasa sedikit seperti badam.
Dengan biji kopi yang dikisar kasar ini, memang terbaik untuk buat kopi cold brew dan kopi menggunakan alat French Press.
Biji kopi Liberica dari Mister Coffee ini sesuai diminum oleh peminat kopi yang gemarkan aroma kopi yang tajam seperti herba.
Telah disahkan halal JAKIM, jadi tak perlu was-was untuk buat kopi dengan biji ini.
Uniknya tentang biji kopi Liberica adalah apabila diminum, ia mempunyai rasa panggang seperti kacang.
Selain itu, biji kopi yang mempunyai rasa seperti coklat gelap dengan sedikit nangka ini juga pahit, sesuai untuk anda yang kurang gemar kopi manis.
Boleh pilih sama ada nak dapatkan biji kopi yang belum dikisar atau yang telah dikisar.
Jika anda suka minum kopi cold brew, disarankan untuk dapatkan biji kopi Liberica yang dikisar ekstra kasar.
Manakala jika anda gemar minum kopi yang dibuat dengan drip machine, hand pour atau aeropress, perlu pilih biji kopi yang dikisar sederhana.
Untuk anda yang gemar menikmati secangkir kopi yang dibuat menggunakan kaedah V60, kami cadangkan untuk pilih biji kopi Arabica dari Brazil ini.
Ia juga boleh dibancuh dengan menggunakan kaedah filter brewing, sesuai untuk anda yang suka membuat kopi dalam suasana tenang seperti semasa camping di tepi sungai.
Nak lebih nikmat, anda boleh campurkan kopi yang diperbuat dari biji ini dengan sedikit susu.
Biji kopi 100% Arabica ini mempunyai tahap keasidan yang sangat rendah sekali gus menjadikannya sesuai diminum oleh peminat kopi yang mempunyai perut yang sensitif.
Rasa kopinya juga sangat smooth di mana tidak terlalu pahit atau masam, dan anda boleh rasa ia seakan rasa kacang walnut dan gula karamel.
Dah bosan minum kopi Arabica dan mahu mencuba kopi yang lebih pahit?
Boleh cuba biji kopi Robusta dari Big Three Coffee ini kerana tahap kepahitannya ialah 5/5.
Yang menariknya lagi tentang biji kopi jenama ini adalah ia mempunyai aroma panggang yang sangat kuat, jadi dijamin kopi buatan anda lebih enak dan semerbak satu rumah.
Selain itu, setiap pek biji kopi akan dipek dalam bungkusan nitrogen, jadi kesegaran biji kopi anda akan bertahan sehingga 2 tahun.
Nak buat latte art pun mudah dan tahan lama dengan biji kopi Robusta ini.
Jika anda nak cuba buat kopi sendiri di rumah tapi mahu rasa yang sama seperti dibuat oleh barista di kafe, memang patut cuba biji kopi Arabica keluaran Sin Boon Kee ini.
Terbaik untuk anda yang tak gemar tambah gula atau krim yang terlalu banyak ke dalam kopi kerana ia memang sudah sedia manis, seakan rasa karamel dan coklat gelap.
Selain dipanggang segar, biji kopi paling sedap ini juga sesuai untuk buat kopi dengan mesin espresso.
Tapi, jika nak buat kopi cold brew atau guna French Press dengan biji kopi ini, pastikan anda pilih biji kopi yang dikisar kasar.
Manakala jika nak buat kopi guna kaedah Chemex atau dripper, pilih kisaran sederhana kasar (Medium Coarse).
Yang penting, produk keluaran SBK ini mempunyai logo halal JAKIM.
Teringin nak cuba kopi Vietnam yang aasli tanpa perlu mengeluarkan belanja besar untuk ke negara itu?
Usah risau, kopi Trung Nguyen ini memang diimport dari Vietnam tapi ia boleh diminum tanpa ragu kerana halal.
Kopi Vietnam ini diperbuat daripada biji kopi Robusta yang mempunyai aroma dan rasa yang unik namun seimbang.
Cara nak buat kopi drip Vietnam ini sangat mudah, hanya perlu guna Phin filter, jadi anda tak perlu miliki mesin kopi yang mahal pun.
Bukan sahaja sedap diminum apabila dicampurkan dengan susu, namun jika tidak ditambah apa-apa pemanis juga tetap enak dinikmati ketika bersantai waktu petang.
Biji kopi keluaran JWC Roastery sangat sesuai untuk mereka yang suka minum latte atau kopi berasaskan espresso.
Dengan biji kopi ini, tekstur minuman anda rasa lebih lembut dan tidak terlalu pahit.
Boleh juga campurkannya dengan sedikit susu pekat untuk kurangkan lagi rasa pahit jika tidak suka kopi pahit.
Campuran biji kopi ini diperbuat dengan biji kopi dari Kemboja dan Brazil di mana campurannya menghasilkan kopi yang ada rasa seperti toffee nut.
Kopi yang dihasilkan juga akan mengingatkan anda kepada minuman coklat kegemaran rakyat Malaysia iaitu Milo kerana ia tidak begitu berasid.
Jika anda nak buat air espresso dengan biji kopi ini, jangan lupa untuk pastikan suhu air mencapai 93-95 darjah celcius.
Anda penggemar kopi yang memerlukan kafein secara harian, tapi mahukan biji kopi yang tidak terlalu mahal?
Produk Kupi Kofee Milan Blend sesuai untuk anda kerana harga biji kopi ini murah! Untuk secangkir kopi, anda hanya perlu guna 10 gram biji kopi sahaja.
Jangan risau jika anda tak miliki mesin espresso sebab boleh juga buat kopi guna teknik filter brew dengan biji kopi ini.
Biji kopi yang dipanggang secara sederhana gelap (medium dark roast) ini turut mempunyai gabungan rasa yang kompleks namun tetap terasa smooth di lidah.
Ia juga ada rasa manis dan berasid yang seimbang, jadi memang sedap jika nak buat air kopi tanpa gula seperti espresso atau long black.
Tips Memilih Biji Kopi Berkualiti Tinggi
Untuk penggemar kopi yang nak belajar buat kopi sendiri di rumah, ikuti tips-tips berikut sebelum memilih biji kopi agar biji kopi Malaysia yang dipilih adalah terbaik dan berkualiti tinggi.
-
Pilih jenis biji kopi
Arabica dan Robusta merupakan dua jenis biji kopi yang sering digunakan di kafe-kafe popular.
Biji kopi Arabica mempunyai rasa yang lebih halus dan manis berbanding Robusta.
Manakala biji kopi Robusta pula lebih pahit dan perisa kopinya lebih kuat.
Arabica juga dikatakan mempunyai kandungan kafein yang lebih rendah, jadi jika anda tidak minat kopi yang terlalu tinggi kafein, Arabica lebih sesuai untuk anda.
-
Pilih biji kopi yang beroma kuat
Biji kopi yang segar akan mempunyai aroma yang kuat dan enak, lazimnya berbau seperti rempah, bunga atau coklat.
Elakkan dari memilih biji kopi yang ada bau hapak, tengik atau busuk.
-
Warna & saiz biji kopi
Biji kopi berkualiti lazimnya telah diasingkan daripada biji kopi yang rosak atau busuk. Jadi, pilih biji kopi yang bersaiz seragam.
Dari segi warna pula, pilihlah biji kopi yang berwarna coklat pekat di mana warna tersebut merupakan indikator bahawa ia telah dipanggang sempurna.
-
Lihat tarikh biji kopi dipanggang
Biji kopi yang baru dipanggang sudah tentu lebih segar jika dibandingkan dengan biji kopi yang telah lama dipanggang.
Khasiat Kopi Untuk Kesihatan
Tahukah, ada banyak sebenarnya manfaat kesihatan jika anda minum kopi. Antaranya:
- Meningkatkan tahap tenaga & fokus.
- Meningkatkan tahap fizikal anda.
- Boleh membantu menyokong kesihatan otak.
- Mengurangkan risiko penyakit hati & kanser hati.
- Membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes type 2.
Namun, harus ingat, meskipun kopi mempunyai khasiat kesihatan, namun ibu hamil dan ibu menyusu tidak digalakkan untuk ambil kafein dalam kuantiti banyak.
Manakala untuk sesetengah orang pula, pengambilan kopi boleh menyebabkan pening kepala dan meningkatkan kadar degupan jantung sehingga membuatkan rasa seperti berdebar.
Jadi, elakkan dari mengambil kopi secara terlalu berlebihan.
Cara Proses Biji Kopi
Bukan mudah untuk memproses biji kopi kerana ia perlu menjalani langkah-langkah yang panjang dan memakan masa.
Apabila masak, biji kopi akan dipetik dan kemudian biji kopi akan diasingkan agar biji kopi yang rosak dan busuk boleh dibuang,
Terdapat dua cara untuk memproses biji kopi iaitu teknik kering dan teknik basah.
Teknik kering adalah di mana buah kopi akan dijemur di bawah terik matahari sehingga kering.
Namun, ada juga yang memilih untuk masukkan biji kopi ke dalam mesin pengering khas agar lebih cepat kering dan seragam.
Tapi, cara ini memakan kos yang lebih tinggi.
Manakala teknik basah pula, buah kopi akan dibersihkan terlebih dahulu.
Kemudian, dengan menggunakan alat coffee pulper, pulpa dan kulit akan dikeluarkan dari buah kopi.
Biji kopi tadi yang kini ada lendir selepas itu akan diletakkan dalam tangki air untuk ditapai.
Apabila lendir kesemuanya telah dibersihkan dengan air, biji-biji kopi ini sedia untuk dikeringkan.
Kalau nak lebih faham tentang cara proses biji kopi, boleh tonton video YouTube ini.