Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tab s9

Pengurusan Kerja Harian Lebih Efisien Dengan Pembaharuan Dari Galaxy Tab S9 Series

Dah bekerjaya, device pun kena la up-to-date

Syarikat gergasi teknologi, Samsung mengumumkan Galaxy Tab S9 Series merupakan peranti premium dengan menetapkan satu standards ke tahap yang lebih bagus.

Jadi selepas kami meneliti ketiga-tiga model Galaxy Tab S9, S9+ dan S9 Ultra ini, semuanya menggunakan paparan dinamik AMOLED 2X.

Ciri paparan ini sekaligus memberi kepuasan pengguna ketika melakukan aktiviti hiburan atau melakukan kerja melalui skrin yang lebih jelas dan terang.

Banyak lagi ciri menarik pada Galaxy Tab S9 series ini sebenarnya, nak tahu apa lagi jom kita selongkar satu per satu pembaharuan tab baru dari Samsung kali ini.


Gunakan Quick Share

Mungkin ada pengguna Samsung masih tak tahu kegunaan Quick Share, jadi kami akan terangkan lebih mendalam tentang aplikasi ini.

Jika sebelum ini nak pindahkan gambar, video, dokumen dalam bentuk PDF atau apa saja fail, memerlukan WiFi tapi kini tidak lagi kerana wujudnya Quick Share.

Anda boleh gunakan Quick Share tanpa memerlukan sambungan WiFi atau apa-apa internet. 

Cuma nak diingatkan, Quick Share boleh tidak kira pengguna smartphone Android atau IOS hanya menggunakan link.

Penggunaan Quick Share juga boleh digunakan dalam jarak yang jauh selagi pengguna tersebut dalam senarai kenalan anda.

Boleh lihat video di bawah untuk info lebih.

Anda boleh ikut langkah di bawah untuk mengaktifkan Quick Share.

  1. Leretkan ke bawah bahagian atas skrin peranti Galaxy dan tekan pada ikon Quick Share daripada tetapan Quick Setting.
  2. Kemudian, pilih gambar atau video pada Galeri atau fail dalam folder dan tekan ikon Share dan seterusnya Quick Share.
  3. Selepas itu, pilih nama peranti yang anda ingin menerima fail yang anda pilih. 
  4. Segala pemindahan fail yang berjaya anda boleh lihat serta-merta pada Galeri telefon tanpa proses muat turun.

Untuk pengetahuan anda, Quick Share bukan saja boleh digunakan diantara peranti Galaxy saja tetapi dengan jenama telefon pintar lain juga.


Multi-Control 

Seterusnya, ciri Multi-Control dimana cara yang sangat mudah untuk menyambungkan kekunci dan tetikus pada dua peranti iaitu, Tab S9 dan Galaxy smartphone.

Maksudnya, anda boleh kawal dua peranti yang berbeza menggunakan papan kekunci dan tetikus yang sama.

Jadi, anda boleh hantar mesej teks pada telefon menggunakan papan kekunci tab. Mudah! Tak perlu guna pergerakan yang banyak untuk kawal dua skrin.

Ciri ini menjadikan, kerja multitask anda lebih cepat dan produktif.

Cuma pastikan anda menggunakan akaun yang sama pada dua-dua peranti Samsung dengan mengaktifkan sistem Bluetooth dan WiFi untuk menggunakan features ini.

Lepas ni memang tak ada masalah nak drag and drop gambar antara tab dan smartphone.

Iyalah, kalau dulu mungkin sukar atau tak boleh nak buat sambungan antara tab dengan smartphone sampai nak pindahkan fail atau gambar, mesti perlukan sambungan bluetooth atau hantar dokumen melalui email atau whatsapp, banyak kerja! 

Tapi sekarang tak perlu lagi sebab Samsung buat revolusi di mana anda boleh sambungkan telefon dengan tab supaya pengurusan kerja anda lebih efisien.

Sounds weird kan tapi kami percaya features ini dapat memudahkan anda yang kerja memerlukan multitask.

Nak tahu bagaimana cara membuat sambungan antara dua peranti, boleh tonton video dia bawah. 


Second Screen

Kemudian, features second screen yang mampu memberikan anda skrin layar yang lebih besar. Maksudnya, anda boleh guna dua skrin dalam satu masa.

Penggunaan second screen selalunya antara PC dengan laptop, PC dengan PC, TV dengan smartphone atau smartphone dengan TV.

Tapi sekarang ni anda boleh gunakan second screen antara tablet dengan Android Smartphone dimana saiz yang lebih besar tapi tak terlalu besar atau terlalu kecil.

Dari segi kawalan, anda boleh kawal segala pergerakan pada skrin tab hanya menerusi smartphone.

Malah, skrin tablet juga boleh digunakan sebagai skrin sambungan daripada komputer riba.

Memang sangat sesuai bagi mereka yang bekerja sebagai penyunting video, IT, seller, pemasaran dan lain-lain yang berkaitan.

Anda boleh lihat video di bawah cara mengaktifkan penggunaan second screen.


Promosi Samsung Galaxy Tab S9 Series

Nikmati tawaran eksklusif bernilai RM1, 598.90 apabila anda membuat pembelian Samsung Galaxy Tab S9 Series hari ini.

Apa lagi? Jom buat pre-order Samsung Galaxy Tab S9 Series sekarang guna kod eksklusif kami untuk dapatkan harga kasih sayang.


Artikel Berkaitan

End of Article