Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
samsung watch 6 series (3)

Terfikir Tak Macam Mana Siri Samsung Galaxy Watch6 Membantu Kitaran Tidur Anda?

Teknologi zaman masa ni serupa magik

Kunci kepada kesihatan adalah mengamalkan cara hidup sihat dengan menjaga pemakanan, melakukan aktiviti fizikal dan dapat menangani masalah emosi dengan baik. 

Kita juga perlu pentingkan kitaran waktu tidur dimana ketika itu badan sedang berada di fasa pemulihan supaya tubuh sentiasa berada dalam keadaan cergas dan produktif.

Cuma apa yang menjadi masalah sekarang, mereka yang mempunyai gaya hidup yang padat kemungkinan besar sukar untuk menjaga kualiti tidur. 

Jadi dengan fungsi sleep tracking yang ada pada jam pintar Siri Samsung Galaxy Watch6 dapat membantu kualiti tidur dengan lebih baik. 

Bukan itu saja, ia juga dapat menganalisa dan mengesyorkan waktu tidur yang sesuai supaya rutin tidur anda lebih teratur.

Ha, canggih bukan? Jom kita gali lebih dalam bagaimana jam pintar keluaran terbaru dari Samsung ini mampu melakukannya.



Fungsi Tracking Sleep

Yang diketahui oleh semua, degupan jantung dan pernafasan bergerak perlahan bila kita sedang tidur disebabkan badan tak memerlukan pergerakan yang banyak.

Jadi, Siri Samsung Galaxy Watch6 yang mempunyai fungsi Tracking Sleep akan menjejak segala pergerakan tubuh dan nadi menggunakan sistem accelerometers dan tiny motion detectors. 

Dengan sistem ini pengguna dapat mengetahui sama ada mereka dapat tidur yang berkualiti sepanjang malam atau tidak melalui Tracking Sleep. 

Fungsi ini juga dapat mengesan jika anda mengalami gangguan ketika tidur dengan kerap atau berpanjangan melalui degupan jantung yang bergerak laju berbanding biasa.

Menariknya lagi, fungsi Tracking Sleep mempunyai teknologi advanced sensors di mana dapat memantau keadaan psikologi termasuk pergerakan dan degupan jantung. 

Sensor ini juga dapat mengumpulkan segala maklumat dengan pengiraan data untuk menentukan waktu, kualiti dan gangguan ketika tidur.


Mengumpul Data Waktu Tidur

Bukan semua jam pintar mampu memberikan laporan tidur yang lengkap, hanya memberikan data secara dasar sahaja. 

Jadi kelebihan pengumpulan semua data tidur anda yang lampau, jam pintar dapat menjadikan satu laporan corak tidur anda. 

Anda juga boleh dapat butiran terperinci dari laporan tersebut, antaranya tempoh waktu tidur, kitaran tidur, waktu berjaga dan pemulihan fizikal dan mental. 

Dari mengamati semua faktor ini, jam pintar ini juga dapat memberikan pandangan kualiti tidur dan tips yang anda dapat pada setiap malam. 

Tips ini dapat memberikan butiran terperinci tentang corak tidur anda pada keesokan paginya.

Maksudnya, jam pintar ini dapat memberikan anda cadangan atau pandangan untuk membantu tingkatkan kualiti tidur anda.


Tracking Sleep Yang Konsisten

Kualiti tidur hanya untuk satu malam tidak mencukupi, jadi jam pintar Siri Galaxy Watch6 ini dapat bantu anda berikan kualiti tidur secara konsisten pada setiap hari.

Ini kerana jam pintar keluaran baru Samsung kali ini mempunyai Sleep Consistency Metric yang mana anda dapat mengesan waktu tidur terganggu atau tidak.

Bestnya lagi, selepas penggunaan tujuh hari Sleep Tracking ini, dapat menunjukkan satu daripada lapan corak tidur haiwan yang berpadanan dengan anda. 

Daripada corak tidur haiwan tersebut, jam ini dapat memberi panduan dalam membentuk rutin gaya hidup lebih sihat sekaligus dapat mencapai kualiti tidur yang baik.

Dalam masa yang sama jam pintar ini dapat memantau aktiviti harian, memberi panduan dalam pelbagai aspek tidak kira melalui aktiviti senam ataupun pemakanan yang seimbang.


Latihan Tidur Dipertingkatkan

Bagaimanapun, penggunaan Tracking Sleep ini saja tidak mencukupi kerana anda perlu melatih diri sendiri lebih disiplin dalam mendapatkan kualiti tidur. 

Siri Galaxy Watch6 dapat membantu anda dengan memberi latihan tidur yang terbaik menggunakan Sleep Coaching.

Sleep Coaching ini berfungsi untuk memberi arahan, tips dan juga memberi peringatan untuk pengguna laksanakan waktu tidur yang tepat.

Program Samsung ini direka khas buat semua memandangkan setiap orang mempunyai corak tidur yang berbeza, jadi dengan panduan yang disediakan ini dapat berikan corak tidur yang lebih teratur.


Mewujudkan Suasana Tidur Yang Tenang

Persekitaran tidur yang tenang, pencahayaan dan suhu bilik yang selesa merupakan antara faktor seseorang dapat mencapai tidur yang berkualiti.

Bagi mengurangkan gangguan daripada sebarang peranti, Siri Galaxy Watch6 ini mempunyai Sleep Mode. 

Mode ini membisukan segala notifikasi dan mengubah latar belakang kepada grayscale serta sistem Always On Display. 

Mode ini menjadikan jam pintar dalam keadaan tidak aktif ketika anda sedang tidur dan sensor LED akan ditukar kepada inframerah supaya tidak memberi gangguan.

Secara keseluruhan untuk Siri Galaxy Watch6 merupakan salah satu teknologi yang dapat menggalakkan seseorang menjalani kehidupan yang sihat bukan hanya pemilihan makanan seimbang atau melakukan senaman sahaja tapi dengan corak tidur juga.

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat dapatkan Siri Galaxy Watch6 untuk jadikan ‘peneman’ dalam menjalani gaya hidup sihat dalam semua aspek.

Beli Siri Galaxy Watch6 dari sekarang hingga 30 September 2023 untuk tawaran yang luar biasa ini:

  • 20% PWP Diskaun untuk Siri Galaxy Buds, Samsung Accessories dan Samsung Care+.
  • Pengecas 15W percuma bernilai RM59 dan Watch Cradle percuma bernilai RM129.
  • Rebat sehingga RM300.

Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic boleh dibeli dari pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Galaxy Watch6.

 [Artikel ini ditulis dengan kerjasama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article