Kelengkapan Rumah

9 Multi Cooker Terbaik di Malalaysia 2026 - Jenama Berkualiti

Kalau anda nak jimat masa memasak, anda cuba guna periuk multi cooker! Jom lihat senarai multipurpose cooker atau electric multi cooker terbaik di Malaysia!

A
Editor · 23 May 2023, 2:05pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Multi Cooker Terbaik di Malalaysia 2026 - Jenama Berkualiti

Tidak semua orang ada masa untuk memasak selepas seharian bekerja kerana badan sudah penat atau ada komitmen lain perlu diselesaikan. 

Namun, perkembangan teknologi yang maju kini telah memudahkan proses memasak kita di dapur agar jadi lebih singkat. 

Kandungan

Dengan adanya periuk multi cooker, anda boleh memasak pelbagai jenis masakan dengan hanya satu peralatan sahaja. 

Multipurpose cooker ini sangat sesuai untuk pelajar atau individu bujang yang tinggal di asrama atau rumah sewa.

Anda tidak perlu beli pelbagai jenis periuk dan kuali untuk memasak, hanya gunakan electric multi cooker sahaja.   

Jom lihat senarai periuk multi cooker elektrik terbaik di pasaran Malaysia. 


Senarai 10 Periuk Multi Cooker Terbaik

Cornell Stainless Steel Pot Mini Multi Cooker CMC-S1500X
Multi cooker terbaik secara keseluruhan 1 daripada 10
Cornell Stainless Steel Pot Mini Multi Cooker CMC-S1500X
Dari RM71.63
Lihat harga di Shopee Malaysia
Penutup jenis kaca
Travel size
Periuk kecil
3 lagi
Diperakui oleh SIRIM
Boleh digunakan untuk mengukus
Periuk diperbuat daripada stainless steel berkualiti

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Periuk Cornell ini menawarkan pelbagai fungsi untuk memasak juadah yang enak dan sihat semudah ABC. 

Ciri-ciri;

Selain boleh masak bubur dan sup, periuk elektrik ini juga boleh digunakan untuk masak mee, nasi goreng dan steamboat tau!

Hal ini kerana periuk ini ada fungsi untuk mengekalkan kehangatan makanan selama yang anda mahukan. 

Kapasiti 1.5L menjadikannya sesuai sangat dimiliki oleh individu bujang yang tinggal sendirian di rumah. 

Selain itu, dengan menggunakan stainless steel berkualiti membuatkan periuk ini tahan lama.

Pengguna akan mendapat 1 tahun tempoh jaminan, jadi tidak perlu risau tentang kerosakan. 

Saiznya yang mini memudahkan anda untuk bawanya ke mana-mana termasuklah untuk berkhemah. 

Review;

‘Jimat masa, makanan cepat dimasak. Boleh masak bubur, jerang air dan sesuai juga untuk merebus. 

Nak guna pun mudah, hanya perlu pusingkan tombol. Ada pengukus yang tahan panas’

Khind Multi Cooker (1.2L) MC121
Multi cooker mini/untuk seorang 2 daripada 10
Khind Multi Cooker (1.2L) MC121
Dari RM97.79
Lihat harga di Shopee Malaysia
Travel size
Mempunyai fungsi stir-fry
Waranti hanya 1 tahun
3 lagi
Tak mudah berkarat
Suhu boleh dilaras
Ringan, hanya 1kg

Electric multi cooker daripada jenama Khind ini diperbuat daripada stainless steel yang selamat digunakan untuk pelbagai jenis masakan. 

Penutup periuk diperbuat menggunakan material kaca bagi memudahkan anda melihat keadaan makanan ketika dimasak. 

Kapasiti periuk bersaiz 1.2L menjadikannya sesuai digunakan oleh individu bujang atau pelajar yang tinggal di rumah sewa.

Antara juadah yang boleh dimasak dengan multicooker ini ialah hotpot, aneka sup, sayur goreng dan pau kukus kerana tray pengukus turut disertakan. 

Turut mempunyai Dry Boiled Protection untuk memastikan keselamatan pengguna ketika memasak. 

Pensonic 2 in 1 Multi Cooker PMC-1303GSX
2 in 1 multi cooker 3 daripada 10
Pensonic 2 in 1 Multi Cooker PMC-1303GSX
Dari RM168.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh guna untuk masak steamboat
Diperakui oleh SIRIM
Waranti hanya 1 tahun
3 lagi
Periuk jenis non-stick
Ringan, hanya 2.3kg
Mudah dicuci

Dengan kapasiti 3L, periuk multifungsi Pensonic bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak sup dan goreng kentang, malah boleh juga untuk panggang ayam dan salmon. 

Tiada masalah jika anda nak masak sayur tumis atau ikan kukus dengan alat ini sebab lengkap dengan rak pengukus dan grill plate.  

paling penting, makanan yang dipanggang tidak akan melekat pada multi cooker ini kerana jenisnya non-stick

Anda tidak perlu risau untuk guna alat ini sebab dilengkapi dengan ciri boil dry protection manakala bahagian kaki diperbuat dari getah yang anti gelincir. 

Ciri ini juga membuatkan periuk tidak akan menyebabkan makanan berkuah mudah tumpah.  

Suhu alat memasak ini juga boleh dikawal mengikut keperluan masakan anda dengan mudah.

Jamay Mini Multi Cooker Non-Stick
Multi cooker murah 4 daripada 10
Jamay Mini Multi Cooker Non-Stick
Dari RM35.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Rekaan periuk moden
Periuk non stick
Tidak sesuai untuk masakan banyak
2 lagi
Paparan skrin digital
Kapasiti 2L

Untuk anda yang mahukan periuk multi fungsi tidak mudah melekat, anda boleh dapatkan multi cooker non stick ini. 

Periuk Jamay sangat berguna untuk pelbagai resepi yang menggunakan teknik masakan renehan, menumis, sup hotpot dan masakan goreng. 

Saiz periuk ini akan mudahkan anda nak buat mee segera, telur dadar dan masak 2-4 mangkuk nasi untuk tiga orang dengan periuk ini. 

Selain itu, boleh juga digunakan untuk merebus dan mengukus tau. Memang jimat masa untuk memasak. 

Paling penting, periuk ini sangat mudah untuk dibersihkan, nak guna tisu sahaja pun boleh.

Tefal Home Chef Smart Pro 5.0L Stainless Steel Multicooker Pressure Cooker (CY625D65)
Periuk multi cooker untuk keluarga 5 daripada 10
Tefal Home Chef Smart Pro 5.0L Stainless Steel Multicooker Pressure Cooker (CY625D65)
Dari RM699
Lihat harga di Shopee Malaysia
Dilengkapi 18 ciri keselamatan
Makanan 80% lebih cepat masak
Harga mahal
2 lagi
Kapasiti 4.8L sesuai untuk seisi keluarga
Sistem pelepas tekanan yang selamat

Periuk multi cooker Tefal lengkap dengan fungsi tekanan untuk memudahkan anda memasak daging sehingga lembut dalam kuantiti yang banyak.

Bagi yang gemar memasak, multi cooker ini adalah pilihan tepat kerana mempunyai 19+3 program memasak yang memudahkan anda untuk siapkan juadah.

Periuk ini akan jadi kawan baik anda di dapur terutamanya ketika musim perayaan!

Anda boleh masak juadah ayam, itik, pelbagai jenis bubur, kek, rendang, nasi dan jagung kukus. 

Menariknya, periuk ini memiliki Auto Pressure Release System yang selamat untuk melepas wap tekanan tanpa risiko. 

Makanan yang siap dimasak juga dapat dikekalkan kehangatannya hingga 24 jam dengan penggunaan multicooker ini.

Ninja Kitchen Foodi 8-In-1 Multi Cooker and Air Fryer OP300
Multi cooker 8 dalam 1 6 daripada 10
Ninja Kitchen Foodi 8-In-1 Multi Cooker and Air Fryer OP300
Dari RM1,299
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kapasiti periuk 6L
Aksesori boleh dibasuh dengan dishwasher
Harga mahal
2 lagi
Masakan kurang berlemak
Berat

Apabila menjelang hari raya, periuk multi cooker ini akan jadi rakan baik anda. 

Bukan sahaja boleh berfungsi sebagai periuk tekanan untuk melembutkan daging masak rendang, malah boleh juga digunakan sebagai air fryer untuk panggang ayam. 

Periuk ini dilengkapi dengan 2 jenis penutup yang berbeza untuk fungsi pressure cooker dan air fryer

Lagi bagus, periuk Ninja Kitchen Foodi ini turut lengkap dengan fungsi mengukus, sauté, slow cook dan keep warm

Juadah dijamin akan kekal hangat dan juicy untuk tempoh yang lama. 

Tiada masalah juga jika anda nak tumis bahan dengan periuk ini tanpa menggunakan penutup.

ELBA Multi Cooker with Grill EMC-K5015(PK) - Removable Non-stick Pot, Grill Pan - Pink
Multi cooker untuk steamboat 7 daripada 10
ELBA Multi Cooker with Grill EMC-K5015(PK) - Removable Non-stick Pot, Grill Pan - Pink
Dari RM219
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kapasiti periuk 5L - besar
Perlindungan overheating
Waranti hanya 1 tahun
3 lagi
Suhu mudah laras
Penutup kaca ada lubang wap
Harga mahal

Apa yang menarik tentang multi cooker Elba ini ialah selain boleh masak sup atau deep frying, periuk ini juga boleh digunakan untuk panggang ikan, ayam atau daging tau. 

Ini kerana periuk ini turut mempunyai grill pan yang tidak melekit (non-stick) agar sisa daging tidak mudah melekat dan sangat mudah dibersihkan. 

Memang sesuai digunakan oleh anda yang gemar masak sendiri steamboat atau BBQ di rumah bersama keluarga atau teman rapat.

Selain itu, bahagian periuk boleh ditanggalkan yang membolehkan anda mencucinya dengan mudah.

Paling penting, selamat digunakan kerana peralatan memasak Elba telah diperakui oleh SIRIM.

Bossman Kaden Mini Multi Cooker ChefCook Series BK110
Multi cooker untuk student 8 daripada 10
Bossman Kaden Mini Multi Cooker ChefCook Series BK110
Dari RM179
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ringan
Periuk jenis non-stick
Kapasiti periuk kecil
2 lagi
Senang dibersihkan
Boleh masak makanan untuk 1-2 orang

Periuk multi cooker mini ini direka khas untuk pelajar universiti atau kolej yang tinggal di asrama atau rumah sewa. 

Anda boleh memasak pelbagai jenis makanan berkhasiat dengannya seperti spageti, mee segera, sayur campur dan kuah oden. 

Rekaan periuk moden dan estetik kerana mempunyai pemegang kayu untuk memudahkan anda mengangkat periuk ketika panas.  

Selain itu, bahagian dalam periuk disalut dengan lapisan ceramic yang berkualiti dan tahan lama. 

Nak guna untuk jerang air atau goreng nugget ketika camping pun tiada masalah memandangkan periuk bersaiz kecil dan ringan yang mudah dibawa ke mana-mana.

Giselle Digital Electric Mini Rice & Multi Cooker with Ceramic Inner Pot KEA0374
Multi cooker untuk camping 9 daripada 10
Giselle Digital Electric Mini Rice & Multi Cooker with Ceramic Inner Pot KEA0374
Dari RM109.65
Lihat harga di Shopee Malaysia
Butang tekan mudah digunakan
Menghangatkan makanan dengan cepat
Periuk kecil
2 lagi
Penutup periuk diperbuat dari kaca
Ringan, hanya 1kg

Periuk nasi elektrik multi fungsi Giselle ini sesuai untuk digunakan di rumah atau ketika anda berkhemah ala glamping dengan rakan-rakan. 

Mempunyai 4 fungsi memasak iaitu masak nasi, hotpot, bubur dan sup. Jadi, tiada masalah untuk anda buat kuah oden dan steamboat

Kabel kuasanya juga boleh ditanggalkan agar lebih mudah untuk alat memasak ini disimpan jika tidak digunakan

Lapisan dalam periuk pula diperbuat daripada seramik yang tidak melekit supaya senang dibersihkan. 

Makanan yang nak dimakan dijamin akan masak sekata dengan multi cooker ini. 

Selepas selesai memasak, secara automatik akan mengekalkan kehangatan makanan sehingga 2 jam.  

MUGEN Multifunction Electric Cooker 1.5L (MEC-1500)
Multicooker Mugen 10 daripada 10
MUGEN Multifunction Electric Cooker 1.5L (MEC-1500)
Dari RM69
Lihat harga di Shopee Malaysia
Lapisan periuk jenis non-stick
Pemegang ergonomik
Periuk bersaiz kecil
3 lagi
Diperakui oleh SIRIM
Senang dicuci
Jimat tenaga

Untuk anda yang tinggal sendirian di rumah atau suka masak dalam kuantiti yang sedikit, memang sesuai guna multipurpose cooker MUGEN dengan kapasiti 1.5L ini. 

Suhu periuk elektrik ini boleh dilaraskan menggunakan tombol yang tersedia pada pemegangnya. 

Menariknya, periuk ini mempunyai ciri multi fungsi dimana anda boleh memasak, menggoreng dan merebus. 

Anda tidak perlu buka periuk untuk tahu proses memasak kerana penutupnya diperbuat dari kaca.

Bahagian bawah alat pula mempunyai lubang udara untuk mengelakkan periuk dari menjadi terlalu panas.  

Paling penting, tempoh jaminan selama 1 tahun akan diberikan kepada anda.


Fungsi multi cooker 

Multi cooker merupakan sejenis peralatan dapur elektrik yang membolehkan pengguna memasak pelbagai jenis makanan dengan satu alat sahaja. 

Lazimnya, periuk ini mempunyai ciri pemasa atau timer dan suhu juga boleh dilaraskan mengikut keperluan, jadi makanan yang dimasak tidak akan hangit. 

Antara makanan yang boleh dimasak dengan multi cooker ialah mee segera, sambal tumis, telur rebus, bubur nasi dan masak air. 

Ada juga multi cooker yang boleh digunakan untuk menggoreng dan panggang bahan mentah seperti daging dan ayam. 

Ada juga periuk elektrik yang mempunyai ciri pengukusan dan anda juga akan diberikan alat pengukus tambahan.


Multi cooker vs pressure cooker 

Pressure cooker atau periuk tekanan hanya boleh digunakan untuk memasak makanan menggunakan stim dan tekanan. 

Jadi, daging yang liat akan masak dengan lebih cepat dan lembut dengan periuk tekanan. 

Selalunya, digunakan untuk memasak makanan untuk tetamu yang ramai dalam masa yang singkat. 

Ini kerana periuk ini boleh memasak nasi atau merebus spageti dengan lebih pantas dan efisyen kerana anda tak perlu tunggu lama-lama di dapur. 

Manakala multi cooker pula digunakan untuk memasak pelbagai jenis masakan yang ringkas seperti bubur nasi, ayam goreng, bihun sup, kentang goreng dan pelbagai lagi. 

Ada sesetengah jenama multi cooker direka dengan ciri periuk tekanan, jadi pilih periuk yang sesuai dengan kegunaan harian anda. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation