Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Madu terbaik

14 Jenis Madu Terbaik & Berkualiti di Malaysia 2024

Pastikan madu itu original, barulah beli!

Terdapat pelbagai jenis madu lebah yang anda boleh beli di pasaraya dan madu original yang terbaik sentiasa menjadi pilihan utama pengguna.

Salah satu madu terbaik dunia ialah madu Manuka dari New Zealand, madu Sidr dari Yaman, dan madu tualang dari Malaysia. 

Jenis madu yang disenaraikan di atas mempunyai rasa manis, warna yang cerah dan bau yang unik.

Anda boleh dapatkannya dengan harga madu asli yang berbaloi tau!

Jika anda nak cari jenama madu asli di pasaran, jom kami kongsikan pilihan madu terbaik di bawah!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Madu Yang Terbaik

Madu terbaik secara keseluruhan
Madu tualang asli Al-Buruj
Al Buruj
madu tualang
mulai
RM96.20
Semak Madu tualang asli Al-Buruj harga dibawah:
add_circle Diluluskan makmal Institut GENOM Malaysia
add_circle Tekstur cair
add_circle Ada QR kod pada botol
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Madu tualang asli Al-Buruj antara produk madu pertama di Malaysia yang digitalkan info makmal melalui QR kod pada botol.

Ciri-ciri:

Bagi anda yang ingin mencari madu asli, kami cadangkan anda membeli madu tualang ini.

Proses penyediaan madu ini menggunakan proses yang mengikut undang-undang di dalam penyediaan madu.

Warna madu tualang ini merah gelap dan telah diluluskan oleh makmal Institut GENOM Malaysia. 

Paling penting, kandungannya juga asli tanpa sebarang campuran bahan lain. 

Sifat madu ini adalah cair, berbuih fermentasi dan berpotensi berbunyi 'pop' apabila dibuka terutama pada botol kaca. 

Madu asli ini juga dikutip oleh orang Islam dengan menepati fekah mazhab Imam As-Syafie.

Review:

“Sedap. Ada manis dan sedikit masam. Kali kelapan rasanya beli madu ni. Madu memang asli. Kali ni gas terlampau kuat. Meletup sampai melimpah. Walaupun dah simpan banyak hari sebelum buka.”

Madu tualang
1kg Madu Tualang Hutan
1kg Madu Tualang Hutan
mulai
RM43.34
Semak 1kg Madu Tualang Hutan harga dibawah:
add_circle Tambah stamina dan kekal bertenaga
add_circle Lancarkan peredaran darah
add_circle Diiktiraf Mardi
remove_circle Penutup botol mudah terbuka

Madu tualang kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral, dan enzim yang diperlukan oleh tubuh badan seorang manusia.

Khasiat tadi akan bantu memperkuat sistem imun badan, meningkatkan kecantikan kulit, membekalkan sumber tenaga dan membantu melawan penyakit. 

Bukan itu sahaja, madu asli tualang ini juga memiliki sifat anti-bakteria dan anti-radang yang dapat membantu proses penyembuhan dan memperbaiki kesihatan anda secara menyeluruh. 

Untuk wanita yang mempunyai masalah haid, resdung, jerawat, rambut gugur atau kulit tidak berseri, anda boleh cuba amalkan madu asli tualang ini setiap hari.

Madu kelulut
Madu Kelulut Original
Madu Kelulut Original
mulai
RM10.00
Semak Madu Kelulut Original harga dibawah:
add_circle 100% homemade
add_circle Menyihatkan jantung
add_circle Mencantikkan wajah
add_circle Membantu masalah lelaki dan perempuan
remove_circle Madu cair

Madu kelulut original ini 100% dibuat cara orang kampung dan madu ini dihasilkan oleh lebah kelulut tempatan secara tradisional. 

Madu kelulur ini adalah madu yang benar-benar organik, tidak mengandungi bahan kimia atau pengawet dan diproses dengan teliti untuk kualiti yang terbaik. 

Bukana sahaja bantu menyihatkan jantung, malah dapat mencantikkan wajah, melancarkan peredaran dara, mempercepatkan proses luka sembuh dan banyak lagi.

Dengan pengambilan madu ini secara konsisten, anda dapat meningkatkan kesihatan dalaman dan kecantikan secara semula jadi! 

Madu masakan
Molek Pure Honey Madu Molek
Molek Pure Honey Madu Molek
mulai
RM7.45
Semak Molek Pure Honey Madu Molek harga dibawah:
add_circle Rasa manis dan aroma kaya
add_circle Tanpa tambahan bahan lain
add_circle Sesuai campur dalam makanan/minuman
remove_circle Tekstur pekat

Diperbuat dengan teliti daripada sarang madu lebah berkualiti di Malaysia dengan proses pengeluaran yang terjamin. 

Rasa manis dan aromanya berasal daripada nektar bunga yang dikumpul oleh lebah daripada pelbagai jenis bunga. 

Paling penting, madu ini bebas tambahan pemanis tiruan atau bahan kimia lain.

Anda boleh menggunakan madu ini dalam pelbagai cara seperti mencampurnya ke dalam sos BBQ, minuman, atau jem untuk roti. 

Contohnya tambahkan dua sudu teh madu ini ke dalam segelas air dan setiap tegukan minuman madu ini akan menyihatkan dan menyegarkan badan anda.

Harganya juga sangat berpatutan, jadi tidak akan membebankan dompet anda dengan tiga pilihan berat iaitu 375gm, 500gm, dan 1kg. 

Madu Yaman asli
Madu Yaman asli honey 1kg Intiqaa Madu yaman marai asli
Madu Yaman asli honey 1kg Intiqaa Madu yaman marai asli
mulai
RM64.00
Semak Madu Yaman asli honey 1kg Intiqaa Madu yaman marai asli harga dibawah:
add_circle Diuji oleh makmal UKM (UNIPEQ)
add_circle Menguatkan badan dan tambah tenaga
add_circle Sesuai untuk ibu hamil
remove_circle Harga mahal

Madu yaman merupakan salah satu jenis madu yang terbaik di dunia yang telah diuji secara makmal oleh UKM (UNIPEQ). 

Dipilih dengan teliti dari ladang-ladang madu di Hadramout, Yaman, tempat yang terkenal dengan penghasilan madu berkualiti tinggi. 

Antara khasiat madu yaman ialah kuatkan tubuh, memberikan tenaga sepanjang hari dan memberikan kestabilan serta kecergasan yang luar biasa. 

Sangat baik untuk ibu hamil dan akan memberi nutrisi tambahan yang baik kepada janin. 

Selain daripada itu, membantu merawat penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi jika diamalkan setiap pagi. 

Turut menjadi penawar bagi pelbagai penyakit seperti sakit tekak, masalah kulit, selesema, memperkuatkan jantung dan banyak lagi. 

Tambah lagi, madu ini boleh menguatkan sistem saraf, membantu merawat migrain ringan dan insomnia.

Madu propolis
Madu Propolis Honey Giant B
Madu Propolis Honey Giant B
mulai
RM55.00
Semak Madu Propolis Honey Giant B harga dibawah:
add_circle Tidak perlu simpan dalam peti sejuk
add_circle Bagus untuk batuk, lelah & asma
add_circle Kuatkan imunisasi badan
remove_circle Boleh menyebabkan alahan

Apa itu propolis sebenarnya? 

Propolis adalah resin yang dihasilkan oleh beberapa jenis pokok dan digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka daripada serangan bakteria dan virus. 

Lebah akan mengumpulkan propolis dan menggunakannya untuk melapisi bahagian dalam sarang. 

Selain membantu menguatkan sistem imun, madu ini juga boleh mengurangkan pelbagai masalah kesihatan seperti batuk, asma, selesema, sakit tekak, sakit perut dan lain-lain lagi.

Madu propolis boleh merangsang sel darah putih, mempunyai kesan perlindungan terhadap jangkitan virus, menggalakkan penyembuhan kudis dan masalah kulit ringan.

Tapi produk lebah ini boleh menyebabkan alahan pada sesetengah individu.

Madu stick
[MADU PAK LONG] Honey Madu stick 4 Stick
[MADU PAK LONG] Honey Madu stick 4 Stick
mulai
RM4.00
Semak [MADU PAK LONG] Honey Madu stick 4 Stick harga dibawah:
add_circle Membantu meningkatkan stamina
add_circle Menyihatkan kulit
add_circle 4 pilihan perisa
remove_circle Tidak sesuai bawah usia 1 tahun

Produk madu lebah pertama di Malaysia iaitu jenama Pak Long.

Madu ini telah diiktiraf keasliannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat pengesahan dari Halal, MeSTI, dan One Best FAMA.

Selain membantu meningkatkan stamina dan kekebalan tubuh, madu ini juga boleh meningkatkan nafsu makan, menyihatkan kulit dan menyembuhkan luka.

Produk madu ini juga dalam bentuk stick yang mudah disimpan dan dimakan tanpa perlu menggunakan sudu.

Dengan 4 pilihan perisa seperti madu asli, madu mangga, madu strawberi dan madu anggur, anak anda pasti akan menyukainya!

Madu manuka
New Zealand Raw Unblended Manuka Honey
New Zealand Raw Unblended Manuka Honey
mulai
RM85.50
Semak New Zealand Raw Unblended Manuka Honey harga dibawah:
add_circle Madu asli, tidak di proses
add_circle Bebas bahan kimia
add_circle Diambil direct dari bunga manuka
remove_circle Harga mahal

Madu Manuka New Zealand ini diambil terus dari pokok bunga Manuka yang terletak di hutan simpan New Zealand.

Madu manuka ini mengandungi  semua nutrisi terbaik yang mampu memberikan tenaga dan bantu menyihatkan tubuh badan.

Selain itu, madu ini juga mempunyai anti bakteria unik yang membantu memulihkan luka, menyihatkan sistem penghadaman dan bagus untuk sakit tekak.

Anda boleh mengambil madu ini sebagai suplemen tambahan, hanya ambil 1 atau 2 sudu kecil madu sehari dan boleh dicampur dalam air. 

Walaupun harganya mahal, namun kualiti madu ini tidak diragui dan khasiat yang diberikan sangat bagus.

Madu terbaik untuk batuk
Jungle House Natural Roast Cube Honey Daily (500g)
Jungle House Natural Roast Cube Honey Daily (500g)
mulai
RM159.00
Semak Jungle House Natural Roast Cube Honey Daily (500g) harga dibawah:
add_circle Tiada bahan pengawet & pewarna tiruan
add_circle Merawat pelbagai penyakit
add_circle Meningkatkan imun badan
add_circle Tiada gula tambahan
remove_circle Rasa sedikit masam

Jenama ini dihasilkan daripada 100% madu asli yang dituai daripada nektar bunga kopi.

Warnanya pula adalah coklat gelap dan teksturnya yang lembut dan cecair.

Walaupun rasanya sedikit masam, ia sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Produk ini kaya dengan pelbagai Vitamin A, polifenol, flavonoid, asid amino, protein dan antioksidan yang tinggi.

Memang sesuai untuk semua orang!

Selain itu, Jungle House Honey ini juga sangat bagus untuk merawat batuk, selesema, sakit tekak, sinus dan juga asma.

Ia membantu melegakan gejala-gejala tersebut dengan cepat.

Madu habbatussauda
YamanY Natural Black Seed Honey
YamanY Natural Black Seed Honey
mulai
RM14.00
Semak YamanY Natural Black Seed Honey harga dibawah:
add_circle Diuji di makmal Mesir dan Malaysia
add_circle Rasa sangat sedap
add_circle Meningkatkan sistem imuniti badan
remove_circle Kurang sesuai untuk bawah 2 tahun

Jenama ini diimport terus dari Mesir dan telah melalui ujian makmal di Mesir dan Malaysia.

Madu yang dihasilkan oleh lebah yang memakan debunga Habbatus Sauda ini mempunyai sifat anti-radang, antimikroba dan meningkatkan sistem imun badan.

Tersedia dalam pelbagai saiz botol - 30g, 125g atau 250g. Rasanya yang sangat sedap membuatkan ia sesuai untuk semua lapisan umur.

Selain membantu meningkatkan sistem imuniti, madu ini juga boleh menjadi pengganti gula dan sesuai untuk orang yang batuk lama serta sakit tekak.

Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat!

Madu untuk kanak kanak
Honey Kids+ By Nah Honey
Honey Kids+ By Nah Honey
mulai
RM67.00
Semak Honey Kids+ By Nah Honey harga dibawah:
add_circle Melegakan batuk dan selesema
add_circle Menguatkan imunisasi badan anak
add_circle Meningkatkan daya ingatan dan fokus
add_circle Meningkatkan antibodi anak
remove_circle Kurang sesuai untuk bawah 2 tahun

Anda mencari madu yang berkualiti untuk anak-anak tersayang? Beli je jenama madu premium 100% asli yang diambil terus dari hutan tebal Malaysia ni!

Madu mentah ini dijamin tulen tanpa sebarang pemprosesan, jadi ia kaya dengan nutrisi semula jadi yang sangat baik untuk kesihatan anak-anak.

Rasanya pun sedap dan boleh dipercayai kerana ada sijil dari Unipeq UKM dan GENOM Malaysia.

Bukan sahaja boleh melegakan batuk dan selesema, malah madu ini menguatkan sistem imunisasi badan, meningkatkan antibodi dan daya tahan tubuh, serta meningkatkan daya ingatan dan fokus.

Cukup 1-2 sudu pagi dan malam untuk anak berusia 2 tahun ke atas.

Madu terbaik untuk gastrik
Mahnaz Food Sahara Natural Pure Honey Madu Asli
Madu Sahara
mulai
RM37.00
Semak Mahnaz Food Sahara Natural Pure Honey Madu Asli harga dibawah:
add_circle Boleh merawat sakit tekak dan batuk
add_circle Tidak terlalu manis
add_circle Memperbaiki penglihatan
remove_circle Agak pekat

Berbeza dengan kebanyakan jenis madu lain, madu Sahara ini lebih manis dan segar.

Madu ini tidak pernah dipanaskan atau ditapis, jadi ia mengekalkan semua enzim semula jadi, vitamin, dan antibiotik yang asal.

Teksturnya yang pekat dan manis semula jadi membuatkan madu ini sesuai untuk dihidangkan bersama pancake, roti bakar atau dijadikan bahan tambahan dalam resepi ayam bakar.

Selain rasa manisnya yang semula jadi, madu Sahara juga bagus untuk kesihatan.

Antaranya mencegah kanser dan penyakit jantung, mengawal masalah gastrik, antibakteria dan anti-kulat.

Malah, boleh meningkatkan prestasi sukan, mengurangkan batuk dan sakit tekak, memperbaiki penglihatan, membantu dalam penurunan berat badan dan mengawal paras gula dalam darah.

Selain itu, madu ini juga boleh menyembuhkan luka dan melecur serta baik untuk kulit.

Madu asli
Madu Asli Al Shifa (500g)
Madu Asli Al Shifa (500g)
mulai
RM23.65
Semak Madu Asli Al Shifa (500g) harga dibawah:
add_circle Disahkan Halal
add_circle Mempunyai pensijilan SASO
add_circle Madu lebah 100% semula jadi
add_circle Boleh dicampur chia seed atau minuman lain
add_circle Kadar antioksidan tinggi
remove_circle Kurang sesuai untuk bayi baru lahir

Jenama madu yang popular di kalangan masyarakat Arab yang mengandungi enzim khas yang dirembes lebah ke dalam madu.

Salah satu jenis madu black forest terbaik dan dihasilkan dari sumber-sumber madu terpilih seluruh dunia.

Madu Al Shifa berwarna gelap kerana mengandungi peratusan monosakarida rendah, tetapi kaya dengan komponen hidrogen, garam mineral dan kalium.

Antioksidan kuat yang sesuai untuk mereka yang alah kepada debunga kerana bebas daripadanya.

Antara penyakit yang boleh dirawat dengan madu adalah kekurangan imun, asma dan anemia.

Selain itu, meningkatkan sistem penghadaman, melindungi sel darah putih dan membantu melawan virus serta bakteria dalam badan.

Madu jantan
Majan Madu Jantan Mr Bentong
Majan Madu Jantan Mr Bentong
mulai
RM60.00
Semak Majan Madu Jantan Mr Bentong harga dibawah:
add_circle Mengurangkan tahap kolesterol dalam badan
add_circle Membantu pernafasan dan masalah asma
add_circle Mengurangkan ekzema dan gastrik
add_circle Meningkatkan tenaga batin
add_circle Menguatkan sistem imunisasi badan
remove_circle Jangan makan bersama ubat atau suplemen

Produk yang dikenali ramai ini dihasilkan daripada gabungan madu asli, halia Bentong, dan bawang putih.

Walaupun agak pedas dan kuat rasa bawang putih, campuran unik ini amat menyegarkan.

Majan Madu Jantan boleh mengurangkan kolesterol, merawat masalah pernafasan seperti asma dan semput, serta mengatasi masalah kulit seperti ekzema.

Ia juga boleh meningkatkan tenaga batin, mengurangkan sakit badan, memberi tenaga harian dan membuang angin dalam badan.

Cara pengambilannya mudah, iaitu 30ml pagi dan malam selepas makan, diikuti dengan minum segelas air masak.

Menurut pelanggan, badan jadi lebih ringan, tak mudah letih dan sihat sejak mengambil Majan Madu Jantan ini.

Ada juga yang mendapati ia berkesan untuk mengurangkan masalah saraf, sakit pinggang, sembelit, kebas dan sakit di bahagian tumit kaki.


Jenis Madu

Antara jenis madu yang popular di Malaysia termasuklah:

  • Madu Tualang

Diperoleh dari lebah yang bersarang di pokok tualang di utara Semenanjung Malaysia. 

Madu ini agak sukar diperoleh dan mahal, tetapi mempunyai fenolik, flavonoid, dan HMF yang tinggi.

Ia dapat meningkatkan stamina badan, mengubati batuk, mengelakkan demam serta selesema kerana tinggi dengan antioksidan.

  • Madu Manuka

Madu asli dari New Zealand dan Australia ini dihasilkan oleh lebah yang mendebungakan semak manuka (Leptospermum scoparium ), iaitu sejenis pokok teh.

Teksturnya lebih pekat, warnanya coklat gelap dengan rasa manis dan sedikit pahit. 

Madu manuka kaya dengan Vitamin C dan pelbagai vitamin lain yang amat penting untuk pembentukan imun badan.

  • Madu Kelulut

Madu kelulut dihasilkan oleh lebah bersaiz besar yang dikenali sebagai Meliponini. 

Rasanya masam manis, namun tetap lazat untuk dinikmati.

Untuk masalah asma, paru-paru atau sistem pernafasan, madu kelulut antara yang terbaik.

Ia juga lebih sesuai dan lembut untuk kanak-kanak berbanding madu lain.

Apabila minum madu kelulut semasa batuk dan selesema teruk, keadaan akan pulih dengan cepat.

  • Madu Akasia

Diperoleh daripada nektar bunga Robinia pseudoacacia, yang biasa dikenali sebagai pokok belalang hitam atau akasia palsu.

Madu akasia ini mempunyai bau harum seperti bunga.

Ia mempunyai rasa manis dan lembut dengan sedikit rasa vanila, memang sedap untuk dinikmati!

Amalan makan madu akasia juga boleh melindungi fungsi hati dan buah pinggang daripada merosot.

  • Propolis

Diperoleh dari nektar pokok, madu jenis ini sering digunakan dalam bidang kecantikan kerana mampu melembapkan kulit kering dan merawat parut.

Propolis yang kaya dengan flavonoid ini dapat meredakan luka, merawat keradangan dan mengelakkan batuk. 

  • Madu Sidr

Jenis madu yang diperoleh dari Lembah Hadramaut, Yaman.

Ia dihasilkan oleh lebah yang mengumpul madu dari bunga-bunga Sidr.

Mempunyai rasa manis dan bau yang cukup harum, menjadikannya antara madu terbaik di dunia. 

Sangat bagus untuk masalah luka dalaman, mampu meredakan sakit kepala, menyejukkan badan dan merawat sakit mata.


Cara Minum Madu 

Madu wajib ada dalam setiap rumah. Ia bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, malah bagus untuk kesihatan dalaman.

Berikut beberapa cara minum madu:

  • Jangan campur dengan air panas

Madu senang terjejas dengan haba yang melampau. 

Jadi, biarkan minuman seperti teh atau kopi suam sedikit sebelum mencampurkannya dengan madu.

  • Tentukan sukatan yang sesuai

Orang dewasa boleh mengambil 1-2 sudu besar atau lebih kurang 15 ml sehari. 

Manakala, kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas pula, separuh sudu besar sehari.

Walaupun madu lebih sihat daripada gula biasa, ia tetap mengandungi gula secara semula jadi dan pengambilan berlebihan boleh menyebabkan paras gula darah meningkat.

  • Waktu minum madu

Menurut Healthline, mengambil madu sebelum makan memudahkan proses penghadaman dan mengekalkan kesihatan perut.

Pengambilan madu sebelum tidur membantu mengatasi masalah batuk pada waktu malam, menguatkan tulang, meningkatkan kesihatan jantung dan menjadikan tidur anda lebih lena.

Untuk meningkatkan imun badan, anda boleh mengamalkan meminum secawan teh atau air suam bercampur satu sudu madu dan jus lemon sebelum sarapan pagi.


Madu Tualang Vs Madu Kelulut

Madu tualang dan madu kelulut antara madu paling popular di Malaysia.

Tapi apakah perbezaan antara madu tualang dan madu kelulut.

Madu tualang dikumpulkan dari sarang lebah tualang besar yang biasa ditemui pada pokok tualang tinggi.

Ia kaya dengan antibakteria, enzim dan nutrien, tetapi kandungan gulanya tinggi.

Sebaliknya, madu kelulut dihasilkan lebah kelulut kecil dari sarang tersembunyi seperti di tanah atau batang pokok.

Ia rendah gula, tinggi antioksidan dan baik untuk kesihatan.

Pilih madu tualang untuk khasiat antibakteria dan nutrisi tinggi.

Manakala madu kelulut sesuai bagi yang ingin mengawal pengambilan gula.

Jangan risau, kedua-duanya juga mudah didapati di pasaraya terdekat dengan harga berpatutan.

Nak tahu perbezaan jenama madu asli di pasaraya dan madu tiruan? Jom lihat video di bawah.


Khasiat Madu 

Selain menjadi pemanis semulajadi, madu juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Antaranya:

  • Sumber tenaga semulajadi

Madu mengandungi gula fruktosa dan glukosa yang senang diserap badan kita. 

Gula semula jadi ini boleh memberikan tenaga segera untuk meningkatkan prestasi fizikal dan mental.

Madu lebih sihat sebagai sumber tenaga berbanding minuman berkafein atau gula yang diproses.

Pengambilan madu sebelum bersenam atau apabila rasa letih boleh memberi rangsangan semula jadi untuk kecergasan sepanjang hari.

  • Penguat sistam imunisasi tubuh

Madu mempunyai sifat anti-virus, anti-bakteria, dan anti-radang. 

Ciri-ciri ini membantu melawan jangkitan dan melindungi badan daripada penyakit. 

Malah menyapu madu pada luka juga boleh mempercepatkan penyembuhan.

  • Merawat batuk dan selesema

Madu bertindak sebagai ubat semula jadi kerana sifat antibakterianya boleh mengurangkan keradangan saluran pernafasan. 

Madu boleh dimakan terus, dicampur air suam atau jus lemon untuk mengurangkan gejala batuk dan selesema. 

Tapi, elakkan memberi madu kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun untuk mengelakkan kemungkinan botulisme.

  • Membantu masalah pencernaan

Sifat antimikrob madu boleh meningkatkan keseimbangan bakteria dalam sistem penghadaman.

Pengambilan madu dengan perut kosong terutama pada waktu pagi pula boleh merangsang sistem penghadaman dan merawat masalah seperti sakit perut, sembelit serta gastrik.

  • Menjaga kesihatan kulit secara semula jadi

Sifat pelembap semula jadi dan kandungan antioksidan dalam madu membantu menjaga kelembapan dan keanjalan kulit. 

Ia juga boleh mengurangkan jerawat dan tanda-tanda penuaan.


Artikel Berkaitan

End of Article