Baru-baru ini, Coway, syarikat Best Life Solution telah memperkenalkan identiti jenama baru, Change Your Life sempena ulang tahun mereka ke-17.
Coway mahu meneruskan komitmennya untuk meningkatkan kualiti hidup orang ramai melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Penyunting
Table of Contents
Coway Brand Renewal
Pelbagai perkongsian mengenai perjalanan dan evolusi jenama Coway sejak pertama kali syarikat ini memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006.
Coway juga telah mengembangkan kualiti produknya dari penapis air dan penapis udara supaya pengguna berpuas hati dengan servis barangan mereka.
Coway mahu terus komited untuk menjadi innovator and caregiver yang mengubah kehidupan penggunanya ke arah yang lebih baik.
Hal ini kerana Coway percaya cara ini akan mengekalkan relevansi jenama mereka dan menjadai pendorong utama untuk membawakan gaya hidup yang lebih sihat.
Dalam masa yang sama duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah menjelaskan bahawa Coway telah mengubah hidupnya dan beliau berkongsi maksud "Change" semasa memeriahkan acara tersebut.
Produk Coway
Apabila kita sebut Coway, kebanyakan antara kita pasti akan ingat akan produk penulen udara NOBLE tapi sebenarnya ada banyak produk lain tau.
Antara produk Coway lain adalah penapis air CORE PLUS, Kerusi Urut Coway, Penyaman Udara Coway dan banyak lagi telah dipamerkan ketika majlis tersebut.
Terbaru, Coway memperkenalkan produk terkininya iaitu penyaman udara Coway serta kerusi urut Coway. Sangat menarik!
Kalau anda mahu mula menjalani gaya hidup lebih sihat, boleh join Coway Run yang akan berlangsung pada September 2023 nanti!
Coway amat menggalakkan dan mendorong rakyat Malaysia untuk terus aktif dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat!
“2023 merupakan tahun yang hebat untuk kami di Coway Malaysia. Di samping meraikan tahun ke-17 kami berkhidmat untuk rakyat Malaysia, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik-detik perubahan dalam kehidupan isi rumah Malaysia dengan produk dan perkhidmatan kami. Dan kini, kami melancarkan identiti jenama kami yang diperbaharui yang mewakili komitmen serta dedikasi kami terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan, serta visi kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.”
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi
Artikel Berkaitan
- 13 Jenama Peti Sejuk/Peti Ais 2-Pintu Terbaik di Malaysia 2024
- 11 Air Purifier/Penapis Udara Terbaik di Malaysia 2024