Teknologi dan media berkembang dengan begitu pesat hinggakan syarikat teknologi menjadi kreatif dalam menggunakan teknologi bagi memenuhi kehendak setiap pengguna.
Salah satu features yang menarik dan berguna untuk kegunaan pekerjaan bagi pengguna Samsung adalah Link To Windows (LTW).
LTW ini dikenali sebagai Microsoft Your Phone yang mengeluarkan notifikasi berbentuk pop up kecil pada skrin desktop anda.
Maknanya, apa-apa notifikasi pada skrin telefon pintar anda akan keluar pada skrin laptop juga.
Features ini berfungsi hampir untuk semua perkara ketika anda ingin menghantar atau menerima teks pesanan ringkas, melihat gambar terkini atau apa saja aktiviti.
Penjelasan lebih mudah, bila berhadapan dengan skrin desktop, anda tidak perlu lagi melihat skrin telefon pintar kerana notifikasi yang masuk boleh diuruskan menerusi skrin desktop.
Penyunting
Table of Contents
Macam Mana LTW Boleh Mudahkan Aktiviti Harian Anda?
Jadi dengan features ini, aktiviti harian anda akan jadi lebih efisien kerana sistem LTW dapat mudahkan pengurusan notifikasi ketika anda melakukan kerja berkaitan desktop.
Misalnya telefon pintar tidak ada bersama anda dan anda perlukan nombor OTP. Jangan risau!
Dengan sambungan LTW, anda boleh akses pesanan ringkas untuk dapatkan nombor OTP melalui pop up notifikasi menerusia skrin layar desktop.
Bukan itu saja, jika ada ingin membuat panggilan terus dari desktop pun boleh janji buat sambungan LTW pada dua peranti.
Cara Menggunakan Link To Windows
Mudah kan penggunaan sistem LTW ni. Cara penyambungannya pun senang.
Ikut je langkah dekat bawah ni okay?
- Buka bahagian menu Settings dari skrin home screen.
- Skrol pada bahagian bawah.
- Kemudian pilih Advanced features.
- Pilih Link to Windows.
- Pilih pada bahagian Link your phone and PC.
- Pilih Sign in With Microsoft untuk masuk ke akaun Microsoft anda.
- Selepas berjaya log in akaun Microsoft, baca pada keterangan dimana sistem akan mengakses pesan teks dan notifikasi, jadi pilih Continue.
- Klik Allow untuk membolehkan aplikasi mengakses daftar.
- Klik Allow lagi untuk membolehkan aplikasi mengakses telefon pintar.
- Klik Allow lagi untuk membolehkan aplikasi mengakses media penyimpanan.
- Tekan Allow lagi untuk membolehkan aplikasi mengakses features SMS.
- Jika sudah selesai, nama komputer yang disambungkan akan muncul dalam daftar.
- Akhir sekali, tekan Link To PC untuk supaya dapat mengaktifkan setting Link to Windows ini.
Ingin diingatkan, penggunaan LTW ini menggunakan 512 MB untuk maksimum data memori dan features ini muncul pada fasa awal adalah untuk siri Samsung model Galaxy A54 5G dan Galaxy A3 5G.
Tunggu apa lagi? Aktifkan LTW dan fokus pada skrin laptop sepanjang waktu bekerja supaya tak kantoi dengan bos anda sedang mengelat, ihiks!
Promosi Terhad! Samsung Galaxy A Series
- Galaxy A Series | Percuma Power Adapter Duo
Kalau diantara pembaca kami ni nak tukar telefon, ini adalah waktu yang tepat sebab Samsung ada promosi untuk model Galaxy A34 dan A54.
Bestnya lagi anda boleh tebus 35W PD Power Adapter Duo dengan menggunakan kod promo eksklusif.
Cara dapatkan kod promo:
- Layari laman sesawang Samsung.
- Masukkan Samsung Galaxy A34 atau A54 ke dalam troli.
- Bila nak checkout, masukkan kod promo PNGA34545G.
Syarat pembelian:
- Hanya untuk satu unit setiap transaksi.
- Sah sehingga 30 April 2023.
- Kod promo sah digunakan di Samsung Malaysia Online Store.