Kelengkapan Rumah

13 Lampu Solar Terbaik di Malaysia 2026 (Luar Rumah & Taman)

Lampu solar outdoor ada banyak jenis dan harga lampu solar pun berpatutan! Jom lihat senarai jenama lampu solar terbaik yang anda boleh beli.


Editor · Updated 12 Jun 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Lampu Solar Terbaik di Malaysia 2026 (Luar Rumah & Taman)

Kini, sudah ramai menggunakan lampu jenis solar kerana ia merupakan lampu yang paling jimat tenaga.

Lampu solar direka dengan panel suria yang akan memerangkap tenaga matahari dan menukarkan ia menjadi tenaga elektrik untuk menyalakan lampu.

Kandungan

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak jenis lampu solar di pasaran seperti lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar kebun dan banyak lagi.

Harga lampu solar ada yang mampu milik dan anda boleh dapatkannya di kedai ataupun boleh beli lampu solar di Shopee. Cepat dan jimat!

Jom kami bantu anda senaraikan jenama lampu solar terbaik untuk penjimatan elektrik yang berbaloi!


Senarai 13 Lampu Solar Terbaik

Lampu Solar IP65 Street Lighting
Lampu solar terbaik secara keseluruhan 1 daripada 13
Lampu Solar IP65 Street Lighting
Dari RM4.15
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mudah dipasang
Kalis air
Satu warna sahaja - hitam
2 lagi
Ada 3 Intelligent Sensor mod
Ada remote control

Sebab menjadi pilihan utama:

Lampu Solar IP65 Street Lighting ini tak memerlukan kabel elektrik untuk pemasangan dan dilengkapi dengan sensor untuk bezakan siang atau malam. 

Ciri-ciri:

Dilengkapi dengan 3 Intelligent Sensor Modes membolehkan anda membuat tetapan mod mengikut kehendak anda. 

Anda boleh menukar tetapan mod menggunakan remote control yang disediakan. 

3 mod tersebut adalah:

  • Mod 1: On/Off - Nyala bila ada orang dan padam bila tak ada orang (ketika suasana gelap)
  • Mod 2: Dim light mode - Nyala bila ada orang dan malap bila tak ada orang (ketika suasana gelap)
  • Mod 3: Steady on mode - lampu akan sentiasa menyala ketika suasana gelap

Selain itu, lampu solar ini juga waterproof bagi memastikan ia tetap berfungsi jika dipasang di kawasan luar rumah seperti pagar atau dinding luar rumah. 

Sensor lampu solar ini akan mengesan pergerakan berjarak 5 hingga 10 meter radius kawasan ia dipasang. 

IP65 lampu solar ini pula sesuai untuk anda pasangkan di ruangan taman rumah, halaman rumah, beranda dan jalan masuk rumah. 

Anda tak perlu risau, warna rangka lampu solar ini tak akan pudar kerana dilengkapi dengan teknologi UV protect ABS body.

Review: 

Lampu terang. Mode 3, dim light pun dah terang. Bila gelap automatik menyala sampai Subuh jam 6 pagi pun masih nyala.

120 LED COB Lampu Solar Outdoor
Lampu solar tahan lama 2 daripada 13
120 LED COB Lampu Solar Outdoor
Dari RM21.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mudah dipasang
Gred IP65 waterproof
Wayar panel suria pendek
1 lagi
Lampu terang (COB)

Lampu solar tahan lama ini mudah dipasang, anda hanya perlu tebuk dinding dan skru atau anda boleh gantungkannya di bahagian dinding luar rumah anda. 

Bahagian salutan luar lampu solar ini menggunakan gred IP65 membuatkan ia waterproof dan tahan lasak sesuai untuk diletakkan di kawasan luar rumah anda.

Walaupun sambungan panel surianya sedikit pendek, tapi teknologi Chips on Board (COB) akan terangkan kawasan yang dipasang 10 kali lebih terang daripada lampu biasa.

Automatik sensor lampu solar ini akan detect pergerakan dari jarak 5 hingga 8 meter dan akan menyala selama 20 hingga 30 saat selepas tiada pergerakan di kesan.

Jangan risau, saiz ukuran lampu ini cukup sesuai untuk anda pasang di ruangan parkir rumah, beranda, taman rumah dan lorong tepi rumah anda. 

LED Solar Sensor Firework Light Garden
Lampu solar led 3 daripada 13
LED Solar Sensor Firework Light Garden
Dari RM15.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Rekaan cantik
Terdapat 7 mod tetapan
Perlu beli banyak untuk lebih cantik
1 lagi
Teknologi UV protect ABS body

Anda nak hiaskan laman rumah ala taman di iCity? Boleh!

Dengan LED Solar Sensor Firework Light Garden anda boleh bentukkan lampu solar ini dengan mudah. 

Lampu hiasan solar ini boleh dibentuk menjadi seperti bunga api, bunga, bentuk hati dan sebagainya.

Jadi, laman rumah anda akan kelihatan lebih menarik!

Ciri menarik lain, lampu hiasan solar ini akan menyala secara automatik dan boleh bertahan selama 8 hingga 10 jam jika di caj 6 hingga 8 jam. 

Anda perlu diingatkan, panel suria untuk lampu solar ini haruslah diletakkan di bawah kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari yang cukup.

Anda juga boleh sesuaikan cara ia menyala dengan memilih 7 mod tetapan yang disediakan seperti kekal menyala, berkelip, pergerakan ombak, fireflies flashing, dan sebagainya.

Lampu hiasan solar ini juga tahan lasak kerana ia gred IP65 membuatkannya tahan panas dan waterproof.

Jadi anda tak perlu risau jika ia terkena hujan ribut!

Solar LED Lampu Outdoor Garden Palace
Lampu solar taman 4 daripada 13
Solar LED Lampu Outdoor Garden Palace
Dari RM3.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tahan lasak
Kalis air
Cahaya tak terang
1 lagi
Pelbagai warna

Serikan taman halaman rumah anda dengan lampu solar ini yang boleh didapati dengan pelbagai pilihan seperti warna merah, jingga dan putih.

Lampu solar ini tahan lasak dan waterproof membuatkan ia sesuai dipasang di kawasan taman halaman rumah anda.

Pastikan anda menekan butang ON/OFF untuk mengaktifkan lampu solar ini supaya dapat menyerap tenaga matahari untuk digunakan untuk waktu malam. 

Lampu solar ini juga dilengkapi dengan sensor yang membolehkan lampu solar ini terpasang secara automatik pada waktu malam dan akan tutup sendiri pada waktu pagi. 

Cahaya lampu solar ini agak lembut berbanding lampu solar lain kerana direka khas untuk menghiasi taman halaman rumah.

Solar Light Indoor Lamp 300W LED
Lampu solar dalam rumah 5 daripada 13
Solar Light Indoor Lamp 300W LED
Dari RM40
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terdapat remote control
Teknologi Intelligent Light-Controlled
Cahaya tak terang
2 lagi
Sensor malam automatik
Tahan 12 - 18 jam penggunaan

Lampu solar untuk kegunaan dalam rumah ini dilengkapi dengan remote control yang akan memudahkan anda mengawal pencahayaan mengikut pilihan tetapan.

Dengan teknologi Intelligent Light-Controlled, sesuai untuk kegunaan malam dan ada 3 pilihan cahaya iaitu white light, neutral light and warm light

Lampu solar ini akan caj secara automatik di waktu siang dan akan automatically menyala pada waktu malam. Sangat mudah!

Lampu solar ini amat mudah untuk anda pasang dan ia akan bertahan selama 12 hingaa 18 jam sepanjang malam penggunaan.

Kemasan reka bentuk lampu solar bulat ini sangat bagus hinggakan moisture-proof atau kalis lembapan.

Anda tak perlu risau juga sesuai di pasang pada bahagian siling rumah dan bahagian dinding luar rumah tau. 

Solar Light Outdoor Lighting Home Outdoor Lampu Jalan
Lampu jalan solar terbaik 6 daripada 13
Solar Light Outdoor Lighting Home Outdoor Lampu Jalan
Dari RM112.37
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada sistem Intelligent Control
Kalis air
Saiz lampu solar kecil
1 lagi
Ada remote control

Ada mencari lampu jalan solar untuk luar rumah? Mungkin ini boleh dijadikan satu pilihan anda kerana dilengkapi dengan sistem Intelligent Control.

Sistem ini akan memudahkan anda kerana akan menyala pada waktu senja dan tutup secara automatik pada waktu subuh. Mudah kan?

Lampu jalan solar ini akan menyala mod terang 100% dalam masa 2 saat selepas mengesan pergerakan di sekitarnya dan turun kepada 30% apabila orang berlalu pergi. 

Tambahan lagi, dilengkapi dengan mod masa oleh itu anda boleh set kekal menyala selama 3 jam, 5 jam atau 8 jam. 

Jangan risau, lampu jalan solar ini tahan lasak kerana ia gred waterproof IP67 membuatkannya tahan hujan ribut dan cuaca panas sehingga suhu 4℃ hingga 50℃. 

Selain ada remote control untuk memudahkan kawalan jarak jauh, boleh dipasang dengan dua cara iaitu pasang di tiang rumah dan dinding luar rumah anda. 

3 MODE LED Solar Light PIR Motion Sensor
Lampu solar sensor 7 daripada 13
3 MODE LED Solar Light PIR Motion Sensor
Dari RM9.29
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada 3 mod tetapan
Kalis air
Saiz lampu solar kecil
2 lagi
Tak mudah luntur
Ada teknologi Chips on Board

Lampu solar PIR Motion Sensor ini ada 3 mod tetapan untuk memudahkan anda set mod mengikut pilihan kegunaan. 

Antara 3 mod pilihan yang anda boleh tetapkan ialah:

  • Mod 1: Menyala apabila motion sensor detect pergerakan.
  • Mod 2: Menyala malap sepanjang malam dan menjadi terang apabila ada pergerakan.
  • Mod 3: Menyala malap sepanjang malam.

Selain itu, tahan lasak dan waterproof membolehkan tahan lebih lama dan boleh dipasang di kawasan luar rumah anda seperti laman rumah, taman dan beranda rumah.

Anda tak perlu risau untuk menukar lampu solar ini dengan kerap kerana dilengkapi dengan teknologi UV protect ABS body jadi warna rangka lampu solar ini tak akan pudar.

Paling menarik, menggunakan teknologi Chips on Board (COB) iaitu lampu solar LED ini boleh menerangkan kawasan 10 kali lebih terang. Hebat kan?

Lampu Pagar Electrify(230v)
Lampu pagar solar 8 daripada 13
Lampu Pagar Electrify(230v)
Dari RM52.78
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Rekaan cantik
Mudah dipasang
Harga mahal
2 lagi
Ada smart light sensor
Ada dua pilihan warna lampu

Lampu pagar solar rekaan cantik ini 100% menggunakan sistem direct tenaga solar dan sangat mudah dipasang. Hanya perlukan skru sahaja!

Dilengkapi dengan teknologi smart light sensor, ia akan caj pada hari siang dan menyala secara automatik pada waktu malam. 

Ciri lain, iaitu tahan panas dan waterproof menjadikan sesuai untuk dipasang di anjung luar rumah anda, laluan masuk rumah, pagar luar rumah atau halaman rumah. 

Anda juga boleh pilih antara dua warna lampu iaitu warna putih dan jingga mengikut cita rasa dan kesesuaian tema rumah anda dengan hanya satu butang switch saja. Mudah!

Walaupun harganya mahal berbanding lampu solar lain, fungsi dan ciri yang ditawarkan sesuai dan berbaloi untuk dipasang pada pagar rumah. 

Philips Essential Smartbright Solar Wall Light
Lampu solar luar rumah 9 daripada 13
Philips Essential Smartbright Solar Wall Light
Dari RM51.30
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
PIR motion sensor
Perlindungan IP42
Saiz lampu solar kecil
2 lagi
Bateri lampu solar disertakan
4 mod switch

Anda cari lampu untuk kawasan taman, laluan pejalan kaki, tempat letak kereta, hiasan bangunan atau untuk keselamatan landskap? Beli je lampu solar Philips!

Antara jenama lampu solar terbaik yang menggunakan bateri LiFePO4 yang boleh dicas dengan tenaga solar.

Terdapat suis untuk menukar mod operasi dan lampu LED pula terbina dalam badan plastik ABS yang tahan cuaca serta perlindungan IP42.

Pemasangannya sangat mudah, cuma lekapkan pada dinding dengan skru. Pilih je nak panel solar 0.5W, 0.75W atau 1.3W.

Turut dilengkapi PIR motion sensor yang akan menjimatkan penggunaan bateri dan meningkatkan pencahayaan.

Cahaya putih semula jadi dengan suhu warna 6500K yang boleh dimalapkan dan indeks warna >70.

V380 PRO Lampu Solar Spotlight Kalis Air IP67
Lampu solar 500 watt 10 daripada 13
V380 PRO Lampu Solar Spotlight Kalis Air IP67
Dari RM52.65
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jaminan 3 tahun
Perlindungan hujan dan cahaya
Bukan untuk tempat tinggi
1 lagi
Kawalan jauh

Jenama ini menawarkan kuasa panel solar dari 70 Watt, 100 Watt, 250 Watt, 300 Watt, 500 Watt dan 600 Watt.

Kalis air dengan rating IP67, jadi air hujan tidak akan merosakkan lampu solar dan memang sesuai untuk kegunaan outdoor

Lampu spotlight solar ini boleh menerangi kawasan seluas 50 hingga 450 meter persegi dan memberi pencahayaan sehingga 10-16 jam lamanya.

Semakin banyak lampu, lebih terang cahayanya!

Sangat sesuai untuk menerangi kawasan yang luas seperti halaman, stadium, dalaman dan luaran rumah.

solar wall light outdoor
Lampu solar dinding luar rumah 11 daripada 13
Solar Wall Light Outdoor 2-12 LED
Dari RM10
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kalis air IP65
Kawalan cahaya pintar
Saiz lampu solar kecil
2 lagi
Pengecasan solar dan mudah dipasang
Tapak lampu yang kukuh

Tanpa perlu tebuk dinding dan guna je pelekat untuk pasang lampu solar dinding ini pada dinding luar rumah anda.

Dengan pelbagai pilihan LED (2, 4, 6, 8, 10 atau 12), lampu dinding solar ini akan menyinari kawasan luar rumah, taman, koridor atau halaman rumah anda dengan cantik.

Diperbuat daripada bahan ABS+PS berkualiti dan menggunakan panel solar silikon polihabluran yang cekap menukar tenaga matahari kepada elektrik.

Ia akan menyala pada waktu malam secara automatik dan mengecas semula pada siang hari. Memang menjimatkan elektrik!

Tahan lasak dengan rating IP65, kalis hujan, kilat dan bekalan kuasa juga tidak terganggu pada hari hujan.

led fairy lights
Lampu raya solar 12 daripada 13
Solar Led Fairy Lights Outdoor
Dari RM20
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
8 mod & fungsi memori
Mudah DIY
Lebih sesuai untuk hiasan
1 lagi
Kalis air IP67

Tarik perhatian tetamu ke rumah anda dengan hiasan lampu ini yang menambahkan lagi feel hari Raya.

Lampu LED ini mempunyai 8 fungsi menarik termasuk flash, berkelip-kelip, slow-glow, gelombang, gabung, dan lain-lain.

Anda boleh pilih kabel panjang 7/12/22/32 m dan pilihan warna lampu putih hangat, pelangi, biru, hijau, dan merah jambu.

Boleh dipasang dengan panel solar 2V/100mA dan disertakan bateri Ni-MH 800mAh.

Diperbuat daripada bahan PVC dan dawai tembaga yang fleksibel, lampu raya solar ini mudah dipasang dan dibentuk mengikut kehendak anda.

Lampu solar ini juga kalis air IP67, penggunaan kuasa rendah dan selamat digunakan di luar rumah.

Lampu Solar Ufo
lampu spotlight solar 13 daripada 13
Lampu Solar Ufo 9000W Spotlight Waterproof IP67
Dari RM70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tanpa wayar elektrik
Tempoh pencahayaan selama 24-48 jam
Saiz besar untuk tepi jalan
2 lagi
Badan alloi aluminium dan perlindungan IP66
Jarak kawalan remote sehingga 5 meter

Lampu solar berbentuk unik seperti UFO ini mampu memberikan sudut pencahayaan 360 darjah dengan kecerahan 160 lumen/W.

Dengan teknologi ALS2.0 dan perlindungan IP66 yang kalis air, lampu ini boleh berfungsi lebih daripada 10 hari walaupun cuaca mendung atau hujan.

Pemasangannya pun mudah tanpa kabel elektrik, cukup letakkan dan lampu akan menyala secara automatik pada waktu malam.

Mempunyai 3 mod kawalan iaitu remote control, body sensor dan smart light sensor.

Lampu Solar UFO sesuai dipasang di kawasan rumah, kampung, resort, hotel, taman, ladang, kolam ikan, gudang, jalan raya, kedai, dan kilang.

Nikmati pencahayaan 6000K putih (cahaya matahari) yang berkualiti dan jimat tenaga.


Kenapa Lampu Solar Tidak Menyala?

Lampu solar tidak menyala disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:

  • Kerosakan pada komponen elektrik

Komponen elektrik seperti wayar, pengawal caj atau inverter juga boleh rosak atau terganggu.

Ini boleh menyebabkan gangguan pada aliran kuasa elektrik kepada lampu.

  • Bateri kurang caj atau rosak

Lampu solar bergantung sepenuhnya kepada bateri yang dicas menerusi cahaya matahari. 

Periksa sama ada panel solar terdedah kepada cahaya matahari yang mencukupi dan ganti bateri baru selepas beberapa tahun.

  • Panel solar kotor

Habuk, daun kering dan kotoran lain akan mengurangkan kecekapan panel solar untuk menyerap tenaga matahari.

Malah, kemasukan air juga boleh menjadi punca lampu solar rosak.

  • Sensor cahaya panel rosak

Jika sensor pada lampu solar anda rosak, ia tidak akan dapat membezakan antara waktu siang dan malam.

Maka, lampu solar outdoor tidak dapat dihidupkan secara automatik.


Cara Lampu Solar Berfungsi

Lampu solar menggunakan panel solar untuk menyerap tenaga daripada cahaya matahari.

Tenaga ini kemudiannya disimpan dalam bateri lampu solar.

Bila malam menjelma, lampu solar akan menggunakan kuasa yang tersimpan dalam bateri untuk menyalakan mentol atau cahayanya.

Tenaga percuma daripada matahari ditukar menjadi cahaya lampu.

Selain itu, lampu solar sangat mesra alam kerana tidak memerlukan sebarang wayar atau pencawang elektrik.

Cuma letakkan di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari dan biarkan ia mengecas sendiri sepanjang hari.


Cara Cas Lampu Solar 

Cara kita mengecas bateri solar buat kali pertama tu amat penting. 

Kalau tak ikut cara yang betul, bateri cepat rosak dan anda akan rugi.

Jadi ikut je cara yang kami kongsikan di bawah, senang dan selamat!

  1. Biarkan panel solar di tempat terdedah kepada cahaya matahari terik sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari bagi mengecas bateri sepenuhnya.
  2. Elak meletakannya di kawasan yang terlindung atau terlalu banyak bayangan.
  3. Tukar bateri anda setiap 6-12 bulan kerana prestasinya akan merosot selepas beberapa kitaran pengecasan.
  4. Pada waktu malam, hidupkan lampu solar anda untuk menikmati cahaya lampu percuma.

Kelebihan Lampu Solar

Sudah ramai menggunakan lampu solar di rumah dan ia kini dilihat menjadi satu kebiasaan dijadikan sebagai salah satu hiasan di taman luar sesebuah kediaman.

Anda pun nak tukar lampu rumah dengan lampu solar? Ini antara kelebihan dan manfaat yang anda perlu tahu sebelum menggunakannya.

  • Jimat 

Lampu solar menggunakan tenaga matahari sebagai sumber tenaga yang tak memerlukan jaringan elektrik utama.

Dengan tenaga matahari, anda dapat penjimatan yang banyak apabila menggunakan lampu solar ini. 

  • Mudah Dipasang: 

Lampu solar sangat mudah dipasang dan tak memerlukan kabel elektrik yang rumit atau memerlukan bantuan electrician untuk pemasangan. 

Setiap pembelian lampu solar akan dilengkapi dengan kertas arahan yang mudah untuk diikuti. Semudah ABC! 

  • Tahan Cuaca: 

Lampu solar direka tahan cuaca sehinggakan dapat berfungsi dengan baik di bawah sinar matahari yang terik, hujan lebat dan angin kencang.

  • Lebih terang: 

Pemasangan lampu solar di luar rumah anda atau apa-apa bangunan akan membuatkan rumah anda lebih terang dan jelas ketika waktu malam. 

  • Fleksibiliti: 

Lampu solar boleh dipasang di lokasi yang mungkin sukar untuk mendapat jaringan elektrik utama seperti di pedalaman atau daerah terpencil.

Untuk bahagian yang kecil atau tersorok dalam rumah seperti anak tangga atau ruangan kecil, anda boleh memasang lampu solar kerana ia tak memerlukan kabel elektrik.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation