Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Galaxy A series 2023 (1)

Modes & Routines Buat Aktiviti Harian Anda Lebih Efisien

Teknologi menjadikan pergerakan anda lebih mudah dan cepat.

Kami yakin ramai pengguna Samsung tidak tahu kewujudan Modes & Routines yang sedia ada dalam telefon Samsung model.

Lagipun features ini muncul pada fasa awal adalah untuk siri Samsung model Galaxy A54 5G dan Galaxy A3 5G.

Lebih mengagumkan lagi, ia setanding seperti Google Assistant, Apple Siri, dan Alexa dari Amazon.

Cuma features ini lebih kepada Artificial Intelligence (AI) yang dapat menjadikan aktiviti harian anda bergerak lebih efisien.


Apa Fungsi Modes & Routine?

Fungsi Modes & Routines ini adalah untuk menetapkan secara automatik pergerakan pada telefon mengikut waktu, tempat atau aktiviti mengikut ketetapan pengguna.

Kata mudahnya, ciri yang membuat ‘kerja’nya sendiri supaya anda dapat melakukan aktiviti tanpa perlu mengawal telefon.

Kami bagi satu situasi mudah, misalnya anda ingin aktifkan camera flash  ketika mengambil gambar pada waktu malam. Jadi tetapkan saja guna Modes & Routines.

Ketika anda guna kamera pada waktu malam, secara automatik camera flash akan diaktifkan tanpa anda perlu lakukan.

Jangan risau tentang penggunaan bateri kerana ciri ini tidak akan mengeringkan bateri telefon pintar anda.

Dengan ciri ini anda boleh menetapkan modes dan routines dimana saja anda berada dan apa saja aktiviti yang sedang lakukan.

Jadi, secara ringkasnya Modes & Routines bantu anda menjimatkan masa serta aktiviti harian menjadi lebih efisien.

Apa Itu Modes?

Jadi jom kita ketahui apakah ciri Modes boleh lakukan untuk kehidupan harian anda.

Modes boleh menetapkan aktiviti lebih awal bagi memudahkan pergerakan anda.

Maksudnya akan aktifkan ketika anda sedang memandu, bersenam atau bersantai yang mana dapat bantu anda untuk meminimumkan pergerakan jari untuk membuat tetapan.

Misalnya anda ingin menyambungkan sistem Bluetooth telefon kepada radio ketika memandu.

Jadi anda boleh tetapkan lebih awal dengan menggunakan Modes untuk ia melakukan kerja penyambungan sistem Bluetooth telefon dengan kereta ketika anda memandu.

Cuma anda perlu aktifkan terlebih dahulu dengan menjawab beberapa soalan mudah dari Modes.

Apa itu Routines?

Seterusnya bahagian Routines sama seperti penggunaan Modes cuma sesuai untuk tetapan yang berubah yang bergantung pada tempat dan masa.

Misalnya setiap hari anda bergerak ke pejabat jadi anda boleh tetapkan telefon bimbit dalam keadaan senyap dan hanya waktu rehat saja telefon kembali berbunyi.

Macam Mana Nak Guna Modes & Routines?

Disebabkan Modes & Routine memudahkan aktiviti harian anda, jadi jom lihat cara menggunakan features ini, sangat mudah.

Anda boleh ikuti langkah mudah di bawah dengan menggunakan features ini pada telefon pintar Samsung anda.

  1. Aktifkan terlebih dahulu Modes & Routines.
  2. Kemudian tetapkan bahagian Routine pula.
  3. Selepas itu cipta Routine untuk tetapan harian.

Mudah je kan nak guna feature ini? Klik-klik-klik dan pergerakan anda dibantu dengan tetapan teknologi canggih.

Dalam masa yang sama, anda boleh jimat masa dan tidak perlu susah-susah untuk mengubah atau mengembalikan tetapan.


Promosi Terhad! Samsung Galaxy A Series

  • Galaxy A Series | Percuma Power Adapter Duo

Kalau diantara pembaca kami ni nak tukar telefon, ini adalah waktu yang tepat sebab Samsung ada promosi untuk model Galaxy A34 dan A54.

Bestnya lagi anda boleh tebus 35W PD Power Adapter Duo dengan menggunakan kod promo eksklusif.

Cara dapatkan kod promo:

  1. Layari laman sesawang Samsung.
  2. Masukkan Samsung Galaxy A34 atau A54 ke dalam troli.
  3. Bila nak checkout, masukkan kod promo PNGA34545G.

Syarat pembelian:

  1. Hanya untuk satu unit setiap transaksi.
  2. Sah sehingga 30 April 2023.
  3. Kod promo sah digunakan di Samsung Malaysia Online Store.

DAPATKAN PROMO


Artikel Berkaitan

End of Article