Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Samsung Galaxy S21 FE 5G Lavender

Selepas Seminggu Try & Test, Ini Review Samsung Galaxy S21 FE 5G

Khas buat peminat Samsung di luar sana!

Table of Contents

Akhirnya, pembuka tirai tahun 2022 Samsung telah melancarkan sebuah smartphone yang dinantikan oleh peminat mereka iaitu Galaxy S21 FE 5G.

Bukan apa, dari tahun lepas lagi Samsung menangguh pelancaran smartphone ini atas sebab tertentu untuk proses penambah baikkan.

Jadi, selepas beberapa minggu menggunakan telefon ini jom kita tengok sama ada smartphone ini berbaloi atau tidak untuk dibeli.


Isi kandungan


Spesifikasi

  • OS: Android 12, One UI 4
  • CPU: Octa-core -Version 1 & 2
  • Chipset: Snapdragon 888 5G (5 nm) - Version 1 & Exynos 2100 (5 nm) - Version 2
  • Berat: 177g
  • Saiz skrin: 6.4 inci
  • USB: USB Type-C, USB On-The-Go
  • Display type: Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+
  • Display protection: Corning Gorilla Glass Victus

Unboxing Samsung Galaxy S21 FE 5G

Selepas jenama Apple menyediakan sebuah kotak smartphone yang dikatakan 'mesra alam' dimana hanya terdapat wayar cable, smartphone dan buku manual.

Kini, pihak Samsung juga mengikuti langkah yang sama. Pembeli Galaxy S21 FE 5G akan dapat aksesori wayar cable USB type C, smartphone, pin pembuka simcard dan buku manual dalam satu kotak.

Ulasan video ini dari salah seorang team ProductNation, video editor, Umar. 


Perbandingan S20 FE 5G dan S21 FE 5G

**Samsung Galaxy S21 FE 5G; lavender. S20 FE 5G; black**

Apabila lihat dari mata kasar, tak banyak perbezaan yang ketara selain daripada saiz skrin dimana S21 FE 5G mempunyai skrin lebih besar iaitu 6.4 inci.

Tapi, apabila kita merasai sendiri kedua-dua telefon pintar ini, sebenarnya terdapat banyak perbezaan.

Antaranya, reka bentuk S21 FE 5G yang tampak lebih elegan dan futuristik.

Material yang digunakan pada bahagian kedua-dua belakang telefon ini adalah bahan yang sama iaitu glass, plastik dan aluminium.

Bahan yang Samsung gunakan ini dapat memudahkan pengguna mengecas telefon tanpa wayar.

Seterusnya bila dilihat daripada kualiti kamera pula lebih kurang sama kedua-dua telefon ini cuma S21 FE 5G lebih baik kerana mempunyai kelebihan zoom 30fpx.

Bahagian kamera pula, Samsung S20 FE tidak mempunyai HDR10+ manakala, S21 FE 5G mempunyai spesifikasi kamera HDR10+.


Performance

ga;axy s21 fe 5g

Apa yang kami boleh katakan kali ini Samsung mengeluarkam edisi Fans Edition yang menekankan pada bahagian kamera, performance dan display

Bahagian skrin Samsung memberikan ciri display type Dynamic AMOLED 2X dengan saiz skrin 6.4 inci beserta sokongan HDR10+ dengan refresh rate 120Hz.

Dengan kelebihan ini, skrin lebih terang lebih-lebih lagi ketika bermain permainan video, memang semua nampak dengan jelas.

Bukan itu saja, apabila menonton video di YouTube atau media sosial semua subjek kelihatan terang dengan saiz skrin dan display yang Samsung berikan untuk edisi Galaxy S21 FE 5G.

Seperti model S21 yang lain, performance Galaxy S21 FE mempunyai chipset sama ada Snapdragon 888 atau Exynos 2100.

Bagaimanapun, apa yang kami dapati untuk model S21 FE universal, Samsung menggunakan Snapdragon manakala silikon Samsung terhad diberikan kepada Australia setakat ini.


Kamera

Bahagian kamera pula, jika dilihat dengan mata kasar tidak banyak perbezaan dengan S20 FE dimana;

  • Kamera utama; 12MP
  • Ultra wide angle; 12MP
  • Telephoto; 8MP untuk zoom optik 3x
  • Kamera hadapan; 32MP

Jika dilihat dari megapixel yang Samsung berikan pada S21 FE ni kita boleh tahu memang sangat berpuas hati bila mengambil gambar.

Menariknya lagi, anda juga boleh kaburkan bahagian belakang objek untuk beri fokus kepada subjek dengan menggunakan mod Potrait kamera hadapan.

Bukan ada mod Potrait je tapi terdapat banyak lagi mod yang anda boleh pilih.

Hasilnya, gambar berkualiti tinggi dan cantik. Tak perlu edit lagi untuk kelihatan sharp, boleh terus memuat naik di media sosial.

Bahagian video, anda boleh merakam untuk content vlog kerana kamera belakang dan depan mempunyai resolution yang sama iaitu 4K.

Cuma, yang membezakan video kamera belakang mempunyai spesifikasi HDR10+ dan video kamera hadapan pula mempunyai Gyro-EIS.

Senang cerita, rakaman video yang terhasil tidak kira bahagian depan atau belakang, sangat berkualiti dan jelas.


Bateri

Seperti yang tertulis atas kertas Galaxy S21 FE mempunyai kuasa bateri yang sama seperti S20 FE iaitu 4,500 mAh dan mempunyai teknologi pengecas pantas 25W. 

Untuk bateri penuh, telefon ini mampu bertahan selama 92 jam untuk penggunaan biasa tanpa menggunakan internet.

Tapi jika menggunakan internet, bermain game dan media sosial, bateri mampu bertahan selama 6 jam.

Dalam masa 30 minit, telefon ini boleh mencecah 80% pengecasan penuh yang mana mampu bertahan selama 3 jam.

Malangnya, smartphone Galaxy S21 FE 5G cepat mengeluarkan haba panas jika caj sambil bermain telefon.

Lebih-lebih lagi jika caj menggunakan powerbank, bahagian badan belakang telefon S21 FE 5G ini panas sehingga rasa tidak selesa untuk dipegang.

Mungkin, Samsung memang sengaja mereka kedaan bateri cepat panas jika processor sedang bergerak kerana tidak mahu pengguna bermain sambil telefon dicaj.

Tapi ada berita baik, wayar cable yang diberikan oleh pihak Samsung kali ini jenis type C dan USB PD. 

Erti kata lain, anda boleh menggunakan wayar ini dua tahun akan datang walaupun terdapat teknologi baru di cipta.


Display

Seperti kami nyatakan bahagian spesifikasi, Galaxy S21 FE 5G mempunyai paparan skrin Dynamic AMOLED 2X 6.4 inci dengan resolusi 1080 x 2400 px (411ppi) dan refresh rate 120Hz.

Jadi, jka anda bermain game menggunakan Galaxy S21 FE 5G ini, anda hendaklah menggunakan refresh rate 240Hz, jika tidak, hendaklah 120Hz untuk kelancaran.

Malangnya, mod 120Hz yang ada pada model ini bukanlah mod dinamik dimana refresh rate sentiasa di pakai tidak kira content apa yang anda sedang main (video, streaming browsing atau bermain game).

Kami agak terkejut kerana kami sangkakan dynamic refresh rate seperti peranti model S21 yang lain tetapi sebaliknya.

Berita baik pula, pihak Samsung kini sudah mengemas kini One UI 4 brightness slider dimana boleh mencapai kecerahan maksimum sebaik saja anda mengaktifkannya.

Malah, setanding dengan kecerahan maksimum apabila menggunakan mod Adaptive (auto) - 792 nits dan berfungsi setiap masa.


Kesimpulan

Selepas seminggu lebih menggunakan telefon model Samsung terbaru kali ini, apa yang kami boleh katakan sangat berbaloi untuk dibeli walaupun harga agak mahal.

  • 128GB - RM 2,899.00
  • 256GB - RM 3,099.00

Sangat sesuai untuk anda yang sukakan merakam video dan menangkap gambar untuk memuat naik di akaun media sosial.

Malah, bagi mereka yang kaki game pun sesuai untuk memiliki telefon pintar ini kerana mempunyai chipset yang sangat sesuai untuk gaming mode.

Tunggu apa lagi? Lakukan pembelian Samsung Galaxy S21 FE 5G di bawah;

Related articles

End of Article