Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Digital Zikir Harian Terbaik di Malaysia 2024 (Munajat, Ruqyah)

Pasang zikir plug in di rumah supaya zikirullah sentiasa berkumandang di ruangan rumah.

Zikrullah sama seperti membaca Al-Quran, bertasbih atau bertahmid, bezanya memerlukan ungkapan yang ringkas.

Malah, dituntut dalam kehidupan seharian kita untuk mendapat kebaikan daripada berzikir seperti dapat menenangkan jiwa.

Selain itu, zikir dapat membantu menyejukkan rumah dan dijadikan terapi untuk menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan mudah.

Malangnya ada diantara kita mungkin tiada masa untuk berzikir atas faktor sibuk jadi kami ada jalan penyelesaian untuk masalah ini.

Caranya adalah dengan memasang zikir plug in di rumah supaya zikirullah sentiasa berkumandang di setiap ruangan rumah.

Jadi kami bantu anda dengan menyenaraikan zikir digital plug in untuk kegunaan rumah.


Penyunting

Senarai 8 Zikir Digital Plug in Terbaik

Zikir Ruqyah
Zikir Led Auto Play 24 JAM
Zikir Led Auto Play 24 JAM
From
RM19.50
Check Zikir Led Auto Play 24 JAM price below:
add_circle Sesuai dipasang untuk bayi baru lahir
add_circle Plug and play
remove_circle Tidak mempunyai alat kawalan jauh

Zikir Led Auto Play 24 Jam ini bukan sahaja mudah untuk digunakan tapi boleh dipasang pada mana-mana soket plug 3 pin di rumah anda. 

Hanya perlu pasang dan tekan play. Surah dan zikir akan berkumandang dan bertukar secara automatik tanpa perlu dikawal.

Terdapat 4 butang pada zikir device ini dan setiap satu butang memainkan fungsi yang berbeza. 

Tapi anda boleh tekan butang untuk memilih surah mana yang anda ingin mainkan sama ada Al-Quran, Ruqyah, dan juga zikir. 

Cuma fungsi butang keempat untuk mengawal lampu zikir alat ini. Pilih saja warna apa yang anda ingin.

Selain itu, alat Zikir Led Auto Play 24 Jam ini juga sesuai untuk dipasang buat bayi yang baru lahir atau tidurkan anak. 

Bagi suasana rumah anda pula, zikir harian dan ayat-ayat suci Al-Quran akan sentiasa menemani anda. 

Zikir tenang hati
Zikir Al-Quran Ruqyah Player ZK90
Zikir Al-Quran Ruqyah Player ZK90
From
RM15.68
Check Zikir Al-Quran Ruqyah Player ZK90 price below:
add_circle Mempunyai 9 zikir dan 14 surah
add_circle Mudah dibawa ke mana sahaja
remove_circle Material plastik

Alat audio zikir ini terdapat 9 jenis zikir dan mengandungi 14 juzuk surah-surah Al-Quran. 

Device zikir ini juga turut mengandungi ayat Ruqyah yang boleh dimainkan. 

Sangat bagus untuk anda miliki jika anda mempunyai anak kecil atau bayi di rumah.

Lagipun dengan saiz kecil, sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. 

Mudah dipasang pada soket 3 pin di rumah anda dan boleh dipasang 24 jam tanpa henti.

Alunan ayat-ayat suci Al-Quran pastinya memenuhi ruang rumah anda.

Zikir harian
JOC Radio Speaker 30 Juzuk Al-Quran
JOC Radio Speaker 30 Juzuk Al-Quran
From
RM12.50
Check JOC Radio Speaker 30 Juzuk Al-Quran price below:
add_circle Ada radio
add_circle Boleh dicas semula
add_circle Tidak perlu dipasang ke socket
remove_circle Ayat Al-Quran atau zikir perlu dimasukkan sendiri

JOC Radio Speaker 30 Juzuk Al-Quran ini merupakan device yang sangat portable dan mudah dibawa ke mana sahaja. 

Soal bateri anda tidak perlu risau kerana tersedia sekali dengan bateri yang boleh dicas semula.

Selain itu, device zikir harian ini juga boleh digunakan untuk mendengar radio dan ada boleh mencari siaran radio secara auto. 

Bagi memainkan zikir atau surah Al-Quran, anda perlu memasukkannya secara manual dan akan dimainkan menerusi digital music player

Dengan harganya yang sangat murah, tentu menjadi satu pembelian yang berbaloi untuk kegunaan harian.

Zikir tidurkan anak
Islamic Audio Device MommyHana
Islamic Audio Device MommyHana
From
RM139.00
Check Islamic Audio Device MommyHana price below:
add_circle Terdapat whitenoise dan lullaby
add_circle Ada doa harian serta Ruqyah
add_circle Dilengkapi auto timer off
remove_circle Perlu dicas pada socket

Inilah device zikir yang paling lengkap dan merangkumi semua keperluan anak-anak kecil.

Device zikir tidurkan anak ini menggabungkan Lullaby, White Noise, kids song atau zikir, bacaan Al-Quran dan doa-doa harian serta Ruqyah.

Tidak hanya itu, device zikir tidurkan anak ini juga dilengkapi dengan fungsi auto timer off. Jadi tidak perlu risau jika ia dipasang terlalu lama.

Antara kelebihan lagi, direka khas menggunakan alunan yang sesuai untuk menenangkan bayi dalam kandungan, anak-anak dan seisi keluarga. 

Malah sesuai juga untuk ibu mengandung atau ibu yang sedang berpantang sebagai terapi.

Zikir harian isnin hingga ahad
Touch Lamp Al-Quran
Touch Lamp Al-Quran
From
RM58.90
Check Touch Lamp Al-Quran price below:
add_circle Mempunyai lagu nasyid
add_circle Bacaan surah dari Qori’ terkenal
remove_circle Bateri tahan sehingga 6 jam

Device zikir dalam bentuk speaker ini dilengkapi dengan lampu yang boleh bertukar-tukar warna. 

Lampu boleh tukar dengan cara tap pada bahagian atas device dengan lembut dan lampu akan bertukar. Ingin tutup lampu juga guna cara yang sama.

Selain itu, mempunyai paparan skrin digital LED untuk kegunaan masa dan waktu azan tempatan.

Bagaimanapun, bateri device zikir ini hanya tahan selama 6 jam sahaja, kemudian anda perlu mengecas semula.

Antara features yang menarik pada device zikir ini adalah ia mempunyai lagu nasyid irama padang pasir dan dilengkapi dengan bacaan surah daripada Qori’ terkenal.

Zikir selepas solat
Bacaan AL Quran Plug
Bacaan AL Quran Plug
From
RM18.62
Check Bacaan AL Quran Plug price below:
add_circle Sesuai untuk bayi baru lahir
add_circle Boleh dipasang 24 jam
remove_circle Tidak begitu portable kerana perlu cari socket

Alat zikir plug in 2023 ini dilengkapi dengan 9 jenis zikir dan juga 14 buah juzuk yang mengandungi surah lengkap Al-Quran. 

Boleh dimainkan secara berterusan selama 24 jam dan cara pemasangannya mudah hanya lekat pada soket 3 pin di rumah anda.

Selain itu, sesuai untuk menjadi peneman buat bayi yang baru lahir serta ibu yang sedang pantang. 

Untuk pengetahuan, semua surah atau zikir akan bertukar secara automatik mengikut turutan.

Bagaimanapun, tidak boleh digunakan di dalam kereta semasa anda sedang dalam perjalanan yang jauh kerana memerlukan socket 3 pin.

Zikir ramadan
Al-Quran Speaker Islamic Player ZK101
Al-Quran Speaker Islamic Player ZK101
From
RM14.50
Check Al-Quran Speaker Islamic Player ZK101 price below:
add_circle Mudah dipasang pada socket
add_circle Boleh dimainkan 24 jam
remove_circle Volume kurang memuaskan

Jika anda mencari device zikir yang murah dan boleh dimainkan 24 jam tanpa masalah untuk bulan Ramadan, Al-Quran Speaker Islamic Player ZK101 pilihan yang tepat.

Dengan harga yang murah, anda boleh dapatkan sebuah device zikir yang tahan lama. 

Hanya  menggunakan plug 3 pin yang mudah dipasang di rumah anda atau pun di surau.

Ciri lain, surah dan zikir pada device zikir Ramadan ini boleh bertukar secara automatik. 

Jadi akan dimainkan secara berterusan dan jika tamat surah, akan ulang semula secara automatik.

Zikir penenang hati
3D Printing Quran Recite Bluetooth Speaker Moon Lamp
3D Printing Quran Recite Bluetooth Speaker Moon Lamp
From
RM55.00
Check 3D Printing Quran Recite Bluetooth Speaker Moon Lamp price below:
add_circle Rekaan minimalis
add_circle Terdapat bluetooth speaker
add_circle Disertakan alat kawalan jauh
remove_circle Bateri tidak tahan lama

Al-Quran bluetooth audio speaker dengan lampu ini sangat menarik untuk anda yang mahukan hiasan bilik yang cantik. 

Selain boleh memainkan ayat-ayat suci Al-Quran, ia juga boleh dijadikan hiasan bilik anda.

Device zikir penenang hati ini anda boleh mengawalnya hanya dengan menggunakan alat kawalan jauh. 

Selain itu, Al-Quran bluetooth audio speaker ini juga boleh bertukar warna kepada 7 pilihan warna.

Anda juga boleh menetapkan bahasa pilihan anda pada device ini serta memasang radio.


Adab Berzikir Yang Ada Perlu Tahu

Selain solat dan membaca Al-Quran, berzikir juga merupakan satu amalan yang banyak diamalkan oleh orang-orang Islam. 

Ini kerana merupakan satu amalan sunat yang amat digalakkan dalam kehidupan seharian.

Tapi kami yakin ramai yang masih tidak tahu, ketika berzikir pun tetap perlu ada adab.

Antara adab yang perlu dipraktikkan adalah;

1. Menyebut lafaz zikir dengan betul dan memahami maksud lafaz zikir.

Semasa membaca zikir, anda perlulah dengan jelas menyebut lafaz zikir tersebut. 

Tidak boleh secara semberono sahaja sehingga makna yang sebenar pun lari. 

Selain itu, anda juga haruslah memahami maksud lafaz zikir yang dibacakan tadi.

2. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas.

Seperti adab membaca Al-Quran, adab semasa berzikir juga sama iaitu kita perlu bersih dari sebarang najis atau hadas. 

Ini sebagai cerminan diri bahawa kita menyanjung tinggi kalimat puji-pujian terhadap Allah sehingga kita perlu memastikan diri dalam keadaan suci dan bersih.

3. Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat nas Al-Quran dan hadis.

Hal ini penting kerana jika zikir yang kita baca itu tidak terkandung dalam nas Al-Quran mahupun hadis, mungkin kita sedang membaca sesuatu yang tidak berlandaskan pada ajaran Islam. 

Takut-takut kita sebenarnya sedang melakukan bid’ah dan merosakkan akidah.

4. Menggunakan suara yang perlahan.

Antara adab lain adalah kita membaca zikir dengan menggunakan suara yang perlahan. 

Kita tidak mahu bacaan kita tadi mengganggu suasana sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang sekeliling kita.

Itulah antara adab semasa berzikir yang kita perlu tahu. 

Antara sebab kenapa kita perlu menjaga adab semasa berzikir adalah supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain. 

Selain itu, bagi tujuan mencapai kesempurnaan dalam ibadat yang selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. 

Paling penting adalah agar zikir kita itu diterima Allah.\


Artikel Berkaitan

End of Article