Ramai diantara kita ambil mudah tentang penjagaan bateri kereta sampaikan kereta tak boleh start sebab bateri kong.
Bila situasi ini terjadi, pasti segala urusan menjadi lambat atau lebih teruk, tertangguh. Memang bazir masa!
Tapi dengan adanya set peralatan jumper bateri kereta, anda boleh tarik nafas lega sebab sekurang-kurangnya ada jalan penyelesaian.
Jadi, pastikan wayar jumper kereta sentiasa ada dalam kereta supaya bila berlaku kecemasan, boleh digunakan.
Tapi tahu tak sekarang ni ada car jumper power bank atau kata mudah power bank jumper yang sangat portable dan tidak perlu kereta lain untuk bantu hidupkan kereta anda.
Berikut merupakan jenis dan harga jumper kereta power bank atau jump starter kereta yang patut anda beli. Jom lihat!
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Jumper Kereta
Sebab menjadi pilihan utama:
Dengan sistem bateri "Generasi Ke-3" ciptaan baharu, jumper kereta ini mampu menghidupkan kenderaan yang telah kehabisan bateri dengan hanya beberapa saat sahaja.
Ciri-ciri:
Jumper kereta ini direka khas dengan keupayaan menyokong hampir semua jenis kenderaan termasuk kenderaan yang berteknologi terkini.
Dilengkapi USB-C dengan pengecasan pantas dan menjana sehingga 45W kuasa pengecasan voltan tinggi.
Malah dengan jumlah kuasa ini, sesuai untuk mengecas pelbagai jenis peranti dan tanpa wayar.
Maksudnya jumper power bank ini boleh mengecas smartphone yang mempunyai fungsi pengecasan di mana sahaja tanpa perlu menggunakan wayar.
Selain itu, dengan adapter 12V yang disediakan, anda juga boleh menghidupkan mana-mana peranti elektrik 12V seperti pembersih vakum, kompresor udara dan lain-lain.
Sebagai ciri keselamatan tambahan, power bank jumper ini dilengkapi lampu LED untuk memberi cahaya yang cukup jika anda perlu jump kereta pada cuaca buruk atau waktu malam.
Review:
“Beli sebab nak hidupkan forklift dan berjaya!”
Menggunakan bateri berkualiti yang berkapasiti 10000mAh dan mampu memberikan jump-start kepada kenderaan anda sehingga 25 kali.
Malah, terdapat cip pintar pada bateri untuk mengelakkan dari makan kuasa apabila tidak digunakan.
Bahagian casing dari jenis tahan panas dan sesuai digunakan dengan keadaan iklim panas lembap di Malaysia.
Wayar jumper ini juga dibina dengan pengapit kuprum yang kuat untuk meningkatkan kekonduksian elektrik pada bateri kenderaan.
Sebagai langkah keselamatan, jumper ini turut dilengkapi dengan lampu LED untuk kegunaan di waktu kecemasan.
Setiap pembelian produk ini akan disertakan dengan;
- 1 X casing tahan panas.
- 1 X Electrox Jumpstarter.
- 1 X wayar pengapit kuprum bateri.
- 1 X manual pengguna.
- 1 X kabel pengecas type C.
- 1 X warranty 1 tahun untuk manufacturing defect.
Alat ini mempunyai fungsi ‘repair mode’ untuk mengecas bateri yang sudah lemah (bukan rosak).
Malah mempunyai cooling fan dengan radiator aluminium bahagian dalam bagi memanjangkan jangka hayat dan menyejukkan alat jumper.
Boleh digunakan untuk semua jenis bateri basah dan kering (12V) kereta atau motosikal.
Jumper ini turut mempunyai paparan Voltage, Charging Current, dan Temperature.
Alatan jumper ini mampu mengecas bateri kenderaan sehingga 8.0L untuk enjin petrol dan 6.5L untuk enjin diesel.
Dengan kapasiti 24000mAh dan terdapat 2 port USB OUTPUT, 1 port OUTPUT DC & 1 port INPUT Type-C, mampu mengecas semua peranti elektronik lain.
Selain itu, mampu mengepam tayar, bola kempis dan lampu LED boleh digunakan ketika melakukan aktiviti camping.
Alat jumper ini turut mempunyai Safety Smart Clamps dengan fungsi pengapit pintar heavy duty.
Ditambah pula dengan teknologi anti-percikan, perlindungan polaritas terbalik untuk memberikan perlindungan menyeluruh
Selain itu membolehkan peranti digunakan pada pelbagai jenis bateri kenderaan.
Bagi menjamin kualiti, alat jumper ini menggunakan papan litar berkualiti tinggi dan cip CPU bagi melindungi peranti daripada arus lebihan, litar pintas dan beban berlebihan.
Set jumper kereta serba-boleh ini mampu memberikan jump-start pada mana-mana kenderaan 12V berenjin petrol atau diesel.
Malah boleh juga digunakan untuk mengepam tayar dan mengecas smartphone, laptop atau alatan gajet yang lain.
Alat ini mempunyai kapasiti bateri sebanyak 10200mAh yang mana bateri berkualiti tinggi dari syarikat pengeluaran drone.
Malah alat jumper ini juga mempunyai paparan LCD untuk monitor set kuantiti angin dan fungsi auto stop jika sudah penuh.
Untuk ciri keselamatan alat jumper ini turut mempunyai lampu agar anda mudah dilihat apabila mengalami situasi kecemasan pada waktu malam.
Walaupun kabel jumper kereta tradisional, tetapi tetap berguna sekiranya terjadi kecemasan.
Amat digalakkan untuk menyimpannya sebagai alatan back up sekiranya charger power bank anda kehabisan bateri.
Panjang kabel ialah 2.5 meter dan disyorkan untuk penggunaan arus elektrik sehingga 200 ampere.
Cara menggunakan jumper ini hanya dengan menyambung wayar hitam ke terminal negatif rendam bateri.
Manakala hujungnya disambungkan ke terminal negatif bateri biasa.
Kemudian wayar merah ke terminal positif bateri dengan prosedur yang sama.
Bagi mereka yang mencari jumper kereta untuk mana-mana enjin 12 v kenderaan sama ada diesel atau petrol, dapatkan je alat ini.
Alat jumper ini turut mempunyai kapasiti bateri sehingga 99800mAh yang boleh menghidupkan semula kenderaan sehingga 30 kali.
Selain menghidupkan kereta, alat ini juga boleh mengecas telefon bimbit melalui port USB.
Dilengkapi kompas, penunjuk kuasa dan 3 lampu kecemasan iaitu lampu suluh, lampu isyarat berkelip dan lampu penyelamat SOS.
Jangan risau, ia dilengkapi intelligent power IC, kalis letupan, litar pintas, perlindungan cas berlebihan dan kepanasan.
Anda juga akan mendapat aksesori lain termasuk air pump machine, car jumper cable, car charger, 4-in-1 USB cable, 3 alat pam angin tayar dan manual pengguna.
Jump starter kereta BOSCH ini mempunyai kapasiti bateri 22000mAh yang kuat.
Alat ini dibina daripada bahan PC dan ABS yang tahan lasak serta boleh mengeluarkan arus tinggi sehingga 1200A untuk menghidupkan enjin kenderaan dengan pantas.
Ciri-ciri lain termasuk mempunyai lampu suluh, lampu amaran LED, lampu SOS dan port USB untuk mengecas peranti.
Dengan reka bentuk mudah alih, saiz kecil dan ringan, alat jumper BOSCH ini sesuai dibawa ke mana-mana untuk kegunaan segera semasa kecemasan.
ONERIDETM 4 dalam 1 Jump Starter mampu menghidupkan enjin untuk 5.0L petrol atau 3.0L diesel sebanyak 20 kali dengan arus puncak 800 amp.
Dilengkapi pam angin tayar 72PSI, penunjuk tekanan tayar dan fungsi pratetap.
Bateri dalaman 8800mAh membolehkan pengecasan pantas peranti melalui kabel USB Jenis C.
Ciri keselamatan termasuk perlindungan litar pintas dan pengecasan berlebihan serta fungsi cahaya seperti flashing, SOS, dan lampu merah yang berkelip.
Dengan berat 0.8kg, reka bentuk mudah alih memudahkan penggunaan dan penyimpanan dalam bonet kereta.
Setiap pembelian juga akan mendapat portable air pump, kabel jumper dengan built-in charging power bank dan bekas simpanan.
Disyorkan YouTuber kereta terkenal iaitu Nazz Abdullah.
Philips Durable Jump Starter adalah pilihan yang boleh dipercayai untuk sesiapa yang memerlukan alat jumper bateri kereta yang praktikal dan berkesan.
Dengan voltan 12V, jumper Philips yang 100% original ini direka untuk sesuai dengan pelbagai jenis kereta, memberikan prestasi yang boleh diandalkan bila-bila masa anda memerlukannya.
Reka bentuknya yang padat memudahkan penyimpanan di dalam kereta, memastikan anda bersedia untuk sebarang masalah bateri yang tidak dijangka.
Philips yang terkenal dengan kualiti dan ketahanannya, menawarkan alat jumper bateri ini untuk ketenangan fikiran anda.
Produk ini juga dilengkapi dengan arahan yang jelas, jadi mudah digunakan walaupun jika anda kali pertama menghidupkan bateri kereta.
Walaupun ia tidak mempunyai ciri tambahan, ia mudah digunakan dan berkesan — sesuai untuk anda yang menghargai kesederhanaan dan kebolehpercayaan.
70mai Jump Starter merupakan alat praktikal dan serba guna yang menggabungkan fungsi jumper bateri dan power bank dalam satu peranti mudah alih, menjadikannya amat berguna semasa travel.
Direka untuk memudahkan anda, ia mudah digunakan dengan hanya tiga langkah, dan sesuai dengan kebanyakan kenderaan di Malaysia.
Peranti ini turut dilengkapi dengan LED flashlight yang terbina di dalam, yang sangat membantu jika menghadapi masalah bateri kereta dalam keadaan gelap atau sewaktu malam.
Reka bentuknya yang padat memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana, sama ada untuk perjalanan jauh atau kegunaan harian, memberikan ketenangan fikiran.
Selain itu, ia dilengkapi jaminan tempatan selama 1 tahun dan 6 bulan, menunjukkan kualiti binaannya yang boleh dipercayai.
Sesuai untuk anda yang mahukan alat praktikal dan mudah, 70mai Jump Starter adalah pilihan terbaik anda.
Jangka Hayat Bateri Kereta
Jangka hayat bateri kereta biasanya antara 2 hingga 5 tahun, bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis bateri, keadaan cuaca, cara pemanduan, dan penyelenggaraan.
Cuaca panas seperti di Malaysia boleh mempercepatkan kemerosotan bateri kerana haba berlebihan menyebabkan cecair dalam bateri lebih cepat menyejat.
Selain itu, kerap menggunakan aksesori elektrik seperti lampu, radio, dan penghawa dingin ketika enjin dimatikan juga boleh memendekkan jangka hayat bateri.
Untuk memaksimumkan jangka hayat bateri, beberapa tips yang boleh diamalkan adalah:
- Pastikan bateri sentiasa bersih – Kotoran dan habuk pada terminal bateri boleh menyebabkan bateri kehilangan kuasa.
- Kawal penggunaan aksesori elektrik – Matikan aksesori seperti lampu dan radio sebelum enjin dimatikan.
- Lakukan pemeriksaan berkala – Pastikan bateri diperiksa semasa servis kereta untuk memastikan ia dalam keadaan baik.
- Panaskan enjin secara berkala – Terutama jika jarang digunakan, kerana bateri boleh kehilangan caj apabila kereta dibiarkan lama tanpa digunakan.
Mengikuti langkah-langkah ini dapat membantu memanjangkan jangka hayat bateri kereta dan mengelakkan masalah ketika menghidupkan enjin.
Cara Jumper Kereta Yang Kehabisan Bateri
Berikut adalah perkara yang anda perlu beri perhatian sebelum melakukan jumpstart pada kenderaan anda:
- Baca buku manual pemilik yang dibekalkan kerana sesetengah model kereta tidak disarankan untuk melakukan jump start disebabkan oleh sistem litar yang sensitif.
- Jangan jump start bateri kereta yang berkarat, retak, bocor atau rosak.
- Jangan jump start bateri kering.
- Jika anda meminta bantuan kereta lain, pastikan saiz bateri kereta ‘penderma’ tersebut sama atau lebih besar daripada saiz bateri anda.
- Sambungkan klip buaya di tempat yang betul mengikut sususan yang betul.
- Pastikan bateri kereta ‘penderma’ berada dalam keadaan baik, tidak lemah.
- Pastikan anda tidak menyentuh bahagian badan kereta atau klip buaya semasa jumper bateri kereta.
Antara peralatan yang diperlukan untuk anda jumpstart kereta adalah:
- Kabel jumper kereta – kabel jumper kereta biasanya panjang, tertebat dengan klip bergerigi pada kedua-dua bahagian hujung. Kabel ini juga turut dikenali sebagai ‘klip buaya’ kerana bentuknya yang kelihatan seperti kepala buaya. Klip buaya dibezakan melalui warna – hitam atau merah yang menunjukkan kutub positif (merah) atau negatif (hitam).
- Sumber kuasa – anda boleh menggunakan sama ada bateri mudah alih atau bantuan kereta lain sebagai sumber kuasa untuk menghidupkan enjin kereta anda. Bateri mudah alih digunakan untuk jumper bateri kereta tanpa memerlukan bantuan kereta lain. Bateri jenis ini biasanya dilengkapi dengan kabel jumper khas. Ia akan disambungkan secara terus daripada bateri mudah alih dengan bateri kereta yang rosak.
Cara Jumper Kereta yang betul:
- Parking kereta penderma dekat dengan kereta yang kehabisan bateri
- Buka bonet hadapan kedua-dua kereta
- Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Positif (warna merah) pada terminal positif bateri manakala klip negatif (warna hitam) pada terminal negatif bateri
- Hidupkan enjin kereta penderma dan biar selama beberapa minit untuk membekalkan kuasa
- Hidupkan enjin kereta yang rosak, namun begitu sekiranya enjin gagal dihidupkan, kereta anda mungkin mengalami masalah lain selain bateri
- Jika enjin hidup biarkan selama 5-10 minit
- Cabut kabel jumper
- Selepas kabel jumper kereta ditanggalkan, pandu kereta dalam keadaan trafik yang normal selama lebih kurang 30 minit untuk mengecaj kembali kuasa bateri.
Bgaimanapun sekiranya bateri anda telah melebihi tempoh yang disyorkan untuk penukaran, anda dinasihatkan untuk terus ke bengkel atau kedai bateri terdekat untuk penukaran bateri baru sebaik sahaja selepas anda berjaya menghidupkan kereta anda.
Hal ini kerana bateri yang lama akan kehilangan kuasa semula, malah lebih teruk lagi ia juga berisiko untuk merosakkan alternator kereta anda.
Jangka hayat penggunaan bateri yang disarankan bagi kereta moden adalah 3 tahun.