Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
supplement wanita

13 Suplemen (Multivitamin) Terbaik Untuk Tenaga Wanita 2024

Pastikan suplemen yang diambil tidak memudaratkan kesihatan.

Wanita yang sudah berusia 25 tahun ke atas tidak kira sudah bersalin atau belum, sebaiknya amalkan suplemen untuk wanita daripada awal.

Ini bertujuan agar dapat lebih bersiap siaga untuk memasuki usia dimana tahap sistem dan fungsi otot mula merosot.

Tapi tak salah jika mereka yang sudah masuk usia 40an baru nak ambil suplemen atau vitamin untuk tambah tenaga bagi mengekalkan kesihatan badan.

Malangnya, tak semua suplemen bagus untuk kesihatan kerana bahan yang terkandung mungkin bahaya untuk buah pinggang.

Jadi kami bantu anda senaraikan supplement bagus untuk wanita yang sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jom lihat senarai multivitamin Malaysia dan juga vitamin untuk tenaga wanita di bawah.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 13 Supplement Bagus Untuk Wanita 

Suplemen untuk tenaga wanita terbaik secara keseluruhan
Blackmores Multivitamins + Mineral 60s
Blackmores
Blackmores Multivitamins + Mineral 60s
From
RM58.80
Check Blackmores Multivitamins + Mineral 60s price below:
add_circle Dapat membina sistem imunisasi badan
add_circle Sesuai untuk diet
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Blackmores Multivitamins + Mineral ini dapat memberi perlindungan harian pada badan anda.

Ciri-ciri:

Jika anda makan ubat ini setiap hari, badan anda 100% akan dilindungi daripada sebarang penyakit. 

Ini kerana mengandungi essential vitamins dan minerals yang dapat menghasilkan sokongan nutrisi untuk badan.

Selain itu, dapat membantu mengimbangkan pemakanan diet seharian anda walaupun dengan sebiji pil sehari.

Cara pengambilan untuk dewasa sehari sekali selepas makan dan tidak sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah.

Jangan risau, supplement ini lulus KKM MAL13085024NCR.

Review:

“Lepas makan suplemen ni, badan rasa bertenaga sikit. Tak lesu macam dulu dah.”

Multivitamin untuk wanita 30an
Shaklee Collagen Plus Powder
Shaklee Collagen Plus Powder
From
RM350.00
Check Shaklee Collagen Plus Powder price below:
add_circle Halal
add_circle Berkesan untuk mencerahkan kulit
add_circle Sesuai untuk orang berumur
remove_circle Harga mahal

Collagen adalah satu komponen penting bagi memastikan kulit sentiasa anjal, garis kedutan berkurang, sihat. 

Pengambilan collagen ini menjadikan kulit akan kekal lembap sehingga 90% kelembapan yang dibekalkan.

Kulit juga lebih anjal, tegang seperti kulit remaja.

Mempunyai kulit yang licin dan lembut adalah satu impian semua wanita. 

Jadi amalkan pengambilan suplemen bagi hasil yang memuaskan ye dan tanpa yakin dengan kelulusan dari KKM (MAL13085068NC). 

Multivitamin untuk wanita 40an
HIMALAYA WOMEN'S WELLNESS
HIMALAYA
HIMALAYA WOMEN'S WELLNESS
From
RM42.50
Check HIMALAYA WOMEN'S WELLNESS price below:
add_circle Dapat mengurangkan gejala monopos
add_circle Sesuai untuk wanita selepas bersalin
add_circle Kaya dengan sumber fitoestrogen
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita hamil

Bagi mereka yang baru saja melahirkan anak, sebaiknya ambil suplemen ini bagi mengelakkan simptom meroyan.

Ini kerana bahan yang digunakan semuanya dari ubatan tradisional sekaligus dapat membantu proses laktasi (penyusuan).

Selain itu, dapat membantu meningkatkan lagi tenaga dan mengawal kitaran haid sebelum dan selepas melahirkan anak.

Bagi anda yang nak masuk usia 40-an sangat sesuai ambil suplemen dari Himalaya ini.

Cara pengambilan, ambil 1 atau 2 kapsul sehari selepas makan. 

Jangan risau, supplement ini lulus KKM MAL06051465T.

Multivitamin yang murah
FLAVETTES DAILY PLUS MULTIVITAMINS AND MINERALS
FLAVETTES DAILY PLUS MULTIVITAMINS AND MINERALS
From
RM23.90
Check FLAVETTES DAILY PLUS MULTIVITAMINS AND MINERALS price below:
add_circle Meningkatkan imunisasi dalam badan
add_circle Menguatkan tulang
remove_circle Mengandungi gula tambahan

Pengambilan multivitamin setiap hari boleh menambah tenaga pada badan anda selain mengekalkan kesihatan.

Ini kerana satu botol mengandungi 60 biji tablet dimana setiap satunya mempunyai lebih kurang 18 jenis zat.

Selain itu, suplemen Flavettes juga mampu meningkatkan imunisasi dalam badan serta dapat menguatkan tulang.

Cara pengambilan suplemen ini amat mudah, hanya perlu mengambil satu tablet sehari selepas makan atau mengikut nasihat doktor dan pharmacist

Ingin diingatkan ubat ini perlu disimpan dalam suhu bilik di bawah 30ºC dan jauhi dari kanak-kanak.

Jangan risau, supplement ini lulus KKM dengan nombor siri  MAL20021577X.

Multivitamin untuk wanita jenis cecair
Total Image Hydra Glow
Total Image Hydra Glow
From
RM68.92
Check Total Image Hydra Glow price below:
add_circle Mengekalkan kelembapan kulit
add_circle Tiada gula tambahan
remove_circle Perlu dibancuh

Total Image Hydra Glow diperkaya dengan ekstrak Viqua® Delima dan kolagen tripeptida yang dirumus membantu, memperbaiki dan mengekalkan kelembapan kulit dalam masa 28 hari.

Dengan pengambilan suplemen ini dapat meningkatkan penghidratan kulit sebanyak +40% serta peningkatan kandungan air dalam stratum korneum sebanyak +51%.

Produk ini juga dapat mengurangkan kekasaran kulit sekaligus meningkatkan kehalusan kulit.

Apa yang menarik, dapat mengurangkan jumlah kedutan sebanyak -26% menjadikan anda kekal awet muda.

Jangan risau, suplemen ini tiada gula tambahan dan rendah kalori jadi anda tidak perlu risau kadar gula dalam darah naik.

Cara pengambilanya amat mudah hanya dengan 1 bungkus setiap hari sebelum sarapan atau sebelum tidur.

Kemudian, dituangkan terus ke dalam mulut atau campurkan dengan 50ml air.

Untuk kesan yang lebih pantas, dinasihatkan untuk mengambil 2 bungkus sehari.

Multivitamin untuk wanita warga emas
21ST CENTURY Herbs For Forty Plus Women
21ST CENTURY Herbs For Forty Plus Women
From
RM22.34
Check 21ST CENTURY Herbs For Forty Plus Women price below:
add_circle Mengandungi bahan herba
add_circle Mengurangkan penuaan
remove_circle Bahaya untuk wanita hamil

21ST Century Herbs merupakan formula nutrisi badan untuk kesihatan secara fizikal.

Suplemen ini mengandungi 10 jenis herba asli seperti ginseng, bee pollen, dong quai, royal jelly, bee propolis, sarsaparilla, ginkgo biloba, evening primrose oil dan black cohosh.

Kesemua herba ini dapat memberikan tenaga selain dapat membantu melambatkan proses penuaan jadi produk ini sesuai untuk wanita berusia lebih dari 40 tahun.

Selain itu, disebabkan ubat ini mempunyai bahan ginseng jadi wanita hamil tidak sesuai mengambil ubt ini.

Cara pengambilannya amat mudah, hanya amil satu kapsul sehari selepas makan atau ikut nasihat doktor atau ahli farmasi.

Jangan risau produk ini lulus KKM dengan nombor siri MAL1998390.

Multivitamin untuk wanita jenis gummies
Nature's Way Adult Women's Vita Gummies with Multivitamin 50's
Nature's Way Adult Women's Vita Gummies with Multivitamin 50's
From
RM35.90
Check Nature's Way Adult Women's Vita Gummies with Multivitamin 50's price below:
add_circle Kesihatan reproduktif wanita lebih bagus
add_circle Melambatkan kadar penuaan
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Bagi sesiapa yang tidak menyukai suplemen berbentuk kapsul atau tablet anda boleh cuba ambil Nature's Way Adult Women's Vita Gummies kerana ubatnya seakan gula-gula.

Selain itu, diperkaya dengan 14 jenis vitamin dan mineral penting untuk membantu menyokong kesihatan luaran mahupun dalaman wanita.

Suplemen ini diformulasi dengan nutrisi anti penuaan seperti Vitamin B9, C, D3, E, biotin dan zat besi dimana menjadikan kulit, rambut dan kuku lebih sihat dan otot lebih kuat.

Malah, dapat menyokong kesihatan reproduktif wanita selain meningkatkan imunisasi badan secara dalaman.

Apa yang menarik, suplemen ini mempunyai perisa berry yang sedap dan manis tanpa gula tambahan tidak seperti ubat lain yang pahit,

Cara pengambilannya mudah sahaja, hanya kunyah 1 atau 2 gummies setiap hari

Multivitamin untuk wanita hamil
Blackmores Pregnancy & Breastfeeding Gold
Blackmores Pregnancy & Breastfeeding Gold
From
RM56.86
Check Blackmores Pregnancy & Breastfeeding Gold price below:
add_circle Sesuai untuk wanita menyusu
add_circle Mengandungi zat besi, kalsium & zinc
add_circle Tidak berbau hanyir
add_circle Bebas pemanis tiruan & gluten tambahan
remove_circle Harga mahal

Suplemen Blackmores ini merupakan salah satu vitamin bagi wanita hamil yang kekurangan nutrisi untuk menyokong perkembangan janin yang sihat.  

Setiap kapsul suplemen ini akan memberikan anda dan bayi dalam kandungan 17 nutrien penting termasuklah asid folik, iodine, Vitamin C dan Vitamin D3.

Asid folik akan mengurangkan risiko bayi mengalami masalah spina bifida, manakala iodine pula menyokong perkembangan kecerdasan dan IQ bayi sejak dalam kandungan lagi.

Paling penting, juga mengandungi minyak ikan yang kaya dengan DHA untuk pertumbuhan sistem saraf, mata dan otak bayi. 

Suplemen ini juga sesuai untuk ibu yang mengalami masalah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau diabetes gestasi.

Kami nasihatkan anda untuk makan terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen ini kerana tidak disarankan untuk ambil jika perut kosong.

Berkesan membantu penghasilan susu badan, senang nak telan dan tubuh rasa kurang penat. 

Multivitamin untuk kesuburan wanita
Appeton Essentials Folic Acid (90's)
Appeton Essentials Folic Acid (90's)
From
RM39.01
Check Appeton Essentials Folic Acid (90's) price below:
add_circle Mengandungi 90 tablet dalam 1 kotak
add_circle Sesuai untuk wanita TTC
add_circle Kuatkan tulang janin
add_circle Tiada pewarna tiruan
add_circle Sah KKM
remove_circle Harga mahal

Suplemen asid folik ini bukan sahaja boleh diambil oleh wanita mengandung pada tempoh awal kehamilan, malah wanita yang merancang untuk mengandung juga boleh makan. 

Ini kerana asid folik sangat bagus untuk mengurangkan risiko neural tube defects (NTD) yang boleh menjejaskan pertumbuhan otak dan tulang belakang pada bayi yang belum lahir. 

Selain itu, asid folik jenama Appeton ini bebas pewarna tiruan jadi sangat selamat untuk ibu hamil.

Bagi yang merancang untuk hamil, anda disarankan untuk makan asid folik ini 3 bulan sebelum tempoh perancangan anda.

Jangan risau, pil ini senang ditelan kerana saiz setiap kapsul kecil sahaja.

Multivitamin untuk wanita pekerja
VitaHealth Multivitamin+
VitaHealth Multivitamin+
From
RM59.90
Check VitaHealth Multivitamin+ price below:
add_circle Menguatkan imuniti
add_circle Meningkatkan tenaga & kecergasan
add_circle Meningkatkan perlindungan antioksidan
remove_circle Perlu makan konsisten untuk hasil

Supplement VitaHealth Multivits merupakan pelengkap bagi anda yang kekurangan nutrien.

Malah sesuai untuk yang mengalami simptom kelesuan, luka lambat sembuh, keguguran rambut dan pertumbuhan terbantut.

Dengan kandungan vitamin A, C, E, B, D3, selenium dan zink menjadikan suplemen ini bagus untuk perbaiki saluran darah, jantung, kulit serta mengurangkan masalah keguguran rambut.

Bukan itu saja, bagus juga untuk tulang dan gigi kerana mengandungi Phosphorus. Sangat sesuai bagi wanita yang aktif bekerja.

Senang kata, dengan 24 jenis pelbagai mineral, vitamin dan nutrien dapat membantu meningkatkan tenaga dan menguatkan imunisasi badan.

Cara pengambilan hanya sehari sekali selepas makan atau dapatkan saranan dari farmasi atau doktor.

Jangan risau, supplement ini lulus KKM MAL21106074NCR.

Multivitamin terbaik untuk 50 tahun keatas
Centrum Silver Women 50+
Centrum Silver Women 50+
From
RM58.90
Check Centrum Silver Women 50+ price below:
add_circle Menyokong kesihatan jantung
add_circle Menyokong fungsi otak
add_circle Mengekalkan kesihatan mata & tulang
remove_circle Lebih sesuai 50 tahun ke atas

Bagi wanita yang mempunyai badan yang tidak lagi sekuat dulu, kehilangan fokus atau sering lupa, boleh dapatkan Centrum Silver Women 50+.

Formula khasnya disesuaikan untuk meningkatkan fungsi otak dan memori, menyokong kesihatan jantung dan mengekalkan penglihatan anda yang tajam.

Bukan itu sahaja, Centrum Silver Women 50+ juga mengandungi kalsium dan Vitamin D - nutrien penting untuk mengelakkan risiko osteoporosis.

Hadir dalam bentuk tablet bersalut licin yang mudah ditelan dan tidak mengandungi GMO serta bebas gluten.

Badan akan rasa lebih bertenaga dan meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.

Multivitamin untuk wanita berpantang
AMWAY Nutrilite Daily Multi vitamin
AMWAY Nutrilite Daily Multi vitamin
From
RM34.00
Check AMWAY Nutrilite Daily Multi vitamin price below:
add_circle Sesuai untuk berumur 4 tahun ke atas
add_circle Mengandungi 11 vitamin dan 7 mineral penting
add_circle Tiada pewarna, perasa atau pengawet tiruan
remove_circle Mengandungi alfalfa (medicago sativa)

Multivitamin Nutrilite Daily disyorkan untuk wanita dalam pantang atau sedang menyusukan anak.

Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang boleh memenuhi keperluan nutrisi harian.

Antara nutrien penting dalam Multivitamin Nutrilite Daily ini ialah Zink dan Vitamin C yang membantu pembentukan kolagen normal dan melindungi sel-sel dalam badan.

Turut mengandungi Vitamin A, B-kompleks, asid askorbik, dan zat besi yang sangat diperlukan oleh wanita selepas bersalin.

Selain itu, Multivitamin Nutrilite Daily ini bebas daripada pewarna, perasa dan pengawet tiruan.

Datang dalam saiz 60 tablet dan 180 tablet.

Multivitamin untuk wanita menopause
Swisse Ultiboost Menopause Balance
Swisse Ultiboost Menopause Balance
From
RM79.00
Check Swisse Ultiboost Menopause Balance price below:
add_circle Mengurangkan peluh yang berlebihan
add_circle Melegakan kerengsaan saraf
add_circle Membantu mereka yang sukar tidur
remove_circle Harga mahal

Swisse Ultiboost Menopause Balance dirumus berdasarkan bukti saintifik untuk melegakan simptom menopause yang mengganggu seperti demam panas, berpeluh malam, masalah tidur dan kerengsaan saraf.

Kandungannya termasuk:

  • Black cohosh untuk melegakan masalah tidur dan peluh malam.
  • Isoflavon soya untuk mengurangkan keterukan dan kekerapan simptom.
  • Sage dengan sifat antihidrotic untuk mengurangkan peluh berlebihan.
  • Kalsium dan Vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi.

Paling penting, selamat untuk vegetarian dan tidak mengandungi laktosa, gluten, yis, telur, perasa atau pewarna tiruan.

Amalkan 2 tablet sehari dengan makan malam atau mengikut nasihat doktor anda.


Fungsi Multivitamin 

Multivitamin memang sesuai untuk mereka yang kurang makan sayur dan buah.

Antara fungsi-fungsinya:

  • Meningkatkan sistem imun

Vitamin C dan E membantu melindungi badan dari penyakit. Zinc pula menyokong pertahanan badan.

  • Menyokong fungsi otak

Vitamin B kompleks dan Omega 3 membantu meningkatkan daya ingatan dan tumpuan.

  • Membantu Kesuburan

Asid folik sangat membantu wanita yang ingin merancang kehamilan dan peringkat awal kehamilan.

  • Menambah tenaga

Multivitamin membantu memenuhi keperluan nutrisi harian yang mungkin kurang dalam pemakanan.  Vitamin B membantu tubuh menukar makanan kepada tenaga dan boleh mengurangkan rasa penat.

    • Menyokong kesihatan tulang

    Mengandungi kalsium dan zat besi untuk tulang yang kuat dan mencegah osteoporosis.

      • Menjaga kesihatan mata

      Vitamin A memastikan mata anda sentiasa terang dan tajam. Manakala, lutein dan zeaxanthin membantu melindungi mata dari kerosakan.

      • Memelihara kesihatan kulit

      Vitamin E dan C membantu melambatkan penuaan kulit. Biotin pula menyokong kesihatan rambut dan kuku


        Apakah Kebaikan Multivitamin Untuk Wanita?

        Semua orang inginkan kesihatan yang baik seperti remaja awal dulu tapi malangnya semakin meningkat umur, badan semakin cepat penat.

        Lebih-lebih lagi wanita yang sudah melahirkan anak, badan mereka pasti badan terasa lesu, sendi sakit-sakit dan lebih teruk, otot kerap kejang.

        Persoalannya adakah pengambilan suplemen merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kesihatan wanita yang semakin merundum?

        Untuk pengetahuan, suplemen merupakan pengambilan ubatan sampingan untuk membantu badan anda menjadi lebih bertenaga.

        Ini kerana setiap biji suplemen mengandungi nutrien yang penting untuk kesihatan. Antaranya omega3, magnesium, kalsium dan banyak lagi.

        Jom kita saksikan kebaikan setiap satunya:

        Omega 3 - Penting untuk sel dan hormon dalam tubuh badan wanita sekaligus mampu mengurangkan risiko terkena arthritis, diabetes serta penyakit jantung dan otak.

        Magnesium - Bantu keseimbangan hormon seperti estrogen, progesteron dan tiroid. Malah bagus untuk mengurangkan atau mengelakkan stres.

        Kalsium - Sudah tentu bagus dan penting untuk tulang dan wanita yang sudah lanjut usia amat perlukan gizi ini bagi mengurangkan risiko masalah tulang seperti osteoporosis.

        Vitamin C - Penting untuk sistem imun, penghasilan kolagen, penyembuhan luka, penyerapan zat besi, selain juga bagus untuk peningkatan hormon yang penting untuk wanita.

        Ha, sekarang anda dapat lihat bukan fungsi setiap gizi dan kenapa wanita perlu ambil suplemen?

        Tapi, kami tak kata suplemen satu-satunya usaha yang anda perlu dipraktikkan kerana pemakanan masih lagi aspek paling penting.

        Jadi sebaiknya, ambil suplemen dan dalam masa yang sama perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang juga.

        Selain itu, para wanita juga perlu amalkan gaya hidup sihat dimana perlu juga lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.


        Bagaimanakah Tips Memilih Multivitamin Untuk Wanita?

        Kami faham apabila umur semakin meningkat, badan mudah terasa penat dan tulang dah tak kuat.

        Jalan penyelesaian adalah dengan mengambil suplemen.

        Tapi sebelum nak ambil suplemen, pertama sekali ketahui dulu tahap kesihatan supaya suplemen yang kita ambil tu sesuai dengan badan.

        Lebih-lebih lagi mereka yang sedang mengandung, menyusu dan mempunyai masalah penyakit kronik.

        Tiga kumpulan ini memang tak boleh sewenang-wenangnya ambil suplemen kecuali disarankan oleh doktor atau ahli farmasi.

        Walaupun sekarang ni terdapat banyak suplemen dijual dipasaran tapi pastikan suplemen tersebut telah disahkan oleh pihak KKM.

        Bukan apa, jika ambil suplemen tanpa nasihat pakar, kemungkinan besar kesihatan anda akan terjejas lebih teruk terutama bahagian buah pinggang.

        Untuk pengetahuan anda, terdapat perbezaan antara multivitamin dan vitamin.

        Kedua-dua ini perlu diambil mengikut dos yang betul bergantung pada tahap kesihatan dan berat badan.

        Jika diambil secara berlebihan atau tersalah ambil, akan menjadi racun pada badan. 

        Jadi sebaiknya tanya pada doktor atau ahli farmasi apakah multivitmin atau vitamin yang sesuai untuk kondisi badan anda.

        Anda juga boleh menonton video di bawah untuk mengukur bacaan multivitamin bersama salah seorang doktor kesihatan.


        Artikel Berkaitan

        End of Article