Memiliki ruang tamu atau bilik tidur yang cantik dan selesa menjadi idaman semua pemilik rumah terutama mereka yang suka deko rumah.
Percayalah, keceriaan ruang tersebut lebih terserlah jika dipadankan dengan karpet velvet malaysia yang sesuai dengan tema ruang kediaman anda.
Tak perlu pening kepala lagi untuk mencari karpet lantai terbaik untuk ruang kediaman kerana kami akan bantu anda!
Berikut adalah senarai jenis karpet velvet yang boleh anda dapatkan dengan mudah di Shopee dan Lazada.
Tunggu apa lagi, jom serikan rumah anda dengan karpet lantai rumah yang menarik dan elegan ini!
Penyunting
Table of Contents
Cara Pilih Karpet Velvet
Karpet bukan sahaja berfungsi sebagai alas kaki, malah memberi kesan estetik dan mencantikkan ruang tamu anda.
Antara jenis karpet yang menjadi trend ialah karpet velvet kerana kualiti dan coraknya yang menarik.
Tapi, memilih karpet velvet boleh menjadi satu cabaran jika anda tidak tahu apa jenis karpet lantai yang sesuai.
Jadi, ikuti langkah mudah di bawah untuk membantu anda membuat pilihan.
-
Ukuran
Langkah pertama dalam memilih permaidani baldu ialah menentukan saiz yang diperlukan.
Ukur ruang yang anda ingin pasangkan permaidani dan pastikan anda memilih saiz yang betul.
Permaidani yang terlalu kecil akan kelihatan ganjil dan permaidani yang terlalu besar akan mengambil ruang yang berharga.
-
Warna karpet velvet
Apabila memilih warna permaidani, pastikan ia sesuai dengan hiasan rumah anda.
Jika dinding anda gelap, pertimbangkan untuk memilih warna permaidani yang lebih cerah untuk memberikan kontras dan menarik perhatian.
-
Kegunaan
Sebelum membeli karpet, fikirkan tentang kegunaannya kerana terdapat pelbagai jenis karpet velvet yang terdapat di pasaran.
Anda perlu memilih jenis yang paling sesuai dengan keperluan dan tujuan anda.
Jika ruang tamu anda sering digunakan, pilih karpet yang mudah dibersihkan dan tahan lama.
Tambahan pula, pilih karpet yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, pilih permaidani yang tidak mudah kotor atau koyak.
-
Kemasan
Pertimbangkan kemasan karpet velvet semasa anda membuat pilihan.
Pastikan tepi permaidani dijahit kemas dan bahagian bawahnya mempunyai lapisan anti-slip untuk mengelakkannya daripada tergelincir.
Jangan lupa untuk membersihkan karpet dengan kerap untuk mengelakkan pengumpulan kotoran, debu dan habuk.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Karpet Velvet?
Antara kelebihan karpet velvet ialah ia kelihatan sangat elegan dan coraknya juga kelihatan lebih menarik.
Karpet ini boleh memberikan tampilan yang sangat elegan dan mewah serta memberikan rasa selesa pada kaki.
Selain itu, karpet velvet ini sangat sesuai digunakan di ruang tamu atau bilik tidur.
Bukan itu sahaja, karpet velvet juga mudah dipadankan dengan hampir semua jenis perabot.
Terdapat banyak pilihan warna, corak dan saiz karpet untuk dipilih, membuatkan ruangan di rumah anda lebih selesa dan berseri.
Karpet jenis ini diperbuat daripada bahan soft velvet yang berkualiti tinggi, jadi boleh bertahan lebih lama dan sesuai untuk penggunaan harian.
Paling penting, karpet ini boleh dibersihkan dengan mudah tanpa merosakkan kualiti asalnya.
Tapi kekurangan utama karpet jenis ini ialah ia mempunyai permukaan yang lembut dan halus, jadi mudah untuk mengumpul kotoran dan habuk.
Oleh itu, permaidani jenis ini memerlukan penjagaan dan pembersihan yang lebih kerap berbanding permaidani lain.
Senarai 9 Karpet Velvet Murah di Malaysia
Sebab menjadi pilihan utama;
Ada pengguna menggatakan karpet sangat disyorkan untuk ada disetiap rumah kerana merupakan antara karpet terbaik untuk setiap ruang yang ada di kediaman anda.
Ciri-ciri;
Diperbuat daripada baldu, ketebalan 0.5 cm, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Paling bagus, bahagian bawah karpet ini mempunyai lapisan anti gelincir dan jenis kalis air, jadi tidak perlu risau jika ada air tertumpah kerana mudah dibersihkan.
Terdapat dua pilihan saiz iaitu XXL dan XXXL.
Review;
"Jika anda sukakan rekaan rumah berkonsepkan Turki dan inginkan karpet velvet gaya Turki, jangan risau. Ada!"
Rekaan karpet velvet viral ini juga tidak kurang menariknya kerana mempunyai corak 3D yang timbul.
Jadi, anda yang gemarkan produk dengan rekaan yang menyerlah digalakkan untuk mendapatkan karpet ini.
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar juga tidak perlu risau untuk meletakkan karpet ini di ruang tamu atau ruang bermain kanak-kanak sebab tidak licin dan memang sesuai untuk anak-anak kecil bermain atau baring.
Selain itu, anda juga boleh pilih sama ada mahu dapatkan karpet saiz M sehingga 5XL sebab setiap rekaan karpet jenis ini boleh didapati dalam lima saiz.
Cara membersihkannya juga mudah, boleh cuba cuci tempat yang kotor dengan menggunakan berus lembut dan sedikit pencuci. Kemudian, bilas dengan air bersih.
Tapi karpet ini boleh juga dicuci karpet dengan menggunakan mesin basuh kerana diperbuat daripada bahan velvet (baldu) sekaligus dapat memberikan keselesaan kepada anda dan tetamu.
Karpet velvet ini wajib dimiliki kerana mempunyai 10 rekaan yang menarik dan tekstur warna tidak mudah pudar jadi tak perlu beli karpet baru setiap tahun.
Harga karpet velvet saiz L ini pula mampu milik, tidak hairanlah di Shopee telah terjual lebih 50 ribu unit!
Tambahan pula, anda yang mempunyai anak-anak kecil yang baru bermula belajar berjalan dan berlari juga boleh dapatkan karpet ini kerana permukaannya tidak licin.
Bahagian bawah pula anti gelincir, jika karpet ini diletakkan ruang dapur rumah terjamin keselamatan kerana anda tidak jatuh.
Antara faktor lain yang menyebabkan produk ini menjadi pilihan ramai kerana bahagian sisi dan bucu karpet ini dijahit dengan kemas dan teliti.
Cara penyimpanan karpet ini juga tidak akan memakan ruang yang banyak kerana ia boleh digulung atau dilipat, tapi dalam masa yang sama tak akan mengubah bentuk karpet anda.
Paling best, disebabkan karpet ini ringan dan tidak terlalu tebal, karpet ini boleh dikeringkan dengan mudah.
Saiz karpet bersaiz L berdimensi 130x180cm, jadi pastikan anda ukur dulu ruang rumah anda supaya tidak tersalah beli.
Bahagian dapur antara ruang yang berselerak dan basah tapi tak bermakna tempat memasak tidak perlu dihias dengan cantik.
Untuk menaikkan lagi seri ruang tersebut, anda boleh dapatkan karpet velvet khas untuk dapur ini kerana warna karpet ini tidak mudah pudar walaupun dibasuh.
Karpet ini direka terdapat anti gelincir pada bahagian bawah, jadi memang sesuai diletakkan di ruang yang berdekatan dengan sinki dapur.
Jika anda bijak deko kediaman , karpet kecil ini boleh diletakkan di ruang-ruang lain seperti luar tandas bilik atau dalam bilik. Barulah anda akan berasa lebih selesa untuk bekerja dari rumah.
Jika anda masih tercari-cari karpet yang elegan dan ruang yang besar, karpet velvet 3D yang bersaiz 200x300cm ini sangat sesuai.
Diperbuat daripada bahan velvet lembut jadi selesa untuk baring walaupun tanpa toto. Bahagian jahitan sisinya juga kemas sekaligus menampakkan karpet ini sangat berkualiti tinggi.
Walaupun harganya boleh mencecah ratusan ringgit, namun sebagai pengguna yang bijak, anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM80 ketika waktu promosi di Shopee atau Lazada.
Karpet ini boleh digulung jika anda tidak mahu menggunakannya dan kesan gulungan tidak akan kelihatan jika dibentangkan semula.
Kalau terdapat cecair yang tumpah, itu tidak akan merosakkan karpet sebab boleh dibersihkan dengan mudah sama ada dengan tangan atau dengan mesin cuci.
Paling penting, produk daripada velvet ini mudah kering.
Walaupun ruang tamu dan ruang makan merupakan tempat ahli keluarga dan tetamu berkumpul setiap kali ada majlis seperti rumah terbuka atau kenduri kahwin, ini tak bermakna anda harus mengabaikan dekorasi bilik tidur.
Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, penggunaan karpet juga sedikit sebanyak memainkan peranan.
Oleh itu, jangan ketinggalan untuk dapatkan karpet velvet dengan gaya moden dan Nordic yang sedang viral di Malaysia ini.
Tarikan utama produk ini sudah tentulah ia mudah untuk dibersihkan sebab walaupun rumah anda tidak mempunyai vakum, ia boleh juga disapu dengan penyapu biasa, berus habuk atau penyapu lidi.
Tambahan pula, karpet velvet ini jenis tahan lasak kerana ia dilengkapi dengan bahagian bawah yang anti-slip jadi selamat untuk anak-anak yang gemar berlari dalam rumah.
Ia turut boleh dibasuh sendiri dengan tangan dan mudah kering, jadi pemilik karpet juga tak perlu bazirkan duit untuk ke kedai dobi semata-mata untuk membersihkannya.
Kamar tidur dan ruang bermain anak-anak juga perlu dihias supaya ia bertambah ceria. Barulah anak-anak anda yang masih bersekolah lebih rajin untuk belajar dan menyiapkan kerja rumah.
Karpet dengan corak kartun ini hadir dalam pelbagai jenis saiz seperti saiz M, L, XL dan XXL, jadi anda boleh pilih mana yang paling sesuai dengan keluasan ruang anak-anak.
Menariknya lagi, jika ada ahli keluarga anda yang mempunyai masalah pernafasan, tak perlu risau untuk menggunakan karpet ini di rumah. Ini kerana ia anti habuk dan mudah dibersihkan.
Selain direka dengan corak kartun ABC yang berwarna-warni, ada juga karpet yang mempunyai corak watak superhero kegemaran ramai anak-anak seperti Spiderman. Malah, kartun Hello Kitty pun ada. Pendek kata, semua jenis corak ada untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki.
Sangat sesuai untuk anak-anak yang sedang belajar mengenal huruf ABC dan nombor 1 sehingga 10, jadi mereka boleh bermain sambil belajar di rumah. Harganya pula mampu milik dan tidak akan terlalu membebankan poket ibu bapa.
Karpet ini pula lain daripada yang lain kerana ia diperbuat dengan ciri istimewa iaitu coraknya dicetak dengan teknologi cetakan 5D. Walaupun ia boleh dibasuh dengan tangan dan mesin cuci, fabrik velvetnya tidak akan menyebabkan karpet ini mudah kecut.
Permaidani ini turut hadir dengan bahagian bawah yang tidak mudah tergelincir atau licin, jadi tiada masalah jika anak-anak bermain di atas hamparan karpet ini.
Saiznya pula cukup besar iaitu saiz XL (200cmx160cm), memang sesuai untuk ruang tamu atau ruang makan tetamu di kediaman atau di pejabat anda.
Rekaannya juga sesuai jika mahu diletakkan di sekolah atau pejabat guru. Malah, permaidani jenis velvet tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, justeru rumah anda akan kelihatan lebih berseri.
Selain ada lebih 15 rekaan dan corak yang anda boleh pilih, karpet ini tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi sebab ia boleh dicuci dengan mesin basuh. Hidup dan aktiviti harian anda akan jadi lebih mudah dengan karpet ini.
Rasanya semua orang mahukan permaidani yang berkualiti tinggi supaya tak perlu beli karpet dengan kerap, namun kadang-kadang harga yang terlalu mahal menjadi penghalang untuk pemilik rumah atau pejabat.
Jangan risau, karpet velvet bersaiz XL ini akan selesaikan masalah anda.
Dengan harga yang berpatutan, karpet ini tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis serta dijahit dengan kemas di bahagian sisinya, jadi ia mampu bertahan lama jika dijaga dengan baik.
Rekaan dan corak pada setiap karpet juga berbeza-beza di mana ia akan memberikan anda pilihan yang terbaik dan sesuai untuk setiap ruang kediaman.
Uniknya, permaidani jenis velvet ini juga senang dicuci dan anda boleh basuhnya dengan mesin cuci sebab ia tahan lasak dan cepat kering.
Anda juga boleh guna penyedut hampagas atau berus kecil untuk bersihkan karpet ini daripada rerambut atau habuk.
Karpet Velvet Vs Tatami
Mana satu pilihan anda karpet velvet atau karpet tatami? Kedua-dua jenis ini mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri, tapi mana yang lebih baik?
Karpet tatami sukar dibersihkan apabila terkena kotoran dibandingkan dengan karpet velvet.
Jika anda ingin mencari karpet untuk ruang tamu, karpet velvet adalah pilihan yang baik kerana ia tahan lasak dan mudah dibersihkan serta cepat kering jika terkena air.
Terdapat banyak pilihan corak untuk dipilih, jadi anda pasti dapat menemui karpet velvet yang sesuai untuk ruangan rumah anda.
Karpet tatami mempunyai tekstur yang lembut dan halus, memberikan rasa selesa dan keselesaan apabila dipijak.
Tapi karpet tatami tidak sesuai untuk penggunaan di kawasan yang basah atau lembap seperti dapur atau bilik air.
Ia juga memerlukan penjagaan yang lebih baik, mudah kotor dan tidak sesuai untuk kanak-kanak yang sentiasa aktif bermain.
Selain itu, karpet tatami juga memberikan sentuhan moden pada ruang bilik tidur anda.
Karpet velvet juga boleh menjadi mahal jika dibandingkan dengan karpet tatami.
Apa Itu Karpet Velvet?
Mereka yang mahu menghias rumah dan bilik tidur pasti akan memilih karpet velvet kerana karpet ini diperbuat daripada bahan velvet atau baldu yang lembut.
Tidak seperti karpet lain yang mengandungi material seperti kapas atau linen tapi karpet velvet ini memiliki tekstur permukaan yang lembut dan bersinar.
Ini dapat memberikan keselesaan kepada semua dan menampakkan karpet berkualiti tinggi.
Jenis Karpet Velvet
Karpet velvet mempunyai beberapa jenis, jadi perlu buat pilihan yang bijak mengikut kesesuaian ruang kediaman anda.
Malah, terdapat sesetengah karpet velvet tidak mempunyai bahagian tapak anti gelincir jadi tidak sesuai untuk ruang yang mempunyai kanak-kanak yang berlari-lari di rumah.
Selain itu, ada juga karpet velvet yang direka dengan rekaan corak 5D serta 3D dan terdapat pelbagai dari S sehingga 5XL jadi membolehkan anda meletakkan karpet velvet ini di setiap ruang rumah tak kira ruang kecil atau besar.
Cara Cuci Karpet Velvet
Seperti kebanyakan karpet yang lain, karpet velvet ini boleh dibersihkan dengan penyedut hampagas atau penyapu terutamanya jika terdapat banyak bulu-bulu halus atau rambut.
Malah, ada juga sesetengah jenis karpet velvet yang boleh dibasuh dengan mesin cuci.
Apa yang pasti, jika terdapat kotoran, anda perlu cepat-cepat bersihkan dengan air bersih dengan kain basah supaya warna kotoran itu tidak menyerap ke dalam karpet velvet.
Pastikan juga anda bertanya kepada penjual karpet velvet tentang kaedah pembersihan yang betul agar dapat memberi penjagaan yang rapi dan terbaik.