Teknologi

10 SD Card Reader Terbaik di Malaysia 2026 - Jenama Berkualiti

10 SD card reader terbaik di Malaysia: Transcend RDF5 RM45 (keseluruhan terbaik), Ilano 2-in-1 RM15.90 (paling murah). Harga disemak 25 Sep 2026.


Editor · Updated 25 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 SD Card Reader Terbaik di Malaysia 2026 - Jenama Berkualiti
SD card reader USB terbaikTranscend RDF5 USB 3.0 SD Card Reader
RM45See price at Lazada

Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan kami untuk SD card reader di Malaysia ialah Transcend RDF5 USB 3.0 SD Card Reader, RM45.00 (harga disemak 25 September 2026). Jika anda mahukan pilihan paling murah, Ilano 2-in-1 Card Reader pada RM15.90 masih boleh dipercayai untuk kegunaan harian.

Penggunaan SD Card sememangnya penting terutamanya jika anda merupakan seorang juruvideo atau jurugambar di mana anda perlu menyimpan kesemua fail penting klien.

Kandungan

Namun, kalau komputer riba atau PC yang dimiliki tidak mempunyai slot khas untuk kad SD atau micro SD, kerja dan tugasan anda akan tertangguh. Ini petanda untuk anda dapatkan alat SD card reader ini yang akan memudahkan kerja-kerja penyimpanan atau pemindahan fail penting dari kad memori ke laptop. 

Berikut kami senaraikan 10 pilihan SD card reader dengan kualiti terbaik yang anda boleh pilih untuk kegunaan harian. 


Isi Kandungan


10 SD Card Reader Terbaik di Malaysia

Bagaimana Kami Pilih SD Card Reader Terbaik

Kami bandingkan harga semasa di Shopee dan Lazada, semak sama ada reader itu sokong USB 3.0 (bukan sekadar 2.0 yang lebih perlahan), dan utamakan jenis yang sepadan dengan port peranti anda: USB-A, USB-C, atau Lightning untuk iPhone. Reader yang hanya sokong satu jenis kad sahaja kami catatkan sebagai kekurangan, bukan kami sembunyikan.

USB 3.0 atau USB 2.0, apa bezanya?

USB 3.0 boleh memindahkan fail jauh lebih pantas, penting jika anda seorang jurugambar atau videografer yang kerap pindahkan video 4K bersaiz besar dari kad SD.

Perlukah saya pilih reader pelbagai jenis kad (multi-card)?

Jika anda hanya guna satu jenis kad (contohnya microSD pada telefon), reader single-slot lebih murah dan padat. Reader multi-card lebih berbaloi jika anda ada kamera, telefon dan dashcam yang guna jenis kad berbeza.

Terbaik untuk Pilihan Terbaik Keseluruhan: Transcend RDF5 USB 3.0 SD Card Reader

Transcend RDF5 USB 3.0 SD Card Reader
SD card reader USB terbaik 1 daripada 10
Transcend RDF5 USB 3.0 SD Card Reader
Partnership with Transcend
Dari RM45
Kelajuan tinggi
Ada slot kad SD & microSD
Tak menyokong penggunaan kad microSD & SD secara serentak
1 lagi
Sesuai untuk Windows & Mac

Hadir dengan tiga pilihan warna menarik iaitu hitam, merah jambu dan putih, SD card reader terbaik dengan sambungan USB jenis A ini akan memberikan anda pengalaman data transfer yang baik dan memuaskan. 

Menariknya, ia juga boleh digunakan sebagai USB flash drive. Jadi, anda boleh simpan seberapa banyak fail yang anda mahukan tanpa masalah. 

Tak perlu pening kepala jika tiba-tiba alat ini rosak ketika digunakan, ia juga hadir dengan waranti selama dua tahun.

Paling bagus, produk ini turut sesuai dengan USB 2.0. 

Malah, ia mempunyai dimensi badan 56mm x 24mm x 8.9mm manakala beratnya pula hanyalah 18 gram. Memang kompak dan mudah dibawa ke mana-mana. 

Selain itu, ia dilengkapi dengan lampu indikator jenis LED yang akan menunjukkan bahawa aktiviti memindahkan fail atau data dari kad memori sedang berjalan. 

Price
RM45

Terbaik untuk iPhone & iPad: Lightning to SD Card Camera Reader

Lightning to SD Card Camera Reader
SD card reader untuk iPhone 2 daripada 10
Lightning to SD Card Camera Reader
Partnership with
Dari RM59
Menyokong pelbagai jenis format gambar
Proses pemindahan data laju
Hanya sesuai untuk produk jenama Apple
1 lagi
Boleh digunakan juga pada iPad

Jika anda merupakan salah seorang pengguna iPhone yang sedang pening kepala mencari SD card reader yang sesuai dengan telefon pintar, alat jenama ini lah yang bakal jadi sahabat baik anda untuk berkongsi gambar yang ditangkap dengan rakan. 

Cara sambungan memang mudah dan terbaik kerana peranti anda akan terus membuka aplikasi Photosi. Jadi, dari situ pengguna boleh pilih apa yang mahu dilakukan dengan fail tesebut. 

Antara format gambar yang disokong oleh card reader ini ialah MPEG-4, JPEG, RAW dan format video HD. Justeru, pengguna boleh mengakses gambar-gambar kegemaran anda tanpa batasan. 

Namun, harus diingatkan bahawa produk ini hanya sesuai digunakan dengan peranti Apple yang menyokong sistem iOS 9 dan keatas sahaja.

Price
RM59

Terbaik untuk Harga Berbaloi: Kingma BMGP312 USB Card Reader

Kingma BMGP312 USB Card Reader
SD card reader murah 3 daripada 10
Kingma BMGP312 USB Card Reader
Partnership with
Dari RM19.88
Rekaan sleek
Port USB & Micro USB
Tiada waranti
1 lagi
Menyokong kad SD & kad MicroSD (TF)

Anda yang sedang tercari-cari pilihan SD card reader dengan harga yang berpatutan boleh cuba beli produk jenama Kingma ini kerana ia boleh didapatkan dengan harga yang cukup murah, bawah RM20 sahaja. 

Selain itu, alat ini mudah digunakan, hanya perlu cucuk sahaja pada mana-mana komputer riba atau PC yang mempunyai perisian Windows atau MacOS dan tak perlu muat turun apa-apa jenis aplikasi untuk menggunakannya. 

Malah, ia dilengkapi dengan USB 3.0, jadi masa yang diambil untuk memindahkan fail dari memory card ke komputer adalah pantas. 

Produk yang berdimensi 17mm x 60mm x 10mm ini juga mudah dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil. Jadi, anda boleh simpannya dalam beg tangan tanpa masalah.

Price
RM19.88

Terbaik untuk Kad MicroSD: Kingston Mobilelite Duo 3C MicroSD Reader

Kingston Mobilelite Duo 3C MicroSD Reader
SD card reader micro 4 daripada 10
Kingston Mobilelite Duo 3C MicroSD Reader
Partnership with Kingston
Dari RM40.90
2 tahun waranti
Sesuai dengan Windows, Mac OS, Linux & Chrome OS
Harga agak mahal
1 lagi
Rekaan ringan & kompak

Produk jenama Kingston ini pula direka khas untuk individu yang mahukan card reader untuk MicroSD. 

Ia dilengkapi dengan jenis sambungan USB-C dan USB-A. Jadi, walaupun laptop anda tak menyokong USB jenis C, anda tetap boleh boleh guna alat ini untuk memindahkan data. 

Tambahan pula, memory card reader ini turut menggunakan USB 3.1 Gen 1, jadi kerja-kerja pemindahan gambar atau video ke komputer akan menjimatkan masa anda kerana selesai dengan lebih cepat walaupun fail bersaiz besar. 

Dalam masa yang sama, ia turut sesuai digunakan dengan port USB 2.0. 

Uniknya, badannya diperbuat daripada logam, jadi akan tahan lama walaupun digunakan di persekitaran yang agak mencabar. 

Selain kad jenis microSD, ia juga menyokong penggunaan kad dengan format microSDHC UHS-1 dan microSDXC UHS-1.

Price
RM40.90

Terbaik untuk Paling Murah: Ilano 2-in-1 Card Reader

Ilano 2-in-1 Card Reader
SD card reader untuk laptop 5 daripada 10
Ilano 2-in-1 Card Reader
Partnership with Ilano
Dari RM15.90
Laju, kerana ada USB 3.0
Ringan, hanya 8g
Badan diperbuat daripada plastik
2 lagi
Ada lubang untuk gantung tali
Menyokong kad SD & kad TF microSD

Dilengkapi dengan jenis sambungan USB-A, alat ini sesuai untuk mereka yang gemar menyimpan gambar dalam komputer riba masing-masing. Card reader jenis ini mampu memindahkan fail sehingga 90MB persaat, jadi masalah lagging akan dikurangkan.  

Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk transfer video atau gambar daripada kamera, ia turut boleh digunakan untuk pindahkan data daripada drone, alat rakaman pada kereta dan kelengkapan kamera pengawasan seperti CCTV. 

Selain itu, card reader Ilano ini sesuai dengan mana-mana laptop yang hadir dengan perisian Windows, Linux dan MacOS. Ia juga dilengkapi dengan lampu kecil yang akan menyala, menandakan ia sedang digunakan. Mudah bukan? 

Paling bagus, ia juga mempunyai penutup pada bahagian sambungan USB yang akan melindunginya daripada habuk atau berkarat.

Price
RM15.90

Terbaik untuk Telefon Android OTG: Vention 2 in 1 Card Reader OTG

Vention 2 in 1 Card Reader OTG
SD card reader untuk PC 6 daripada 10
Vention 2 in 1 Card Reader OTG
Partnership with Vention
Dari RM20.39
Sesuai dengan Windows, Linux, MacOS, Chrome OS
Pemindahan data lebih laju & stabil
Kelajuan proses pemindahan data boleh terjejas jika pelbagai kad digunakan dalam 1 masa
1 lagi
Waranti 1 tahun

Card reader dengan slot kad SD dan kad TF ini pula boleh digunakan dengan pelbagai peranti kerana selain sesuai dengan komputer.

Ia juga mempunyai USB micro dan USB-C untuk tablet atau laptop yang menyokong penggunaan USB jenis ini. Jadi, anda tak perlu bazir duit beli produk lain untuk kegunaan harian. 

Paling best, ia mampu digunakan pada telefon pintar sebab sambungan USB yang dimilikinya ialah jenis OTG (on the go) yang akan memudahkan anda untuk memindahkan data walaupun tanpa komputer. 

Untuk menggunakan kad MicroSD, anda hanya perlu masukkannya pada slot kecil yang tersedia dan jangan lupa tolak sedikit untuk mengeluarkannya semula. 

Plug card reader ini pula jenis kemas yang tak mudah longgar walaupun digunakan beribu kali. Ia juga diperbuat daripada aluminium yang tidak mudah rosak.

Price
RM20.39

Terbaik untuk Jurugambar & Videografer: SanDisk Extreme Pro SD UHS-II Card Reader

SanDisk Extreme Pro SD UHS-II Card Reader
SD card reader high speed 7 daripada 10
SanDisk Extreme Pro SD UHS-II Card Reader
Partnership with SanDisk
Dari RM152
USB 3.0
2 tahun waranti
Harga agak mahal
1 lagi
Kelajuan hingga 500MB/s

Walaupun harga card reader dari Sandisk ini adalah lebih mahal daripada produk jenama lain, namun kualiti transfer speed yang dimiliknya memang laju dan menjimatkan masa pemindahan data. 

Menariknya lagi, ia direka khas untuk juruvideo atau jurugambar yang kesuntukan waktu untuk menunggu proses pemindahan gambar atau video yang terlalu lama. 

Selain itu, disebabkan ia turut menyokong USB 2.0, justeru pengguna tak perlu dapatkan card reader lain walaupun peranti atau komputer anda tak dilengkapi dengan USB 3.0. 

Kelajuan pemindahan fail akan lebih bagus jika digunakan bersama dengan kad memori SD jenis UHS-II namun dalam masa yang sama, anda tetap boleh menggunakan kad dengan format UHS-I atau kad SD bukan UHS yang lain. 

USB 3.0 pula akan memberikan anda kelajuan pemindahan data 10 kali lebih laju daripada USB 2.0, jadi tak payah tunggu lama untuk transfer gambar atau video yang bersaiz besar dari memory card ke PC.

Price
RM152

Terbaik untuk Laptop USB-C: Anker A8370 2-in-1 USB C SD Card Reader

Anker A8370 2-in-1 USB C SD Card Reader
SD card reader type C 8 daripada 10
Anker A8370 2-in-1 USB C SD Card Reader
Partnership with
Dari RM79
Jenis OTG, boleh pindahkan data dimana sahaja
Ada slot kad microSD & kad SD
Tidak boleh digunakan pada peranti yang tiada port USB-C

Mempunyai waranti yang bertahan selama 18 bulan, produk memory card reader 2 dalam 1 yang diperbuat daripada bahan premium. 

Card reader ini boleh digunakan pada komputer riba, PC atau telefon pintar yang dilengkapi dengan sambungan USB type C. 

Ia tahan lama dan boleh transfer sehingga 10000 kali. 

Apa jua jenis format kad disokong seperti kad microSDHC, microSDXC, MMC Micro dan kad SD biasa serta RS-MMC. 

Malah, kelajuan proses pemindahan datanya pula boleh mencecah sehingga 5Gbps dan beratnya pula cukup ringan, hanya lapan gram sahaja.

Price
RM79

Terbaik untuk PC Meja: IIano Multi-function Five-in-one Card Reader

IIano Multi-function Five-in-one Card Reader
SD card reader untuk android 9 daripada 10
IIano Multi-function Five-in-one Card Reader
Partnership with
Dari RM33.90
Hanya plug & play
Sesuai untuk perisian MacOS, Windows & Linux
Tidak begitu sesuai dengan iPhone
2 lagi
Ada fungsi OTG
Ringan, hanya 16g

Gemar menonton filem menggunakan telefon pintar jenis Android tapi peranti tak cukup storage? 

Produk jenama ini akan selesaikan masalah anda kerana selain boleh disambung pada komputer, ia juga boleh digunakan terus untuk membuka video atau fail gambar pada telefon Android anda. 

Tambahan pula, ia diperbuat daripada aluminium dan tak akan cepat panas walaupun digunakan dalam tempoh masa yang lama. 

Card reader ini juga mempunyai beberapa jenis sambungan USB yang lain iaitu USB mikro, USB 3.0 dan USB-C. 

Selain itu, alat ini hadir dengan dua slot kad iaitu untuk TF card dan kad SD yang turut menyokong beberapa format kad yang lain iaitu micro SDHC, SDXC dan RSMMC. 

Paling memudahkan kerja, produk ini boleh boleh digunakan dengan drone, kamera SLR, tablet dan macam-macam lagi. Anda juga tak perlu muat turun sebarang aplikasi untuk menggunakan card reader ini pada laptop.

Price
RM33.90

Terbaik untuk Semua Dalam Satu: ORICO 3CR61 USB3.0 6 in 1 Card Reader

ORICO 3CR61 USB3.0 6 in 1 Card Reader
Semua dalam satu 10 daripada 10
ORICO 3CR61 USB3.0 6 in 1 Card Reader
Partnership with ORICO
Dari RM57
Waranti 1 tahun
Diperbuat daripada aluminium & plastik ABS
Port microUSB hanya sesuai dengan peranti yang ada fungsi OTG sahaja
2 lagi
Mampu pindahkan data dalam masa beberapa saat saja
Menyokong kapasiti sehingga 512G

Daya tarikan utama card reader ini sudah tentulah kebolehannya untuk menggunakan kad SD dan kad TF serta USB secara serentak. 

Ia juga boleh disambung dengan pelbagai peranti termasuklah telefon pintar, komputer riba, PC dan banyak lagi. 

Hadir dengan USB 3.0, kerja-kerja memindahkan data akan siap dengan lebih pantas tanpa halangan kerana transfer rate alat ini ialah sehingga 5Gbps.

Card reader dengan berat 21g ini turut dilengkapi dengan USB type C dan micro USB. Jadi, anda boleh sambungkannya dengan mana-mana telefon pintar atau komputer dengan perisian Windows dan Mac yang mempunyai sambungan USB tersebut. 

Selain itu, produk ini juga menyokong penggunaan kad memori alat pengawasan seperti CCTV dan dashcam kereta, jadi anda boleh periksa video atau footage secara terus jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. 

Paling penting, review daripada pengguna produk ini juga tidak mengecewakan. 

Price
RM57

Cara Pilih SD Card Reader Terbaik 

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu sebelum membeli SD card reader. 

Antaranya ialah kelajuan USB kerana USB jenis 3.1 generasi kedua adalah lebih laju daripada versi generasi pertama. Kalau anda mahukan kerja-kerja pemindahan data selesai dengan cepat, boleh pilih produk yang hadir dengan sokongan USB tersebut. 

Selain itu, perhatikan juga jenis sambungan yang dimiliki oleh sesebuah produk itu. 

Ini kerana ada sesetengah SD card reader hadir dengan port USB-A dan ada juga yang perlu disambung dengan port USB jenis C. Jadi, anda perlu pilih SD card reader yang paling sesuai dengan komputer atau peranti anda. 

Seterusnya ialah D card reader jenis kabel sama ada ia boleh ditanggalkan atau tidak. Kami sarankan anda untuk dapatkan kabel SD card reader yang tidak boleh ditanggalkan supaya tak berlaku masalah wayar hilang di kemudian hari. 

Jadi, apa-apa pun, buat lah pilihan bijak dan paling penting, pastikan ia sesuai dengan keperluan harian anda.  


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation