Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kenyang & Sedap! Resepi Oat Ni Sesuai Untuk Gastrik & Turunkan Berat Badan

Bijirin oat mampu beri korang kenyang dalam tempoh yang lama!

Gastrik terjadi apabila seseorang merasakan sakit perut bahagian atas perut atau abdomen, rasa loya atau rasa senak dan berangin perut. Punca utama terjadinya gastrik adalah makan lambat.

Selalunya terjadi apabila seseorang berpuasa atau ingin menurunkan berat badan. Tak semua orang mampu menahan lapar dan dahaga untuk tempoh yang lama dan tak semua orang juga mampu menurunkan berat badan dengan mudah.

Jadi, kami nak kongsikan tip pengambilan makanan yang sedap dan mudah khas untuk golongan ini supaya perut korang kenyang dalam jangka masa yang panjang.

Bahan apa yang perlu ada?

Dry Overnight Oat Sets
Dry Overnight Oat Sets
From
RM25.00
Check Dry Overnight Oat Sets price below:

Dalam satu pack Dry Overnight Oat ni, sudah siap sedia 8 bahan utama iaitu Australia Rolled Oat, Chia Seeds, Flaxseed, Pumpkin Seed, Sunflower Seed, Gold Raisin, Almond dan Walnut.

Jadi tak perlu susah-susah nak cari bahan untuk campurkan, tinggal untuk masukkan buah pilihan yang mengandungi vitamin C, susu atau yogurt mengikut citarasa tekak masing-masing.

EasiYo Yogurt Greek Style Unsweetened (1kg)
EasiYo
From
RM24.00
Check EasiYo Yogurt Greek Style Unsweetened (1kg) price below:
V-SOY Multigrain Soy Milk (1L)
From
RM5.20
Check V-SOY Multigrain Soy Milk (1L) price below:

Bahan-bahan;

  1. Buah pilihan.
  2. Dry Overnight Oat.
  3. Susu full cream/susu soya/susu almond
  4. Yogurt

Cara penyediaan;

  1. Masukkan Dry Overnight Oat dalam bekas atau mangkuk.
  2. Kemudian tuang 4 sudu yogurt dan susu mengikut banyak mana korang suka.
  3. Gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan buah pilihan.
  5. Simpan dalam peti selama 12 jam.
  6. Sedia untuk dimakan.

Tip penting;

  1. Jika ingin rasa manis sikit, boleh tambah satu sudu madu bukan gula.
  2. Boleh tambah kekacang yang lain untuk menambah rasa kerangupan.
  3. Tidak semestinya pilihan buah lebih dari satu, campur oat dengan satu jenis buah pun sudah memadai.
  4. Jika tidak mahu gunakan Dry Overnight Oat ini, pastikan korang tak guna instant oat bagi mengelakkan rasa oat seperti nestum bayi.

Kenapa oat dapat buat perut kenyang dalam tempoh yang lama?

Pernah tak korang terfikir kenapa oat dijadikan salah satu makanan diet dan mampu memberi kekenyangan dalam tempoh yang lama pada seseorang?

Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, utamakan produk bijirin penuh yang tinggi kandungan serat, rendah lemak, rendah gula dan rendah garam kerana kandungan gula dalam sesuatu hidangan membuatkan rasa kenyang dalam tempoh yang singkat.

Selain itu, amalkan buah-buahan dan tenusu setiap hari untuk mendapatkan tenaga yang cukup untuk tempoh yang panjang. 

Resepi oat lain korang boleh buat sendiri!

Artikel Berkaitan 

End of Article