Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Asyik Masak Merah Je! Apa Kata Cuba 3 Resepi Udang Harimau Yang Lain Ni Pulak

Alergi makan udang bukan bermakna tak boleh langsung masak udang kan?

Udang adalah salah satu makanan laut yang terkenal, siapa je tak suka makan udang kecuali mereka yang mempunyai alergi dengan makanan laut.

Tapi, alergi makan udang bukan bermakna tak boleh langsung masak udang kan? Malangnya, menu udang kalau kita tengok mesti masak merah bersama petai ataupun udang buttermilk. Bosan! 

Jadi, sekarang ni kami nak kongsikan resepi udang lain dari yang lain. Sedap tau!

Table of Contents

CL Fresh Udang Harimau
CL Fresh Udang Harimau
mulai
RM20.99
Semak CL Fresh Udang Harimau harga dibawah:

Sekarang semua hujung jari, barang basah pun boleh beli melalui atas talian jadi CL Fresh ada jual Udang Harimau segar yang boleh bertahan selama 2 minggu sehingga sebulan jika disimpan dalam peti sejuk beku.

Udang Masak Gulai Petai

Bahan-bahan;

  1. Udang harimau 20 ekor.
  2. Petai segenggam.
  3. Santan pekat 500gram.
  4. Serai yang sudah diketuk.
  5. Daun kunyit yang telah dihiris nipis.
  6. Tomato 2 biji kecil. Jika besar, sebiji dah cukup.
  7. 1 sudu besar serbuk perasa.
  8. Suku gula gerek.
  9. Secubit garam.

Bahan tumbuk / kisar;

  1. Kunyit hidup besar ibu jari.
  2. Bawang merah besar sebiji.
  3. Bawang putih 4 ulas.
  4. Cili besar 1 batang.
  5. Cili padi 3 batang.

Cara penyediaan;

  1. Masukkan bahan kisar, serai dan santan.
  2. Gaul sehingga menggelegak.
  3. Masukkan udang dan gaul sehingga udang masak.
  4. Masukkan petai, tomato, daun kunyit, serbuk perasa, gula dan garam.
  5. Kacau sehingga menggelegak.
  6. Sedia untuk dihidang. Nak lagi sedap, makan bersama ikan masin.

Udang Palembang

Bahan-bahan;

  1. Udang harimau 20 ekor.
  2. Santan pekat 500 gram.
  3. Kicap manis cap kipas udang 1 mangkuk kecil.
  4. Kicap pekat 3 sudu besar.
  5. Serai yang sudah diketuk.
  6. Tomato 2 biji kecil. Jika besar, sebiji dah cukup.
  7. 1 sudu besar serbuk perasa.
  8. Suku gula gerek.
  9. Secubit garam.
  10. 1 sudu kecil budu.

Bahan tumis;

  1. Bawang merah 1 biji.
  2. Bawang putih 3 biji.
  3. 1 batang daun kari.
  4. Cili kisar 2 sudu.

Cara penyediaan;

  1. Goreng semua bahan tumis bersama serai sehingga cili pecah minyak.
  2. Masukkan budu, kicap manis dan pekat. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan santan, garam, gula dan serbuk perasa.
  4. Kacau sehingga menggelegak.
  5. Masukkan udang dan gaul sehingga masak.
  6. Masukkan tomato.
  7. Sedia untuk dihidang. Nak lagi sedap, makan bersama sambal belacan pedas!

Udang Masak Lemak Nenas

Bahan-bahan;

  1. Udang harimau 20 ekor.
  2. Nenas kecil sebiji yang sudah dipotong dadu.
  3. Semangkuk besar air putih,
  4. Secubit garam.
  5. 1 sudu kecil gula.
  6. 1 sudu besar serbuk perasa.

Bahan tumis;

  1. Bawang merah 1 biji.
  2. Bawang putih 4 ulas.
  3. 1 batang kayu manis.
  4. 1 sudu chili flakes.
  5. 2 bunga lawang.
  6. Kunyit hidup sebesar ibu jari.

Cara penyediaan;

  1. Goreng semua bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan nenas dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
  5. Masukkan serbuk perasa, gula dan garam.
  6. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas!

View this post on Instagram

A post shared by @krist_cookery

Tip penting kalau masak makanan laut, garam dan gula haruslah masukkan selepas lauk dimasak sepenuhnya bagi mengelakkan dari isi makanan laut liat.

Selamat mencuba!

End of Article