Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kenapa Telur Ayam Boleh Tembelang? 3 Cara Kenali Telur Baik atau Busuk

Purata seorang rakyat Malaysia menggunakan telur ayam sebanyak 254 biji

Menurut sumber Agromakanan Negara (MOA) penggunaan telur ayam di Malaysia melebihi sasaran pengeluar. Pada tahun 2010 saja, penggunaan telur ayam sebanyak 115.4 juta biji dikeluarkan selama setahun dan meningkat dari tahun ke tahun.

Ini bermakna, purata seorang rakyat Malaysia menggunakan telur ayam sebanyak 254 biji. Sangat tinggi! Tapi tidak hairanlah kerana kebanyakan resepi masakan Melayu pasti menggunakan telur tidak kira dijadikan sebagai hidangan utama atau sampingan.

Remote file

Kenapa telur ayam tembelang?

Walaupun permintaan telur ayam sangat tinggi malangnya, masih terdapat telur ayam yang busuk atau erti kata lain, tembelang.

Untuk pengetahuan korang, setiap biji telur ayam mempunyai satu lapisan perlindungan yang wujud secara semulajadi daripada tubuh badan ayam sendiri iaitu selaput protein nipis atau bahasa sains dipanggil, cuticle.

Selaput berkenaan bertujuan melindungi isi kandungan dalam telur daripada dicemari bakteria. Bahagian kulit telur pula mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan bagi melindungi bakteria daripada masuk.

Peraturan sebelum guna telur ayam

Jadi, bila kita basuh telur secara tak langsung lapisan tersebut menjadi nipis dan mudahlah bakteria Salmonella masuk ke dalam liang-liang pori telur dan merosakkan isi telur.

Bahaya tau kalau makan telur yang ada bakteria ini kerana boleh mengakibatkan seseorang mengalami sakit perut, demam, cirit-birit dan muntah. Bagi mengelakkan daripada apa-apa kerosakan pada telur, sebaiknya basuh apabila hendak menggunakannya. 

Misalnya, hari ini beli 10 biji telur dan ingin menggunakan dua biji pada keesokan harinya jadi boleh basuh siap-siap dua biji telur pada hari ini.

Macam mana nak tahu telur ayam tembelang?

Mudah saja untuk mengenal pasti telur tembelang, hanya lihat pada tiga ciri ini saja;

  1. Goncangkan dekat pada telinga sebelum pecahkan telur. Kalau dengar banyak bunyi, telur tidak segar, manakala telur yang lebih tua akan mengeluarkan lebih banyak bunyi kocakan kerana poket gas lebih besar (memberi ruang untuk bergerak) dan telur telah kehilangan protein.
  2. Jika tidak, selepas pecah telurkan, telur akan mengeluarkan bau tengit dan busuk.
  3. Bahagian kuning telur berubah kepada kelabu atau hitam.
  4. Bahagian putih telur bertukar bintik kehitaman.

Tapi, kemungkinan besar, korang tak sempat nak lihat ciri-ciri ni sebab bau telur tembelang mampu bawa anda pergi ke singki untuk muntah kerana baunya berasal dari hidrogen sulfida gas (H2S). 

Molekul gas lebih berat daripada udara, mudah terbakar, dan beracun sebab itu, kita boleh lihat sendiri kesegaran dan kualiti telur melalui merendam telur dalam air.

Kesimpulannya, simpan telur dalam tempat yang selamat dan membasuhnya jika ingin menggunakan telur.

mulai
RM14.62
Semak Locaupin Stackable 18pcs Eggs Storage Box With Lid harga dibawah:

Bekas telur ini dapat mengekalkan kesegaran telur dalam jangka masa yang lebih lama sekaligus dapat melindungi telur dari mudah terdedah dari bakteria yang ada dalam peti sejuk.

Selain itu, bekas telur ini mudah dibawa kemana saja tanpa perlu risau telur pecah atau rosak kerana Locaupin Stackable Refrigerator Eggs Storage ini mempunyai penutup dan bekasnya diperbuat daripada BPA.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article