Automotif

Tahu Tak Kalau Pokok Himpap Kereta Atau Rumah, Kita Boleh Claim Kerosakan Dekat MBSA?


Editor · 10 May 2021, 5:31pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Tahu Tak Kalau Pokok Himpap Kereta Atau Rumah, Kita Boleh Claim Kerosakan Dekat MBSA?

Memetik laporan Astro Awani pada 13 April lalu, satu kejadian malang telah menimpa sebuah rumah, kereta dan gerai penjaja apabila dihimpap pokok tumbang susulan hujan serta angin kuat di sekitar ibu kota pada waktu petang.

Persoalan di sini, siapakah yang akan menanggung kos kerugian kerosakkan rumah, kereta dan gerai penjaja tersebut? Jadi dalam artikel ini kami akan kongsikan cara claim insuran dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) jika berlaku kemalangan seperti ini.

Kandungan

Perkongsian ringkas ini dikongsikan dari ciapan Twitter.

Cara claim kerosakan dekat MBSA

#1 - Telefon bomba

Bila pokok awam tumbang himpap kereta atau rumah, pasti sukar untuk kita sendiri alihkan pokok tersebut ke tepi. Lebih-lebih lagi keadaan cuaca yang tidak mengizinkan atau berlaku di tengah jalan raya.

Jadi, apa guna pihak bomba dan penyelamat? Panggil mereka untuk alihkan pokok yang tumbang.

#2 - Ambil gambar

Sementara menunggu pihak bomba datang, ambil gambar setiap bahagian kereta atau rumah yang terhimpap dengan pokok tumbang supaya mudah jika ada pihak minta bukti.

samsung galaxy s21
Mempunyai multi-camera berkualiti
Samsung Galaxy S21
Partnership with Samsung
Dari RM3,249
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kamera serba boleh
Lebih murah dari Galaxy S20
Skrin kurang memuaskan
1 lagi
Tiada slot microSD

Samsung Galaxy S21 mempunyai multi-camera yang didatangi tiga buah lens. Setiap lens tersebut mempunyai ciri tersendiri. Lens utama mempunyai 12 MP, kemudian lens telefoto bersolusi 64 MP, dan terakhir lens ultrawide, 12 MP.

Malah, apabila camera telefon di zoom kualiti gambar tidak terjejas dan kekal jelas. Tambah pula bila dalam keadaan night mode secara automatik akan membuatkan foto anda kelihatan seperti diambil pada waktu siang hari.

#3 - Buat laporan polis

Terus ke balai polis terdekat untuk membuat laporan. Ketika membuat laporan, nyatakan laporan bertujuan untuk membuat claim kerosakan bencana alam supaya memudahkan urusan pihak insurans menyelesaikan isu ini.

Remote file

#4 - Pergi ke MBSA

Selesai saja tiga langkah tersebut, korang boleh terus pergi ke MBSA dengan membawa beberapa salinan. 

  1. Laporan polis original.
  2. Salinan Geran.
  3. Salinan kad pengenalan dan kad pengenalan.
  4. Salinan Insurans.
  5. Salinan Lesen.
  6. Surat rasmi menceritakan kejadian yang berlaku.
  7. Sebut harga atau resit bagi kerosakan yang dialami.

Perlu diingatkan, manfaat ini hanya untuk penduduk sekitar Shah Alam sahaja dan jika insurans kereta korang memang ada tambahan untuk bencana alam.

Jika ingin menyemak sama ada kawasan Majlis Bandaraya korang terdapat insurans kerosakan bencana alam ini, boleh semak terus dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) cuma setahu kami, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga boleh claim insurans kersosakan seperti ini.

Claim insuran tidak boleh dilakukan jika insuran tidak sekalikan dengan insurans bencana alam dan pokok tersebut bukan dari pihak MBSA.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation