Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Traffic Jam

Tak Ada Apa Pun Tapi Kenapa Jalan Raya Sesak?

Traffic Jam? Anda mungkin punca utama!

Tahukah anda? Pada tahun 2010, Lebuhraya Nasional China mengalami kesesakan lalu lintas yang teramat teruk  sehingga melambatkan ribuan kenderaan sejauh lebih dari 100 kilometer (60 mi) dan berlangsung selama 10 hari!

Remote file

Bagi pengguna jalan raya, masalah utama mereka pastinya jalan raya sesak dan lebih menyakitkan hati bila jalan raya sesak disebabkan tiada punca kemalangan atau sekatan jalan raya (SJR). Bukan apa, nanti lambat sampai ke destinasi, mata mula rasa berat atau bosan bila berseorangan dalam kereta.

Malah, lebih teruk lagi satu kajian saintis di Kanada mendapati semakin sesak sesuatu jalan raya, semakin tinggi risiko seseorang menghidap simptom dementia atau kemerosotan kemampuan mental seseorang misalnya, hilang ingatan, pelupa hingga kepada penyakit Alzheimer.

Menakutkan bukan? Tapi persoalannya, bagaimana ingin mengelakkan dari berlaku kesesakan lalu lintas? Jom lihat cara berikut....

#1 - Beri laluan pada pemandu lain tapi gilir-gilir

Remote file

Pernah dengar bottle neck? Maksudnya, 3 lorong menjadi 2 atau 1 lorong dan menyebabkan jalan sesak di belakang kerana lorong yang besar menjadi sempit dan akan berlaku banyak kereta ingin bertukar lorong.

Bila berada di situasi begini, jadilah pemandu yang bertolak ansur. Berilah ruang kepada kenderaan di lorong sebelah tetapi secara bergilir-gilir. Jadi, sama-sama dapat bergerak untuk sampai ke destinasi.

Tapi, kalau ada kenderaan tidak bertanggungjawab memotong kenderaan lain dari lorong kecemasan kemudian ingin masuk ke lorong pemanduan, mudah saja, tangkap gambar  dan buat laporan ke balai. 

#2 - Pastikan berada di lorong yang betul

Cara kita menggunakan lorong di lebuh raya memberi impak kepada kelancaran trafik dan juga keselamatan kita. Jadilah...

Posted by PLUS Malaysia on Monday, June 3, 2019

Sebagai pemandu, jadilah pemandu yang tidak pentingkan diri. Jika sedang memandu dalam kelajuan yang perlahan atau memandu kenderaan berat, ambil lah lorong yang paling kiri.

Manakala, jika kenderaan berat ingin memotong atau kelajuan kereta bergerak lebih laju, pergilah ke lorong tengah dan memandulah di lorong kanan jika ingin memotong kenderaan tengah.

#3 - Sentiasa beri lampu isyarat kenderaan

Antara kesalahan utama pemandu adalah gagal memberi lampu isyarat kenderaan apabila ingin bertukar lorong disebabkan berlaku kesalahan seperti #2 iaitu berada di lorong yang salah.

Tindakan ini nampak kesalahan kecil tapi memberi impak besar pada keadaan jalan raya kerana mungkin boleh berlaku kemalangan atau situasi pemandu belakang akan menekan pedal brek secara mengejut kerana tidak bersedia saat anda ingin menukar lorong dan terus berlarutan kepada kereta belakang sehingga berlaku keadaan jalan raya sesak dan perlahan.

Jadi, lampu isyarat kenderaan amat penting untuk beritahu ke mana arah tuju pemanduan anda kepada pemandu lain.

#4 - Elakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Remote file

Selain daripada gagal berada di lorong yang betul dan tidak memberi lampu isyarat, cuba elakkan menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu kerana semakin lama masa tindak balas dengan telefon bimbit semakin tinggi kadar gangguan ketika memandu.

Kajian Miros pada 2016 melibatkan 300 responden di Lembah Klang mendapati, 61.9% menggunakan telefon bimbit ketika berhenti di simpang lampu isyarat merah dan 53.6% pemandu menggunakan telefon bimbit ketika terperangkap di dalam kesesakan.

Jumlah ini cukup jelas menunjukkan rakyat Malaysia suka bermain telefon ketika memandu sehingga menyebabkan fokus pemanduan kurang seterusnya mengakibat kesesakan lalu lintas.

#5 - Elakkan memarkir kereta bertindan (double parking)

Sebenarnya, situasi double parking secara faktanya adalah antara perkara biasa yang orang Malaysia akan hadapi terutama di kawasan yang sempit dan di tengah bandar pesat. 

Malah, lebih teruk lagi, kesan double parking menyebabkan dua lorong menjadi satu lorong sehingga sukar untuk kenderaan lain lalu dengan lancar dan menyebabkan kesesakan kenderaan. Jadi, pastikan parkir kereta di kotak kenderaan yang telah dikhaskan.

Itulah antara punca utama kesesakan lalu lintas di mana masalah ini kita sama-sama boleh tandingi jika ada sikap bertanggungjawab, bertolak ansur dan tidak pentingkan diri.

Apa pun, selamat memandu!

End of Article