Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Beza Ikan Sardin dan Makerel

Jangan Salah Beli Tin Ikan Sardin Dengan Tin Ikan Mackerel

Macam mana nak tahu perbezaan kedua-dua jenis tin ikan ni?

Bila nak pilih tin sardin, jangan salah ambil sebab ada dua jenis ikan yang digunakan oleh kebanyakan jenama syarikat pengetinan untuk proses pengetinan ikan, iaitu Ikan Sardin dan juga Ikan Mackerel.

Mungkin ada yang sudah tahu, mungkin ada daripada kita tak pernah tahu pun. Jika perhatikan daripada bentuk tin sama saja saiz tapi kalau di lihat pada warna, perkataan, gambar ikan dan label pada tin, kita akan jumpa perbezaan dua jenis tin ikan ini. Jangan keliru!

Jadi, apa perbezaan kedua-dua jenis tin ikan ni?

mulai
RM4.90
Semak Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce harga dibawah:
Ikan mackerel
Ayam Brand
Ayam Brand Mackerel
mulai
RM3.90
Semak Ayam Brand Mackerel harga dibawah:

Cara proses

Malah, perbezaan kedua-dua jenis ikan tin bukan saja pada luaran tapi bahan pemprosesan pun berbeza. Mana tidaknya, Ikan Mackerel dan Ikan Sardin bukan berada dalam kumpulan ikan yang sama, sudah semestinya cara proses juga lain. Kalau proses sama, mungkin salah satu ikan mudah rosak.

Saiz ketulan ikan

Selain itu, perbezaan kedua-dua jenis ikan tin ni adalah saiz dan kuantiti ketulan ikan yang dimasukkan ketika proses pengetinan. Kalau tin yang lebel ‘ikan sardin’, saiz ikannya agak kecil dan kuantiti lebih banyak iaitu 4 ketul. Kalau tin yang label ‘ikan mackerel’, kuantiti agak sedikit iaitu 2 ketul saja tapi saiz ikan agak besar.

Rasa

Seterusnya, kalau sentuh bab rasa kedua-dua jenis ikan ini, sebenarnya lebih kurang je. Cuma, kita sebagai pengguna boleh buat pilihan sama ada inginkan ketulan ikan yang banyak atau sedikit dan jenis ikan yang ingin dimasak.

Selepas ini jangan pelik bila kuantiti ikan dalam tin sikit atau banyak. Selamat membeli-belah!

Peringatan keras buat para suami di luar sana kalau si isteri minta tolong belikan tin ikan pastikan tanya dulu ikan jenis apa okay? Sardin atau Mackerel. Melainkan isteri anda tak kisah ikan yang mana satu asalkan balik dari kedai bawa tin berwarna merah kuning. 

End of Article