Musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) telah membataskan pergaulan sosial kita semua lebih lagi kepada keluarga dan insan yang tersayang. Jika dahulu hari-hari istimewa boleh disambut bersama namun kini ada yang mungkin berjauhan lebih dari 10 kilometer. Selain dari menghantar ucapan melalui teks atau media sosial ada terdapat lagi satu cara yang menarik.
Anda boleh memilih servis penghantaran jambangan bunga kepada yang tersayang. Tapi kenapa bunga? Bunga sinonim dengan tanda kasih sayang dan ingatan cinta jadi memang ia cukup sempurna sebagai pengganti diri anda kepada si dia.
Ini adalah senarai servis penghantaran jambangan bunga yang boleh anda cuba.
- Harga: bawah RM100 – RM500 dan keatas
- Penghantaran: seluruh Malaysia (mengikut negeri) dan Singapura
- Cas penghantaran: tiada
- Instagram: https://www.instagram.com/myflower.florist/?hl=en
Gubahan jambangan bunga yang disediakan dari My Flower Florist bukan calang-calang. Anda boleh memilih dari gubahan jambangan tangan sehingga dari bentuk pasu. Variasi pilihan bunga juga menarik dan bersesuaian dengan tema majlis. Jika biasa bunga ditambah dengan manisan seperti kek atau coklat. Berbeza dengan My Flower Florist ia turut mempunyai bakul bunga bersama buah-buahan sebagai hadiah istimewa. Selain itu, anda boleh memilih pilihan dekorasi bunga mengikut samada untuk teman lelaki atau teman wanita. Barulah sesuai dengan tema bukan? Kesegaran dan haruman bunga terjamin sehingga tujuh hari selepas penghantaran. Jika anda mahu menghantar pesanan bunga ke Singapura, mereka turut mempunyai cawangan disana!
- Harga: bawah RM100 – RM500 dan keatas
- Penghantaran: Seluruh Malaysia dan Singapura (Pakej dry flower). Kuala Lumpur, Selangor, Pulau-Pinang dan Johor sahaja (Pakej bunga segar).
- Cas penghantaran: tiada
- Instagram: https://www.instagram.com/bloomthis/?hl=en
Jika anda mencari-cari sesuatu yang berbeza dari jambangan bunga segar, Bloom This ada jalan penyelesaian. Mereka menyediakan pakej dari bunga-bungaan kering yang terus boleh dihantar kepada si dia yang tinggal dimana-mana sahaja seluruh Malaysia. Setiap rekaan jambangan bunga kering dihias cukup elegan setanding bungaan segar. Malah terdapat pelbagai dekorasi tambahan seperti kepilan kad ucapan dan kit DIY. Bloom This cukup sinonim dengan gubahan bunga yang sentiasa mengikut fesyen semasa. Selain itu juga mereka sering melakukan kolaborasi bersama pelbagai jenama tempatan seperti Scoop Inside, Wanderlust + Co dan ramai lagi! Setiap pilihan yang ditawarkan didatangi kepilan kad ucapan percuma atau anda boleh tambah bersama foto kenangan anda bersama tersayang. Tersangatlah istimewa!
- Harga: RM40 – RM600 dan keatas
- Penghantaran: Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau-Pinang (Pakej bunga segar). Seluruh negara (Pakej hadiah).
- Cas penghantaran: tiada
- Instagram: https://www.instagram.com/50gram.com.my/?hl=en
Agak terkejut juga bila melihat laman sesawang 50Gram kerana ia bukan sahaja dipenuhi pakej bunga-bungaan malah pelbagai pilihan hadiah! Anda boleh pilih sahaja samada patung, minyak wangi, barang kemas dan banyak lagi untuk didatangi bersama jambangan bunga. Pasti si dia merasa cukup bertuah dan disayangi dengan kejutan jambangan beserta hadiah dari pakej 50Gram. Kehadiran hari kekasih akan datang kali ini 50Gram menyediakan pelbagai promosi bersama jenama kecantik seperti Sephora, Dyson, Wonderlab dan Tsubaki. Jangan risau setiap perbelanjaan di 50Gram anda berpeluang jimat 10% cashback dalam bentuk mata ganjaran. Kalau anda rasa tak cukup hujani kekasih dengan bunga atau hadiah, 50Gram turut mempunyai pakej bersama manisan seperti kek dan coklat. Kalau ikutkan apa yang anda impikan untuk hadiahi buat kekasih atau keluarga serba lengkap di 50Gram.
- Harga: RM88 – RM2600
- Penghantaran: Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak, Negeri Sembilan dan Pulau-Pinang (kawasan terpilih).
- Cas penghantaran: mengikut kawasan
- Instagram: https://www.instagram.com/bloom2u/?hl=en
Bloom2U menyediakan pelbagai gubahan bunga dari harga serendah RM88 sehingga RM2600! Apa yang menarik gubahan jambangan Bloom2U lebih klasik, ringkas dan tidak keterlaluan. Ia turut mempunyai beberapa pakej bersama hadiah, manisan dan gubahan bunga dalam pasu. Menarik tentang gubahan bunga pasu ia boleh ditukar sebagai perhiasan dalam rumah. Konsep yang ada pada Bloom2U cukup sesuai dihadiahkan kepada ibu bapa, para guru atau keluarga. Sentuhan hiasan pula dari bunga-bunga mewah seperti mawar, lili, orkid, tulip dan banyak lagi. Ulasan dari pelanggan sebelum ini cukup puas dengan khidmat Bloom2U berikan. Apa sahaja majlis dari ulangtahun kelahiran hinggalah majlis pembukaan kedai Bloom2U ada sediakan jambangan bunga mngikut citarasa anda.
- Harga: bawah RM100 – RM400 dan keatas
- Penghantaran: seluruh negara (negeri / daerah terpilih)
- Cas penghantaran: tiada
- Instagram: https://www.instagram.com/flowerchimp/?hl=en
Mungkin ada diantara kita berlainan negeri atau daerah dengan pasangan. Sukar juga untuk mencari kedai bunga yang mempunyai kredabiliti untuk menghantar bunga walaupun berlainan tempat. Jangan risau di Flower Chimp mereka mampu mengirimkan ‘cinta’ anda dari Kuala Lumpur hingga ke Miri tanpa sebarang cas tambahan! Penghantaran juga dilakukan pada hari yang sama, cuma pastikan anda hantar tempahan sebelum 2:30 petang. Flower Chimp telah mendapat pelbagai reaksi positif termasuklah beberapa ulasan dari akhbar tempatan seperti News Straits Time dan The Rakyat Post. Mereka juga mempunyai pakej jambangan bunga beserta kek pada harga yang cukup berpatutan. Jadi gunakan khidmat Flower Chip bagi memastikan hari bahagia yang tersayang sempurna.
- Harga: RM100 – RM600 dan keatas
- Penghantaran: Seluruh Malaysia dan luar negara.
- Cas penghantaran: mengikut kawasan
- Instagram: https://www.instagram.com/floweradvisor/?hl=en
Kira-kira kalau ada keluarga yang sedang merantau jauh nun di negara orang, bolehlah guna khidmat Flower Advisor. Dunia maya dan penghantaran kini sudah tiada batasnya. Flower Advisor boleh menghantar pesanan cinta dan ingatan dengan semudah itu. Selain bungaan, mereka menyediakan khidmat bakul hadiah untuk hari perayaan seperti Tahun Baru Cina dan paling istimewa Hari Raya Aidilfitri. Bakul hadiah bukanlah budaya dalam sambutan Hari Raya jadi pendekatan yang diambil oleh Flower Advisor adalah suatu kelainan. Malah lebih mengagumkan untuk penghantaran ucapan tahniah atas kelahiran anak, Flower Advsisor bukan sekadar boleh jambangan bunga tapi kelengkapan pakaian bayi dan sebagainya! Buat yang mencari-cari perkhidmatan pakej hadiah dan bungaan Flower Advisor adalah yang terbaik setakat ini.
- Harga: RM39 – RM300
- Penghantaran: Lembah Klang (Pakej bunga segar). Seluruh negara (Pakej hadiah).
- Cas penghantaran: mengikut kawasan
- Instagram: https://www.instagram.com/happybunchmy/?hl=en
Agak berkira-kira dengan bajet yang anda? Jangan khuatir harga dan kualiti hiasan bunga dari Happy Bunch boleh menyelamatkan poket anda. Dari serendah RM39 anda boleh hadiahkan jambangan bunga yang elegan buat si tersayang. Kalau rasa bosan dengan bunga dan kek, apa kata cuba dengan pakej pokok hiasan. Berbeza dari bunga, pokok hiasan sebegini dapat hidup lebih lama! Namun begitu perkhidmatan Happy Bunch bagi pakej jambangan bunga, kek dan pokok hiasan hanya di sekitar Lembah Klang. Pada mereka yang tinggal dikawasan luar anda boleh menghadiahkan set hadiah. Ternyata set hadiah yang disediakan sangat berbaloi terdiri dari set wangian, penjagaan diri dan snek kesihatan. Happy Bunch lokasi yang terbaik untuk anda yang baru-baru mencuba servis seperti ini.
- Harga: RM39 – RM255
- Penghantaran: Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Cheras, Subang Jaya, Ampang, Seri Kembangan, Puchong, Shah Alam, Klang, Cyberjaya dan Putrajaya
- Cas penghantaran: mengikut kawasan dan pakej
- Instagram: https://www.instagram.com/scentales/?hl=en
Setiap kali melihat hiasan gubahan bunga dari Scentales cukup memukau. Pilihan pakej pula terdiri dari gubahan bunga, penghantaran kek, set hadiah dan juga jambagan bunga kering.Walaupun setiap jambangan tampil ringkas namun pilihan warna dan susunan bunga sangat menarik perhatian. Biasa kita lihat bunga mawar menjadi watak utama tapi Scentales gemar memilih bunga-bunga yang jarang dilihat seperti astille, rice flower dan rumput hiasan. Selain itu, Scentales turut menerima tempahan hadiah berkonsepkan hiasan dekorasi rumah. Dari hiasan kecil yang comel sehinggalah besar bingkai gambar Scentales mampu siapkan dengan indah sekali. Warga Lembah Klang cukup bertuah dapat menikmati servis Scentales!
- Harga: RM59 – RM1050
- Penghantaran: Kuala Lumpur dan Selangor
- Cas penghantaran: tiada
- Instagram: https://www.instagram.com/twelve_petals/?hl=en
Twelve Petals menyediakan lebih dari 20 rekabentuk jambangan bunga mengikut kesesuaian bajet dan majlis anda. Tidak seperti kedai bunga yang lain Twelve Petals menerima cadangan gubahan atau rekaan mengikut citarasa pelanggan. Sebagai contoh, pasangan anda alah dengan bunga mawar mungkin diboleh ganti dengan bunga yang lebih sesuai. Setiap bunga yang digunakan segar, dijaga dengan baik dan berkualiti. Uniknya lagi, Twelve Petals mempunyai pakej bunga mawar yang disembur dengan warna emas. Kuntuman bunga mawar disembur dengan penuh teliti. Anda juga boleh tambah kejutan pada pasangan dengan kehadiran bunga bersama belon-belon cinta! Senang kata, Twelve Petals menyediakan gubahan bunga dan hadiah yang sangat romatis.