Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Upgrade Barang Dapur Semasa Promosi Russell Taylors!

Jenama lokal setanding jenama antarabangsa dengan harga mampu milik.

Jika anda pernah terdengar atau belum pernah dengar tentang jenama Russell Taylors ini, anda pasti akan menyangka bahawa jenama ini adalah jenama antrabangsa. Namun tahukah anda, jenama ini sebenarnya adalah jenama lokal yang membekalkan barangan dapur untuk kegunaan harian dan juga untuk dapur komersial. 

Jujur kami katakan, jika anda melihat pada design dan kualiti produk ini, pasti anda tidak akan menyangka produk ini adalah jenama tempatan. Design barangannya yang futuristik dan kelihatan moden memang kelihatan setanding jenama popular lain seperti Tefal atau Philips. Kebanyakan barangan jenama ini juga sudah berjaya menempa nama dan popular dalam kalangan pembeli online misalnya air fryer, bread maker dan pressure cooker nya.

Skeptikal untuk menggunakan produk tempatan? Jangan risau di sini kami senaraikan barangan popular Russell Taylors berserta review untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat.

mulai
RM199.99
Semak Russell Taylors Digital Air Fryer AF-26 Large (3.8L) harga dibawah:
add_circle Menggoreng makanan dengan sekata
add_circle Jimatkan penggunaan elektrik
add_circle Pemegang air fryer tahan haba

Russell Taylors menawarkan air fryer berkapasiti 3.8L ini dengan mutu yang setanding dengan jenama hebat yang lain. Tidak kira jika anda ingin menggoreng ayam atau nuget ataupun kentang goreng, fryer ini boleh memberi hasil yang memuaskan dengan gorengan yang sekata.

Teknologi Rapid Air terdapat air fryer ini membolehkan anda menggoreng makanan tanpa perlu menggunakan minyak dan masih mengekalkan nutrisi pada setiap hidangan yang disediakan. Anda juga boleh setkan timer kepada 30 minit mengikut jenis hidangan dan fungsi auto-off pada air fryer ini akan shutdown sendiri setelah hidangan siap dimasak. 

Disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga & SIRIM, air fryer ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan tenaga elektrik malahan ianya selamat untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja. Pemegang pada air fryer ini pula tahan haba dan tidak akan mudah melecur. 

mulai
RM167.00
Semak Russell Taylors 4L Pressure Cooker Stainless Steel Pot PC-40, Rice Cooker harga dibawah:

Periuk ini memastikan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di dapur. Ianya bukan sekadar mudah tetapi juga dapat memberikan anda pilihan untuk memasak pelbagai jenis makanan seperti makanan yang direbus, sup, bubur, kari, sayuran dan banyak lagi. Selain itu, fungsi pemasa pada periuk ini membolehkan anda memasak sambil melangsaikan kerja-kerja lain.Tidak perlu disental semasa membersih dalaman periuk ini, hanya perlu cuci menggunakan air yang bersih. Periuk ini sangat sempurna untuk anda miliki atau dibuat sebagai hadiah untuk pasangan yang baru berkahwin.

mulai
RM299.99
Semak Russell Taylors 1000W 5L Stand Mixer SM-1000 harga dibawah:
add_circle Mempunyai pelindung percikan
add_circle Boleh mengadun tepung sehingga 1kg tepung
remove_circle Bunyi mesin agak kuat

Kelajuan motor mesin pengadun ini adalah 1000W dan ianya dapat mengadun bahan adunan seperti kek, roti atau donut dengan lebih mudah, pantas dan lembut. Mesin pengadun ini juga didatangi dengan splash guard yang dapat menghalang adunan anda dari terpercik keluar. Rekaan yang sleek, pasti sesuai jika diletakkan di dalam ruangan dapur moden anda.

Mendapat pengiktirafan daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Russell Taylors merupakan mesin pengadun terulung dan antara peneraju utama di dalam kelas yang tersendiri. Mungkin harganya dibawah kemampuan bajet, tetapi fungsi mesin pengadun ini tetap setanding jenama mahal. 

Dengan kapasiti 5L dan berkuasa tinggi, anda boleh gunakannya untuk tujuan berbisnes secara kecil-kecilan. Walaupun ianya bersaiz agak besar berbanding jenama setaraf dengannya, mesin pengadun ini sering menjadi pilihan pengguna.

Ukuran  -
Berat (kg)  -
Material  Plastic body / stainless steel bowl
Tenaga (watt)  1000W
Speed level  3 speed + pulse
Aksesori tambahan (dough beater etc.)  Whip wire, dough hook, flat beater

 

mulai
RM349.99
Semak Russell Taylors 60L Oven Toaster (OT-60) harga dibawah:
add_circle Pre-heat oven 5 minit sebelum sahaja
add_circle Mudah dikendali dengan 3 butang pemanasan
add_circle Jimatkan penggunaan tenaga elektrik

Memasak sesuatu hidangan pastinya memerlukan masa yang ringkas dan mudah. Terdapat pelbagai oven yang pastinya membuatkan anda keliru untuk memilih yang terbaik dan bertahan lama. Apa kata cuba oven dari jenama Rusell Taylors yang mendapat pengiktirafan terbaik dari pengguna.

Pre-heat oven ini dalam masa hanya 5 minit sahaja sebelum anda mula memasak hidangan yang diingini. Ketuhar ini sangat mudah untuk dikendali dan dilengkapi dengan 3 butang yang berfungsi sebagai sistem pemanasan atas dan bawah. Semasa hidangan anda sedang dimasak, jika ingin masakan tersebut menjadi enak, ubahkan sahaja laras suhu tanpa perlu mematikan suis ketuhar ini terlebih dahulu.

Ciri oven ini yang moden menjadikannya antara pilihan pengguna dan mudah dikendali serta menjimatkan penggunaan tenaga. Sediakan hidangan yang mudah dan ringkas dalam masa hanya beberapa minit sahaja dengan ketuhar ini. 

Pembuat roti pisang
mulai
RM249.99
Semak Russell Taylors Bread Maker Large 2.0LB harga dibawah:
add_circle Inner pot non stick mudah dicuci
add_circle 19 preset program
add_circle Timer
remove_circle Mengeluarkan bunyi
remove_circle Tidak cukup tepat untuk menghasilkan roti yang besar

Bread maker ini direka khas untuk memudahkan proses membuat roti sendiri di rumah. Tidak seperti cara tradisional yang memerlukan anda untuk menguli doh, anda hanya perlu memasukkan bahan-bahan untuk membuat roti ke dalam mesin ini dan hanya tekan butang proses. Dalam hanya beberapa minit anda akan dapat menghasilkan sebuku roti yang segar dan berkualiti tinggi buatan sendiri.

Bread maker ini didatangkan dengan 19 butan preset. Dari butang asas seperti untuk buat dough dan campuran bahan sehinggalah ke stir fry. Ia pasti dapat memenuhi keperluan anda yang inginkan pastry seperti roti perancis, roti whole-wheat dan kek.

Ia juga mempunyai butang delay timer selama 15 jam yang membolehkan anda untuk menyediakan bahan dan membuat roti kemudian.. Terdapat juga fungsi keep warm yang membolehkan anda untuk memanaskan roti sehingga 60 minit. Ia juga mempunyai cermin kaca pada bahagian atas yang membolehkan anda untuk menyelia pembuatan roti tanpa perlu membuka penutupnya. Pembuat roti ini digemari ramai kerana keupayaannya untuk menghasilkan roti yang lembut, sedap dengan kulit yang rangup di luar.

Promosi Terkini Barangan Russell Taylors

Sudahlah murah, ditambah pula dengan diskaun dan promosi. Memang berbaloi jika anda dapatkan barangan Russell Taylors semasa promosi ini berlansung.

Ini adalah voucher yang boleh anda nikmati. Untuk maklumat lanjut, klik di sini

Nikmati Syarat Validity

Diskaun 69% untuk Russell Taylors Bread Maker Large 2.0LB (RM199, ori. RM800)

Klik di sini

- Hanya pada 11 November 2020

Diskaun 67% untuk Russell Taylors Air Fryer AF-24 Large 3.8L (RM169, ori. RM600)

Klik di sini

- Hanya pada 11 November 2020

Diskaun 67% untuk Russell Taylors 6L Electric Pressure Cooker PC-60 (RM169, ori. RM600)

Klik di sini

- Hanya pada 11 November 2020
Diskaun 67% untuk Russell Taylors Multifunction Hand Blender Food Processor HB-6 (RM79, ori. RM300) - Hanya pada 11 November 2020
Voucher diskaun 11% (sehingga RM55) Pembelian minimum RM499 dengan Lazada Wallet Hanya pada 11 November 2020
Penghantaran percuma bernilai RM8 Pembelian minimum RM35 Hanya pada 11 November 2020
Peluang untuk memenangi Nissan Almera & banyak lagi Top-up Lazada Wallet Hanya pada 11 November 2020, beli dari 12 malam-2 pagi)

Mengenai Produk Russell Taylors

Russell Taylors menawarkan 7 kategori barangan atau perkakas dapur seperti: slow juicer, hand blender, snack maker (pembuat snek), stand mixer, pressure cooker, air fryer & bread maker.

Antara barangannya yang popular adalah air fryernya yang berfungsi untuk menghasilkan makanan bergoreng tanpa minyak! Air fryer jenama ini begitu popular dan mendapat sambutan hangat daripada para pengguna sehingga terdapat pelbagai review Youtube dan blog yang membincangkan tentang kualitinya yang tinggi disamping membuka peluang untuk penghasilan makanan yang lebih sihat untuk diet lebih seimbang.

Selain itu, pressure cooker daripada Russell Taylors juga digemari ramai kerana harganya yang berpatutan disamping tahan lama. Produk ini menerima pelbagai review positif terutamanya pada sizenya yang kompak, kecil serta komponennya yang mudah untuk dicuci.

Bread maker dari Russell Taylors juga popular kerana keupayaannya untuk menghasilkan roti yang gebu dengan harga murah. Ia juag adalah praktikal dan amat mudah untuk digunakan.


Mengenai Russell Taylors Malaysia

Diasaskan di Malaysia oleh seorang usahawan muda Satish Raguchandran, Russell Taylors berkembang dari sebuah bisnes kecil sehingga jenama ini mempunyai pelbagai kategori produk. Memandangkan kebanyakan peralatan dapur di pasaran ditawarkan pada harga premium, jenama ini berusaha untuk membekalkan peralatan atau barangan dapur yang mampu milik.  Jenama ini juga berusaha untuk menghasilkan produk yang mesra alam dengan mengoptimakan penghasilan produk supaya dapat mengurangkan bahan buangan, menjalankan operasi dengan SOP yang mesra alam, serta menyokong inisiatif-inisiatif hijau pada peringkat lokal dan negeri.

End of Article