Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Lakukan Senaman Di Rumah Untuk Jimat Wang Dan Masa

Bersenam dirumah menggunakan alat senaman yang selamat!

Dahulunya jika anda ingin melakukan senaman perlu berada di luar sebagai contoh taman rekreasi, pusat gim atau stadium. Ia memerlukan jadual masa kerana anda perlu memandu ke tempat tersebut, mencari waktu yang sesuai supaya tidak bersesak dan berebut peralatan gim. Paling yang tidak digemari ialah anda terpaksa membayar yuran bulanan gim walaupun tidak kesana. Kebanyakan dari kita mula hilang semangat untuk meneruskan gara-gara terlalu banyak kekangan yang timbul dari segi masa dan wang.

Sebenarnya cara yang paling mudah untuk bersenam ialah bila anda lakukan sendiri dengan bantuan peralatan senaman rumah dan video ringkas senaman dilaman media sosial. Duit dan masa anda boleh jimat bila bersenam di rumah. Pastikan anda mempunyai sasaran yang ingin dicapai samada turun berat badan, kecilkan paha, kempiskan perut atau hanya untuk aktiviti regangan. Barulah anda akan rasa dan nampak perubahan yang berlaku pada tubuh dan kesihatan diri. 

Adakah senaman boleh membantu menambah ketinggian?

Bagi yang berhajat untuk menambah beberapa sentimeter dalam ketinggian anda baik lupakan sahaja. Tiada alat, ubat atau kaedah senaman pun yang mampu mengubah ketinggian anda. Namun begitu, anda masih boleh mencipta ilusi tinggi dari hasil bersenam kerana tubuh akan kelihatan lebih lansing. Terutamanya jika anda fokus senaman dibahagian otot kaki dan belakang badan. Antara contoh senaman ialah bergayut, squat, lompat tali, berlari dan berenang. Senaman seperti ini boleh mengembalikan bentuk postur badan dan meningkatkan pembesaran otot. 

Tidak lupa juga pada diet dan pengambilan protein yang seimbang bagi memastikan tubuh dan stamina tetap kekal. Jadi yang berangan-angan nak jadi tinggi itu boleh cuba cara ini cumanya sentimenter anda takkan bertambah ya. Fahamkan. 

11 Alatan Senaman Yang Boleh Digunakan Di Rumah Mudah dan Selamat

Urutan bola melegakan tekanan pada telapak tangan
Sanctband Active Massage Ball
From
RM39.00
Check Sanctband Active Massage Ball price below:
add_circle murah
add_circle saiz kecil, dibawa kemana sahaja
add_circle mudah digunakan
add_circle kualiti terjamin

Ramai yang lupa tangan kita juga memerlukan urutan manja kerana ia antara anggota tubuh yang paling banyak bekerja. Kajian mendapati urutan pada telapak tangan boleh mengurangkan stress dan keletihan sambil meredakan kesakitan otot. Terutamanya selepas melakukan aktiviti bersenam. Ia dipanggil sebagai “post-workout massage” untuk mengurangkan sakit otot bagi mempercepatkan pemulihan sel.  Malah ia bantu melancarkan peredaran darah dengan membawa oksigen baharu.

Pemilihan bola urut tidak boleh diambil ringan kerana setiap produk mempunyai perbezaan tekanan. Sanctband Active Massage Ball produk bola urut yang mempunyai ketebalan dan berat yang tepat untuk memberi tekanan yang baik pada setiap urutan. Saiz bola yang kecil ini memudahkan untuk anda memberi urutan tangan atau badan pada bila-bila masa sahaja. Meredakan kekejangan akibat duduk lama di pejabat, berurut ketika menonton televisyen atau sedang sambil membaca buku. 

Lakukan urutan tangan anda menggunakan Sanctband Active Massage Ball selama 15 minit. Pastikan guna tekanan ringan supaya tidak mendatangkan kecederaan. Waktu paling terbaik untuk berurut sebelum masuk tidur atau selepas bersenam. Memang melegakan!

Cara kurus paling cepat dengan senaman lompat tali
POWER BEARR Digital Skipping Rope
From
RM35.00
Check POWER BEARR Digital Skipping Rope price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Boleh diselaraskan
add_circle Selamat pada kanak-kanak
add_circle Boleh mengira kalori & lompatan
remove_circle Paparan led boleh rosak
remove_circle Menggunakan bateri

Tahukah anda lompat tali selama 15 minit boleh membakar 200 hingga 300 kalori? Ianya cara paling pantas untuk anda menurunkan berat badan. Setiap lompatan memerlukan tenaga yang banyak sehingga menyebabkan tubuh anda secara tidak langsung membakar kalori. Jangan lupa kadar degupan jantung juga berfungsi dengan baik terutamanya untuk peredaran darah. Lompat tali antara senaman yang mudah, selamat dan tidak menggunakan bajet yang tinggi!

Dapatkan TBF Digital Skipping Rope yang sangat membantu anda mengira kalori. Menariknya lagi ia boleh dilaraskan tanpa tali untuk mengelakkan dari kaki tersangkut. Kalau yang baru nak mula lompat tali sangat disyorkan menggunakan tali lompat digital ini. Alat cengkaman juga direka selesa supaya tidak licin apabila tangan mula berpeluh. Tanpa jam tangan sukan pun anda boleh mengira tepat masa, kalori, jumlah lompatan dan penyelarasan berat tali. Senang kata produk ini cukup lengkap pada mereka yang masih newbie dalam dunia sukan. 

Ulasan dari pembeli juga rata-ratanya berpuas hati dengan TBF Digital Skipping Rope yang memudahkan aktiviti bersenam. Malah kanak-kanak juga boleh mencuba tali lompat ini dengan mod tanpa tali (cordless).

Tukar set dumbbell kepada tubing untuk sesi latihan di rumah
Sanctband Active Tubing With Handle
From
RM53.00
Check Sanctband Active Tubing With Handle price below:
add_circle Tidak berbahaya
add_circle Mudah digunakan
add_circle Kualiti getah tahan lasak
add_circle Jimat ruang penyimpanan
remove_circle Cara senaman berbeza dari dumbell
remove_circle Perlukan latihan dan bantuan

Untuk memiliki set dumbbell dirumah memerlukan ruang penyimpanan yang luas. Ada yang turut menganggap senaman yang menggunakan peralatan berat hanya selamat di pusat gim. Andaian itu ternyata boleh ditukar dengan menggantikan dumbbell kepada Sanctband Active Tubing with Handle. Manfaat dari alatan ini sama seperti tekanan berat mengangkat dumbbell. Maaf kalau kata rekaan dumbbel agak kuno dan tidak lagi sesuai dengan gaya hidup kini yang lebih ringkas. 

Aktiviti tubing memerlukan tekanan pada otot tangan untuk menarik getah naik kearah tubuh berbanding dengan dumbbell mengangkat keatas. Anda masih boleh meningkatkan kekuatan otot, mengawal tangan dan ia boleh digunakan dalam pelbagai cara. Kelebihan yang ketara tubing adalah jauh lebih selamat daripada dumbbell! 

Sanctband Active Tubing with Handle antara produk tubing wajib ada bagi anda yang mencari-cari alatan senaman otot upper body. Ia diperbuat dari kualiti getah tempatan, tahan lasak sehingga boleh mencapai berat 12 kilogram. Terdapat 5 tali getah untuk dipilih mengikut ketahanan yang bersesuaian dengan anda. Buat yang pertama kali mencuba jangan risau, segala panduan arahan menggunakan alatan ini disertakan bersama.

Pantau kesihatan tubuh setiap hari dari jam tangan pintar
M4X Pro Smart Watch Bracelet
From
RM69.00
Check M4X Pro Smart Watch Bracelet price below:
add_circle murah
add_circle sesuai untuk Android dan IOS
add_circle lengkap dengan segala informasi kesihatan
add_circle notifikasi SMS, panggilan dan media sosial
add_circle selesa pada pergelangan tangan
remove_circle menggunakan bateri
remove_circle rekaan terhad

Sebenarnya sangat rugi kalau tidak memiliki seutas jam tangan pintar kerana manfaatnya sangat luas. Selain anda tampil bergaya dan menepati masa, gajet serba canggih ini memantau pergerakan kesihatan anda dengan hanya dililit dipergelangan tangan. Ianya seperti seutas tali yang merekod segala maklumat tentang kesihatan jantung, kadar tidur, aktiviti riadah anda. Pada penghujung hari anda boleh terima analisis kesihatan sama seperti pemeriksaan tubuh di klinik. Bagus kan?

Dipasaran kini terdapat pelbagai jam tangan pintar dijual mengikut citarasa dari segi rekaan, aplikasi dan bajet. Sekiranya anda mempunyai bajet sekitar RM100 untuk jam tangan pintar jangan risau M4X Pro Smart Watch Bracelet jawapannya. Lengkap dengan aplikasi padanan di telefon pintar samada Android dan IOS anda bukan sahaja boleh memantau aktiviti malah mendapat notifikasi terus SMS, panggilan telefon dan media sosial. 

Berperanan mengawasi denyutan jantung, tekanan darah, kadar oksigen dan corak tidur selama 24 jam tanpa henti! Ciri-ciri ini bagi memastikan anda mendapat semula jadual gaya hidup yang lebih baik. Walaupun dijual dengan harga yang jauh lebih rendah, kualiti dan rekaannya tetap memberi keselesaan yang mantap. Penjimatan kuasa bateri, getah silikon yang tidak melelas kulit, tetapan algoritma berteknologi tinggi dan mempunyai tetapan aktiviti yang pelbagai. 

Pada pendapat penulis melabur wang pada jam tangan pintar keputusan bijak berbanding membeli jam tangan ratusan ringgit yang hanya mempamerkan status mewah.

Dengar lagu kegemaran ketika bersenam tanpa gangguan ‘noise’
Delta X Earphone
From
RM100.00
Check Delta X Earphone price below:
add_circle murah
add_circle mudah digunakan
add_circle saiz kecil, dibawa kemana sahaja
add_circle tanpa wayar, Bluetooth 5.0
add_circle jarak jauh
remove_circle perlu dicas bateri

Bersukan sambil mendengar lagu dapat merangsangkan lagi mood gembira sekaligus melepaskan stress. Namun hati-hati tanpa earphone yang betul ia boleh menganggu terutamanya ketika melakukan pergerakan pantas seperti berlari, lompat tali atau aerobik. Sedang elok seronok bersenam terus bertukar mood ‘berperang’ dengan earphone. Tak mahu kan?

Delta X Earphone dari PTT Outdoor ialah fon telinga tanpa wayar menggunakan Bluetooh 5.0 mampu digunakan pada jarak jauh dari telefon pintar anda. Saiz rekaan yang kecil memudahkan si pemakai dan cara penyimpanan. Ciri Delta X paling mengagumkan ialah berupaya mengurangkan noise pada tahan 9D menjadikan setiap lagu anda dimainkan tanpa gangguan dan stabil. Menariknya lagi keselesaan earphone ini boleh disarung ketika tidur! 

Pada harga RM100 earphone disediakan bersama bekas mengecas dan simpanan yang memaparkan kadar bateri. Fungsi ini disertakan dengan paparan LED sentuhan jari bagi memudahkan si pengguna. Kapasiti bateri earphone mampu mengecas telefon pintar jika berlaku kecemasan. Tak sangka ada earphone yang lengkap sebegini bukan sahaja untuk bersukan malah untuk keperluan harian.

Beg berat untuk latihan otot dada
Trident Tubular Powerbag
From
RM108.00
Check Trident Tubular Powerbag price below:
add_circle fungsi versatil dan praktikal
add_circle tidak mendatang risiko bahaya
add_circle mempunyai pilihan berat
add_circle PVC tahan lasak
remove_circle perlukan latihan dan bantuan

Senaman menggunakan beg berat atau powerbag adalah rutin untuk mencabar mental dan membina otot yang kuat. Malah ia menambah kecekapan berbanding menggunakan beg pasir tradisional. Lagipun siapa yang mahu mengangkat beg pasir yang berdebu dan kotor bukan? Powerbag biasanya digunakan untuk rutin membentuk otot dada. 

Otot dada yang besar dan kuat membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Disamping menguatkan otot dada antara otot lain yang terlibat ialah bahu dan lengan. Hasilnya upper body anda lebih cantik, seimbang dan menarik. Namun begitu senaman ini tidak akan membesarkan buah dada anda. Ia hanya merangsang otot naik lebih tinggi dan tegang sahaja tapi tidak membesarkan lemak atau tisu dada. 

Tribulent Tubular Powerbag antara alatan gim yang boleh digunakan dirumah anda sahaja. Ia sangat praktikal, alternatif terbaik untuk menambah berat ketika squats, angkat dada dan sebagainya. Fabrik beg dari PVC tahan lasak sesuai juga untuk senaman diluar. Ia mempunyai pilihan berat dari 5 kilogram sehingga 20 kilogram cocok untuk mereka yang baru sahaja ingin mencuba latihan otot dada.

Lupus lemak peha dan perut dengan set senaman ini
Workout Set – The Painmaker
From
RM110.00
Check Workout Set – The Painmaker price below:
add_circle lengkap 3 set latihan
add_circle boleh dibawa kemana sahaja

Anda nak dapat set gim sendiri dirumah? Boleh sahaja tanpa perlu berhabis ribuan ringgit dan menambah ruang bilik. Set senaman dari PTT Outdoor iaitu Workout Set – The Painmaker satu set kecil yang membolehkan anda melakukan latihan otot, memperbaiki imbangan serta teras badan juga ia berkesan untuk aktiviti bahagian atas dan bawah tubuh. Set The Painmaker didatangi 3 alat senaman iaitu Sit Up Bar, Mini Loop 13 inci dan Resistive Band. Ketiga-tiga alat ini disediakan panduan pengguna yang lengkap. 

Sit Up Bar diselaraskan untuk digunakan oleh semua saiz badan. Ia biasanya untuk senaman abdomen iaitu six packs, pinggang dan mengecilkan perut. Manakala Mini Loop Band berukuran 13 inci digunapakai untuk senaman imbangan tubuh, menguatkan otot kaki sekaligus membakar lemak lebihan dibahagian peha dan betis. Resistive Band pula fokus untuk senaman otot upper body untuk mencantikkan bentuk otot dan tubuh anda. 

Tak sangka bukan? Dengan 3 alat bantuan senaman yang ringkas seperti ini pun dah memadai untuk membentuk kaki yang cantik dan meramping perut serta pinggang.

Alat bantuan senaman yang melegakan lenguh badan dan pinggang
Sanctband Active Foam Roller
From
RM110.00
Check Sanctband Active Foam Roller price below:
add_circle getah EVA berkualiti
add_circle mudah digunakan
add_circle pelbagai fungsi
add_circle selamat
remove_circle memerlukan panduan

Sebenarnya rutin cool-down tidak cukup untuk melegakan tekanan otot selepas bersenam. Ia memerlukan satu alat bantuan yang dapat menjadikan cool-down anda lebih efesien. Foam roller telah digunakan oleh ramai atlet sebagai alat pemulihan otot yang cepat dan selamat. Ia juga boleh dijadikan sebagai alat urutan badan yang dilakukan sendiri. Bayangkan kalau anda gunakan foam roller setiap hari? Fungsi peredaran darah lancar, sistem tulang badan menerima sokongan baru dan paling bagus ialah masalah ‘bisa’ badan dapat dielakkan. 

Productnation syorkan anda sekurang-kurangnya mempunyai satu foam roller iaitu dari jenama Sanctband Active Foam Roller. Produk ini terjamin kerana diperbuat daripada EVA foam yang berkualiti tinggi. Bersaiz 12 inci panjang dan lebar 6 inci cukup padan untuk semua jenis tubuh badan. Ketebalan foam roller ini mampu menerima tekanan berat untuk dapat bergerak dengan cekap dalam apa jua rutin dilakukan. 

Setiap sudut badan anda dapat menikmati urutan yang melegakan sekaligus meningkatkan isyarat neuromuskalar. Jika anda latih tubuh yakni otot untuk menerima urutan setiap hari menurut kajian ia mampu mengurangkan risiko menghidap masalah sakit otot dan saraf masa akan datang.

Kembalikan keseimbangan badan dengan alat senaman ini
Trident Bosu Exercise Balance Ball
From
RM222.00
Check Trident Bosu Exercise Balance Ball price below:
add_circle kualiti terjamin
add_circle ringan
add_circle hand grip yang selesa
add_circle selamat
remove_circle tidak sesuai untuk kanak-kanak
remove_circle memerlukan latihan

Menurut satu kajian, individu yang memiliki keseimbangan badan yang baik memiliki kurang lemak, badan yang fleksibal, mental yang cerdas dan mempunyai otot belakang badan yang kuat. Ramai yang terlupa betapa pentingnya keseimbangan badan dalam kehidupan seharian kita. Malah ada yang menganggap senaman hanya untuk mendapatkan tubuh yang lasing sahaja. Silap! 

Teras utama badan memerlukan latihan supaya sentiasa memperbaiki kelemahan keseimbangan badan. Terutamanya kekuatan otot dan tulang belakang yang merupakan tunjang utama signal otak. Senaman body balance sebaiknya harus dipraktis sekali seminggu atau kekerapan tiga kali seminggu. 

Menggunakan Trident Bosu Exercise Balance Ball anda boleh mencipta sendiri olahan senama seperti Pilates atau Yoga yang mengfokuskan teknik imbangan. Ia lengkap dengan tali keselamatan dan berat produk yang tidak akan menyebabkan kemalangan kecil seperti tergelincir. Dua bahagian bola ini boleh digunakan untuk pelbagai senaman sebagai contoh push-up, squats, harmstring curl dan mengikut kreativiti anda. Rekaan bola ini juga tidak memerlukan ruang yang luas untuk bekerja. Jadikan dapatkan satu untuk ‘mini gim’ rumah anda!

Tikar senaman paling selesa untuk senaman lantai
Sanctband Active Exercise Mat
From
RM255.00
Check Sanctband Active Exercise Mat price below:
add_circle berkualiti
add_circle tebal
add_circle tiada iritasi pada kulit
add_circle cengkaman kuat
add_circle produk versatil

Tikar senaman ialah satu aksesori wajib yang ada pada setiap individu. Pemilihan tikar amat penting kerana ia memberi kesan pada setiap sendi dan otot anda. Tikar yang nipis boleh menyebabkan rasa sakit pada kulit dan memberi ketidakselasaan pada otot lebih lagi sesudah bersenam. Kebersihan antara faktor patut yang diambil kira. Takkan lah anda sanggup melakukan senaman diatas lantai yang kotor dan mungkin dicemari bakteria merbahaya. 

Productnation syorkan anda Sanctband Active Exercise Mat yang mempunyai ketebalan 1.5 sentimeter hingga 2 sentimeter. Kualiti getah busa tahan lasak NBR membantu melindungi bahagian kulit seperti lutut, siku dan tulang belakang dari kecederaan melecet yakni iritasi. Bukan itu sahaja tikar getah NBR ini juga mengelakkan dari badan bergerak akibat peluh. Jadinya tubuh kekal statik diatas tikar tanpa mengotorkan kawasan lain.  

Sebenarnya penggunaan tikar ini boleh dipelbagaikan lagi. Bukan setakat untuk dibawa bersenam malah ketika bersantai di pantai, berkelah atau melakukan rutin meditasi. Didalam kereta anda harus ada satu supaya boleh digunakan pada waktu-waktu kecemasan.

Senaman mencantikkan punggung

Terdapat banyak rutin senaman untuk menghasilkan otot punggung yang menarik. Ia ikut kemampuan individu tersebut. Namun cara yang paling cepat dan berhasil untuk mendapatkan bentuk punggung yang cantik ialah squats, harmstring curl, donkey kicks dan bridges. Rutin yang disebutkan itu membantu membakar lemak berlebihan disekitar punggung dan pinggang. Malah mengembalikan kekuatan otot terutamanya otot punggung dipanggil otot glutes. Terdiri dari tiga jenis otot yang berperanan dalam membentuk punggung naik, bulat dan pejal. Jika anda mahukan hasil yang lebih cepat lakukan senaman kardio yang fokus pada bahagian down body. Diikuti dengan diet yang seimbang. 

ProductNation cadangkan anda mengikuti rutin glutes exercise seperti di dalam video in

Artikal Berkaitan

End of Article