Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
luggage terbaik malaysia

15 Beg Luggage Tahan Lasak & Kualiti Terbaik di Malaysia 2024

Pastikan tahan lama dan tahan lasak, baru beli!

Jika anda seorang kaki travel, pastikan bagasi atau luggage anda adalah jenis luggage tahan lasak serta mempunyai ruang untuk memasukan semua barang-barang yang penting.

Cuma apa yang menjadi masalah, ramai antara kita tidak tahu material luggage yang bagus supaya ia tahan lama dan juga tahan lasak.

Pelbagai brand luggage terbaik yang ada di pasaran dan pelbagai jenis yang anda boleh pilih seperti hand carry luggage, hardside luggage, dan lain-lain.

Jadi, kali ini kami akan bantu anda senaraikan beg luggage terbaik dan jenama luggage terbaik untuk anda buat pilihan.


Senarai 15 Jenama Beg Luggage Terbaik

Luggage terbaik secara keseluruhan
Mendoza
mendoza laptop beg
Semak Mendoza Panzer Z Lite (21 inch) Luggage harga dibawah:
add_circle Roda berputar 360 darjah
add_circle Ruang khas untuk laptop
add_circle Pelbagai pilihan warna menarik
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Mempunyai compartment khas untuk laptop dengan material beg yang berkualiti.

Ciri-ciri:

Lelaki yang bekerjaya pasti kerap ulang-alik travel dengan membawa komputer riba bukan?

Jadi, sangat sesuai jika anda memilih luggage dengan compartment khas untuk laptop supaya keselamatan laptop lebih terjamin.

Malah, tidak perlu bersusah payah membawa beg tambahan untuk laptop. 

Luggage eksklusif dari Mendoza ini diperbuat dari bahan polycarbonate yang diyakini ringan dan mampu menerima hentakan yang kuat. 

Jadi sekiranya berlaku sebarang hentakan pada beg, risiko untuk bag anda rosak atau meninggalkan kesan remuk agak rendah. 

Compartment untuk laptop juga diletakkan dibahagian hadapan beg bagi memudahkan anda mengambil dan menyimpan.

Luggage ini mempunyai ruang berukuran 21 inci cukup luas dan di tambah pula dengan 3 ruangan untuk susun atur. 

Malah tempat pemegang juga diperbuat dari besi tahan lasak TPR yang berkualiti yang pasti mampu mengimbangi berat luggage. 

Keistimewaan lain, roda luggage ini yang boleh pusing 360 darjah.

Review:

“Beg ni cun dan cantik. Bila pegang, material sangat berkualiti.”

Luggage untuk kanak-kanak
trunki luggage
Semak Trunki Ride-On Suitcase harga dibawah:
add_circle Boleh ride-on
add_circle Mempunyai poket di bahagian dalam
add_circle Ringan dan fleksibel
remove_circle Ruang simpanan yang kecil

Beri sahaja luggage Trunki pada anak-anak, tentu mereka akan membawa dengan bergaya seperti memandu kereta mainan. 

Rekaannya sangat praktikal untuk travel kerana mempunyai ciri saiz yang ideal serta fungsi pelbagai.

Bahagian dalam pula terdapat beberapa poket pada bahagian dalam untuk menyimpan barangan.

Jangan risau, luggage Trunki ini boleh dibawa ke dalam pesawat sebagai carry-on asalkan beratnya tidak melebihi 7kg.

Turut dilengkapi seat belt menjadikan selamat digunakan.

Luggage untuk baby
Skip Hop
skip hop luggage malaysia
Semak Skip Hop Zoo Kids Rolling Luggage harga dibawah:
add_circle Jenis beroda
add_circle Pelbagai rekaan menarik
add_circle Beg tahan lasak
remove_circle Ruang kecil

Walaupun beg ini tidak boleh digalas sendiri lagi oleh anak kecil tapi boleh digunakan untuk mengisi barang keperluan mereka.

Saiz beg ini cukup sesuai untuk diisi barangan bayi seperti pampers, baju, botol susu dan sebagainya. 

Dilengkapi dengan dua ruangan isian pakaian dan satu ruang simpanan botol air.

Rekaan beg juga tahan lasak kerana diperbuat daripada fabrik poli-kanvas.

Paling penting, bebas dari material berbahaya seperti BHA dan Phthalate.

Luggage untuk wanita
Barry Smith
Semak Barry Smith Club Hardcase Luggage harga dibawah:
add_circle Reka bentuk bahagian luar yang chic
add_circle Ringan dan mudah untuk digerakkan
add_circle Lapisan bahagian dalaman bagasi diperbuat daripada 'polyester taffeta' yang berkualiti
remove_circle Tidak boleh dikembangkan

Luggage keluaran Barry Smith antara nama yang tidak asing lagi kerana produk yang dihasilkan berkualiti.

Luggage hardcase berwarna merah seperti ini sukar untuk didapati dengan harga yang murah dan fungsi pelbagai.

Mempunyai material yang ringan, dan mesra wanita menjadikan beg ini sesuai untuk wanita yang sering travel secara solo.

Rekaan beg ini pula untuk memudahkan pergerakan anda untuk kemana sahaja.

Bahagian roda beg ini mampu berputar 360 darjah dengan double wheel system untuk pergerakkan yang lebih stabil.

Jika dilihat ciri dalaman luggage ini pasti anda berpuas hati kerana dilapisi dengan material polyester taffeta yang berkualiti suapaya dapat menjaga pakaian anda dengan baik.

urbanlite rayer
Semak Urbanlite Rayer (28") Hard Case Spinner Wheels Luggage - ULH21905 harga dibawah:
add_circle Reka bentuk menarik
add_circle Diperbuat dari ABS material
add_circle Ruangan beg luas
remove_circle Mudah pecah

Apabila memilih beg untuk digunakan ketika menunaikan ibadah haji, bagasi yang anda pilih mestilah jenis mudah dibawa.

Jadi, luggage dari Urbanlite Rayer ini adalah pilihan yang tepat kerana bersaiz sederhana, ringan, mudah dibawa dan dimuatkan di dalam kereta, van atau pesawat.

Material Urbanlite Rayer menggunakan kualiti material ABS yang dijamin lebih ringan, fleksibel dan tahan calar.

Selain itu, luggage ini mempunyai 8 roda dengan sistem pusingan 360 darjah, membuatkan mudah dikendalikan. 

Bukan itu sahaja, beg ini juga dilengkapi dengan sistem kunci keselamatan bagi mengelakkan dari berlakunya kejadian kecurian atau barang hilang ketika musim haji. 

Ruang dalam luggage juga cukup luas dengan saiz 28 inci, muat untuk mengisi kelengkapan haji dan barang peribadi yang lain.  

Luggage untuk pilot
Pilot suitcase
Semak Pilot suitcase harga dibawah:
add_circle Roda boleh pusing 360 darjah
add_circle 3 digit combination lock
remove_circle Ruang bagasi kecil

Bagasi bersaiz kecil ini seakan bagasi yang digunakan oleh pilot.

Sesuai bagi mereka yang tidak membawa baju yang banyak tiap kali travel.

Dengan berukuran 38cm x 22cm x 41cm, beg ini cukup mengisi barang yang banyak jika disusun dengan teratur. 

Rekaan beg ini juga cukup versatile dan tampak elegan untuk mereka yang ingin kelihatan bergaya ketika di airport.

Bagasi ini juga dilengkapi sistem keselamatan 3 digit combination lock.

18 Inch Gold Series Aluminum Frame Zipless Design Premium
Semak 18 Inch Gold Series Aluminum Frame Zipless Design Premium harga dibawah:
add_circle Rekaan moden
add_circle Kalis air
add_circle Kalis habuk
remove_circle Kesan calar mudah kelihatan

Bagi para pramugari yang ingin tampil berbeza daripada biasa, boleh beli bagasi jenis ini.

Materialnya diperbuat daripada aluminium dengan 2 roda yang boleh berpusing 360 darjah.

Beg ini juga dilengkapi dengan ciri anti-kecurian kerana terdapat kunci pada beg tersebut.

Jadi anda tidak perlu khuatir dengan kejadian barang hilang kerana ia tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang lain. 

Paling best, jika anda terpaksa meredah hujan ketika menarik bagasi ini, barang tidak akan basah kerana mempunyai ciri kalis air.

Begitu juga jika anda lama tidak menggunakan beg ini, ia tidak akan mudah berhabuk dan mudah untuk anda lap kerana kalis habuk.

Terdapat 10 pilihan warna menarik yang boleh anda pilih.

Semak GiorX 2-in-1 Set (20 + 24) Elegant Expandable Anti-theft / Scratch Hard Case Travel Luggage - GXA2073 harga dibawah:

Luggage GiorX 20” Elegant ini sangat sesuai digunakan untuk pelajar kolej.

Dengan saiz berukuran 20 inci sudah memadai dan mempunyai ruangan pengisian barang besar.

Malah terdapat tali pengikat getah untuk mengelakkan barang daripada bergerak.

Walaupun dijual dengan harga yang rendah, tapi material pembuatannya menggunakan bahan polycarbonate sekaligus menjadikan beg ini berkualiti dan tahan lasak.

Bahagian roda pula dilengkapi dengan 4 roda 'senyap' dan boleh berputar sehingga 360 darjah.

Manakala zip pula dilengkapi dengan sistem kekunci digital 3 nombor dan menggunakan zip anti-theft bagi mengelakkan berlaku sebarang kecurian. 

Luggage bag plain 2 in 1 set ABS suitcase
Semak Luggage bag plain 2 in 1 set ABS suitcase harga dibawah:
add_circle Pilihan warna yang pelbagai
add_circle Didatangkan dalam set 2 in 1
remove_circle Tidak tahan lasak

Jika anda perlukan beg bagasi yang mempunyai ciri kalis air, ringan, dan beroda, jenama ini adalah pilihan terbaik.

Beg ini juga didatangkan dengan 2 in 1 set dimana terdapat 1 beg tambahan kecil untuk setiap pembelian.

Jadi, beg kecil tersebut anda boleh gunakan ketika tidak membawa barang yang banyak.

Terdapat pelbagai warna yang boleh pilih mengikut citarasa dan personaliti anda.

Luggage Jenis Kain
Cloth Luggage
Semak Cloth Luggage harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Boleh dimampatkan
add_circle Tidak akan pecah ataupun kemik
remove_circle Tidak kalis air

Beg luggage jenis begini lebih mudah untuk dimuatkan ke dalam bonet kereta berbanding luggage hard case.

Dan disebabkan beg ini menggunakan material kain, jadi anda tak perlu khuatir akan berlaku kerosakan seperti pecah atau kemek.

Tetapi, harus berhati-hati dari air kerana akan merosakkan pakaian jika terkena air.

Kelebihan lain luggage ini adalah mempunyai poket yang banyak untuk meletakkan barang.

Walaupun harganya murah tapi saiz beg ini boleh dikatakan agak besar.

Anda juga boleh memilih 4 pilihan warna yang menarik.

TRAVEL LUGGAGE BAG SUITCASES
Semak Travel Luggage Bag Suitcases harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Design menarik
add_circle Warna yang pelbagai
remove_circle Tidak tahan lasak

Bagi yang ingin mencari bagasi harga murah, jenama bagasi ini sangat sesuai untuk anda. 

Terdapat pelbagai warna menarik dan dilengkapi ciri standard luggage pada harga murah. 

Ciri menarik yang ada pada luggage bersaiz 20 inci ini adalah waterproof yang disertakan roda yang boleh pusing 360 darjah.  

Material ABS hardcase digunakan untuk membuat bagasi ini mudah untuk dibersihkan jika terkena kotoran. 

luggage foldable
Semak Foldable suitcase bagasi luggage universal wheel harga dibawah:
add_circle Anti-Thief
add_circle Tahan lasak
add_circle Kalis air
add_circle Terdapat poket pengembangan
remove_circle 3 bulan warranty sahaja

Bagasi ini menggunakan reka bentuk zipper YKK yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. 

Dalam beg ini, terdapat banyak ruang penyimpanan, termasuk poket zip dan poket dokumen.

Selain itu, bagasi ini juga tahan lasak dan dilengkapi dengan roda yang senyap, anti-slip, kalis air, kalis habuk dan tahan lama.

Keselamatan beg anda semasa perjalanan juga terjamin kerana beg luggage ini mempunyai kunci kata laluan.

Dilengkapi dengan poket penambahan pada sisi beg, jadi anda boleh memperluas kapasiti beg jika memerlukan lebih banyak ruang penyimpanan. 

Luggage foldable ini sangat sesuai digunakan semasa anda ingin travel menaiki kapal terbang.

Luggage yang tahan lasak
Freebird
luggage freebird
Semak Freebird Extra Large Luggage harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Pelbagai pilihan warna
add_circle Roda boleh pusing 360 darjah
remove_circle Tiada saiz compact

Luggage jenama Freebird ini merupakan sebuah luggage tahan lasak dan sangat sesuai untuk anda yang risau jika luggage pecah selepas masuk ke dalam kapal kargo.

Selain itu, material luggage ini yang kuat membolehkan ia menampung beban dari 50kg sehingga 95kg tanpa menjejaskan keadaan luggage ini

Untuk keselamatan, luggage ini mempunyai 3 kunci keselamatan yang boleh dipercayai.

Selain itu, anda juga akan mendapat sebuah luggage yang mempunyai reka bentuk modern untuk digayakan bersama dengan anda semasa membawanya.

Semak Euro Polo 3 In 1 Set Anti Theft 360-degree Double Wheel Expandable Luggage harga dibawah:
add_circle Tahan lasak (hard shell)
add_circle Tidak mudah calar
add_circle Ruang dalam yang luas
add_circle Zip beg anti pencuri
remove_circle Stok terhad

Luggage dari jenama Euro Polo ini dibina dengan ketahanan terbaik menggunakan bahan ABS yang kukuh, memastikan ia tahan lasak dan tidak mudah calar.

Selain itu, dilengkapi dengan pemegang aluminium yang boleh ditarik dan dikendalikan dengan mudah menggunakan butang.

Kunci TSA yang mematuhi standard keselamatan global pula membolehkan anda mengunci beg anda dengan selamat sementara membenarkan pihak berkuasa memeriksa tanpa beg anda tanpa merosakkannya.

Alami ruang simpanan yang mencukupi dengan ruang dalaman yang luas, lengkap dengan tali pengikat dan pembahagi berzip untuk susun barang-barang anda dengan selamat.

Perlukan ruang tambahan? Reka bentuk yang boleh diperluas menyediakan ruang tambahan untuk anda sekiranya semasa perjalanan pulang anda perlu membawa pulang barang beli-belah extra.

Apa yang menarik, beg luggage ini turut mempunyai kompartmen peralatan mandi yang boleh boleh digantungkan pada beg untuk kemudahan anda.

Tambahan pula, double zip memastikan perlindungan anti-kecurian dan keselamatan tambahan bagi barang berharga anda.

URBANlite Tron ABS Hard Case 8-Wheels Spinner Luggage ULH22913
Semak URBANlite Tron ABS Hard Case 8-Wheels Spinner Luggage ULH22913 harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Double 360° Spinner Wheels
add_circle Combination lock dengan kualiti premium
remove_circle Bukan jenis expandable

Bahagian luar URBANlite Tron ABS Hard Case 8-Wheels Spinner Luggage ini dibina dengan bahan ABS yang kukuh bagi memastikan luggage anda ini tahan lasak.

Anda boleh sorong luggage ini ke hulu dan ke hilir dengan mudah menggunakan sistem pemegang troli teleskopik, serta ketinggian pemegang yang boleh diselaraskan mengikut keselesaan anda.

Tambahan lagi, kunci kombinasi berkualiti premium yang terbina memberikan keselamatan tambahan, menjaga barang berharga anda dengan selamat.

Terdapat juga bahagian pemisah yang terbina di dalam dan poket-poket tambahan untuk menyusun barang anda dengan rapi. 

Selain itu, roda boleh pusing ganda 360° akan melancarkan lagi pergerakan anda serta meningkatkan kestabilan dan mudah ditarik tanpa menggunakan tenaga yang banyak.


Tips Beli Luggage

Masih tercari cari bagasi yang baru untuk dibawa travel bersama anda? 

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang perlu dititikberatkan dan dikaji terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk membeli sesuatu beg kerana tiada satu beg pun yang akan kena dengan citarasa andara kerana cara kita travel pun berbeza bagi setiap individu.

Jadi di sini kami sediakan serba sedikit tips yang boleh anda gunakan sebelum membuat pembelian luggage:

Berat dan saiz

Pernah tak anda packing barang anda dalam luggage dan rupanya masih banyak ruang yang ada dalam beg? Rasanya kejadian seperti ini jarang sekali berlaku bukan?

Setiap dari kita pasti dapat memenuhkan ruang beg bagasi dengan jayanya dan sudah tentu akan melepasi had berat beg yang dibenarkan oleh pihak penerbangan. 

Harga overweight charge pula kadangkala sangat tak masuk akal dan tidak berbaloi.

Jadi anda harus pastikan berat beg yang anda pilih, sama seperti yang tertulis pada tag beg tersebut. Jika anda ingin membeli beg jenis hand carry pula, pastikan berat beg itu tidak melebihi 5KG.

Jenis material bag 

Dalam memilih beg yang tahan lasak dan jenis material yang bagus.

Terdapat 3 faktor yang perlu anda ambil kira, iaitu fabriknya, rangkanya, dan sama ada iannya jenis kalis air ataupun tidak. 

Kalau beg yang dipilih ada rangka dalaman, carilah yang diperbuat dari fiberglass untuk berat beg yang jauh lebih ringan. 

Jika anda mencari beg jenis kain, pastikan ianya diperbuat dari material ballistic nylon kerana material sebegitu jenis yang kalis air, jadi tidaklah barang anda basah nanti.

Cari design beg yang bukan jenis kebanyakan 

Cuba anda ingat kembali, pernah tak anda hampir ataupun sudah merasai pengalaman tertukar beg bagasi di airport?

Peristiwa sebegini sering berlaku jika beg anda adalah dari jenis, warna ataupun design yang kebanyakan dimana anda boleh lihat iannya dipakai oleh sesiapa sahaja.

Antara warna kebanyakan adalah warna hitam, dalam penerbangan, majoriti beg yang digunakan adalah berwarna hitam.

Jadi untuk memudahkan anda mengenal pasti beg anda, apa kata pilih warna-warna terang ataupun yang jenis bercorak. 

Hard case luggage pada zaman sekarang sudah banyak yang mempunyai corak design yang cantik-cantik. Jadi pilih sahaja mana mana yang dirasakan sesuai dengan jiwa anda.


Bagaimana Cara Pilih Beg Luggage?

Adakah anda sedang merancang untuk melancong dan sedang mencari bagasi yang terbaik?

Jangan risau, kami akan kongsikan beberapa tips untuk anda memilih luggage yang sesuai.

  • Saiz dan berat

Pastikan anda memilih saiz luggage yang sesuai dengan tempat penyimpanan di dalam pesawat atau kenderaan yang anda gunakan.

Jangan lupa untuk memeriksa berat luggage yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan atau pengangkutan yang anda gunakan.

  • Kualiti dan ketahanan

Selain itu, pastikan luggage yang anda pilih mempunyai kualiti yang baik dan tahan lasak.

Pilihlah luggage yang dibuat daripada bahan yang berkualiti tinggi seperti polikarbonat atau ABS.

Bahan-bahan ini tahan lasak dan boleh melindungi barangan anda semasa pengangkutan.

  • Kunci keselamatan

Anda perlu memilih luggage yang dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti kata laluan. 

Ini amat penting untuk memastikan barangan anda selamat semasa melalui kawalan keselamatan di lapangan terbang.

Sekaligus dapat melindungi beg anda dari terbuka atau barang peribadi dicuri.

  • Ciri tambahan

Contohnya, roda yang mudah bergerak, kalis air, tidak mudah koyak, poket tambahan, pembahagian dalaman yang baik dan tali pengikat yang kukuh.

Semua ciri-ciri ini akan memudahkan anda dalam pengendalian luggage semasa melancong.


Apa Kekurangan dan Kelebihan Beg Luggage?

Kita semua pasti memerlukan luggage untuk membawa pakaian dan barang-barang peribadi semasa melancong atau berpindah rumah.

Tapi, adakah anda tahu apa kekurangan atau kelebihan luggage yang anda gunakan?

Pertama, antara kelebihan luggage adalah anda boleh membawa barang dengan mudah dan selesa.

Dengan adanya roda dan pemegang yang kukuh, anda dapat mengangkat luggage dengan mudah tanpa perlu membebankan tangan atau belakang badan.

Selain itu, luggage juga datang dalam pelbagai saiz dan bentuk, membolehkan anda memilih yang paling sesuai dengan keperluan.

Daripada luggage kecil untuk perjalanan sehari, hingga luggage yang besar untuk perjalanan jangka panjang.

Tapi, seperti kebanyakan barang lain, luggage juga mempunyai kekurangan.

Salah satu kelemahan utama luggage adalah ia cenderung menjadi berat dan sukar diangkat jika anda memasukkan terlalu banyak barang di dalamnya.

Luggage juga boleh menjadi mahal, terutamanya jika anda memilih jenama yang terkenal dan berkualiti tinggi.

Sekiranya anda sedang mencari luggage yang baru, pastikan anda memilih luggage yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Bandingkan harga di antara beberapa jenama sebelum membuat keputusan.


Panduan Berat & Ukuran Luggage Air Asia, Malindo Air & Malaysia Airlines

Bagi anda yang memilih untuk membawa luggage kedalam pesawat, jangan lupa bahawa setiap syarikat penerbangan mempunyai kriteria untuk carry-on luggage.

  • Satu beg kabin dibenarkan ke dalam pesawat. Ukuran beg tidak boleh melebihi 56cm x 36cm x 23cm termasuk pemegang, roda dan poket sisi. Ianya harus muat di ruang overhead.
  • Kelas perniagaan

Setiap penumpang dibenarkan membawa dua buah beg kabin DAN satu beg komputer riba ATAU satu beg tangan ke dalam pesawat. Bagasi kabin utama tidak boleh melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan tidak boleh melebihi 10kg.

  • Kelas perniagaan 

Setiap penumpang dibenarkan membawa 2 buah beg kabin ke dalam pesawat. Bagasi kabin utama tidak boleh melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan tidak boleh melebihi 14kg.

Manakala, satu beg kecil dibenarkan antaranya beg komputer riba ATAU beg tangan ATAU beg galas ATAU beg kecil lain yang tidak melebihi 40cm x 30cm x 10cm. Ianya harus muat di bawah tempat duduk di hadapan anda.

  • Kelas ekonomi

Setiap penumpang dibenarkan membawa satu beg kabin DAN satu beg komputer riba ATAU satu beg tangan ke dalam pesawat. Bagasi kabin utama tidak boleh melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan tidak boleh melebihi 7kg.

  • Kelas ekonomi

Setiap penumpang dibenarkan membawa satu beg kabin ke dalam pesawat. Bagasi kabin utama tidak boleh melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan tidak boleh melebihi 7kg.

Jumlah berat yang dibenarkan untuk dua buah beg tidak boleh melebihi 7kg.

Tapi jika anda ingin membawa beg kecil tapi barang banyak, jom saksikan video berikut cara melipat baju bagi menjimatkan ruang beg.


Artikel Berkaitan

End of Article