Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Gembirakan Hati Pasangan Anda Dengan 36 Kejutan Hadiah Sempena Hari Ulangtahun

Seronok kalau kita dapat bahagiakan hati pasangan.

Tarikh ulang tahun merupakan tarikh penting bagi meraikan dan menghargai pasangan kita yang selama ini setia bersama kita.

Bila sampai ke tarikh anniversary, mesti kita pun akan mencari idea untuk sambut anniversary yang terbaik, ataupun nak sambut anniversary bajet yang kecil.

Selain beli kek ulang tahun perkahwinan atau bakul buah hadiah untuk ibu bapa sempena anniversary mereka, sebenarnya banyak hadiah menarik yang kita boleh beli sebagai tanda penghargaan.

Tapi untuk mencipta memori pada hari ulang tahun, jom sediakan hadiah ulang tahun perkahwinan terbaik buat pasangan anda.

Tak tahu nak beli hadiah apa untuk anniversary nanti? Atau anda sedang cari idea hadiah anniversary untuk suami?

Jangan risau, kami ada idea hadiah anniversary untuk anda pilih dan boleh disertakan sekali bersama ucapan ulang tahun perkahwinan yang simple.

Idea hadiah untuk anniversary mak ayah kita pun kami sertakan sekali dalam senarai di bawah.

Jom lihat contoh hadiah atau idea sambut anniversary mengikut kategori.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Table of Contents

Senarai 12 Hadiah Anniversary Untuk Suami Tersayang

Permainan video game
Nintendo Switch OLED
Nintendo
Nintendo Switch OLED
mulai
RM1,290.00
Semak Nintendo Switch OLED harga dibawah:

Buat suami yang gemar main game atau sudah lama teringin untuk membeli permainan video game bagi mengimbas kembali memori zaman kecil, anda boleh hadiahkan Nintendo Switch OLED ini.

Harganya tidak semahal PS5 dan ada pelbagai game menarik yang boleh dimainkan seperti Mario bros, Pokemon, Resident Evil dan macam-macam lagi.

Selain boleh main pada skrin OLED 7 inci yang disediakan, game console ini juga boleh dimainkan di skrin TV untuk paparan yang lebih besar.

Bukan setakat suami anda, tetapi anda dan anak-anak juga boleh bermain sekali kerana ia turut mempunyai game yang mesra keluarga.

Kemera kecil untuk yang suka travel
GoPro Action Camera HERO13
GoPro
GoPro Action Camera HERO13
mulai
RM2,799.00
Semak GoPro Action Camera HERO13 harga dibawah:

Inilah hadiah terbaik untuk suami anda abadikan pengembaraan dengan lebih jelas menggunakan GoPro HERO13 Black yang direka untuk penggunaan profesional dan juga untuk kaki travel

Dilengkapi dengan lensa siri HB, kamera aksi ini secara automatik memilih mod terbaik untuk setiap rakaman. 

Mod Lensa Makro pula mampu menghasilkan video 4X lebih dekat untuk perincian yang menakjubkan, manakala Mod Lensa Ultra Lebar memberikan pandangan 36% lebih luas. 

Untuk pengalaman sinematik, Mod Lensa Anamorfik memastikan nisbah aspek 21:9 tanpa herotan, lengkap dengan suar lensa. 

Sementara itu, kamera ini boleh tingkatkan rakaman gerak perlahan anda dengan 400fps Burst Slo-Mo, sementara HyperSmooth 6.0 yang memenangi anugerah Emmy® memastikan rakaman yang stabil dan lancar. 

HERO13 Black juga tahan lasak dengan reka bentuk kalis air yang boleh menahan kedalaman sehingga 33 kaki. 

Bateri Enduro 1900mAh yang baharu menawarkan masa rakaman sehingga 2.5 jam secara berterusan, sesuai untuk suami anda yang gemar merakam video travel.

Paling penting, ini merupakan model GoPro terbaru yang baru sahaja dikeluarkan pada tahun 2024.

Bouquet anniversary untuk suami
Perfume Gift Set Surprise Anniversary
Perfume Gift Set Surprise Anniversary
mulai
RM85.00
Semak Perfume Gift Set Surprise Anniversary harga dibawah:

Nampak macam bukan seperti hadiah bouquet yang biasa seperti bouquet bunga atau duit kertas, tapi bouquet anniversary ini lebih bermanfaat buat suami tercinta.

Di dalamnya terdapat 2 set Twist and spray Perfume EDP dari jenama DEXANDRA, towel dan juga hiasan sempena anniversary.

Minyak wangi yang diberikan tahan lama, jadi anda tidak perlu risau tentang kualiti minyak wangi tersebut.

Anda juga boleh request warna pilihan yang sesuai untuk suami anda.

Semua ini anda boleh dapatkan dengan harga yang sangat berbaloi, tidak sampai RM100!

Hadiah barang elektrik untuk suami
BOSCH GSB 120-LI GEN 2 Professional Cordless Impact Drill
BOSCH GSB 120-LI GEN 2 Professional Cordless Impact Drill
mulai
RM324.00
Semak BOSCH GSB 120-LI GEN 2 Professional Cordless Impact Drill harga dibawah:
add_circle Jaminan 12 bulan
add_circle Ringan (1.06kg termasuk bateri)
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Tidak sesuai untuk tembok keras

BOSCH GSB 120-LI GEN 2 Profesional Cordless Impact Drill dikuasakan dengan bateri lithium-ion 12 volt, memberikan kekuatan dengan keupayaan torque yang hebat.

Dengan torque yang berpusing dari 14 hingga 30Nm, ia dengan mudah mengendalikan permukaan yang lembut dan keras, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aplikasi.

Dilengkapi dengan dua tetapan kelajuan, driller ini menawarkan fleksibiliti untuk menyesuaikan kelajuan dalam setiap kerja anda.

Sama ada sedang melakukan drill pada permukaan yang lembut yang memerlukan kecermatan atau bahan yang agak keras dan kasar, kawalan kelajuan boleh diubah bagi memastikan prestasi optimum. 

Kelajuan tanpa beban berputar dari 0 hingga 400rpm dalam gear pertama dan 0 hingga 1,500rpm dalam gear kedua, membolehkan kerja drill dan pemasangan yang cekap.

Beratnya pula hanya 0.9kg tidak termasuk bateri, membuat drill ini mudah untuk dipegang dan digunakan dengan selesa untuk untuk tempoh yang lama. 

Akhir sekali, dengan kadar impak maksimum 22,500bpm dan keupayaan drill berputar dari 1.5 hingga 13mm, drill ini memberikan kuasa dan kerja menggerudi yang mengagumkan. 

Tidak kira sama ada anda sedang bekerja pada kayu, keluli, atau batu, ia dengan mudah menembusi pelbagai bahan.

Sangat sesuai dijadikan hadiah untuk suami anda yang sudah pencen dan mahu luangkan masa buat kerja kayu atau ubah suai rumah.

Khemah untuk suami yang suka camping
Automatic Tent Outdoor
Automatic Tent Outdoor
mulai
RM115.90
Semak Automatic Tent Outdoor harga dibawah:

Adakah suami anda seorang yang sukakan aktiviti camping di hutan?

Jika jawapannya ya, hadiahkan sahaja suami anda Automatic Tent Outdoor kerana sesuai untuk hobinya.

Lagipun dengan hadiah ini, anda sekeluarga sekali boleh join berkhemah dan cipta memori keluarga anda.

Ciri khemah ini mudah dipasang dan cukup kukuh untuk digunakan semasa berkhemah di luar seperti di tepi sungai atau pantai.

Smart watch terbaik untuk suami
Garmin Forerunner 165
Garmin
Garmin Forerunner 165
mulai
RM1,290.00
Semak Garmin Forerunner 165 harga dibawah:
add_circle Jam pintar premium
add_circle Paparan sentuh AMOLED terbaik
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Harga agak mahal

Garmin Forerunner 165 adalah jam tangan pintar canggih yang direka untuk suami anda yang gemar berlari dan mahu fokuskan pada kecergasan.

Dilengkapi paparan AMOLED 1.2 inci, jam tangan ini menawarkan visual yang jelas dan kawalan sentuh yang intuitif. 

Ia termasuk pelan latihan adaptif perlumbaan yang menyediakan latihan peribadi, tips latihan, dan ramalan masa penyelesaian berdasarkan butiran perlumbaan yang dimasukkan ke dalam aplikasi Garmin Connect™. 

Ciri kuasa dan dinamik larian membolehkan anda mengukur metrik larian kritikal seperti kadens, langkah panjang, dan masa anda menjejakkan kaki ke tanah untuk membantu meningkatkan bentuk larian anda. 

Ciri kesan latihan membolehkan pengguna melihat bagaimana latihan anda mempengaruhi kecergasan, memberikan insights berharga ke dalam rutin latihan. 

Selain itu, dengan pengesanan waktu tidur siang, jam tangan ini boleh menjejak atau mencatat waktu tidur siang secara automatik, memberikan pandangan tentang kualiti tidur dan tahap kesihatan suami anda.

Jadi, Garmin Forerunner 165 adalah jam tangan pintar terbaik untuk meningkatkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.

Barulah boleh kacak dan aktif macam Alif Satar!

Hadiah untuk suami kaki pancing
Joran Sougayilang Casting M Power - Ikan Air Tawar
Sougayilang Fishing Rod Casting M Power For Freshwater Fishing
mulai
RM31.34
Semak Joran Sougayilang Casting M Power - Ikan Air Tawar harga dibawah:
add_circle 2 pilihan saiz, 1.8m & 2.1m
add_circle Joran 2 bahagian
add_circle Mudah dibawa kemana-mana
remove_circle Hanya ada 1 pilihan warna

Inilah hadiah terbaik buat suami kaki pancing, batang pancing jenama Sougayilang dari China ini adalah pilihan terbaik. 

Produk ini mampu menahan umpan dari berat1/4-1oz (7 gram hingga kira-kira 28 gram). 

Joran ini agak panjang menjadikan sesuai untuk memancing ikan di tasik dan sungai.

Pemegang joran yang diperbuat daripada material EVA pula menjanjikan si pemancing keselesaan yang padu ketika sedang menunggu ikan termakan umpan.

Tambahan pula, berat keseluruhan alatan memancing ini pula sekitar 137g hingga 164g sahaja.

Jadi, tidak akan terlalu membebankan untuk mengangkat rod pancing ini.

Hadiah anniversary kasut untuk lelaki
PUMA FUTURE Z 3.2 IT Green Glare-Elektro Aqua
Puma
FUTURE Z 3.2 IT Green Glare-Elektro Aqua
mulai
RM229.00
Semak PUMA FUTURE Z 3.2 IT Green Glare-Elektro Aqua harga dibawah:
add_circle Pergerakan lebih bebas
add_circle Meningkatkan cengkaman bola
remove_circle Harga mahal

Siapa je tak kenal dengan jenama Puma yang banyak menghasilkan kasut-kasut yang bagus untuk digunakan semasa bersukan.

Kali ini kami cadangkan kasut futsal daripada Puma yang menawarkan kelainan semasa sesi bermain futsal.

Kasut ini dihasilkan secara terperinci dan boleh berikan anda kebebasan untuk bergerak secara selesa dan tanpa batas.

Selain itu, reka bentuk yang mudah dipadankan dengan saiz kaki anda memberikan anda keselesaan pada bahagian buku lali sehingga ke tapak kaki.

Tambahan lagi, kasut ini turut membantu beri cengkaman tambahan pada bola semasa anda sedang menggelecek dan seterusnya memberikan anda rasa yakin untuk score tepat ke gawang lawan. 

Memang sangat sesuai dijadikan hadiah anniversary untuk suami yang gila bola dan selalu main futsal.

Kerusi gaming dan kerja di rumah
TTRacing Duo V4 Pro Air Threads Fabric Gaming Chair
TTRacing Duo V4 Pro Air Threads Fabric Gaming Chair
mulai
RM399.00
Semak TTRacing Duo V4 Pro Air Threads Fabric Gaming Chair harga dibawah:

Dengan trend bekerja di rumah dan permainan atas talian pada masa sekarang khususnya buat para suami, eloklah si isteri menghadiahkan kerusi canggih ini. 

Dibuat daripada kulit tahan lasak, breathable fabric dan memiliki 135 darjah tilt feature, ia lengkap dengan ciri-ciri yang diperlukan untuk keselesaan berpanjangan. 

Idea sambut anniversary yang bagus untuk mencuri hati suami tersayang! 

Perfume lelaki yang paling wangi
Dior Sauvage Eau de Toilette 60ml
Dior
Dior Sauvage Eau de Toilette 60ml
mulai
RM398.00
Semak Dior Sauvage Eau de Toilette 60ml harga dibawah:

Dengar macam klise tapi percayalah ini adalah salah satu hadiah yang berharga anda boleh beri kepada suami.

Minyak wangi ini sangat terkenal dalam kalangan lelaki kerana bau vanilla yang dicampur dengan bergamot memberikan rasa fresh dan menenangkan.

Wangian perfume ni boleh tahan sehingga 5 jam, jadi sangat sesuai untuk kegunaan sepanjang hari.

Kalau suami anda tak pakai minyak wangi, mungkin hadiah ini yang akan memperkenalkan dia kepada dunia perfume!

Jangan risau tentang kualiti produk, kami sediakan link untuk anda beli minyak wangi ni yang original.

Permainan konsol terbaik Malaysia
Sony Playstation 5
Sony Playstation 5
mulai
RM3,085.04
Semak Sony Playstation 5 harga dibawah:

Inilah salah satu gaming console yang menjadi kegilaan di pasaran sekarang oleh gamers sejati.

Kalau suami anda memang gemar bermain game dan anda mahukan suami anda sentiasa berada di rumah, anda boleh belikan PS5 ini sebagai hadiah anniversary.

Jadi, sekiranya anda dapat membeli PS5 ini, memang ia akan menjadi hadiah yang sangat bermakna dan pasti akan diingati oleh suami.

Lepas ini suami anda akan lebih kerap berada di rumah dan semakin kurang lepak di kedai mamak bersama dengan kawan-kawannya.

Dompet mewah untuk suami
PLAYBOY Genuine Leather RFID Bifold Wallet
PLAYBOY Genuine Leather RFID Bifold Wallet
mulai
RM89.25
Semak PLAYBOY Genuine Leather RFID Bifold Wallet harga dibawah:

Dompet merupakan sebuah barang yang amat penting untuk dibawa kemana sahaja lebih-lebih lagi bagi seorang lelaki yang bukan jenis membawa beg ke sini sana.

Dengan dompet PLAYBOY ini, anda akan mempunyai banyak slot untuk menyimpan kad-kad yang penting untuk dibawa ke mana sahaja.

Selain daripada itu, dompet ini juga mempunyai RFID Blocking Technology dimana mampu melindungi kad debit atau kad kredit anda daripada pengimbasan yang tidak wajar.

Sesuai untuk dihadiahkan kepada ayah atau suami anda!


Senarai 14 Hadiah Anniversary Untuk Isteri Tercinta

Cincin hadiah anniversary untuk isteri
HABIB ADORE | Diamond Ring (A La Solitaire) in 375/9K Gold 25697
Habib
HABIB ADORE | Diamond Ring (A La Solitaire) in 375/9K Gold 25697
mulai
RM1,585.00
Semak HABIB ADORE | Diamond Ring (A La Solitaire) in 375/9K Gold 25697 harga dibawah:

Hadiah yang bukan setiap bulan atau tahun yang anda boleh berikan buat isteri tercinta, cincin daripada Habib ini kelihatan mewah dan cantik menambahkan lagi seri pada jari isteri tercinta.

Selain warna white gold, anda juga boleh memilih yellow gold yang boleh dipadankan dengan cita rasa isteri anda.

Di atas cincin ini juga turut tertanam berlian dengan 0.1 karat, jadi ia tetap mempunyai nilai selepas anda membelinya.

Jangan buang waktu, anda terus tekan link yang kami sediakan dan terus buat pembelian!

Set skincare untuk isteri
SKINTIFIC Glowing Set Skincare 4pcs
SKINTIFIC
skintific glowing set
mulai
RM252.00
Semak SKINTIFIC Glowing Set Skincare 4pcs harga dibawah:

Mahukan isteri anda yang tercinta semakin glowing? Kami cadangkan SKINTIFIC Glowing Set ini sebagai hadiah.

Ia merupakan rutin penjagaan kulit lengkap yang mensasarkan bintik gelap, hiperpigmentasi, dan tekstur kulit tidak sekata. 

Set ini termasuk Serum Niacinamide 10% yang mencerahkan kulit anda dan memudarkan bintik gelap, manakala Glycolic Acid Daily Clarifying Toner mengelupas dengan lembut untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memperbaharui kulit, dan meningkatkan penghasilan kolagen. 

MSH Moisturizer Gel yang diperkaya dengan 5X Ceramides membantu memulihkan penghalang pelindung semula jadi kulit anda, memastikan ia kekal lembap dan licin. 

Sementara itu, digabungkan pula dengan 5X Gentle Cleanser, set ini mempunyai kombinasi terbaik untuk menjadikan kulit agar kekal segar, diperbaharui, dan berseri. 

Sama ada isteri anda menghadapi masalah kulit kusam atau tanda awal penuaan, SKINTIFIC Glowing Set menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk kulit yang lebih cerah, licin, dan sihat.

Hadiah telekung siti khadijah
Siti Khadijah Telekung Flair Arami Midi in Black (Top Only)
Siti Khadijah Telekung Flair Arami Midi in Black (Top Only)
mulai
RM168.00
Semak Siti Khadijah Telekung Flair Arami Midi in Black (Top Only) harga dibawah:
add_circle Sangat ringan
add_circle Menjimatkan ruang simpanan
add_circle Permukaan kain kalis panas
remove_circle Hanya bahagian top sahaja

Baik muslimin atau muslimah, tentu semua sudah mengetahui jenama muslimah Siti Khadijah ini.

Antara sebab ianya sangat dikenali dan diminati adalah kebanyakkan telekung yang dihasilkan mempunyai premium feeling, membuatkan si pemakai rasa memakai kain terbaik.

Telekung Siti Khadijah ini dihasilkan daripada fabrik denim yang tidak rapuh dengan teknik cross-stitching, Flair Arami Midi.

Ia menawarkan gabungan yang unik antara gaya dan juga tawaran harga mampu milik.

Selain itu, bahagian permukaan kain adalah jenis tahan atau kalis haba, bersama dengan rasa lembut seperti sutera yang akan memastikan keselesaan.

Paling penting, kain ini ringan, mudah dilipat dan disimpan dalam ruangan kecil, menjadikan ia telekung paling sempurna untuk travel.

Bagaimanapun, telekung ini hanya menutupi bahagian atas sahaja (top only), jadi perlu pastikan pakaian sopan untuk dipadankan bersama dengan telekung ini.

Hadiah yang sesuai buat isteri anda yang gemar merantau dan jalan-jalan hujung minggu.

Hadiah beg tangan untuk isteri
Tracey Liv Tote Bag
Tracey
Tracey Liv Tote Bag
mulai
RM149.00
Semak Tracey Liv Tote Bag harga dibawah:

Jika isteri anda seorang yang menyukai gaya minimalistic dan elegan, pasti beg tangan daripada Tracey ini langsung digemarinya. 

Bukan sekadar itu sahaja, ia juga mempunyai ruang letak barang dan poket di bahagian luar dan dalam yang boleh memuatkan alat-alat solek yang dibawa. 

Tracey Liv Tote Bag juga merupakan model terbaru dari jenama Tracey, jadi tentu isteri anda akan kelihatan in-trend menggayakan beg tangan ini.

Jadi tidak perlu lihat yang lain dan terus hadiahkannya untuk hari istimewa bersama. 

Set makeup terbaik untuk isteri
CERRO QREEN Makeup Brush Set - Kobicha Brown
Set berus makeup yang terbaik
mulai
RM68.90
Semak CERRO QREEN Makeup Brush Set - Kobicha Brown harga dibawah:

Ingin hadiahkan berus makeup yang sangat lembut dan gebu buat isteri anda yang gemar makeup?

Set berus ini diperbuat daripada bulu haiwan dan sudah semestinya ia sangat lembut apabila digunakan.

Pemegang berus ini juga diperbuat daripada kayu, jadi ia nampak sangat unik dan elegan.

Bukan itu sahaja, dengan pembelian set berus makeup ini, beg hitam kecil akan diberikan dan mudah untuk anda menyimpan kesemua set berus makeup.

Pasti isteri anda akan lebih sayang anda selepas menghadiahkan set berus makeup ini kerana akhirnya anda memahami minatnya.

Hadiah jam tangan untuk isteri
Fossil Karli Watch
Fossil
Fossil Karli Watch BQ3181
mulai
RM759.00
Semak Fossil Karli Watch harga dibawah:

Bayangkan jika isteri anda pakai jam tangan Fossil warna emas ros ini, pasti cantik!

Belikan mereka koleksi jam tangan Fosil, penampilan isteri anda automatik kelihatan versatile.

Lagipun jam ini mempunyai bezel bergemerlapan dengan besi jenis tahan karat menjadikan jam ini seakan-akan gelang.

Isteri anda pasti akan nampak lebih bergaya dengan jam tangan Fossil ini.

Hadiah anniversary untuk isteri
naelofar Liberte N.9 Shawl
naelofar
naelofar Liberte N.9 Shawl
mulai
RM99.00
Semak naelofar Liberte N.9 Shawl harga dibawah:

Jenama naelofar sudah tidak asing lagi di Malaysia, lebih-lebih lagi jika isteri anda ialah penggemar tudung moden dan peminat Neelofa pada masa yang sama.

Maka, alangkah baiknya jika anda dapat menghadiahkan tudung berkualiti ini untuk isteri anda gayakan sewaktu makan malam di restoran atau bersiar-siar di bandar. 

Dengan harga mampu milik, anda akan berkata ‘alah membeli, menang memakai’.

Hadiah anniversary bracelet untuk isteri
Pandora Sparkling Slider Tennis Bracelet
Pandora
Pandora Sparkling Slider Tennis Bracelet
mulai
RM359.00
Semak Pandora Sparkling Slider Tennis Bracelet harga dibawah:

Rekaan bracelet dari jenama Pandora ini kelihatan ekslusif dan bergaya, memang sesuai jika isteri anda mementingkan gaya ketika keluar rumah.

Harga bracelet ini pula tidaklah terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan pengorbanan seorang isteri.

Inilah peluang anda untuk membuktikannya dengan menghadiahkan seutas rantai kecil molek daripada jenama barang kemas terkemuka Pandora ini.

Tambahan lagi, bracelet ini boleh diubah saiznya mengikut kelebaran pergelangan tangan isteri anda.

Jadi, tak perlu risau jika bracelet ini tak muat selepas beli sebab ia jenis adjustable

Hadiah barang rumah untuk isteri
Dyson V12 Detect ™ Slim Fluffy Cordless Vacuum Cleaner
Dyson
Dyson V12 Detect
mulai
RM2,849.00
Semak Dyson V12 Detect ™ Slim Fluffy Cordless Vacuum Cleaner harga dibawah:

Walaupun mahal, vacuum ini tetap menjadi idaman buat para isteri di luar sana. 

Ciri vacuum ini mempunyai paparan LCD dan beberapa mode pembersihan termasuk Eco untuk penjimatan bateri. 

Selain itu, vacuum canggih ini juga turut ada teknologi laser detects bagi menyedut segala jenis habuk termasuk habuk yang kita tak nampak dengan mata kasar.

Tak perlu lagi geli dengan habuk yang dikutip, hanya tembak sahaja kedalam tong sampah.

Hadiah ni pasti buat isteri anda rasa gembira dan rasa bersemangat untuk vacuum seluruh ruang dalam rumah.

Hadiah anniversary unik untuk isteri
Premium Skybird Home Decor
pokok hiasan untuk ibu
mulai
RM24.90
Semak Premium Skybird Home Decor harga dibawah:

Ingin hadiahkan sesuatu yang unik dan boleh menceriakan isi rumah anda? 

Beli je pokok hiasan artificial ni. 

Isteri anda pasti gembira menerima hadiah yang unik dan tak ramai tau yang ada pokok hiasan ni di dalam rumah mereka.

Anda boleh letakkan pokok tiruan ini di dalam pasu di dalam atau luar rumah. Rumah pasti menjadi lebih berseri. 

Hadiah anniversary romantik untuk isteri
Pandora 14K Rose Gold Plated Sparkling Freehand Heart Necklace
mulai
RM359.00
Semak Pandora 14K Rose Gold Plated Sparkling Freehand Heart Necklace harga dibawah:

Untuk hari yang istimewa apa kata anda berikan rantai emas sepanjang 45 cm dari Pandora ni. 

Rantai ini disiapkan dengan perak sterling dan loket dalam Pandora Rose.

Bahannya merupakan gabungan logam unik bersalut emas mawar 14k.

Simbol cinta pada rantai tersebut melambangkan walaupun anda tidak sempurna namun anda akan terus mencintai isteri anda selama-lamanya. 

Bouquet anniversary
Rose Bouquet Artificial Flower Gift
Rose Bouquet Artificial Flower Gift
mulai
RM69.86
Semak Rose Bouquet Artificial Flower Gift harga dibawah:

Kepada suami yang jenis pemalu untuk tunjukkan sifat romantik kepada isteri, inilah masanya. 

Berikan jambakan bunga ini kepada isteri, pasti dia terkejut dan gembira menerima hadiah ni. 

Anda boleh pilih dari beberapa jenis bunga dan warna mengikut kegemaran isteri anda. 

Bila dah bagi bunga ni jangan lupa bawa si dia keluar makan di restoran istimewa.

Hadiah anniversary untuk rumah
Toshiba SENSEDRY Condenser Dryer
Toshiba
TOSHIBA SENSEDRY Condenser Dryer
mulai
RM1,689.00
Semak Toshiba SENSEDRY Condenser Dryer harga dibawah:

Menyidai baju merupakan tugas yang agak leceh dan memenatkan. 

Apa kata anda hadiahkan mesin dryer kepada isteri anda untuk memudahkan lagi kerja rumah selepas basuh baju. 

Tak perlu lagi angkat baju yang lembap dan menyidainya di ampaian, jadi semakin ringan kerja isteri tersayang di rumah.

Hanya campak sahaja ke dalam mesin ini dan biarkan baju siap mengering.

Hadiah barang dapur untuk isteri yang suka masak
Philips HD2137
Philips
Pressure cooker terbaik yang menggunakan kaedah slow cooking
mulai
RM307.00
Semak Philips HD2137 harga dibawah:

Siapa je yang tak suka air tangan masakan isteri kan? Tapi untuk memudahkan kerja memasak isteri, belikan mereka pressure cooker ini.

Memang sangat mudah digunakan lebih-lebih untuk memasak daging atau sup tulang. Campak-campak je bahan dalam tu.

Bukan saja memudahkan kerja, isteri anda juga boleh masak segala resepi steam dan kek kukus dengan pressure cooker ini.

Anda yang bergelar suami juga akan mendapat manfaat daripada hadiah ini kerana dapat makan masakan isteri di rumah.


Senarai 10 Hadiah Anniversary Untuk Ibu Bapa

Hadiah untuk ibu yang suka berkebun
Garden Tools Set-13pcs StainlessSteel Garden Tools with Storage
set berkebun untuk ayah
mulai
RM98.60
Semak Garden Tools Set-13pcs StainlessSteel Garden Tools with Storage harga dibawah:

Pada waktu petang ibu anda suka berkebun di luar rumah bersama ayah anda? Jika ya, hadiahkan beliau set peralatan berkebun ini.

Disertakan penyodok taman tugas berat, kulir, rake, gergaji lipat kuat, pisau utiliti, pita pengukur 3m, 3 penyodok alat hujung mini, dan garpu dalam bekas penyimpanan.

Dengan set alatan kebun ini pasti akan mewujudkan keseronokan bercucuk tanam dan memudahkan kerja tanaman ibu anda.

Sejadah terbaik untuk ibu bapa
Sejadah Sandar MARYAM
Sejadah Maryam
mulai
RM40.00
Semak Sejadah Sandar MARYAM harga dibawah:

Jika ibu bapa anda sering ke kuliah atau memanfaatkan masa lapang dengan mengaji di rumah, berikan mereka kejutan dengan sejadah sandar daripada Maryam ini.

Dengan material lembut dan saiz kecil yang mudah dibawa ke mana-mana, sejadah ini memberi keselesaan di samping kemudahan untuk mengerjakan ibadah.

Pasti ibu bapa anda akan tersenyum lebar tiap kali menggunakan sejadah ini. 

Kasut untuk orang tua
MEDIFEET MS200 Health Shoes
Medifeet
MEDIFEET MS200 Health Shoes
mulai
RM279.00
Semak MEDIFEET MS200 Health Shoes harga dibawah:

Seorang anak perlulah sentiasa mengambil tahu perihal kesihatan ibu bapa yang masih bekerja. 

Apa lagi cara yang terbaik selain memastikan mereka memiliki kasut yang selesa dan bermutu tinggi untuk urusan sehari-hari. 

Dengan mengenakan kasut ini, akan berkurang sakit dan lenguh kaki yang dihadapi dan bertambah senyuman pada wajah ibu dan bapa tercinta pada hari ulang tahun mereka. 

Set umrah lelaki untuk ayah
Haji Umrah - Set Umar
Ramlee Haj
HAJI UMRAH - SET UMAR
mulai
RM99.00
Semak Haji Umrah - Set Umar harga dibawah:

Ingin melihat ayah anda mengerjakan umrah atau haji dalam keadaan paling selesa? 

Dapatkan sahaja set ihram Umar untuk keselesaan unggul dengan harga berpatutan.

Set ihram ini datang dengan kain ihram dewasa, tali pinggang tanpa jahit, t-shirt zip berpoket lengan pendek dan seluar jubah yang juga datang dalam pelbagai saiz. 

Memenuhi kehendak ayah-ayah yang mahu menunaikan umrah dan haji dengan puas dan selesa. 

Hadiah couple untuk anniversary
Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair
Ogawa
mulai
RM5,789.00
Semak Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair harga dibawah:
add_circle Ada zero gravity
add_circle Bahan fabrik PVC leather
add_circle Boleh pasang muzik
add_circle Dilengkapi terapi haba
remove_circle Harga mahal

Walaupun mahal, tapi sangat berbaloi kerana untuk mengurut badan mak ayah kita yang dah berpenat lelah membesarkan dan menjaga kita sejak dari kecil.

Jadi dengan menghadiahkan kerusi urut yang premium untuk mereka berehat.

Bukan tu je, pada usia yang semakin meningkat hadiah ini juga dapat membantu melegakan sakit badan dan sendi.

Pasti mereka gembira dan menghargai hadiah ini sempena ulang tahun mereka.

Hadiah untuk ibu bapa yang suka kopi
Nespresso Essenza Mini Coffee Machine
Nespresso
Nespresso Essenza Mini Coffee Machine
mulai
RM415.00
Semak Nespresso Essenza Mini Coffee Machine harga dibawah:

Kalau mak ayah anda minat minum kopi, belilah mesin kopi Nespresso ni. 

Jadi mereka boleh bancuh menggunakan kopi berbentuk kapsul dan terdapat pelbagai pilihan kopi yang mereka boleh pilih. 

Apa yang menarik dengan mesin ini adalah fungsi pemanasan sepantas 25 saat je.

Ciri lain lagi, mesin ini akan padam secara automatik selepas 9 minit berfungsi

Hadiah untuk ibu bapa murah tapi bermakna
PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth 2 Series (PS1530)
PerySmith
PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth 2 Series (PS1530)
mulai
RM169.00
Semak PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth 2 Series (PS1530) harga dibawah:

Apa yang penting untuk mak ayah kita sudah tentulah kesihatan mereka betul tak?

Jadi belikan mereka air fryer ini supaya mereka boleh masak makanan tanpa penggunaan minyak. 

Air fryer ini mempunyai paparan suhu dan masa yang diperlukan untuk pelbagai jenis makanan di bahagian atas. 

Tak perlu risau, beginner pun boleh guna produk ni tanpa masalah.

Hadiah anniversary untuk parents yang suka aktiviti outdoor
Kerusi Healing Reecho Outdoor
Reecho Outdoor
Kerusi Healing Reecho Outdoor
mulai
RM60.00
Semak Kerusi Healing Reecho Outdoor harga dibawah:

Kalau anda ada ibu bapa yang gemarkan aktiviti luar dan setiap minggu wajib pergi camping atau berkelah di tepi sungai, kami cadangkan untuk dapatkan kerusi healing ini untuk hadiah anniversary mereka.

Kerusi lipat dari Reecho Outdoor ini hadir bersama dengan carrying bag untuk memudahkan ibu bapa anda membawa dan menyimpannya.

Saiznya selepas dilipat tidaklah terlalu besar, jadi boleh disimpan di tempat yang kecil dan tidak memakan ruang.

Selain itu, pada bahagian lengan kerusi ini mempunyai tempat pemegang cawan atau cup holder bagi memudahkan ibu bapa anda meletakkan minuman mereka di situ.

Paling penting, kerusi healing ini boleh tampung beban sehingga 120kg, jadi ia boleh dikatakan tahan lasak jugak untuk digunakan.

Hadiah Anniversary Untuk Kegunaan Dapur
Russell Taylor PC-60
Russell Taylors
Pressure cooker terbaik untuk cepat memasak dan mudah dibersihkan
mulai
RM249.99
Semak Russell Taylor PC-60 harga dibawah:
add_circle Kapasiti 6 liter
add_circle Mempunyai 7 kekunci kawalan keselamatan
add_circle Harga murah
remove_circle Rekaan kurang menarik

Di Malaysia ni memang hampir setiap rumah ada rice cooker tersendiri tapi Russell Taylors ni bukan rice cooker biasa-biasa tau. 

Produk rice cooker nombor 1 di Malaysia dan sangat dipercayai di seluruh dunia. 

Bukan sahaja masak nasi, malah ibu anda boleh gunakan ini untuk memasak pelbagai jenis hidangan.

Nasi yang dimasak memang terbukti jauh lebih lembut berbanding produk lain. 

Hadiah sesuai untuk ayah yang minat bertukang
BOSCH 108-In-1 Household Tool Kit
BOSCH 108-In-1 Household Tool Kit
mulai
RM159.10
Semak BOSCH 108-In-1 Household Tool Kit harga dibawah:

Kalau ayah anda minat bertukang apa kata hadiahkan tool kit ini kepada dia.

Datang dengan pemutar skru ratchet, tukul cakar, playar pincer, playar panjang, sepana boleh laras, gergaji tangan, pita pengukur, 6 soket, 8 bit, 10 skru, 3 mata gerudi batu, 30 bolt plastik, 30 skru, pisau utiliti, lampu kilat, pita elektrik, 8 kekunci alen, dan pen elektrik.

Memang cukup untuk si ayah menggerudi dinding untuk memenuhi permintaan si ibu untuk menggantung segala frame untuk perhiasan rumah.


Berapakah Bajet Yang Sesuai Untuk Hadiah Hari Ulang Tahun?

Jawapan paling tepat ialah mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Sebenarnya, anda tidak perlu ikut trend di sosial media sehingga menghabiskan ribuan ringgit untuk menggembirakan pasangan anda.

Soalnya dalam sebuah perhubungan itu tiada harga tapi datang dari hati yang ikhlas. Namun, janganlah pula terlalu kedekut untuk berbelanja untuk yang tersayang. 

Anda boleh mula dengan bajet yang rendah seperti RM50 hinggalah harga yang paling mahal sekalipun, asalkan anda mampu.

Jika anda memasang impian untuk meraikan dengan gaya yang mewah, menabunglah dari awal dan elakkan meminjam.

Kami sarankan menyimpan lebih awal agar dapat membeli hadiah yang anda rasa mampu membuatkan mereka gembira.

Pastikan anda perhatikan keinginan mereka terlebih dahulu dan menyusun bajet anda mengikut barang yang mereka impikan.


Cara Pilih Hadiah Anniversary

Memilih hadiah anniversary yang sesuai untuk pasangan anda sangatlah penting kerana boleh menunjukkan kasih sayang dan penghargaan anda.

Tapi, dengan begitu banyak pilihan yang tersedia, bagaimana anda boleh memilih hadiah yang terbaik?

Berikut beberapa tips untuk membantu anda.

  • Ketahui minat pasangan anda

Langkah pertama dalam memilih hadiah ulang tahun yang menarik ialah mengetahui minat pasangan anda.

Perhatikan apa yang dia suka, apa hobi atau aktiviti yang dia gemari, dan apa minat atau keinginan dalam hidupnya.

Contohnya, jika pasangan anda suka melancong, mungkin hadiah yang berkaitan dengan perjalanan seperti tiket percutian atau peralatan perkhemahan boleh menjadi pilihan yang baik.

  • Pilih hadiah yang bermakna

Hadiah ulang tahun yang paling berkesan ialah hadiah yang personal, unik dan menambahkan perasaan romantik pasangan.

Cuba pilih hadiah yang boleh mengingatkan pasangan anda tentang kenangan indah bersama atau hadiah yang mempunyai simbol dalam hubungan anda.

Sebagai contoh, anda boleh memberikan perhiasan dengan reka bentuk yang mempunyai makna istimewa, seperti loket berbentuk hati yang melambangkan cinta anda, atau cincin dengan batu permata yang mempunyai makna istimewa untuk hubungan anda.

Hadiah yang mempunyai makna emosi akan memberikan kesan yang lebih mendalam dan tidak dapat dilupakan kepada pasangan anda.

  • Sesuaikan dengan keperibadian pasangan

Personaliti pasangan anda juga penting untuk dipertimbangkan semasa memilih hadiah ulang tahun.

Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza, jadi memilih hadiah yang sepadan dengan personaliti pasangan anda boleh membuatkan mereka rasa dihargai dan mencerminkan perhatian anda kepada minatnya.

Contohnya, jika pasangan anda seorang pencinta seni, anda boleh memilih hadiah seperti tiket pameran seni.

Jika dia peminat muzik, mungkin hadiah seperti tiket konsert atau peralatan muzik akan menggembirakannya. 

  • Pertimbangkan keperluan pasangan

Selain minat pasangan anda, anda perlu mempertimbangkan minat dan keperluan mereka.

Sebagai contoh, jika pasangan anda telah menyatakan keinginan untuk produk atau barangan tertentu, anda harus memenuhi keinginan itu.

Di samping itu, lihat keperluan biasa dalam kehidupan seharian, seperti pembersih vakum atau periuk nasi.

Apabila keinginan pasangan anda dipenuhi, ia menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentangnya.


Artikel Berkaitan

End of Article