Sempena Hari Ibu bakal menjelang tiba, sudahkah anda membeli hadiah buat ibu tersayang? Kadangkala, hadiah yang mahal tidak semestinya diperlukan oleh ibu anda. Yang penting, tanda ingatan dan kasih sayang buatnya.
Bilakah tarikh hari ibu di Malaysia?
Kita bakal menyambut sambutan hari ibu pada 10 Mei yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tentunya anda ingin mencari hadiah yang sesuai lagi unik untuk dijadikan hadiah untuk ibu. Pertama sekali, cuba fikirkan dulu; ibu anda mempunyai minat tersendiri yang bagaimana? Jangan risau, kali ini kami cadangkan idea unik bagi hadiah untuk ibu anda tanpa perlu berbelanja lebih dari RM50. Selamat membeli!
20 Hadiah Untuk Ibu Tersayang Tidak Melebihi RM50

Ultrasonic Aroma Diffuser ini sangat bagus demi menjaga kesihatan seisi keluarga. Ia mampu mengurangkan habuk dan debu kotor serta bau busuk yang mengelilingi rumah anda. Tidak perlulah anda risau tentang kesihatan ibu anda lagi. Letakkan air diffuser ini di tempat yang sesuai seperti ruang tamu atau bilik tidur.

Ibu anda gemar meluangkan masa di dapur sambil mencuba resipi baharu? Nah, hadiahkannya dengan Step By Step Classic Recipe sebagai hadiah hari hari ibu mahupun hari jadi sekiranya dia mempunyai hobi memasak. Dari appetizer hingga ke dessert siapa yang tidak suka dengan air tangan bonda?

Ibu anda seorang yang gemar membaca buku tidak kira dimana sahaja dan suka tinggalkan buku merata-rata? Tak perlu bimbang, berikannya rak buku dari Teemo ini. Dengan harga yang sangat berpatutan, kini ibu anda boleh lah menyusun koleksi buku kesayangannya dengan cantik dan teratur. Macam di library.

3 Tier Makeup Organizer Drawer yang mampu milik ini sangat tahan lama dan sesuai dijadikan hadiah buat ibu muda yang mempunyai koleksi makeup yang banyak. Reka bentuknya juga sangat moden dan friendly, memudahkan si ibu untuk mencari solekan kegemarannya tanpa membuang banyak masa.

Jenama makeup mampu milik L’Oreal menyediakan 29 rona lipstick berbeza untuk dipilih. Kesemua tona sangat lembut, sesuai untuk wanita berusia seperti ibu anda. Iyalah, sesetengah wanita tidak gemarkan warna yang terlalu terang atau gelap, tetapi lebih yang pada lembut dan natural. Nah, ini solusinya. Lihat lah variasi warna tersebut!

Set masker dari SEPHORA ini dapat membaikpulih kerosakan pada kulit seperti menghalang pembentukan melanin yang boleh menjadikan kulit berpigmentasi. Ianya juga mampu meningkatkan semula complexion kulit sehingga tampil awet muda. Bagai memberi ibu anda rawatan seperti di spa mahal.

Beg ini sangat luas dan sesuai dibawa ke mana mana, terutama buat si ibu yang baru melahirkan. Ianya mampu memuatkan segala keperluan bayi anda dan warnanya juga sangat mesra, mudah untuk dipadankan dengan apa jua rona baju. Khas buat mama baru, gembirakan hatinya sempena hari istimewa ini!

Buat si ibu yang aktif bersukan, nah, hadiahkannya Sneakers Round Toe dari jenama Celsius. Sangat mudah dan selesa dipakai, ibu anda akan nampak lebih trendy apabila sedang bersenam di gimnasium mahupun di luar rumah. Jangan lupa, serta sekali dengan stokin dari jenama kegemarannya. Barulah lengkap.

Sekarang ini memang susah untuk mencari masa bagi meluangkan aktiviti bersama keluarga, kan? Apa kata anda hadiahkan ibu dengan mainan board game seperti monopoly, UNO Card dan sebagainya. Dengan melakukan aktiviti seperti ini di hujung minggu, dapat mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain. Seronok, kan?

Wah, ibu anda seorang yang sukakan aktiviti berkebun? Ini dia Garden Tool Set Wood dengan harga tidak melebihi RM50. Ianya tidak terlalu berat, saiznya juga tidak terlalu besar. Sesuai dan senang digunakan untuk menanam bunga dan membersih halaman rumah. Kini, anda bolehlah melakukan gardening bersama ibu tercinta.

Buat anda yang ragu ragu dalam memikirkan hadiah apa paling sesuai untuk diberi pada mertua, kami sarankan untuk anda membeli tudung Feodora Exclusive Print Satin Headscarf dari butik lokal terkemuka, POPLOOK. Lihatlah rekaan yang dihasilkan sangat unik dan fabrik yang digunakan sangat menepati citarasa!

Sekiranya anda mengenali seseorang yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, nah, apa kata hadiah kan bakal ibu baru ini dengan U Shape Pregnancy Pillow. Pregnancy Pillow ini telah banyak digunakan oleh kaum ibu mengandung bagi keselesaan badan semasa tidur. Hadiah paling perfect untuk hari ibu tidak lama lagi!

Semua orang pasti gemar menonton filem, bukan? Kalau mahu menonton filem pastinya anda inginkan volume yang tinggi. Terutamanya buat ibu anda yang gemar untuk maraton filem, hadiahkan JBL Charge 2+ Splashproof Bluetooth Speaker ini. Ianya mudah dan senang dibawa kemana sahaja, walaupun sedang bercuti. Kini, anda pun boleh menonton filem bersama ibu.

Ibu anda seorang coffee addict? Berikannya Temperature Measuring Cup Thermo ini untuk memudahkan ibu anda untuk membawa coffee kegemarannya kemana sahaja. Thermo ini sangat tahan suhu, jadi sangat sesuai sekiranya ibu anda suka suhu kopi yang panas. Tidak perlulah dia berbelanja lebih untuk membeli secawan kopi setiap hari di cafe.

Ibu anda gemar mengambil gambar dan menyimpan momen indah tersebut sebagai kenangan? Berikan blank Pockets Photo Album bersaiz A4 ini buat ibu anda. Cover photobook ini boleh dihiasi dengan rekaan yang diingini atau mengikut kegemaran ibu anda. Abadikan kenangan bersama ibu anda dalam photobook ini.

Ini merupakan pilihan yang sangat personal. Sesuatu yang boleh dibuat sendiri atau ditempah khas pastinya akan memberi perasaan yang sangat bermakna buat ibu anda. Dari tempahan mug sehingga ke kalender, layari web Photo Book Malaysia untuk membuat barangan custom made berserta ucapan atau gambar buat ibu anda.

Ibu anda seorang yang gemar serta peminat bunga? Nah, ini kejut kan dia pada pagi Mother’s Day dengan Hand Bouquet Rose Flower dengan harga yang tidak melebihi RM50. Ditambah pula dengan buah-buahan, anda boleh customize bakul ini mengikut kesukaan seperti penambahan Ferrero Rocher, belon, kek atau cookies.

Jika ibu anda seorang yang modest dan sangat mementingkan perihal agama, sejukkan hatinya dengan memberi set telekung arafah ini. Terdiri dengan 18 warna pilihan yang sangat cantik dan menarik, telekung ini terasa sangat selesa ketika memakai kerana kain yang sangat lembut dan sejuk. Ibu anda akan berasa selesa ketika memakai kerana ianya tidak membuatkan si pemakai rasa panas dan berpeluh.

Sekiranya anda telah kehilangan kasih sayang seorang ibu, apa kata untuk Hari Ibu kali ini, anda memberi sedikit sumbangan untuk mereka yang lebih memerlukan bagi pihak ibu anda? Tiada tindakan yang lebih baik dari menghulur kan sumbangan serta membantu mereka yang kurang bernasib baik.