Mouse merupakan peranti tangan bagi input sesebuah komputer dengan mengesan gerakan atau perubahan kecil. Hal ini digunakan untuk menggerakkan cursor untuk menunjuk, menekan objek yang terdapat pada GUI. Pada awalnya mouse di sambungkan melalui wayar dan mempunyai bola di bawahnya.
Pada ketika itu mouse ini sangat-sangat lemah kerana input yang dihasilkan oleh mouse lambat sampai ke komputer, tidak cekap, memerlukan ruang yang luas untuk pergerakan dan wayar yang mudah rosak. Manakala pada masa kini, mouse menjadi lebih canggih apabila adanya mouse wireless, tahan lasak dan sensitiviti yang beribu DPI.
Di sini terdapat pilihan mouse wireless komputer terbaik pada tahun 2018.
Razer Atheris merupakan mouse wireless terbaik untuk gaming kerana menggunakan frekunsi sendiri dan 2.4GHz untuk memberikan keupayaan menghantar input dengan sangat cekap dan berguna apabila berada berdekatan dengan peranti yang menggunakan wireless lain. Ia juga menggunakan 7,200 DPI sensor optik untuk mengesan pergerakan yang sangat kecil dan ketepatan yang lebih jitu.
Hal ini menghasilkan permainan video game benrunsurkan FPS lebih menarik dengan pergerakan yang kecil. Tambahan pula, pengguna hanya perlukan ruang mouse yang kecil untuk pergerakan. Mouse ini diuji dan dianggarkan bahawa baterinya mampu bertahan selama 350 jam tanpa off.
Microsoft Bluetooth Mobile Mouse 3600 menggunakan teknologi 4.0 bluetooth untuk memindahkan data input kepada komputer. Penggunaan teknologi 4.0 bluetooth menjadikan mouse ini lebih licin dalam penggunaan yang memerlukan banyak pergerakan. Ia juga dicipta untuk kegunaan tangan universal iaitu dicipta untuk kedua-dua belah tangan sama ada kiri atau kanan.
Mouse ini menggunakan teknologi BlueTrack di mana menggabungkan sensor optik dan laser bertujuan untuk kejituan yang berganda dan boleh digunakan pada semua jenis permukaan.
Apple Magic Mouse 2 direka khas untuk penggunaan stailista pengguna komputer mac. Mouse ini tersangat nipis dan mempunyai permukaan multi-touch di mana pengguna boleh scroll laman web atau dokumen dengan pergerakan jari di atasnya seperti skrin sentuh. Mouse ini mempunyai alas khas di bawahnya bertujuan untuk mengurangkan geseran dan memberikan pergerakan yang lebih licin.
Pada masa yang sama, ia merupakan mouse yang boleh di cas semula dan dengan sekali cas mampu bertahan 1 bulan dengan penggunaan yang berterusan.
HP Wireless Mouse X3000 menggunakan frekunsi sendiri dengan mencucuk perumahnya yang bersaiz kecil pada USB dan pemindahan data berlaku antara mouse dan perumah pada masa yang sama, ia menggunakan teknologi Nano Receiver yang menjadikan mouse ini tidak menggunakan banyak ruang USB. Seterunya, perumah akan mentafsir input dan menghantar data input pada komputer untuk diproses.
Tambahan pula, bentuknya yang kontur memberikan keselesaan sepanjang hari penggunaan. Mouse ini mampu berfungsi dengan OS Windows yang terdahulu seperti Windows 7 dan Windows XP.
Dell Wireless Optical Mouse Wm126 merupakan mouse yang tahan lasak dan jangka hayat baterinya yang dianggarkan bertahan sehingga 18 bulan. Mouse ini juga menggunakan sensor optik menjadikan kepekaan yang tinggi jika terdapat perubahan pergerakan yang kecil dan permukaan yang berbeza. Mouse ini juga dicipta universal untuk pengguna tangan kiri dan pengguna tangan kanan.
Ia juga mampu tidak mudah pecah dan rosak apabila kerap kali terjatuh atau terhentak di permukaan yang keras.
Logitech M220 merupakan mouse wireless yang tidak berbunyi apabila diklik berbanding dengan mouse biasa lain. Hal ini kerana 90% daripada bunyi mouse diklik disenyapkan dengan bahan khas di dalam mouse tersebut. Mouse ini sesuai untuk digunakan pada waktu malam kerana tidak mengganggu ketenteraman waktu tidur rakan sebilik dengan bunyi “klik” apabila ditekan.
Ia juga menggunakan advance optical tracking sensor di mana mouse ini boleh digunakan walaupun di atas permukaan selimut yang tidak sekata.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!