Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Makanan Dalam Tin Yang Wajib Ada Sepanjang PKP

Makanan dalam tin ada yang lebih sedap dari delivery food

Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dijalankan, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengisi stok makanan sepanjang 14 hari ini. Namun ada yang terlalu panik sehingga membuat pembelian yang melampau. Melebihi dari apa yang patut dan paling menyedihkan ianya jelas sikap mementingkan diri sendiri. 

Perintah ini jelas tidak menghalang kita semua untuk keluar membeli barangan keperluan terutamanya makanan. Jadi tidak perlu untuk ‘panic buying’ sehingga merugikan diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Tambahan kini terdapat pelbagai produk makanan yang boleh disimpan lama dan menyajikan hidangan yang mengikut selera keluarga anda. Makanan dalam tin contohnya dapat menjimatkan masa memasak, murah, tahan lama dan sedap. 

Adakah makanan dalam tin baik untuk kesihatan?

Perkara yang biasa membelenggu dalam fikiran kita semua ialah ‘makanan dalam tin membahayakan kesihatan’. Mungkin ada beberapa perkara positif yang kita tidak tahu tentang makanan dalam tin. Pertama sekali, proses pembuatan makanan ini rupanya dapat memelihara nutrisi dan vitamin yang ada. Protein, karbohidrat dan lemak tidak akan terjejas dari proses tersebut. 

Sumber mineral atau vitamin larut lemak seperti A, D, E dan K masih lagi terkandung dalam bahan makanan dalam tin. Namun, tidak semua nutrisi akan kekal sebagai contoh Vitamin C dan B yang mudah larut dalam air mungkin hilang. Kita perlu faham dengan konsep makanan dalam tin ia bukan untuk dimakan pada setiap hari atau dijadikan sebagai makanan utama. 

Ianya merupakan pilihan kedua sebagai langkah alternatif atau ‘terdesak’ dalam mendapatkan bekalan makanan. Malah tiada fakta atau kajian tepat menunjukkan makanan dalam tin punca kematian dari kanser atau kemerosotan kesihatan. 

Anda boleh menambah hidangan sampingan yang ideal bersama makanan dalam tin. Sebagai contoh hidangan ikan sardin bersama sayur-sayuran. Cuba cukupkan nutrisi yang lengkap dan menyihatkan. Sepanjang kuarantin 14 hari ini, mari kita tambah stok makanan dalam tin yang sedap dan mengenyangkan untuk seisi keluarga. 

10 Makanan Dalam Tin Untuk Stok Semasa Kuarantin di Malaysia

Tingkatkan imunisasi badan dengan sup tomato
Kimball Tomato Soup
Kimball
From
RM3.80
Check Kimball Tomato Soup price below:

Hidangan sup tomato sejuk atau panas memang menyelerakan. Lebih lagi jika anda mahu makan malam yang ringan. Sup tomato bersama roti bakar sudah mencukupi sebagai alas perut. Tak perlu beli sampai sedozen biji tomato, dapatkan sahaja satu tin sup tomato dari jenama Kimball ini memang cukup untuk seisi keluarga. Rasa pun sedap dan pekat seperti kisar tomato sendiri!

Hidangan sarapan pagi paling ringkas
Heinz Beanz Baked Beans in Tomato Sauce
Heinz
From
RM4.30
Check Heinz Beanz Baked Beans in Tomato Sauce price below:

Bakar roti, goreng telur dadar, sosej, sediakan kacang panggang bersama dan sarapan pagi anda siap! Biasalah kalau dah setiap hari kena sediakan sarapan pagi memang buntu juga. Cuba pula seleksi ringkas ini dengan tambahan kacang panggang dari Heinz Beanz. 

Jangan risau ianya 100% vegetarian, produk bebas gluten, tanpa pewarna dan perasa. Sos tomato pula ternyata pekat, berperisa dan menggunakan tomato yang berkualiti tinggi. Selamat mencuba!

Lauk paling digemari seluruh rakyat Malaysia
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Ayam Brand
From
RM4.90
Check Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce price below:

Siapalah dalam Malaysia ini tak sukakan lauk sardin? Lagikan pula tengah musim kuarantin memang ramai yang berebut hendak beli sardin. Makanan dalam tin ini memang serbaguna, sebagai contoh boleh dijadikan lauk bersama nasi, inti sandwich, bahan dalam laksa, menu bersama nasi lemak dan bermacam-macam lagi. 

Sardin pilihan penulis semestinya dari Ayam Brand. Saiz ikan memang besar, kuah sos pula memang kena tekak dan banyak. Jangan lupa beli sardin nanti tau!

Boleh buat isi tambahan dalam bubur nasi
TC Boy Choice Tuna with Chili Padi
TC Boy
From
RM4.79
Check TC Boy Choice Tuna with Chili Padi price below:

Siapa yang sukakan kick pedas cili padi boleh cuba tuna dari TC Boy Choice Tuna with Chili Padi ini. Rasa pedas yang menyengat bersama isi ikan tuna yang padat. Selain dijadikan inti sandwich, anda juga boleh jadikannya sebagai lauk tambahan dalam bubur nasi. Bubur nasi anda akan terasa cukup pedas, manis dan paling penting bertambah selera makan!

Legakan rasa bahang panas dengan air laici
Penguin Lychees in Heavy Syrup
Penguin
From
RM4.99
Check Penguin Lychees in Heavy Syrup price below:

Anak-anak pasti suka jika dihidangkan air sejuk dari buah laici. Bukan sahaja dapat membasahkan tekak tapi secara tidak langsung mendapat vitamin baik dari buah laici. Buah manis ini mengandungi Vitamin C dan B kompleks iaitu bagus menambah imunisasi tubuh badan dan merangsang pertumbuhan sel baru. 

Malah ia juga kaya dengan fiber untuk meningkatkan protein dan karbohidrat untuk digunakan sebagai tenaga. Kalau dah bosan minum air oren atau ribena, cuba ganti dengan air laici pula.

Sesuai untuk mereka yang tiada selera makan
Campbell's Cream of Mushroom Soup
Campbell's
From
RM5.70
Check Campbell's Cream of Mushroom Soup price below:

Mungkin ada antara ahli keluarga terkena tempias COVID-19 dan mula hilang selera makan. Jadi cuba hidangkan mereka dengan comfort food seperti sup cendawan berkrim bersama garlic bread. Sup cendawan berkrim ini terus memberi sumber tenaga, melegakan rasa ketidakselesaan tekak dan melawaskan penghadaman. 

Sup cendawan dari jenama Campbell’s ini sentiasa menjadi pilihan ramai kerana ia mudah dimasak dan untuk rasa yang lebih lazat anda boleh tambahkan susu. Hasilnya sup lebih pekat, enak dan berkhasiat untuk mereka yang memerlukan.

Lengkap dengan rempah sup yang menyelerakan
Adabi Beef Soup
Adabi
From
RM6.60
Check Adabi Beef Soup price below:

Susah nak dapat stok daging ketika musim kuarantin ini? Tak perlu khuatir sebab Adabi ada sediakan satu hidangan lengkap sup daging dalam tin. Kuah berempah tumis yang wangi dengan daging empuk tidak tumpah seperti masak diatas dapur sendiri. Sup daging juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan diri. 

Pengamalan mengambil sup daging boleh memperbaiki masalah keradangan tisu dan sendi tulang serta menghalang Osteoarthritis.

Inti roti yang dibakar sendiri
El-Dina Chicken Cheese Meat Loaf
El-Dina
From
RM12.00
Check El-Dina Chicken Cheese Meat Loaf price below:

Agak-agak kalau dah bosan makan nasi dan sandwich biasa apa kata anda cuba bakar roti sendiri. Lebih mudah jika tambah sahaja loaf ayam keju dari El-Dina sebagai inti roti. Hasil roti anda lebih kurang seperti roti yang dijual di bakeri. Loaf ayam dari jenama El-Dina ini dijamin halal, pemprosesan yang bersih dan mendapat pengiktiran JAKIM. 

Jika anda dan keluarga buntu aktiviti, cuba sama-sama sediakan roti ayam keju ini. Selamat mencuba!

Masakan sotong paling ringkas!
Rex Cuttlefish in Soy Sauce
Rex
From
RM6.00
Check Rex Cuttlefish in Soy Sauce price below:

Susah nak ke pasar ketika musim COVID-19? Cuba ganti masakan sotong anda dengan sotong kicap dari jenama Rex. Ianya antara hidangan sotong menjadi kegemaran ramai. Sama seperti sardin, sotong bersos kicap ini juga anda boleh ubahsuai resepinya. 

Anda boleh tumis pedas, masak lemak atau ditambah ke dalam sambal masak petai. Memang kecur air liur bila membayangkan lauk-lauk tadi.

End of Article