Kebanyakan ibu bapa akan memastikan stroller menjadi salah satu alatan wajib ada ketika hendak menyambut kedatangan bayi baru lahir. Ada pelbagai jenis stroller di pasaran mengikut kesesuaian penggunaan dan umur bayi. Tidak kira daripada yang baru lahir sehingga 6 tahun, semuanya ada di pasaran kini.
Bilakah waktu sesuai untuk bayi baru lahir menggunakan stroller?
Tiada had atau limit umur bagi ibu bapa menggunakan stroller untuk bayi baru lahir. Malah anda boleh menggunakan stroller seawal umur bayi satu hari. Namun, stroller yang dibeli hendaklah berpadanan dan selamat untuknya. Seeloknya, dapatkan stroller yang boleh diturun atau reclining serta lengkap dengan kanopi untuk beri keselesaan buat bayi yang semestinya sangat sensitif di awal kelahiran.
Jika ibu bapa bercadang untuk membeli stroller untuk bayi baru lahir, berikut disenaraikan stroller buat newborn yang boleh didapati secara online;
10 Stroller Terbaik Untuk Newborn di Malaysia
Stroller jenama Sweet Heart Paris model ST250 ini boleh diubah kepada pelbagai posisi yang membuatkan ia sesuai digunakan untuk bayi newborn. Ia dilengkapi dengan 8 biji roda 5 inci yang membuatkan ia stabil dan kukuh serta roda belakang mempunyai brek kaki untuk keselamatan. Ia juga mempunyai kanopi tambahan untuk kegunaan di bawah terik matahari.
Si kecil akan berasa selesa sepanjang berada di dalam stroller ini tanpa merengek untuk minta didukung.
Dengan keberatan hanya 4.8kg membuatkan stroller Little One ini memudahkan urusan ibu bapa yang mempunyai bayi newborn. Ianya sangat kompak dan tahan lasak serta senang untuk dikendali. Dilengkapi dengan bakul besar untuk ibu meletakkan barang-barang asas seperti tisu basah atau lampin tambahan.
Kusyen kerusinya juga boleh ditanggalkan untuk memudahkan anda melakukan kerja-kerja pembersihan.
Bagi ibu bapa yang meletakkan keselesaan bayi sebagai aspek utama dalam membeli stroller, stroller Beleeco ini mungkin boleh dipertimbangkan. Kerusinya jenis lebar dan boleh diubah mengikut pelbagai posisi, stroller ini sempurna untuk bayi baru lahir anda.
Ia juga mempunyai kanopi yang boleh diubah mengikut kesesuaian untuk keselesaan dan dengan rodanya besar, membuatkan si kecil tidak mudah terjaga.
Mempunyai berat kurang daripada 7kg iaitu berat maksimum yang dibenarkan untuk membawa masuk ke dalam kabin kapal terbang, stroller jenama Prego ini ternyata antara stroller yang sesuai untuk ibu bapa pertimbangkan. Ianya boleh digunakan bukan sahaja sewaktu bayi baru lahir, malah sehingga bayi membesar seberat 30kg.
Stroller ini boleh ditutup dan disimpan hanya dengan menggunakan satu tangan dan sangat mudah untuk dikendali. Tidak memerlukan ruang penyimpanan yang luas, anda boleh simpan dimana-mana sahaja.
Bagi ibu bapa yang sering melakukan aktiviti travelling tidak kira samada untuk bercuti atau kerja, mungkin anda ingin mempertimbangkan stroller Mamakiddies model Aviant yang ringan dan kompak ini. Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 3 tahun, stroller ini kecil dan ringan.
Ianya dilengkapi dengan sistem tali pinggang 5 poin yang membuatkan bayi anda selamat dan selesa ketika berada di dalam stroller.
Diperbuat daripada bahan nilon berkualiti tinggi dan rangka aloi alumunium yang kuat, stroller jenama Baby Throne ini dapat menampung bayi baru lahir sehingga berat 25kg. Saiznya slim memudahkan ia untuk di bawa kemana-mana.
Roda hadapan boleh dipusingkan sehingga 360 darjah memudahkan pengendalian semasa bayi berada di dalamnya tanpa mengganggu keselesaan bayi. Stroller ini antara stroller yang berbaloi dari segi nilai dan kualiti untuk dimiliki.
Menepati standard piawaian EN1888, stroller Halford ini boleh digunakan oleh bayi newborn sehingga meningkat umur 3 tahun atau berat sehingga 15kg. Ia mempunyai sistem brek link untuk memastikan keselamatan bayi. Lengkap juga dengan dua peringkat recliner yang memberi keselesaan kepada bayi yang berada di dalamnya.
Stroller jenama GB ini membolehkan pemegangnya dialihkan dengan mudah untuk menyokong badan bayi semasa ibu atau bapa mengubah posisi kerusi menghadap ke arah mereka. Fungsi reversible handle ini memberi kebebasan bukan sahaja kepada ibu bapa malah untuk bayi sendiri yang ada masanya mahu melihat keadaan di luar. Kesemua roda pada stroller ini boleh dikunci sebagai satu ciri keselamatan stroller.
Stroller Maxi-Cosy model Lara ini sangat kompak, padat dan ringan yang membuatkan ia mudah disimpan di dalam tempat yang kecil dan terhad seperti di dalam but kereta dan sebagainya. Sistem one-hand flash fold yang dilengkapi pada stroller ini hanya memerlukan 1 sentuhan pada pushbar dan stroller akan terlipat untuk disimpan secara automatis.
Kerusinya juga mempunyai kusyen tebal membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan suhu yang selesa semasa berada di dalam stroller.
Stroller Chicco model Goody ini direka khas untuk bayi baru lahir sehingga peringkat umur 4 tahun atau berat purata sehingga 20kg. Ia adalah stroller Chicco pertama yang dilengkapi dengan sistem auto-folding yang membuatkan ia mudah dikendali oleh ibu bapa. Kerusinya boleh dibaringkan atau dialihkan mengikut kesesuaian bayi dan boleh digunakan semasa travelling.
Pemegang stroller ini menggunakan teknologi eco-leather yang memberi genggaman kuat dan selesa semasa menggunakannya.