Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Bersihkan Muka Secara Alami dengan 10 Toner Terbaik Tanpa Alkohol

Gunakan tanpa was-was!

Dengan hanya menggunakan produk pencuci muka sahaja tidak mencukupi. Toner dapat memberi pembersihan yang sempurna dan ekstra pada kulit. Sesetengah toner, berfungsi untuk melembap, membersih dan merawat kulit yang mempunyai masalah kekeringan dan lain-lain. Yang penting, pilihlah bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Adakah toner yang mengandungi alkohol tidak bagus untuk kulit?

Jawapannya ialah, ya. Menggunakan toner yang mengandungi alkohol dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan pembesaran liang pori dan menyebabkan penghasilan sebum berlebihan. Jadi elakkan produk yang mengandungi sebarang jenis alkohol jika anda mempunyai jenis kulit berminyak atau kulit jerawat. Ia juga boleh mengakibatkan iritasi dan kemerahan pada kulit yang mempunyai kondisi sensitif.

10 Toner Non Alkohol Terbaik di  Malaysia

Toner tanpa alkohol yang murah untuk kulit kusam
Wardah
Semak Wardah Lightening Face Toner (150ml) harga dibawah:

Ini adalah salah satu toner yang tidak mengandungi sebarang alkohol dengan hanya menggunakan bahan-bahan atau kandungan semulajadi untuk memberi kesan pencerahan. Toner ini sangat lembut dan mampu membersih serta melembapkan wajah yang penat dan kusam.

Kulit kusam akan menjadi segar dan cerah dengan pemakaian toner ini jika anda menggunakannya secara konsisten. Walaupun berharga mampu milik tetapi toner ini tetap mengekalkan kualiti setanding yang mahal.

Toner tanpa alkohol untuk merawat kulit berjerawat
Aiken
Aiken Refining Pore Toner (100ml)
Semak Aiken Refining Pore Toner (100ml) harga dibawah:
add_circle Estrak tumbuh-tumbuhan
add_circle Mengandungi NMF untuk kelembapan
add_circle Bebas paraben, triclosan
remove_circle Hanya berfungsi untuk melawan jerawat

Produk ini merupakan toner yang membantu meningkatkan keseimbangan lembapan pada kulit. Dengan mengandungi minyak pokok teh (Melaleuca Alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semulajadi. 

Dirumus khas untuk mensasar kepada kulit yang mempunyai masalah jerawat dan menghilangkan minyak berlebihan sambil mengawal sinar minyak pada kulit dengan mengecilkan liang. Ianya juga mampu melambatkan kadar pertumbuhan jerawat.

Toner tanpa alkohol untuk kulit normal – melegakan kulit yang penat
Simple
Terbaik untuk kulit sensitif
Semak Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner 200ml harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Bebas bahan kimia
add_circle Niacinamide mengurangkan jeragat dan mencerahkan kulit
remove_circle Tidak berkesan ke atas jerawat teruk

Toner ini mampu menenangkan kulit dan dicampur dengan bahan sempurna untuk menjaga kulit agar menjadi sihat serta segar. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang bermasalah seperti kering dan sensitif. 

Diformulasi dengan gabungan khas yang baik untuk toning serta mengandungi Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel dan Allantoin yang akan membantu mengekalkan kulit anda menjadi lebih sihat.

Toner tanpa alkohol untuk remaja – bersihkan kulit secara mendalam
Neutrogena
Toner yang boleh didapati di drugstore tanpa alkohol
Semak Neutrogena Alcohol Free Toner harga dibawah:
add_circle Tanpa Alkohol
add_circle Bersifat Non comedogenic dan hypoallergenic
remove_circle Mengandungi pewangi.

Toner bebas alkohol dari Neutrogena ini mampu menyegarkan kulit tanpa mengeringkannya. Dirumus khas untuk semua jenis kulit agar tidak menjadikannya lebih kering selepas penggunaan

Toner ini memberi pembersihan khas secara ringan dan perlahan-lahan untuk menghilangkan kekotoran yang melekat di liang pori. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit yang ‘lumayan’.

Toner tanpa alkohol untuk kulit kering – beri lembapan secara semulajadi
Sukin
Semak Sukin Hydrating Mist Toner - Chamomile & Rose (125ml) harga dibawah:

Toner mist ini tidak mengandungi alkohol dengan kandungan dari gabungan Chamomile dan Rosewater untuk membantu menenangkan, melembut dan menyejukkan kulit anda yang kusam serta penat. Produk ini juga boleh digunakan sebelum dan selepas mencuci muka. 

Ianya mampu berfungsi sebagai setting spray make up untuk memberi kesan makeup yang cantik dan tahan lama di muka.

Toner tanpa alkohol sesuai untuk lelaki bagi merawat kulit
Thayers
Semak Thayers Witch Hazel with Aloe Vera Astringent Toner (355ml) harga dibawah:

Toner lembut ini berasal dari formula yang dicipta oleh Thayers untuk membersih, tona lebih sekata, melembap dan mengimbangi tahap pH kulit. Selain mengandungi pembersihan pori-pori Rose Water dan Aloe Vera, bahan organik ini diperakui dengan campuran unik ini juga mengandungi Witch Hazel. 

Sesuai untuk kegunaan lelaki yang ingin merawat kulit serta membaikpulih kerosakan yang tampil pada kulit wajah.

Toner tanpa alkohol dari drugstore dengan bahan botanikal
Naruko
Semak Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Hydrator (150ml) harga dibawah:

Toner ini boleh mengurangkan masalah kekurangan air di kulit sambil memberi penghidratan, menghaluskan kedutan dan menguatkan keanjalan. Dengan ekstrak paten kulit willow putih, dengan asid Hyaluronik, cendawan putih dan komponen pengekstrakan lembapan tinggi yang lain, kulit tampak segar serta bermaya selepas memakainya.

Dengan menggunakan formula yang unik dalam lembapan dan menggalakkan kelembutan, toner ini juga dapat mengurangkan penampilan garis halus dan pori-pori besar.

Toner untuk kulit kombinasi – seimbangkan pH dalam kulit
Innisfree
Semak Innisfree Green Tea Balancing Skin EX (200ml) harga dibawah:

Selepas 10 tahun penyelidikan khusus oleh Innisfree di Pulau Jeju, daun kecantikan Green Tea telah digunakan semata-mata untuk penghidratan kulit. Garis imbalan teh hijau dirumus khas untuk membantu mereka yang mempunyai kulit kombinasi cenderung berminyak agar kulit kekal hidrasi

Diformulasi dengan daun teh hijau yang baru, diekstrak dengan menggunakan kaedah pemerahan berganda, ianya menyerap masuk ke dalam lapisan kulit untuk membekalkan lembapan sempurna.

Toner untuk kulit berminyak, beri kesegaran pada kulit
Kiehl's
Semak Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Toner harga dibawah:

Produk ini merupakan toner bebas minyak yang dirumuskan untuk mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di permukaan kulit sambil meninggalkannya kelihatan segar dan sihat. Diperbuat dengan ekstrak Root Imperata Cylindrica dan Antarcticine untuk melegakan serta menghidrat kulit. 

Diformulasi tanpa alkohol yang menghilangkan residu, kotoran dan minyak berlebihan pada kulit anda. Ianya juga membantu mengimbangkan pH dan melembutkan kulit selepas penggunaan secara konsisten. Bebas minyak, pewangi, paraben dan pewarna, toner ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Khas untuk kulit sensitif - lembut dan ringan pada kulit
Laneige
Semak Laneige Fresh Calming Balancing Toner (250ml) harga dibawah:

Produk ini merupakan toner dari Korea yang mampu memberi lembapan secara mendalam bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Toner ini memberi kesan tekstur bebas minyak yang mampu untuk menyegarkan kulit kelihatan penat dan kusam. 

Ianya juga sangat lembut pada kulit dan tidak membuatkan kulit menjadi iritasi dan telah diuji oleh ahli dermatologi. Isi kandungannya juga bebas alkohol dan minyak yang sesuai untuk kulit sensitif.

End of Article